Tuesday 5 November 2019

MINI REUNION SRSS 2

TARIKH : 5. 11. 2019
SELASA
WARUNG PAK MAIDIN BATU BURUK BEACH RESORT


39 tahun dok jupe....suatu jangka masa yg lama tu

memang meriah bila berjumpa
mengimbau kenangan di sekolah rendah
belajar....bersukan....menari....bermain....laluan ke skolah... projek bumi hijau...kenangan bersama cikgu2










Saturday 14 September 2019

Demi masa, manusia dalam keRUGIAN

Peringatan surah al-Asr tentang masa
Al-QURAN adalah manual dan panduan yang lengkap untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang selamat di dunia dan akhirat. Sebagai mukmin, kita berkewajipan untuk membaca, memahami dan menelaah kandungannya untuk mengetahui perbendaharaan ilmu dan kunci rahsia yang telah diwahyukan oleh Yang Maha Esa kepada kita melalui junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.


Setiap surah dalam al-Quran mempunyai hikmah dan fadilat masing-masing. Kali ini kita menyelusuri rahsia Surah al-Asr. ALLAH SWT berfirman:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).


Surah al-Asr adalah antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi tiga ayat yang membentangkan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat. Imam al-Shafie berkata tentang surah ini, “Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka.”

Iktibar dari Surah al- Asr

Mari kita sama-sama cuba merenungi dan menghayati surah tersebut.

1. Masa kita terhad dan sudah ditetapkanBahawa ALLAH memberi satu masa yang tetap kepada kita. Daripada mula kita dilahirkan sehingga saat kita menghembus nafas terakhir, kita tidak mampu atau berupaya untuk mengubah masa tersebut walau sesaat pun, sama ada untuk mempercepatkan atau melambatkannya.

Malah tidak ada kuasa di dunia yang boleh mengubah ketetapan itu. Sampai saat dan ketikanya untuk berlaku sesuatu ke atas diri kita mengikut ketetapan-NYA, kita terpaksa akur dan redha dengan ketentuan Ilahi.


2. Kita tidak tahu bila kita akan matiKita tidak tahu saat dan ketika mana kita akan berdepan dengan sakaratul maut dan di mana kita akan berada ketika itu. Semua itu adalah rahsia Pencipta kita, yang sudah siap tertulis dalam buku Loh Mahfuz.

Apa yang mampu kita buat dan lakukan ialah dua perkara. Pertama, sehingga tiba dan sampainya saat dan detik itu, kita wajar berdoa kepada-NYA untuk melindungi diri kita dengan diberi taufik dan hidayah. Kedua, semasa umur kita masih ada dan hayat masih dikandung badan, kita isikan masa dengan amal ibadah dan amal jariah agar bila kita kembali kepada-NYA nanti, kita membawa bekalan yang cukup atau sebaik mungkin.

Itulah antara intipati dan pengajaran yang terkandung dalam surah al-Asr.

3. Perlukah kita berserah saja kepada takdir Ilahi?Jika umur dan hayat hidup serta rezeki kita sudah ditetapkan oleh Tuhan, maka apakah kita perlu menyerah sahaja kepada takdir Ilahi atau berasa kecewa dan hampa dengan ketetapan qadak dan qadar untuk kita?

ALLAH SWT memberi keyakinan kepada kita bahawa bagi insan-insan yang bertauhid, beriman dan bertawaqal kepada-NYA, yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan ke arah kebaikan dan kesabaran, mereka tidak perlu bimbang walau sekelumit pun kerana mereka berada di bawah naungan serta perlindungan-NYA.

Di sinilah tersurat dan tersiratnya kunci rahsia Surah al- Asr.

Apakah yang dimaksukan dengan amal ibadah dan amal jariah itu?

Amal ibadah dan amal jariah itu adalah semua yang maaruf dan yang baik yang mampu kita lakukan. Yang diperkenan serta diredai-NYA. Daripada senyuman kita kepada orang lain, beratur mengikut giliran, tutur kata dan tindak-tanduk kita, sifat hemah dan ihsan kita terhadap orang lain, cara kita menghormati hak orang lain, membantu fakir miskin atau menolong orang dalam kesusahan dan sebagainya.

4. Sentiasa memperbaiki diri

Masa dan peredarannya yang disebut dalam Surah al- Asr juga bertujuan untuk memperingati kita bahawa kita perlu berhijrah daripada masa ke masa, daripada satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik lagi.

Daripada tahap di mana kita terpaut dengan kemahuan kita (basic needs) kepada tahap keperluan yang lebih tinggi (higher heirachy of needs) dan seterusnya kepada tahap kita lebih peka kepada persiapan kita untuk akhirat daripada kecintaan kepada duniawi.

Para ilmuwan agama ada menyebut bahawa dalam kehidupan manusia, ada dua saat dan ketika yang dikira amat penting. Pertama saat dia dilahirkan dan kedua, saat dia mula memahami mengapa dia dilahirkan dan berada di dunia yang fana ini.

Apabila dia sampai ke peringkat kedua itu, dia mula melihat dan mempersoal tingkah lakunya dan menyedari bahawa hidup ini adalah sementara. Dunia ini hanyalah satu medan ujian untuk mengukur kemantapan keimanan dan ketakwaannya untuk merentasi alam barzakh dan seterusnya.

