Monday 15 April 2024

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

 TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاه.
ُ
AGAMA ITU NASIHAT.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“ Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa (wahai Rasulullah)?” Beliau menjawab, “Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/182, no. 82)

Penjelasan :

Wahai saudara-saudaraku yang beriman!, semoga kita semua dirahmati Allah. Semoga persaudaraan dan persahabatan ini menjadi sebab musabab kita beroleh redha Allah. Salah satu sifat sahabat dan saudara yang baik ialah saling tegur menegur dan nasihat menasihati dalam menyatakan kebenaran dan meluruskan kepincangan.

Nasihat berasal dari perkataan NASHOHA yang membawa maksud “ Menampal sesutu yang koyak” atau “ Menjernihkan sesuatu yang keruh”. Dari maksud ini dapat difahami bahawa sifat nasihat itu ialah menampal atau menutup keaiban dan menjernihkan suasana atau keadaan. Adalah kurang bijak sekiranya seseorang memberi nasihat kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama perbuatannya itu mengusudkan lagi keadaan. Umpama kain yang sudah koyak ditambah lagi koyaknya. al-Khaththabi rahimahullah (Wafat: 388H) berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

“ Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.” (Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 79)

TUNTUTAN MEMBERI NASIHAT :

Ibnu Baththal rahimahullah (Wafat: 449H) berkata:

والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم

“ Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 2/39. ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, 4/211)

SEBAIK-BAIK NASIHAT :

Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Dalam beberapa hadis yang lain disebutkan suatu prinsip bahawa kita diperintahkan supaya menutupi aib dan menyembunyikan kesalahan orang lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“ Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan Allah akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)

mam as-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) juga pernah berkata:

من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه

“ Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia),


maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya.” (an-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 1/13)

Seorang da’ie atau muslim yang bijak apabila menegur kesalahan seseorang tidak dicanang dan dihebohkan kesalahan itu dan siapa pelakunya. Nasihat dilakukan hanya di antara dia dengan pelaku tersebut. Inilah sifat nasihat yang sebenar iaitu menampal yang koyak bukan menambah koyaknya. Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan lagi keadaan.

BILAKAH NASIHAT BOLEH DILAKUKAN SECARA TERBUKA?

Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain. Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berkata:

لناسُ يَحتاجون إلى مُداراةٍ، ورِفْقٍ في الأمرِ بالمعروفِ، بلا غِلْظةٍ، إلاَّ رجُلاً مُبايناً، مُعلناً بالفسْقِ والرَّدى، فيجبُ عليك نهيُهُ وإعلامُهُ؛ لأنَّه يُقالُ: ليس لِفاسقٍ حُرمةٌ، فهذا لا حُرْمةَ له

“ Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah.” (al-Khallal, al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar, m/s. 35)

Mutakhir ini banyak isu berkenaan personality agama di TV yang digemari mengutarakan pandangan , fatwa atau idea yang bercanggah dengan kaedah usul dan akidah islam. Mereka bebas mengutarakan pandangan di laman sosial atau media massa tanpa sebarang sekatan. Pandangan dan idea mereka mudah mempengaruhi ummah lantaran nama dan kemasyhuran sebagai personaliti kesukaan. Malang sekali apabila ditegur kita dianggap cemburu dan tidak berhikmah kerana membuat teguran terbuka. Sedangkan kesalahan yang mereka lakukan itu secara terbuka dan memberi kesan yang negative buat umat ini. Lantaran itu teguran juga mestilah secara terbuka agar umat tidak terus tersirna dengan kemasyhuran seseorang sehingga alpa dari kebenaran yang pasti.

وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memceroboh kehormatan dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)

Contoh nasihat atau teguran secara terbuka, terang-terangan dan di khalayak ramai :

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَلَّيْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَارْكَعْ

“ Dari jabir bin Abdullah Radhiyallahu ‘anhu berkata : “ Sedang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkhutbah pada hari jumaat, tiba-tiba masuk seorang lelaki. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: adakah engkau telah solat wahai fulan?” lelaki itu menjawab : tidak. ( lalu ) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “ bangunlah dan solat ( dua rakaat tahyatul masjid )” ( HR Muslim ; 875 )

Sekalipun perbuatan lelaki itu hanya meninggalkan solat sunat sahaja. Bukan munkar yang besar tetapi baginda menegurnya kerana perbuatan itu dikhalayak ramai yang boleh mempengaruhi orang lain sehingga mengambil ringan pada suatu yang sunnah. Inilah yang menjadi dasar kebimbangan khalifah umar ketika menegur saiyyidina Uthman bin ‘Affan secara terbuka. Diriwayatkan bahawa :

حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ يَخْطُبُ النَّاسَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ إِذْ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَعَرَّضَ بِهِ عُمَرُ فَقَالَ مَا بَالُ رِجَالٍ يَتَأَخَّرُونَ بَعْدَ النِّدَاءِ فَقَالَ عُثْمَانُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ مَا زِدْتُ حِينَ سَمِعْتُ النِّدَاءَ أَنْ تَوَضَّأْتُ ثُمَّ أَقْبَلْتُ فَقَالَ عُمَرُ وَالْوُضُوءَ أَيْضًا أَلَمْ تَسْمَعُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ

Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu menceritakan : “ ketika Umar bin al-Khattab sedang berkhutbah kepada orang ramai pada hari jumaat, tiba-tiba masuklah Uthman bin ‘Affan . maka Umar menoleh ke arahnya lalu berkata : “ apa hal dengan seorang lelaki yang datang lewat selepas azan?”. Maka Usman menjawab : “ Wahai amiral mukminin! Aku tidak menambah-nambah ( Melakukan perbuatan lain ) tatkala mendengar azan selain terus berwuduk kemudian terus datang.” Maka berkata Umar : “ dan wuduk juga?” , tidakkah kalian dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Apabila salah seorang dari kamu ingin datang menunaikan jumaat , maka hendaklah dia mandi ( sunat jumaat )”. (HR Muslim ; 845 )

Jelas sekali teguran khailifah Umar itu dilakukan secara terang-terangan di khalayak ramai. Ia bertujuan untuk mengigatkan umaah kepada sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan agar mereka tidak terikut dengan kesilapan atau kealpaan seseorang sekalipun seorang tokoh dari kirami as Sohabah.

