Sunday 21 April 2013

untuk Renungan bersama,

untuk Renungan bersama,

Ada seorang manusia telah didatangi setan pada waktu subuh, Dengan pujukan si setan, Mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan sambil tersenyum berkata, "Tak silap pilihanku, Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku"

Begitu juga ketika waktu Zohor orang ini tidak mengerjakan solat, Setan sambil berkata dalam hati, "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mula terdiam.. kemudian ketika datang waktu maghrib temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, setan sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa seolah-olah setan mengingati sesuatu,

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga menunaikan solat isya', setan itu sangat panik, ia tidak dapat menahan dirinya lagi, dihampiri temannya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabatku, aku terpaksa memutuskan paersahabatan kita"

Dengan kehairanan manusia itu bertanya." kenapa engkau ingkar janji, bukankah kita berjanji akan menjadi sahabat?" "Aku takut" jawab setan dengan suara gementar.

"Nenek moyangku yang sekali sahaja membangkang perintah Allah, iaitu ketika disuruh sujud pada Nabi Adam A.s telah dilaknat oleh Allah, maka apa entah lagi engkau yang ku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada ALlah. Tidak terbayang olehku bagaimana murkanya Allah terhadapmu" kata setan sambil pergi...

Marilah menuju solat wahai sahabatku selagi hayat dikandung badan..Marilah membesarkan Allah wahai sahabatku..Allah Maha Besar ..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar dari segala-galanya.. Allahu Akbar

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...