Sampai saat dan ketika bilamana dunia sudah suruh kita pergi dan kubur sudah memanggil, kita akan sedar dan insaf bahawa rumah besar kita, kereta mewah kita, harta dan kuasa yang kita miliki sudah tidak membawa apa-apa erti lagi kepada kita.

Pada saat dan ketika itu, kita akan teringat kepada firman ALLAH SWT bahawa: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185).

Dan kita akan ingat kepada ajaran tok guru dan para ustaz bahawa janji Tuhan itu benar, mati itu benar, seksa kubur itu benar, syurga dan neraka itu benar. Kita akan tersentak dengan kesedaran bahawa semua apa yang kita miliki di dunia ini tidak akan mengikuti atau bersama kita di kubur nanti.

Kita berhak kepada bahagian kita di dunia

Bila kita bercakap tentang persiapan kita untuk akhirat, tidak bererti kita dilarang untuk menikmati hak dan bahagian kita di dunia ini.

ALLAH SWT berfirman: “Dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba ALLAH) sebagaimana ALLAH berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-NYA yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah Al-Qasas 28:77)

Perbanyakkan amal ibadah dan amal jariah

Kerana masa dan tempoh kita hidup di dunia yang fana ini bersifat sementara, maka kita perlu mengguna setiap ruang dan mengambil setiap peluang untuk beribadah kepada-NYA, beramal soleh dan berbuat baik kepada insan-insan dan makhluk-makhluk lain, khususnya kepada mereka yang kita bertanggungjawab secara langsung ke atas mereka.

Kita membina kehidupan kita secara holistik dan seimbang agar kita selamat di dunia dan akhirat. Berpaksikan kepada garis panduan hablum minaallah dan hablum minaanas.

Hablum minaallah secara ringkasnya menggariskan hubungan kita dengan ALLAH SWT sebagai Pencipta dan Rabb kita. Hablum minaanas pula menggariskan tentang hubungan kita sesama manusia.

Kita jaga akidah dan tauhid kita kepada-NYA dengan menunaikan kewajipan kita kepada-NYA sepertimana yang digariskan dalam al-Quran termasuk apa yang disebut dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Kita sempurnakan juga tanggungjawab kita terhadap sesama manusia, kepada ahli keluarga, jiran, sahabat handai, masyarakat sekeliling dan juga terhadap insan sejagat.

Selamat di dunia dan akhirat

Surah al-Asr mengajar kita untuk peka dan prihatin dengan masa agar kita mengisinya dengan sebaik mungkin. Melalui satu cara hidup yang seimbang antara ibadah kepada-NYA dan amal jariah kepada insan serta makhluk-NYA, antara tuntutan dunia dan akhirat.

Dengan petunjuk tersebut seseorang bisa menggapai kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Insya ALLAH
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/23873/KOLUMNIS/Demi-masa-manusia-dalam-kerugian
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Saturday 29 June 2019

Majlis Meraikan Kejayaan Pelajar...Gold Medal


Terima kasih kepada sahabat ...bekas alumni SM Teknik Terengganu Batch 84/85 diatas sumbangan peribadi untuk pelajar yang mengharumkan nama sekolah di mata dunia








TAHNIAH TEKTRA....TERBAIK DIHATI




Imej mungkin mengandungi: 2 orang





Mohd Nasri (berdiri empat dari kiri) menyambut ketibaan kumpulan pelajar di LTSM malam tadi.








KUALA NERUS - Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT) mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pingat emas di pertandingan 'International Science and Invention Fair' di Bali, Indonesia.


Kejayaan itu diraih Zureen Sofea Zairon, 16, Khairul Adha Azmin Arifin, 16, Muhammad Amir Hakim Radin, 16, Wan Muhammad Haikal Wan Kamri, 16, dan Muhammad Muqarrabin Muhammad Rushdi, 16.

Hasil ciptaan dikenali sebagai Flat Earth Smart Kit dalam bentuk permainan yang selari dengan pembelajaran abad 21 itu berjaya menerima pengiktirafan pingat emas dan menewaskan wakil dari 10 buah negara.


Pengetua SMTT, Mohd Nasri Abdullah ketika ditemui meluahkan rasa syukur dengan pencapaian sekolah tersebut apabila berjaya menerima pingat emas dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Hasil rekaan cetusan idea guru dan pelajar Sekolah Menengah Teknik Terengganu ini dibantu banyak pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMTT serta Politeknik Kuala Terengganu.

“Atas komitmen diberikan semua termasuk komuniti sekitar ia memberikan kami keyakinan tinggi dan akhirnya membuahkan kejayaan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini malam tadi.


Mohd Nasri (berdiri empat dari kiri) menyambut ketibaan kumpulan pelajar di LTSM malam tadi.
Sebelum itu, Mohd Nasri menyambut ketibaan kumpulan pelajar yang diketuai guru pembimbingnya, Zainorashikin Abdul Rahman di LTSM. Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SMTT, Profesor Ir Dr Ahmad Jusoh.

Zainorashikin pula berkata, kejayaan dalam penyertaan kali pertama itu diharap dapat dijadikan suntikan semangat kepada pelajar SMTT untuk terus meraih kejayaan cemerlang pada masa akan datang.