Apa yang amat menakjubkan ialah sikap saidina Uthman yang tidak membantah teguran itu dan akur dengan kesilapannya. Inilah akhlak yang sepatutnya ada pada para ilmuan harapan ummah hari ini. Berlapang dada dan sedia menerima teguran serta mahu membetulkan keadaan bukan mempertahan diri dengan pelbagai alasan.

Kesimpulan :

Agama itu adalah nasihat. Ia hanya berguna kepada mereka yang mahu mengambil manafaatnya. Dalam menegur sesuatu ingatlah kita dituntut berhikmah dan ikhlas kerana Allah. Hikmah bukan bererti dengan pendekatan lemah-lembut dan tersembunyi sahaja. Hikmah bermaksud menegur sesuai dengan situasi dan keadaan.

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatian-Mu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hamba-Mu yang diredhai dunia dan akhirat…amen.

Doakan Istiqamah. Maaf tazkirah ini agak panjang.. terimakasih kerana sabar membaca..

وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ, والْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

Doakan istiqamah.
Wassalam.

CUCU PERTAMA

 AHMAD ZHAREEF BIN AHMAD ZHARFAN

29.2.2024



















Saturday 13 January 2024

MEMORI MAJIS PERKAHWINAN ANAKANDA








 




SEMAKIN MEMBESAR

 

BAGAIMANA HENDAK KHUSYUK DALAM SOLAT

 BAGAIMANA HENDAK KHUSYUK DALAM SOLAT



Khusyuk bermaksud hati yang sentiasa hidup dan manakala khusyuk dalam solat pula adalah menghadirkan hati kepada Allah SWT. Untuk mendapatkan kekhusyukkan ketika solat, kita hendaklah membuat beberapa persediaan awal seperti dari aspek fizikal dan rohani. Persedian yang dimaksudkan adalah persediaan oleh seseorang sebelum dia melakukan ibadah solat.

Oleh itu, ingin kongsikan bagaimana hendak khusyuk dalam solat. Mari kita menimba ilmu ilmiah~

1) SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT

– Menjaga makanan, minuman dan pemakaian seperti yang di perintahkan oleh Allah SWT

– Membersihkan diri daripada najis dan bersugi / membersihkan rongga mulut dan gigi

– Mengambil Wudhuk dengan sempurna

– Memakai pakaian yang bersih dan kemas

– Jangan solat dalam keadaan yang lapar

– Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil

– Pilih tempat solat yang menenangkan

– Gunakan sejadah yang tidak mengganggu

– Pastikan tiada gangguan di sekeliling tempat solat

– Solat pada awal waktu



2) Ketika Hendak Menunaikan Solat

– Azan atau Iqamat terlebih dahulu

– Lakukan solat secara berjemaah

– Menghadirkan hati kepada Allah SWT

– Mengingatkan mati

– Membaca zikir



3) Ketika Menunaikan Solat

– Meneliti dan memahami bacaan solat

– Merendahkan diri kepada Allah SWT

- Mengagungkan Allah SWT

- Menghindari dari memikirkan hal keduniaan

- Tumpuan penuh pada solat yang didirikan

- Mengurangkan pergerakkan anggota badan

- Sentiasa melihat pada tempat sujud

- Lakukan solat dengan Thuma’ninah


Memang tidak dinafikan bahawa bukan senang untuk mendapatkan khusyuk dalam solat tapi yang penting janganlah kita putus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita untuk berusaha demi mendapatkan khusyuk dalam solat. Mohon kepada Allah supaya sentiasa pelihara hati kita dan khusyuk dalam beribadah kepadaNYA.

InsyaAllah

Orang-orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari dirinya hanyalah hamba akan patuh apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah dan mengikut apa yang disampaikan oleh Rasul serta sekali gus akan khusyuk mendapat nikmat ketika solat.

SUMBER

TIPS JAGA LAPTOP DENGAN BETUL

 TIPS JAGA LAPTOP DENGAN BETUL 


Pasti ramai yang mengalami laptop mudah rosak dan tak sampai setahun dah tukar dengan laptop baru. Dan ada juga yang mengalami masalah sudah di repair tetapi masih lagi mengalami kerosakan yang sama malah lebih teruk dari sebelumnya. Disini GK ingin berkongsi cara penjagaan laptop dengan betul serta mampu untuk memanjangkan usia laptop anda supaya tahan lama dan puas hati ketika menggunakannya Wang juga mampu dijimatkan dari repair laptop yang berpanjangan sehingga membuatkan anda membeli laptop baru untuk kepuasan penggunaan anda.
Cuci Kipas laptop dan tukar ‘thermal paste’ baru setiap 6 bulan.

