Monday 15 April 2024

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

 TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاه.
ُ
AGAMA ITU NASIHAT.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga persaudaraan dan persahabatan ini menjadi sebab musabab kita beroleh redha Allah. Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan.

Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengusudkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

“ Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 79)

TUNTUTAN MEMBERI NASIHAT :

Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata:

والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم

“ Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211)

SEBAIK-BAIK NASIHAT :

Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)

mam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata:

من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه

“ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia),


maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya.” (an-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/13)

Seorang da’ie atau muslim yang bijak apabila menegur kesalahan seseorang tidak dicanang dan dihebohkan kesalahan itu dan siapa pelakunya. Nasihat dilakukan hanya di antara dia dengan pelaku tersebut. Inilah sifat nasihat yang sebenar iaitu menampal yang koyak bukan menambah koyaknya. Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan lagi keadaan.

BILAKAH NASIHAT BOLEH DILAKUKAN SECARA TERBUKA?

Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain. Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:

لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له

“ Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35)

Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan , fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti.

وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memceroboh kehormatan dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)

Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ

“ Dari jabir bin Abdullah Radhiyallahu ‘anhu berkata : “ Sedang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak. ( lalu ) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “ bangunlah dan solat ( dua rakaat tahyatul masjid )” ( HR Muslim ; 875 )

Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa :

حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَالٍ يَتَأَخَّرُونَ بَعْدَ النِّدَاءِ فَقَالَ عُثْمَانُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَا زِدْتُ حِينَ سَمِعْتُ النِّدَاءَ أَنْ تَوَضَّأْتُ ثُمَّ أَقْبَلْتُ فَقَالَ عُمَرُ وَالْوُضُوءَ أَيْضًا أَلَمْ تَسْمَعُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan : “ ketika Umar bin al-Khattab sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari jumaat, tiba-tiba masuklah Uthman bin ‘Affan . maka Umar menoleh ke arahnya lalu berkata : “ apa hal dengan seorang lelaki yang datang lewat selepas azan?”. Maka Usman menjawab : “ Wahai amiral mukminin! Aku tidak menambah-nambah ( Melakukan perbuatan lain ) tatkala mendengar azan selain terus berwuduk kemudian terus datang.” Maka berkata Umar : “ dan wuduk juga?” , tidakkah kalian dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila salah seorang dari kamu ingin datang menunaikan jumaat , maka hendaklah dia mandi ( sunat jumaat )”. (HR Muslim ; 845 )

Jelas sekali teguran khailifah Umar itu dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Ia bertujuan untuk mengigatkan umaah kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan agar mereka tidak terikut dengan kesilapan atau kealpaan seseorang sekalipun seorang tokoh dari kirami as Sohabah.

Apa yang amat menakjubkan ialah sikap saidina Uthman yang tidak membantah teguran itu dan akur dengan kesilapannya. Inilah akhlak yang sepatutnya ada pada para ilmuan harapan ummah hari ini. Berlapang dada dan sedia menerima teguran serta mahu membetulkan keadaan bukan mempertahan diri dengan pelbagai alasan.

Kesimpulan :

Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manafaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.

Doakan Istiqamah. Maaf tazkirah ini agak panjang.. terimakasih kerana sabar membaca..

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Doakan istiqamah.
Wassalam.

CUCU PERTAMA

 AHMAD ZHAREEF BIN AHMAD ZHARFAN

29.2.2024



















Saturday 13 January 2024

MEMORI MAJIS PERKAHWINAN ANAKANDA








 




SEMAKIN MEMBESAR

 

BAGAIMANA HENDAK KHUSYUK DALAM SOLAT

 BAGAIMANA HENDAK KHUSYUK DALAM SOLAT



Khusyuk bermaksud hati yang sentiasa hidup dan manakala khusyuk dalam solat pula adalah menghadirkan hati kepada Allah SWT. Untuk mendapatkan kekhusyukkan ketika solat, kita hendaklah membuat beberapa persediaan awal seperti dari aspek fizikal dan rohani. Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan oleh seseorang sebelum dia melakukan ibadah solat.

Oleh itu, ingin kongsikan bagaimana hendak khusyuk dalam solat. Mari kita menimba ilmu ilmiah~

1) SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT

– Menjaga makanan, minuman dan pemakaian seperti yang di perintahkan oleh Allah SWT

– Membersihkan diri daripada najis dan bersugi / membersihkan rongga mulut dan gigi

– Mengambil Wudhuk dengan sempurna

– Memakai pakaian yang bersih dan kemas

– Jangan solat dalam keadaan yang lapar

– Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil

– Pilih tempat solat yang menenangkan

– Gunakan sejadah yang tidak mengganggu

– Pastikan tiada gangguan di sekeliling tempat solat

– Solat pada awal waktu



2) Ketika Hendak Menunaikan Solat

– Azan atau Iqamat terlebih dahulu

– Lakukan solat secara berjemaah

– Menghadirkan hati kepada Allah SWT

– Mengingatkan mati

– Membaca zikir



3) Ketika Menunaikan Solat

– Meneliti dan memahami bacaan solat

– Merendahkan diri kepada Allah SWT

- Mengagungkan Allah SWT

- Menghindari dari memikirkan hal keduniaan

- Tumpuan penuh pada solat yang didirikan

- Mengurangkan pergerakkan anggota badan

- Sentiasa melihat pada tempat sujud

- Lakukan solat dengan Thuma’ninah


Memang tidak dinafikan bahawa bukan senang untuk mendapatkan khusyuk dalam solat tapi yang penting janganlah kita putus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita untuk berusaha demi mendapatkan khusyuk dalam solat. Mohon kepada Allah supaya sentiasa pelihara hati kita dan khusyuk dalam beribadah kepadaNYA.

InsyaAllah

Orang-orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari dirinya hanyalah hamba akan patuh apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan mengikut apa yang disampaikan oleh Rasul serta sekali gus akan khusyuk mendapat nikmat ketika solat.

SUMBER

TIPS JAGA LAPTOP DENGAN BETUL

 TIPS JAGA LAPTOP DENGAN BETUL 


Pasti ramai yang mengalami laptop mudah rosak dan tak sampai setahun dah tukar dengan laptop baru. Dan ada juga yang mengalami masalah sudah di repair tetapi masih lagi mengalami kerosakan yang sama malah lebih teruk dari sebelumnya. Disini GK ingin berkongsi cara penjagaan laptop dengan betul serta mampu untuk memanjangkan usia laptop anda supaya tahan lama dan puas hati ketika menggunakannya Wang juga mampu dijimatkan dari repair laptop yang berpanjangan sehingga membuatkan anda membeli laptop baru untuk kepuasan penggunaan anda.
Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.

Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard

Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh

Lagi 93% dari kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis Laptop?

Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan
Mengapa Ia Perlu Dilakukan?

Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C

Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.

Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.

Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).

Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal Paste?

Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.

Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.
Di Mana Boleh Servis Laptop?

Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.

Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.

Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.
Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?

Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.

Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
Haba adalah musuh utama laptop.
Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.

SUMBER

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...