"Sebenarnya idea ini dicetuskan oleh tuan pengetua (Mohd Nasri). Beliau telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa inovasi ini melalui subjek matematik dengan tajuk bumi sebagai sfera.

"Flat Earth Smart Kit ini merupakan produk memudahkan pelajar untuk mengira beza sudut antara dua titik pada permukaan bumi dan sistem yang dicipta itu turut dilengkapi dengan sistem hologram," katanya.

Lebih utama, kata Zainorashikin, pertandingan yang berlangsung pada 21 hingga 25 Jun di Bali, Indonesia itu berjaya menjadi platform pelajar SMTT menonjolkan potensi diri mereka di peringkat antarabangsa.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/34806/EDISI/Terengganu/Harum-nama-negara-di-mata-dunia?fbclid=IwAR0H7OtEUpO-SgTCRApyvFOvVqSqPh_UCQur2iF9TmKZBXya9SW7P92OZ2g
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Wednesday 19 June 2019

PEREMPUAN SATU ANUGERAH

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 

PETUA INGIN BAHAGIA

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

MENANGANI KONFLIK RUMAHTANGGA...ANTARA REALITI DAN FANTASI

Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993). Apakah konflik dalam keluarga? Konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama ataupun bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan-perbezaan ini memberi kesan ke atas seluruh atau sebahagian ahli-ahli keluarga. Kebahagiaan dalam keluarga adalah tanggungjawab semua ahli khususnya ibu dan ayah. Ayah atau suami khususnya, harus mempunyai peribadi yang baik, bertanggungjawab dan matang supaya penelitian yang saksama, adil dan berhati-hati dapat dilaksanakan dalam keluarga (Nina Kirana,1992). Kasih-sayang, mencintai dan keinginan terhadap satu sama lain telah dinyatakan dengan jelas dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ; "Bahawa Dia menjadikan kamu dari jenis kamu jodoh-jodoh dan kamu bersenang-senang kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu percintaan dan kasih-sayang, sesungguhnya tentang itu, ada tanda ayat-ayat bagi kamu yang mahu berfikir." Istilah yang seringkali dikaitkan dengan keluarga ialah "kebahagiaan." Kebahagiaan melambangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Kehidupan yang bahagia memungkinkan seseorang itu berupaya menikmati kemanisan hidup yang begitu berharga di sepanjang hidup di dunia (Hasan Mohd Ali, 1994). Kehidupan berkeluarga bererti berinteraksi, berkomunikasi dan berhubung menggunakan tubuh badan, fikiran, emosi dan suara hati. Akal, perasaan dan emosi biasanya menjadi bibit-bibit awal kepada konflik yang merumitkan hubungan kekeluargaan. Akhirnya isu-isu yang kecil menjadikan ahli keluarga "berperang besar" kerana perselisihan faham disebabkan masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas kegagalan menguruskan rumah tangga. Antara punca konflik yang timbul dan meruncing dalam keluarga ialah :

 1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak Tanggungjawab sebagai suami/ayah, isteri/ibu dan anak adalah mengikut saranan agama, tradisi masyarakat dan peranan-peranan baru yang dipelajari melalui pendidikan formal dan tidak formal. Pendedahan terhadap tanggungjawab ini memerlukan usaha yang berterusan kerana masyarakat masih percaya bahawa apabila berkahwin, telah cukup sempurna kedua-dua mempelai untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ada sesetengah pandangan yang jahil tentang tanggungjawabnya, ada yang tahu secara samar-samar dan ada yang tahu tetapi tidak mahu mengamalkannya kerana tidak peduli.

 2. Kurang bijak menguruskan masa Hidup berkeluarga dalam masyarakat yang bekerja, perkara yang menjadi keutamaan ialah bijak menguruskan masa lebih-lebih lagi masa yang berkualiti. Ibu bapa yang kurang mahir menguruskan masa bersama keluarga akan mengalami kerugian besar. Kemesraan, interaksi dan sentuhan fizikal yang berkurangan akan menghilangkan kasih-sayang, akhirnya anak-anak akan lebih rapat dengan penjaga. 

3. Ekonomi keluarga yang kurang mantap Kos hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan keluarga mengehadkan perbelanjaan. Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu hanya akan mengurangkan pendapatan keluarga dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit. Faktor wang kadangkala menyebabkan pergaduhan di antara suami dan isteri yang menggugat kebahagiaan keluarga. Keluarga yang tidak mempunyai asas perancangan kewangan akan mengalami masalah menguruskan kewangan masing-masing terutama jika pendapatan isi rumah sangat kecil dan terhad. 

4. Mengabaikan pendidikan agama Kebahagiaan keluarga terletak pada banyak faktor dan yang paling utama ialah beragama. Awal kepada agama ialah mengenal Tuhan (akidah). Mendidik keluarga kepada Tuhan pada hakikatnya ialah usaha menanam keyakinan bahawa hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Instrumen yang diguna pakai ialah mengerjakan solat lima kali sehari dan yang terbaik ialah berjemaah. Pengabaian amalan agama membentuk keluarga yang pincang, resah, mudah bergelora dan kesan jangka masa panjang yang negatif kepada ibu bapa. 