Selama 5 tahun dalam dunia pembaikan laptop, 80% dari laptop yang rosak adalah disebabkan masalah motherboard

Dari masalah motherboard 7% darinya berpunca dari kecuaian manusia seperti tertumpah cecair dan terjatuh

Lagi 93% dari kerosakan motherboard ini berpunca dari tidak servis laptop
Apa Itu Servis Laptop?

Servis laptop adalah dimana laptop akan dibuka dan habuk yang berkumpul di kipas laptop akan dibersihkan. Thermal paste baru akan digantikan
Mengapa Ia Perlu Dilakukan?

Seperti juga kereta, laptop mempunyai komponen yang bergerak, komponen yang bergerak memerlukan sistem penyejukan. Komponen seperti processor dan pemproses grafik menjana haba yang sangat tinggi sehingga boleh mencecah 100 darjah C

Sistem penyejukan yang membantu menyejukkan komponen ini adalah kipas yang bersambung dengan besi tembaga. Besi tembaga ini akan bersentuh melalui thermal paste dengan komponen komponen panas ini.

Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini.

Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).

Apabila ini berlaku, kos membaikinya lebih kurang membeli laptop baru. Sebagai contoh kos untuk tukar motherboard brand Acer sahaja mencecah RM700. (sumber Highpoint) manakala untuk motherboard Apple Macbook Pro adalah RM2000 (iMac city)
Apakah Thermal Paste?

Thermal paste adalah selapis bahan yang mengalirkan haba sangat baik yang letaknya diantara komponen panas ini dan sistem penyejukan.

Lama kelamaan, thermal paste ini akan keras dan tidak mengalirkan haba dengan baik. Ianya juga perlu ditukar. Tujuan servis laptop ini adalah untuk menjamin sistem penyejukan yang efisien dan optimum sepanjang masa.
Di Mana Boleh Servis Laptop?

Untuk servis laptop anda digalakkan untuk menghantar laptop kepada pakar yang berhampiran dengan anda.

Ini adalah kerana untuk mencuci laptop, anda perlu buka seluruh badan laptop dan besar kemungkinan akan terjadi insiden tikus membaiki labu.

Komponen komponen di dal am laptop juga amat sensitif kepada elektrostatik.
Bila Waktu Sesuai Servis Laptop?

Anda dinasihatkan untuk servis laptop anda setiap 6 bulan sekali. Jika anda merasakan laptop anda cepat panas, contohnya jika anda boleh rasakan haba di tapak tangan anda ketika menggunakan laptop, segeralah hantar ke kedai komputer berhampiran untuk diservis.

Jika persekitaran anda berhabuk, anda harus melakukannya dengan lebih kerap.
Kesimpulan
Servis laptop adalah langkah pertama untuk memanjangkan usia laptop anda.
Haba adalah musuh utama laptop.
Pastikan anda servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
Hantar laptop pada yang pakar sahaja.
Laptop yang dijaga dengan baik adalah laptop yang akan menggembirakan tuannya.

SUMBER

43 perkara berkaitan kucing

 MENARIK ! 43 FAKTA TENTANG KUCING


Kucing adalah haiwan yang sangat manja dan pandai mengambil hati terutamanya bagi mereka yang sukakan kucing. Berikut adalah fakta mengenai kucing yang perlu anda tahu.

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, yaitu 5 kali lebih banyak dari manusia

2. Kucing memiliki 230 tulang, yaitu 24 kali lebih banyak dari manusia

3. Kucing tidak memiliki collarbone, sehingga memungkinkan masuk melewati celah selebar kepalanya

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah bagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia 20 khz

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lainnya (dalam hubungannya dengan besarnya tubuh)

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan total, akan tetapi ketajaman matanya pada malam hari sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan perefleksi cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang masuk retina.

8. Cakupan pandangan kucing 185 derajat

9. Kucing memiliki indera penciuman 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika anda ingin melakukan pengecekan denyut nadi lakukan di paha belakang di bagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

12. Suhu tubuh kucing normal 102 °F atau 38.8 °C

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 mile per jam

14. Kucing memiliki system syaraf yang sangat sensitif.

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya.

16. Setiap kucing memiliki nose pad yang sangat khas, sehingga tidak akan penah ada dua kucing yang memiliki sidik hidung yang sama

17. Kucing merespon panggilan wanita lebih baik dari pada pria, mungkin karena suata wanita memiliki puncak yang lebih tinggi

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

19. Telah dibuktikan secara ilmiah bahwa mengelus-elus kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

20. Rata-rata umur kucing 15-16 tahun

21. Untuk menentukan kesetaraan umur kucing dengan umur orang, mulailah dengan 20 tahun sebagai umur tahun pertama kucing, kemudian tambahkan 4 tahun umur manusia untuk setiap umur tahun kucing. Sebagai contoh : Jika kucing anda berumur 4 tahun berarti umurnya setara dengan 20 tahun (untuk umur 1 tahun) ditambah 3 x 4 tahun,yaitu setara dengan umur 32 tahun pada orang

22. Kucing memiliki daya penciuman yang sangat baik. Ini adalah alasan mengapa kucing tidak akan menggunakan kotak sampah kotor. Dan mereka juga memiliki pendengaran yang bagus

23. Kucing benci bau parfum. Mereka juga membenci aroma jeruk dan lemon

24. Kucing menganggap daerah yang memiliki bau amonia sebagai daerah eliminasi. Jadi, tidak dianjurkan untuk menggunakan amonia untuk membersihkan bau urin kucing