5. Campur tangan keluarga Perbezaan keturunan (miskin-kaya) pada sesuatu pasangan akan menjadi masalah apabila ianya menjadi fitnah dan batu api. Di pihak yang miskin, ia menimbulkan rasa malu dan rendah diri. Akhirnya tentulah ia akan jauh hati dan enggan bercampur-gaul dengan masyarakat. Manakala bagi yang kaya pula, ia turut berasa malu dan menganggap dirinya diketepikan dalam keluarga. Bagi menghilangkan rasa malu, penceraian adalah jalan keluar yang terbaik. Perbezaan status adalah lumrah dalam masyarakat hari ini dan mengundang fitnah khususnya apabila melibatkan harta atau kekayaan. Ahli keluarga yang iri hati akan mempastikan kedua-dua pihak bersengketa dan akan berasa puas setelah penceraian berlaku. 


6. Kahwin paksa Keluarga yang melihat hubungan saudara lebih penting daripada perasaan sayang di antara anak dan pasangannya akan memaksa si anak untuk menerima pilihan mereka. Ibu bapa yang memaksa pilihan mereka ini tidak memahami bahawa anak-anak sekarang sangat terdedah kepada pelbagai rupa bentuk manusia – di pejabat, tempat perniagaan, kenalan dan kawasan perumahan. Anak-anak yang berkahwin paksa pada zahirnya nampak bahagia tetapi batin mereka terseksa kerana tidak punya rasa kasih dan sayang. 

7. Perubahan hidup Kenaikan pangkat bererti gaji dan elaun akan naik. Status hidup juga bertambah baik. Keadaan sesebuah keluarga akan lebih malang jika perubahan kerjaya ini membawa sekali perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku seperti anggapan tidak setaraf, membeli jenama pakaian yang mahal dan melihat pengorbanan pasangan sebagai tidak ada harga. Malah ada yang mengambil kesempatan perubahan hidup bererti mengubah pasangan. Justeru itu, wujudlah orang ketiga yang mengganggu ketenteraman hidup keluarga sedia ada.Potensi untuk konflik yang lebih besar dalam keluarga moden hari ini disebabkan kekurangan persetujuan tersirat berkenaan peranan gender, desakan untuk peranan yang lebih fleksibel dan boleh ditukar ganti serta harapan perubahan untuk melihat bagaimana keluarga harus membuat sesuatu keputusan. Dalam keluarga, sebarang isu boleh bertukar menjadi konflik. Sebuah keluarga boleh bergaduh mengenai isu yang bersifat tunggal, jelas ataupun yang melibatkan hubungan seperti kuasa, kasih-sayang dan autonomi pasangan. "Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita-wanita kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok iaitu yang paling atas. Jika kamu hendak luruskan nescaya kamu patahkan dia, jika kamu biarkan dia, tetaplah dia bengkok kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita." (Hadis muttafa'alaihi dari Imam Bukhari). Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 membawa keuntungan kepada umat Islam antara lain disebabkan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan. Kesempatan terbuka luas untuk pembinaan kaedah dan nilai-nilai perkahwinan yang sebelum itu tenggelam atau tertutup oleh konsep adat (Zaleha Kamaruddin,1997). Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan negara. Institusi kekeluargaan harus ditadbir dengan baik kerana keluarga yang mantap dan stabil dapat menyumbang kepada keharmonian negara. Kadar jenayah yang meningkat, remaja yang rosak akhlak dan ibu bapa yang lalai akan menjadi bahan sejarah jika keluarga sedia ada dapat berfikiran terbuka bagi mencari ilmu dan kemahiran untuk menguruskan kecemerlangan keluarga masing-masing. Keluarga bermula dengan perkahwinan di antara lelaki dan perempuan membentuk perkongsian hidup untuk beberapa tujuan seperti memenuhi kehendak naluri semula jadi, membina rumah tangga dan menambah umat (Noralina Omar dan Amaludin Ab. Rahman,2007). Keutuhan perkahwinan menentukan keutuhan keluarga. Masalah yang dihadapi dalam sesebuah perkahwinan akan mengundang konflik keluarga yang sangat berpengaruh. Konflik adalah rencah hidup yang tidak dapat dielakkan dan akan terus wujud dalam keluarga. Namun begitu bilangan konflik yang banyak bukan satu yang penting kerana cara penyelesaian dan kaedah bagi menangani konflik adalah resepi untuk menamatkan konflik yang dihadapi. Punca konflik dalam keluarga adalah akibat salah faham dalam pelbagai perkara sama ada isu berkenaan remeh atau serius. Suami berkonflik dengan isteri, ayah berkonflik dengan anak dan ibu juga berkonflik dengan anak malah anak-anak turut berkonflik sesama sendiri. Bagi menghadapi konflik keluarga, sumber kepada konflik berkenaan harus dikaji dan diteliti supaya strategi yang diguna pakai dapat mengurangkan konflik tersebut. Memilih strategi yang bersesuaian dengan mengambil kira siapa, apa, di mana dan kenapa dapat merapatkan jurang di antara punca konflik dan kaedah penyelesaian. 