25. Seekor kucing mengetahui perubahan dalam suasana hati Anda, dan kadang-kadang itu akan mempengaruhi kucing Anda

26. Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan kata “Meong”. Dalam bahasa Inggris yang digunakan di Amerika, suara kucing sering ditulis dengan “Meow”. Di negara Inggris sendiri, suara kucing ditulis “Miaow”. Kalau bahasa Jepang sering ditulis dengan kata “Nya”

27. Kucing termasuk hewan yang sangat bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat. tapi dapat memicu alergi pada manusia. Kadangkala kucing memuntahkan semacam hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya

28. Kucing dapat menyimpan energi dengan cara tidur lebih sering ketimbang hewan lain. Lama tidur kucing bervariasi antara 12 – 16 jam per hari, dengan angka rata-rata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari

29. Pintu khusus kucing (cat flap) yang biasa terdapat pada pintu rumah, ditemukan pertama kali oleh Sir Isaac Newton (penemu hukum gravitasi)

30. Ekor kucing dipergunakan untuk menjaga keseimbangaan, terutama ketika sedang melompat atau berlari

31. Kucing memakan rumput dengan tujuan memperbaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan rambut yang tertelan dan menumpuk di lambung

32. Kucing yang sehat mempunyai suhu tubuh 38°C – 39.5°C

33. Kucing betina matang secara seksual ketika berumur 6-10 bulan, sedangkan kucing jantan pada umur 9 -12 bulan

34. Rata-rata jumlah anak kucing dalam satu kelahiran adalah 2-6 ekor

35. Dengkuran kucing (purring) tidak selalu menunjukkan bahwa kucing dalam keadaan nyaman. Kucing juga akan melakukan hal yang serupa dan lebih keras pada saat dalam keadaan stres atau kesakitan

36. Semua kucing memerlukan taurine dalam makanan untuk mencegah kebutaan. Kucing juga harus mengkonsumsi sejumlah lemak dalam makanan karena tidak dapat memproduksi lemak sendiri

37. Ketika seekor kucing menggosokkan badannya ke kaki atau badan anda, ia sedang menandai anda dengan baunya dan menyatakan anda sebagai pemiliknya

38. Rata-rata umur kucing yang hidup di luar rumah sekitar 3-5 tahun, sementara yang hidup didalam rumah dapat mencapai umur 16 tahun atau lebih lama

39. Rata-rata waktu tidur kucing sekitar 16 jam

40. Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Kucing yang lahir dengan 6 atau 7 jari pada kaki depan dan tambahan jari pada kaki belakang disebut polidaktil

41. Kucing dewasa mempunyai 30 buah gigi, 16 buah di rahang atas dan 14 buah di rahang bawah

42. Ada sekitar 9600 helai rambut tiap cm2 kulit bagian atas dan sekitar 19200 helai rambut tiap cm2 kulit bagian bawah

43. Lidah kucing tidak dapat merasa karena kurangnya sensor syaraf perasa di lidah. Manusia mempunyai sekitar 9000 sensor syaraf perasa di lidah, sedangkan kucing hanya mempunyai 473 buah. Nafsu makan kucing terutama dipengaruhi oleh bau bukan rasa makanan

SUMBER

Tuesday 9 January 2024

 

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERENGGANU

JALAN LAPANGAN TERBANG

21300 KUALA NERUS     

PERANCANGAN TAKWIN
TAHUN 2024

 

 

 

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

DISEDIAKAN OLEH :

 

Cr. MOHD ARIFFIN BIN ABDULLAH kb 04106 (P.A  )

Cr. WAN NORHIDAYAH BT WAN ABDULLAH

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERSONEL pengurusan dan pentadbiran

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SM TEKNIK TERENGGANU,

JALAN LAPANGAN TERBANG

21300 KUALA NERUS,

TERENGGANU

 

 

PENGERUSI

 

CIKGU IBRAHIM BIN ISMAIL

 (PENGETUA)

 

TIMBALAN PENGERUSI

 

PN. SAMIHAH BT SALLEH (PK HEM)

 

PENYELARAS

 

PN WAN NORHIDAYAH BT WAN ABDULLAH

 

SETIAUSAHA

 

Cr EN MOHD ARIFFIN BIN ABDULLAH

 

JAWATANKUASA INDUK

 

                           CG ROSLAN                            GURU KANAN BIDANG BAHASA

          GURU KANAN BIDANG SAINS & MATEMATIK

PN AZMAH                         GURU KANAN BIDANG KEMANUSIAAN

EN PAUZI ANUWAR BIN MUDA                        GURU KANAN BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

GURU PENYELARAS TINGKATAN 4 DAN 5

WAKIL PIBG

 

AHLI JAWATANKUASA

 

CG. MOHD HUSMADI BIN HUSSIN

CG AZHAR

 

 

VISI,MISI DAN FALSAFAH

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

 

 

VISI

 

MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN EFEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL, PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI KECEMERLANGAN PELAJAR DAN SEKOLAH

 

 

MISI

 

DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENOLONG BANTU PELAJAR DARI ASPEK PENGAYAAN, PERKEMBANGAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN, KETERAMPILAN DAN KONSEP KENDIRI POSITIF YANG PERLU DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT MADANI MELALUI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG BERKESAN, BERAMANAH BERTERASKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

 

FALSAFAH

 

BAHAWASANYA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBELENGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP , BERKESAN BERAMANAH BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

 

 

 

VISI, MISI DAN FALSAFAH HAL EHWAL MURID

SM TEKNIK TERENGGANU

 

VISI

PERKHIDMATAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MENJADI PENERAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF

DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK MENJELANG TAHUN 2028

 

MISI

SENTIASA BERUSAHA MEWUJUDKAN IKLIM SEKOLAH YANG KONDUSIF BAGI MELAHIRKAN INSAN KALMIL YANG CEMERLANG AKADEMIK, KOKURIKULUM, BERSAHSIAH UNGGUL, KREATIF, INOVATIF DAN DINAMIK MELALUI PEMUAFAKATAN BESTARI.