Antara strategi yang berkesan untuk mengatasi konflik keluarga ialah : 

1. Mendengar Tuhan memberi dua telinga supaya manusia dapat mengimbangkan pendengarannya. Seimbang di sini bermaksud dapat menilai baik dan buruk sesuatu isu sebelum membuat keputusan. Kemahiran mendengar adalah kaedah mudah untuk mengawal emosi dan menurunkan perasaan marah yang meluap-luap. Bagi kanak-kanak atau remaja, ibu bapa harus mendidik mereka untuk mendengar biar apa pun yang berlaku supaya proses mendengar itu menjadi kebiasaan. Keajaiban mendengar ialah menurunkan perasaan orang yang sedang marah dan membina kembali hubungan yang lebih produktif. 

2. Memujuk Memujuk memerlukan kemahiran diplomasi yang sangat tinggi. Matlamat membina keluarga dari segi emosi ialah menyuburkan kasih-sayang sesama ahli keluarga. Konflik yang muncul memerlukan satu pihak untuk melihat kehadapan apakah yang perlu dilakukan tanpa menjejaskan prasangka buruk dan meninggalkan keserabutan. Menggunakan pujukan bagi menyelesaikan konflik bermaksud menggunakan fikiran, bukannya tangan atau kaki. Elemen memujuk termasuk lenggok bahasa, pernyataan emosi dan perlakuan membantu ke arah mengurangkan ketegangan. Kaedah memujuk yang terbaik adalah berdialog (Sherman, J.R, 1987). Tidak perlu untuk menggesa orang lain menghabiskan percakapan kerana lambat-laun ia akan memberitahu apa yang difikirkannya. 

3. Melibatkan orang tengah Penglibatan orang tengah atau mediator atau orang ketiga kadangkala dapat membantu menguruskan konflik keluarga dengan lebih cepat dan berkesan. Jika diambil satu kes pergelutan rumah tangga melibatkan penjagaan ibu bapa yang sudah tua. Suami atau isteri lebih rela ibu bapa mereka dijaga oleh orang lain dan membayar sahaja upah berkenaan kerana terikat dengan komitmen kerja, persekolahan anak-anak dan tidak mahu berpindah rumah. Kecetekan pengalaman dalam hal ini mungkin menimbulkan keadaan tuduh-menuduh dan prasangka. Orang tengah seperti saudara-mara atau rakan-rakan yang lebih berpengalaman dapat membantu meredakan keadaan dengan menjelaskan pendekatan terbaik untuk menjaga ibu bapa yang telah lanjut usia. Ciri utama yang harus dikenal pasti ialah orang ketiga ini boleh mengambil sikap berkecuali dan tidak mengambil kesempatan mengadu domba kedua-dua pihak.

 4. Mengutamakan yang utama Konflik adalah satu lumrah dan menjadi sebahagian daripada kehidupan, berkongsi pendapat, perspektif dan matlamat. Keadaan akan bertambah rumit apabila ibu, bapa dan anak mempunyai personaliti berbeza-beza. Stephen R. Covey (1998) dalam bukunya Utamakan Yang Utama, memberikan panduan untuk menambah ruangan antara rangsangan dan respon serta kuasa untuk bertindak. Beliau memberi tips untuk menambah ruangan yang positif tersebut dengan katanya "dengar tanpa alasan." Panduan ini dapat mengubah paradigma orang yang berkonflik untuk mendengar dan membuat sisihan bagi meletakkan keutamaan ke atas isu yang menjadi pertikaian. Beliau mengulangi sekali lagi kepentingan paradigma ini di dalam buku terbaru, "Tabiat Ke8 : Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan" iaitu : "Jika anda ingin melakukan perubahan yang meningkat dan penambahbaikan secara kecil-kecilan, beri tumpuan kepada amalan, tingkah laku ataupun sikap. Tetapi jika anda ingin melakukan penambahbaikan yang signifikan dan amat besar, beri tumpuan kepada paradigma."

 5. Khidmat nasihat yang profesional Kedangkalan menguraikan konflik rumah tangga mengundang para pakar yang mahir seperti kaunselor dan ahli psikologi untuk memberi panduan bagi mengendurkan konflik yang dihadapi. Jika isu yang melibatkan kedua-dua pihak atau terdapat pihak ketiga seperti perebutan harta pusaka atau anak, khidmat pakar dapat diguna pakai sebagai sebahagian daripada penyelesaian.Namun begitu, khidmat nasihat mempunyai dua cabaran utama iaitu kos yang perlu dibayar dan jangka masa penyelesaian yang tidak ditetapkan. Kedua-dua cabaran ini kadangkala mengundang proses perundangan yang lebih lama dan merumitkan serta melibatkan ramai orang. Kewajaran mendapatkan khidmat pakar lebih menguntungkan kerana masing-masing meletakkan kepakaran sebagai sandaran dan lebih mudah menerima keputusan.