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMTT 2024

 

VISI

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING MENJADI PENERAJU UTAMA DALAM MEWUJUDKAN SUASANA YANG TERAPUTIK DAN KONDUSIF DI SEKOLAH UNTUK MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG MENJELANG 2015

 

MISI

UNTUK MEREALISASIKAN VISI, KAMI AKAN MISI BERIKUT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA :

 

·         MENYEDIAKAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG BERKESAN.

·         MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI KEPINTARAN EMOSI (EQ) YANG TINGGI DAN BERAKHLAK MULIA.

·         MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG MEMBERANGSANGKAN MELALUI PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

·         MEMBERIKAN PENDIDIKAN KERJAYA BERSEPADU KEPADA PELAJAR.

·         MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN BERKUALITI KEPEMIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR.

·         MENOLONG DAN MEMBANTU PELAJAR MENGEMBANG SERTA MEMULIH SAHSIAH DAN KETRAMPILAN DIRI.

·         MEMPERTINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KECENDERUNGAN PELAJAR DALAM AKADEMIK DAN KO KURIKULUM.

·         MENYEDIAKAN PRASARANA BILIK YANG KONDUSIF.

·         MEWUJUDKAN HUBUNGAN ERAT DENGAN KOMUNITI SETEMPAT.

 

 

 

 

 

PIAGAM PELANGGAN

KAMI WARGA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMTT

BERUSAHA SEDAYA UPAYA BAGI :

 

·        MEMASTIKAN SETIAP PERKHIDMATAN YANG DIBERI BERKUALITI, TERBAIK DAN MENEPATI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PELANGGAN.

·        BERKHIDMAT DENGAN CEKAP, RESPONSIF, AMANAH DAN BIJAKSANA DALAM JANGKAMASA YANG DITETAPKAN.

·        MEMBERI LAYANAN MESRA, TERBUKA, BEREMPATI DAN SENTIASA SEDIA MENDENGAR.

·        MENYEDIAKAN KEMUDAHAN MEMPERTINGKATKAN DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN AKADEMIK.

·        MEMBERI PERTOLONGAN YANG DAPAT MEMBANGUNKAN KENDIRI INSAN BAGI MENJAMIN MASA DEPAN KE ARAH PENGISIAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN WAWASAN 2020.

·        MEMATUHI KOD ETIKA GURU KAUNSELING SEKOLAH DAN TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA.

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

·        MEMBERI PERKHIDMATAN PENYUBURAN ATAU PENGEMBANGAN YANG MELIPUTI SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN DIRI PELAJAR.

·        DENGAN MENYEDIAKAN PELUANG KEMUDAHAN DAN PENGALAMAN SELARAS DENGAN PERINGKAT UMUR, TAHAP KEMAMPUAN SERTA POTENSI PELAJAR.

·        MEMBERIKAN PERKHIDMATAN PENCEGAHAN IAITU MENGHINDARKAN PELAJAR DARIPADA TERLIBAT DALAM SALAH LAKU, TIDAK BERDISIPLIN, VANDALISME, PENYALAHGUNAAN DADAH, MEROKOK, MINUM ARAK, PERAS UGUT DAN LAIN-LAIN.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

       PERANCANGAN STRATEGIK

 

1.0       ANALISIS SWOT

 

(STRENGTH, WEAKNESS, OPPORTUNITIES, THEARTS)

 

Kekuatan (Strength – S)

Kelemahan (Weakness-W)

 

S1   Mempunyai guru kaunseling yang

      memenuhi kuota dan berkelayakan.

 

S2   Guru kaunseling telah berdaftar

      dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

 

S3   Mempunyai kaunselor pelajar yang

      berpengalaman melebihi 10 tahun.

 

S4   Mahir serta cekap dalam aspek  

      pengurusan dan pentadbiran dalam

      pengendalian perkhidmatan

      kaunseling dan penganjuran

      program/kursus/bengkel motivasi dan   

      pembangunan personal pelajar.

 

W1   Kuota kaunselor mengikut gender

        tidak seimbang dengan keperluan

        pelajar di sekolah ini.

 

W2   Peralatan dan kemudahan untuk

        urusan kerja pentadbiran dan

        pengurusan unit tidak menepati

        keperluan.

        Contoh : Kemudahan ICT yang tidak

                      efektif, prasarana yang

                      tidak kondusif.

 

W3   Sistem fail, rekod serta dokumentasi

       masih tidak dapat dilaksnakan

       dengan sempurna.

Peluang ( Oppotunities – O)

Ancaman/Cabaran ( Threats – T)

 

O1   Pelajar telah mengenali dan

       memahami fungsi UBK melalui

       program outreach.

 

O2   Kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya

       terlatih membantu UBK dalam

       penyebaran maklumat mengenai

       bimbingan dan kaunseling serta

       program yang dijalankan.

 

O3   Kerjasama dan komitmen yang baik

       dengan komuniti luar seperti PIBG,

       agensi-agensi kerajaan dan swasta,

       NGO, Majlis Perwakilan pelajar 

       universii dan kolej, IPTA dan IPTS.

 

O4   Kesepaduan dan kerjasama antara

       kaunselor dengan guru-guru dan

       kakitangan sekolah amat

       menggalakkan.

 

T1   Segentir pelajar dan guru salah

       konsep terhadap perkhidmatan

       bimbingan kaunseling di sekolah.

 

T2    Menggunakan perkhidmatan

       kaunseling sebagai alasan ponteng

       kelas dan masalah disiplin.

 

T3    Gejala sosial yang menular di

        kalangan pelajar sekolah sukar

        dibendung.

 

T4    Bidang kuasa kaunselor pelajar

       terhad di sekolah sahaja untuk

       sebarang tindakan yang mengancam

       keselamatan dan kebajikan pelajar

       berkaitan isu sensitif seperti moral,

       sosial, jenayah, agama, politik dan

       sebagainya.

 

2.0           MENGENAL PASTI ISU-ISU DAN STRATEGI

 

Bidang

Isu Strategi

Matlamat Strategi

Sasaran

Bimbingan dan Kaunseling

Ketidakseimbangan pembangunan diri pelajar dari aspek emosi dan spritual berbanding pencapaian akademik.

Menambah nilai dalaman diri pelajar

Khusus :

Kumpulan pelajar yang dirujuk masalah disiplin bagi tujuan pencegahan dan pemulihan ke agensi dan badan tertentu. Contoh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Umum :

Semua pelajar bagi tujuan pencegahan gejala negatif dan peningkatan jati diri.

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0   OBJEKTIF

 

        OBJEKTIF JANGKA PENDEK

 

Mencapai komitmen 100% pelajar dan ibu bapa dalam setiap program yang telah dirancang khusus bagi kumpulan plajar terlibat masalah pergaulan bebas disamping memperolehi pencapaian optimum dalam akademik.

 

 

        OBJEKTIF JANGKA PANJANG

 

Pelajar dapat bimbingan dan panduan dalam menangani permasalahan sosial yang dialami pada masa kini dan akan datang.

 

 

 

 

 

 

 

 


4.0   STRATEGIK

       MATLAMAT/OBJEKTIF : Pelajar dapat bimbingan dan panduan dalam menangani permasalahan sosial yang dialami pada masa kini dan akan datang.

 

SWOT MATRIKS

Kekuatan (Strength – S)

 

S1   Mempunyai guru kaunseling yang memenuhi kuota  dan berkelayakan.

 

S2   Guru kaunseling telah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

 

S3   Mempunyai kaunselor pelajar yang berpengalaman melebihi 10 tahun.

 

S4   Mahir serta cekap dalam aspek   pengurusan dan  pentadbiran dalam pengendalian perkhidmatan kaunseling dan penganjuran program/kursus/ bengkel motivasi dan pembangunan personal  pelajar.

Kelemahan (Weakness-W)

 

W1   Kuota kaunselor mengikut gender tidak    seimbang dengan keperluan pelajar di sekolah ini.

 

W2   Peralatan dan kemudahan untuk urusan kerja pentadbiran dan pengurusan unit tidak menepati keperluan.

Contoh : Kemudahan ICT yang tidak efektif, prasarana yang tidak kondusif.

 

W3   Sistem fail, rekod serta dokumentasi masih tidak dapat dilaksnakan dengan sempurna.

 

Peluang ( Oppotunities – O)

 

O1   Pelajar telah mengenali dan memahami fungsi UBK melalui program outreach.

 

O2  Kumpulan Pembimbing Rakan Sebaya membantu UBK dalam penyebaran maklumat mengenai bimbingan dan kaunseling serta program yang dijalankan.

 

O3   Kerjasama dan komitmen yang baik dengan komuniti  luar seperti PIBG, agensi-agensi kerajaan dan swasta,  NGO, Majlis Perwakilan pelajar universii dan kolej, IPTA dan IPTS.

 

O4   Kesepaduan dan kerjasama antara kaunselor dengan guru-guru dan kakitangan sekolah amat menggalakkan.

STRATEGI KP (SO)

S1 S2 S3 O1 O2

 

Memantapkan pekhidmatan UBK ke peringkat sekolah dan networking dengan UBK sekolsh lsin melalui program pembangunan pelajar secara kerjasama.

 

 

 

S4 O3 O4

 

Menganjurkan program-program pembangunan insan di peringkat daerah.

STRATEGI LP (WO)

W1 O1 O3 O4

 

Mendapatkan bantuan pihak agensi luar untuk menjalankan program pemulihan dan pencegahan bagi pelajar lelaki bemasalah.

Khidmat konsultasi kepada guru dan PRS lelaki bagi mendekati dan membimbing pelajar lelaki.

 

W2 O2 O3 O4

 

Mendapatkan tajaan daripada agensi luar bagi tujuan menaiktaraf keperluan ICT bilik kaunseling.

Ancaman/Cabaran ( Threats – T)

 

T1   Segentir pelajar dan guru salah konsep terhadap  perkhidmatan bimbingan kaunseling di sekolah.

 

T2    Menggunakan perkhidmatan kaunseling sebagai alasan ponteng kelas dan masalah disiplin.

 

T3    Gejala sosial yang menular di kalangan pelajar sekolah sukar ditangani.

 

T4    Bidang kuasa kaunselor pelajar terhad di sekolah sahaja untuk sebarang tindakan yang mengancam keselamatan dan kebajikan pelajar berkaitan isu sensitif seperti moral, sosial, jenayah, agama, politik  dan sebagainya.