 6. Menyenarai setiap ruang yang boleh bagi mendapatkan bantuan Kesedaran masyarakat terhadap penyelesaian konflik keluarga memaksa agensi kerajaan mempelbagaikan jenis bantuan. Sekitar tahun 1990-an yang lalu, kerajaan membentuk Talian Teledera bagi memaklumkan kepada orang ramai jika mereka menghadapi masalah untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Hari ini khidmat seperti itu dipelbagaikan kepada kumpulan sasar yang lebih luas seperti ibu tunggal. Konflik rumah tangga yang dihadapi bukan sahaja mengundang bantuan emosi malah bantuan lain berupa kewangan, khidmat nasihat dan harta benda. Bagi kes keluarga yang melibatkan jenayah, Polis Diraja Malaysia menubuhkan Rakan Cop yang dapat bertindak dalam masa empat minit sahaja. Selain itu Lembaga Kaunselor Malaysia turut prihatin dengan meletakkan senarai nama kaunselor berdaftar untuk dihubungi di laman web mereka sebagai satu sumber rujukan. 

7. Kaedah penyelesaian secara bekerjasama Penyelesaian konflik melalui Kaedah Penyelesaian Secara Bekerjasama (KPSB) adalah melalui beberapa tahap (Abdul Rahman Abdul Aziz,2000). Kaedah ini diperkenalkan oleh Mary Parker Folet yang lebih mengkhususkan kepada konflik yang melibatkan dua orang. Melalui kaedah ini, dua orang yang berkonflik tadi memilih cara yang diterima oleh mereka berdua. Dalam kaedah penyelesaian begini, tidak ada pihak yang kalah kerana kedua-duanya berkompromi untuk kebaikan bersama. Enam langkah untuk menyelesaikan proses ini ialah : a. Memberi takrifan terhadap masalah dalam rangka keperluan. b. Percambahan fikiran untuk kemungkinan-kemungkinan penyelesaian. c. Memilih penyelesaian yang bersesuaian dan menyemak kembali kemungkinan akibat- akibatnya. d. Rancangkan siapa yang akan melakukan apa, di mana dan bila. e. Laksanakan perkara yang dirancang. f. Menilai kembali proses penyelesaian masalah. 8. Sistem S-TLC Lulofs dan Cahn (2000) dalam buku Conflict : From Theory to Action mencadangkan sistem S-TLC bagi mengurangkan konflik antara perorangan melalui kemahiran komunikasi yang menggalakkan. S-Stop (Berhenti) Berhenti apabila menyedari terdapat konflik yang sedang berlaku. Contoh untuk berhenti ialah meminum seteguk air kosong sambil berlegar-legar sebelum memberi maklum balas terhadap isu yang dibincangkan. Kaedah lain ialah mengira dari belakang bermula dengan 100 hingga 0 bagi mengurangkan tekanan. T-Think (Fikir) Fikir sebelum bertindak. Elakkan daripada membuat kesimpulan awal kerana banyak perkara harus diberi pertimbangan dan pilihan. Yang sangat utama ialah memikirkan hubungan dengan orang lain yang terlibat. Bijak berfikir adalah penentu kepada kejayaan bagi menyelesaikan konflik. Listen (Dengar) Dengar sebelum berkata sesuatu. Kecenderungan kebanyakan orang ialah mempertahankan diri mereka sejurus mendengar kritikan berbanding mendengar terlebih dahulu keseluruhan ucapan orang lain. Dengar apa yang dikatakan dan juga cuba memahami kenapa ia berkata demikian. Communicate (Berkomunikasi) Rancang bagaimana untuk bercakap. Walau bagaimanapun pilihan untuk melakukan tindakan kekerasan adalah pilihan terakhir, itu pun sebagai pertahanan diri. Yang paling digalakkan ialah bercakap atau berbual terlebih dahulu tetapi dengan cara yang bukan agresif. Menyatakan fakta dapat membantu mempercepatkan konflik berakhir. Dalam Sistem S-TLC ini, peringkat T (Fikir) dan L (Dengar) adalah sangat penting kerana ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan ke atas konflik. Kemahiran S-TLC boleh dimulakan dengan isu yang kecil-kecil seperti pertengkaran untuk memilih nama anak kucing atau menentukan restoran pilihan untuk makan malam. 



Sillars dan rakan-rakan (1983) mencadangkan tiga cara untuk memberi respon kepada konflik iaitu ;

 1) elak konflik, 

2) bergaduh kerana konflik, dan 

3) bekerjasama dengan konflik. 

Elak konflik bererti konflik tidak selesai dan akan muncul kembali. Bergaduh kerana konflik akan membawa kepada perbincangan dalam ketegangan yang menghalang daripada diselesaikan dan membina kesan negatif seperti marah dan membalas dendam yang memusnahkan hubungan. Manakala bekerjasama dengan konflik akan membina kemurnian idea, emosi yang positif dan bersedia mencari penyelesaian. Emosi positif ini akan memimpin hubungan yang lebih erat di kalangan ahli terlibat. Ia juga membina keinginan untuk berkongsi masalah seterusnya mewujudkan suasana tolak ansur dalam membuat keputusan. Konflik tidak seharusnya difikirkan akan membawa malapetaka dan bencana sebaliknya konflik membawa manfaat.

 Petikan dari buku Tabiat Ke8 : 

Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan mengenai Gandhi sangat bererti kepada kita. "Ironinya, sekiranya tidak disebabkan oleh perkauman dan prejudis, kita mungkin tidak akan dapat seorang Gandhi. Dia mungkin hanya menjadi seorang peguam yang berjaya mendapatkan banyak wang. Tetapi disebabkan oleh prejudis di Afrika Selatan, dia telah diaibkan dalam masa seminggu setelah sampainya di sana. Dia telah dihalau turun dari sebuah kereta api disebabkan oleh warna kulitnya, dan itu telah sangat memalukannya sehingga dia duduk semalaman di platform stesen kereta api tersebut memikirkan bagaimana untuk dia mendapat keadilan. Respon pertamanya ialah kemarahan. Dia berasa amat marah sehingga dia inginkan keadilan berbentuk dendam. Dia ingin bertindak secara ganas ke atas orang-orang yang telah memalukannya. Tetapi dia telah menghentikan dirinya dari berfikir begitu dan berkata, "Itu tidak betul." Itu tidak akan mendapatkan dia sebarang keadilan. Ia mungkin membuatkan dia berasa lega buat seketika, tetapi itu tidak akan mendapatkannya sebarang keadilan. Respon keduanya adalah untuk pulang ke India dan hidup di kalangan kaumnya sendiri dengan penuh kehormatan. Pandangan itu juga telah ditolak oleh Ghandi. "Anda tidak boleh lari daripada masalah-masalah. Anda perlu tinggal di sini dan hadapi masalah-masalah tersebut." Dan pada masa itulah respon ketiga muncul kepadanya - respon untuk bertindak secara aman. Dari pada masa itu, dia telah membentuk satu falsafah tentang keamanan dan mempraktikkannya dalam kehidupannya dan pada masa yang sama dalam pencariannya untuk keadilan di Afrika Selatan. Akhirnya dia telah menetap di negara itu selama dua puluh dua tahun, dan kemudian dia telah pergi dan memimpin pergerakan India.

Tuesday 18 June 2019

Fairuz Misran - Indahnya Raya (Official Music Video)