STRATEGI KA (ST)

S1 S2 T1

Memastikan setiap pelajar berpeluang menjalani sekurng-kurangnya sekali sesi kaunseling individu atau kaunseling kelompok.

 

S3 T3

Menjalankan program kaunselingberfokus kepada kumpulan pelajar yag dkenalpasti bermasalah sosial.

 

S4 T4

Kosultasi kepada ibubapa dan penjaga pelajar bagi kes terbabit.

Meemput akil agensi luar menyebarkan maklumat kepada pelajar dan ibu bapa dan penjaga.

STRATEGI LA (WT)

W1 T2

Menjalankan kaunseling berfokus dengan menggunakan khidmat PRS dan juga guru-guru lain disekolah ini.

 

W1 T3 T4

Menganjurkan program-program bagi pelajar bermasalah yang dikendalikan khas oleh pihak tertentu seperti PDRM, JKM, AADK dan sebagainya.

 

W2 W3 T1 T2

Memantapkan sistem rekod perkhidmatan UBK bagi mengesan dan merekod data-data pelajar yang bermasalah.

5.0     ANALISA CADANGAN STRATEGIK

 

ISU STRATEGI

STRATEGI YANG DICADANGKAN

PELAN TAKTIKAL

FAKTA MENYOKONG

HALANGAN

PENDORONG

 

 

 

 

 

 

 

 

Peningkatan kes yang melibatkan gejala sosial pelajar khususnya aktiviti ponteng  disepanjang persekolahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Membimbing pelajar terbabit masalah gejala sosial tersebut ke arah celik akal tingkah laku positif

Program intervensi dan motivasi.

 

Terdapat modul motivasi peningkatan sahsiah diri

 

 

 

 

 

 

 

 

Perancangan program tertunda dengan program yang terbit secara ad hoc dari jabatan dan kesesuaian masa kumpulan sasaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sokongan penuh daripada pihak pentadbir serta JK Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru SMKTL

Program Kaunseling berfokus untuk pelajar yang bermasalah.

 

Sokongan pakar daripada agensi luar menyampaikan input kepada pelajar

Bimbingan intervensi bagi individu kelompok.

 

Jadual berkala bagi program mingguan kumpulan pelajar tertentu.

 

Penyebaran maklumat yang terkini dan secara berkala ke setiap kelas.

 

Himpunan bahan-bahan bacaan tambahan dari PSS mahupun sumbangan dari pelbagai agensi yang berkaitan.

Peningkatan pencapaian peperiksaan tahun terdahulu memerlukan pencapaian lebih baik pada tahun ini.

100% pencapaian optimum lulus pada semua peringkat.

Program Kecemerlangan Akademik

Sokongan daripada pentadbir dan bantuan pihak luar bagi membantu pengekalan kecemerlangan pelajar di tahun peperiksaan.


6.0   PELAN STRATEGIK

        6.1    PROGRAM PENCEGAHAN DAN MOTIVASI

 

ISU STRATEGIK

Peningkatan kes yang melibatkan gejala sosial pelajar khususnya aktiviti ponteng ,buli serta penggunaan vape disepanjang persekolahan.

MATLAMAT STRATEGIK

Membimbing pelajar terbabit masalah gejala sosial tersebut ke arah celik akal tingkah laku positif.

INDIKATOR PRESTASI DAN SASARAN (Jangka panjang)

100% pelajar SMKTL mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor sekolah.

100% pelajar yang terlibat dalam program kaunseling berfokus menyertai

SASARAN

Pelajar, guru dan ibu bapa dan penjaga

OBJEKTIF

Objektif jangka pendek:

Mencapai komitmen 100% pelajar dan ibubapa dalam setiap program yang telah dirancang khusus bagi kumpulan pelajar terlibat masalah masalah ponteng.

Objektif jangka panjang:

Pelajar dapat bimbingan dan panduan dalam menangani permasalahan sosial yang dialami pada masa kini dan akan datang.

STRATEGI (1)

Membimbing pelajar terbabit masalah gejala sosial tersebut ke arah celik akal tingkah laku positif.

Program Serik Ponteng

Modul Guru Penyayang

 

6.2    PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS (SAHSIAH)

 

ISU STRATEGIK

Peningkatan kes yang melibatkan gejala sosial pelajar khususnya aktiviti ponteng ,buli dan penggunaan vape  disepanjang persekolahan.

MATLAMAT STRATEGIK

Membimbing pelajar terbabit masalah gejala sosial tersebut ke arah celik akal tingkah laku positif.

INDIKATOR PRESTASI DAN SASARAN (Jangka panjang)

100% pelajar SMTT mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor sekolah.

 

SASARAN

Isu ponteng 40 orang pelajar ( 20 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki)

Isu buli  40 pelajar lelaki

Isu vape -40 pelajar lelaki

OBJEKTIF

Objektif jangka pendek

Pelajar mendapat input penilaian kendiri dan menjadi indikator untuk lebih asertif terhadap diri sendiri.

Objektif jangka panjang

Bimbingan dan latihan yang diberikan meningkatkan keyakinan kendiri pelajar agar membentuk peribadi yang mulia.

STRATEGI (1)

Kem Pemantapan Sahsiah MYsera

Bimbingan individu dan kelompok

 

6.3    PROGRAM PENCEGAHAN MELALUI SUMBER INFO

 

ISU STRATEGIK

Peningkatan kes yang melibatkan gejala sosial pelajar khususnya aktiviti ponteng, buli serta penggunaan vape  disepanjang persekolahan.