semangat belajar

Anda rasa seperti hilang motivasi belajar? Sedangkan peperiksaan semakin hampir! Apa yang harus dilakukan bila motivasi kita hilang? Apakah mungkin ada formula untuk mengembalikan motivasi yang surut dan hilang? Pertama kali kita harus bertanya pada diri sendiri, apa sebenarnya masalahnya. Turunnya motivasi tidak selalu kerana kita malas walaupun sebenarnya punca utama kita hilang motivasi sebabmkita malas. Sebenarnya banyak hambatan yang akan mengganggu motivasi kita, misalnya kebiasaan menunda, keyakinan diri yang rendah, kebiasaan belajar yang tidak teratur, rasa tegang/cemas, pengaruh kawan sebaya, tertarik dengan perkara yang lain seperti permainan video games dan lain-lain lagi. Penulis sendiri saat sedang belajar di sekolah dan kampus dulu turut pernah menghadapi situasi lemah motivasi belajar. Sedangkan penulis menyedari bahawa penulis datang dari keluarga yang miskin, tetapi ianya tidak mampu mengekalkan jangka hayat panjang motivasi penulis. Akhirnya penulis menemui formulanya. InsyaAllah, apabila kita menguasai formula tersebut, pasti ianya akan membangkitkan motivasi dalaman kita untuk belajar, pasti kita akan berjaya. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt. penulis berjaya menamatkan pengajian diploma, ijazah dan sarjana dengan keputusan “1st class”. Ternyata setiap dari kita ada 2 sumber untuk membangkitkan motivasi belajar. Pertama disebut motivasi eksternal diertikan sebagai suatu pemancing motivasi yang datangnya dari luar, baik dalam bentuk insentif/hadiah (positif) mahupun fear/rasa takut (negatif). Kedua hal ini sangat penting peranannya untuk mendorong kita belajar mencapai target yang telah ditentukan. Berapa lamakah motivasi eksternal ini mampu menyala dan berkobar dalam diri kita? Perlu diketahui bahawa setiap pengaruh yang datangnya dari luar biasanya bersifat sementara. Sebagai contoh, insentif motivasi akan berakhir ketika kita berhasil mendapatkan hadiahnya. Pada saat itu kita akan menuntut hadiah yang lebih besar lagi agar dapat terus termotivasi. Demikian juga dengan fear motivation, apabila sesuatu yang kita takuti itu hilang, motivasi kita akan surut dengan sendirinya. Motivasi yang paling bertahan lama adalah motivasi yang datangnya dari dalam diri kita sendiri yang disebut sebagai inner motivation, motivasi dalaman. Ertinya, seseorang yang memiliki inner motivation memiliki alasan yang kuat mengapa dia ingin melakukan sesuatu itu. Motivasi dalaman merupakan dorongan kuat yang berasal dari dalam diri kita untuk melakukan suatu tindakan. Bukan berdasarkan insentif yang menarik dan menggiurkan atau sesuatu yang menakutkan dan mencengkam. Motivasi dari luar hanya mampu memberikan motivasi sesaat. Jika tidak dipupuk, diulang terus-menerus, dan mencari hubungan motivasi tersebut dengan keinginan terdalam, niscaya motivasi itu akan redup dengan sendirinya. Bagaimana kita harus membina motivasi dalaman kita? Formula asasnya ialah mendasyatkan niat kita. Niat adalah kunci motivasi dalaman yang paling asas. Biasanya kita meletakan niat kita belajar pada kadar biasa, untuk berjaya, untuk menjadi pandai, untuk masuk universiti, untuk mencari pekerjaan dan sebagainya. Seorang ulama, Abdullah Mubarak ada berkata: “ Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar dek kerana niat. Dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh dek kerana niat.” Maka apakah yang dikatakan mendasyatkan niat kita agar ianya bergegar di langit? Rumuslah dalam Al Quran dan hadith Rasulullah saw: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162) Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Pengajaran dari 2 dalil di atas dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu, mudah, belajarlah kerana Allah, meyakini bahawa belajar adalah tuntutan Allah dan Rasulullah saw. Belajar kerana Allah akan menjadikan seluruh usaha pembelajaran kita menjadi ibadah dan memperoleh pahala berganda, pusatkan segala usaha belajar kita semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dengan niat belajar yang betul, usaha dan amal menjadi kuat, komitmen menjadi kukuh, motivasi menjadi dasyat, badan yang lemah menjadi kuat. Itulah impak niat kepada jiwa kita. Firman Allah swt: “Jika kamu telah bulat tekadmu, maka bertawakallah kepada Allah.” (‘Ali Imran:159) Apabila seseorang itu berniat, bermakna ia telah memberikan arahan kepada minda dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. Sejak kecil, kita solat dan berpuasa,kita memulakannya dengan niat. Kita berwuduk juga dimulakan dengan niat. Tetapi adakah kita sedar akan kelebihan niat itu. Islam mengajar kita supaya tidak melupakan niat dalam apa jua pekerjaan kita, tetapi tidak ramai yang ingin mengkaji kelebihan niat. Kuasa niat merupakan kuasa yang mampu merubah corak kognatif(pemikiran), emosi, dan psiko motor(Tingkah laku) seseorang. Misalnya pengalaman penulis sendiri, pertama, penulis memperharui niat penulis, belajar kerana Allah, maka setiap aktiviti pembelajaran penulis perlu diselaraskan dengan kehendak Allah dan tuntutan Rasulullah saw. seperti tidak mengotorkan hati dengan maksiat, tidak buang masa, tidak merosakan pemikiran dengan bahan bacaan yang melalaikan dan sebagainya. Ini akan membentuk tingkah laku , akhlak, peribadi dan pemikiran yang positif. Kedua, penulis menanamkan niat menamatkan pembelajaran penulis dengan keputusan “1st class”. Maka ianya mendorong penulis untuk memperbaiki pengurusan diri, pengurusan masa, strategi belajar dan lain-lain perkara yang boleh membantu meningkatkan prestasi belajar penulis. Hasil kedua-dua usaha mendasyatkan tujuan dan niat kita belajar, insyaAllah, motivasi dalaman kita akan sentiasa terbina, aktif dan dinamik. Jika anda mengalami penurunan motivasi, kembalilah meluruskan niat anda untuk apa anda belajar. Jika Allah yang menjadi tujuan, kenapa harus dikalahkan oleh rintangan-rintangan yang kecil di hadapan kita? Jika belajar merupakan ibadah, semakin kerja keras kita, insya Allah semakin besar pahala yang akan diberikan oleh Allah. Jika segenap masa kita belajar merupakan bekal untuk beribadah, maka semakin banyak bekal akan kita himpunkan di akhirat kelak. Rugilah kalau kita biarkan diri kita terus dibelenggu dengan lemah motivasi diri. Akhirnya, Memiliki niat yang dasyat ini akan membangkitkan kesedaran bahawa di atas bahu kita ada masuliyyah (tanggungjawab); sebagai anak, pelajar, muslim dan hamba kepada Allah swt. Pelajar yang tiada niat belajar yang luarbiasa ini tidak terikat dengan sebarang tanggungjawab, Maka dia tidak serius dengan pelajarannya. Dia hanya usaha cukup makan sahaja. Mengapa? Kerana dia tidak ada apa-apa kepentingan. Berbanding pelajar yang niatnya belajar hanyalah untuk Allah, dia akan belajar dengan kuat, motivasinya terbangun kerana Islam memerlukan cerdik pandai untuk mempertahankan risalah Islam yang suci bersih ini. Dia yakin Allah akan membantu dirinya untuk berjaya kerana dia belajar kerana Allah. Kalau dia lemah dan menurun motivasi makan dia bersegera merintih kepada Allah kerana dia yakin hanya Allah swt sahaja yang mampu membantu dirinya. Kata Dr. Aidh Al Qarni dalam buku beliau “Rahsia Kejayaan Orang_Orang Besar”, orang besar yang berjaya pasti ada pada niatnya, kebanyakan mereka berjaya kerana niatnya hanya sanya kerana Allah, tiada niat yang lainnya. Malahan mereka berjaya kerana niat baik mereka bukan sekadar untuk dirinya sahaja, sebaliknya mereka bertindak, belajar, berkerja dan sebagainya diniatkan untuk kebaikan orang lain. Semoga kita dapat mendasyatkan prestasi dan motivasi belajar kita dengan Formula meluruskan niat belajar kerana Allah swt semata. Selamat Berjaya! Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ , الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَالصَّÙ„َاةُ ÙˆَالسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ رَسُولِ ال...