MATLAMAT STRATEGIK

Membimbing pelajar terbabit masalah gejala sosial tersebut ke arah celik akal tingkah laku positif.

INDIKATOR PRESTASI DAN SASARAN (Jangka panjang)

100% pelajar SMTT mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor sekolah serta melalui program kaunseling yang telah dirancang.

SASARAN

Pelajar, guru dan ibu bapa dan penjaga

OBJEKTIF

Objektif jangka pendek:

Pelajar memperolehi maklumat mengenai pendidikan pencagahan gejala sosial melalui pelbagai media.

Objektif jangka panjang:

Pelajar dapat menggunakan info yang diperolehi sebagai panduan dan bimbingan dalam menangani pengaruh negatif gejala sosial.

STRATEGI (1)

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)- Minggu Anti Dadah

Seminar Keibubapaan

Program Pembangunan Diri – Kemahiran Menyelesaikan Masalah

 

6.4    PROGRAM BIMBINGAN DAN KELOMPOK

 

ISU STRATEGIK

Peningkatan kes yang melibatkan gejala sosial pelajar khususnya aktiviti ponteng  disepanjang persekolahan.

MATLAMAT STRATEGIK

Membimbing pelajar terbabit masalah gejala sosial tersebut ke arah celik akal tingkah laku positif.

INDIKATOR PRESTASI DAN SASARAN (Jangka panjang)

100% pelajar SMTT mendapatkan khidmat kaunseling daripada kaunselor sekolah serta melalui program kaunseling yang telah dirancang i

SASARAN

40 orang pelajar serta ibubapa yang terlibat dalam kaunseling berfokus.

OBJEKTIF

Objektif jangka pendek:

Mencapai komitmen 100% pelajar dan ibubapa dalam setiap program yang telah dirancang khusus bagi kumpulan pelajar terlibat masalah pergaulan bebas.

Objektif jangka panjang:

Pelajar dapat bimbingan dan panduan dalam menangani permasalahan sosial yang dialami pada masa kini dan akan datang.

STRATEGI (1)

Kaunseling individu dan kelompok berkala

 

6.5    PROGRAM AKADEMIK

 

ISU STRATEGIK

Pelajar kelas peperiksaan perlukan perhatian khusus daripada semua guru untuk memastikan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan.

MATLAMAT STRATEGIK

Bimbingan dan bantuan kepada pelajar mengatur perancangan belajar secara taktikal dan pengukuhan mengawal emosi.

INDIKATOR PRESTASI DAN SASARAN (Jangka panjang)

100% pelajar kelas peperiksaan terlibat dalam setiap program kecemerlangan yang dirancang.

SASARAN

Semua pelajar kelas peperiksaan.

OBJEKTIF

Objektif jangka pendek:

Mencapai komitmen 100% pelajar dan ibubapa dalam setiap program yang telah dirancang khusus bagi kumpulan pelajar kelas peperiksaan.

Objektif jangka panjang:

Pencapaian yang optimum dalam keputusan pepriksaan sebenar.

STRATEGI (1)

Program Cakna Cemerlang dan Kaunseling Berfokus Akademik

Motivasi Peperiksaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7.0           PELAN TAKTIKAL

 

BIL

TINDAKAN

TANGGUNG-

JAWAB

(Pelaksana)

TEMPOH MASA

SUMBER

(KOS MANUSIA, ALAT)

(RM)

OUT-

PUT

PETUNJUK PRESTASI

PELAN KONTIGENSI

1

Mesyuarat

Pentadbir dan JK Program

1 hari

(4 kali setahun)

-

-

-

 JK B&K,

Pembentangan taklimat perangcangan.

2

Minggu Taaruf/Minggu Serasi Pelajar Baru

UBK dan Penyelaras Tingkatan

2 minggu

400

 

Pelajar Baru

Tingkatan 4  

Kertas cadangan pelaksanaan program

2

Cakna Cemerlang

UBK dan Unit Kecemerlangan

3 hari

100

-

Pencapaian ujian dan peperiksaan

Kertas cadangan pelaksanaan program

3

Ziarah Cakna

Guru Kelas dan UBK

1 hari

-200

-

Kehadiran pelajar dan borang soal selidik

Kertas cadangan pelaksanaan program

4

Kemahiran Belajar

UBK dan Penyelaras Tingkatan

3 hari

200

 

Bahan edaran dan bengkel

Kertas cadangan program.

5

Motivasi

UBK

1 hari

1000

 

Penglibatan pelajar.

Kertas cadangan program

6

Modul Guru Penyayang

UBK dan JK Guru Penyayang

 

100

 

Penglibatan guru-guru dan

Modul Guru Penyayang KPM

7

PPDa

JK PPDa

3 minggu

400

 

Penyertaan pelajar dan penglibatan agensi luar

Kertas cadangan program

8

Kem Pemantapan Sahsiah

UBK dan Unit Disiplin

3 hari

1000

 

Penyertaan pelajar dan penglibatan agensi luar

Kertas cadangan program

9

MySera

UBK

Sepanjang tahun

100-

 

Semua warga SMTT

Kertas cadangan

10

Pemantapan Sahsiah PRS

UBK dan Unit Kebajikan

1 hari

500

 

Kerjasama MGKK kuala Nerus

Kertas cadangan program

11

Karnival Pendidikan Kerjaya

UBK dan agensi luar

1 hari

300

 

Penglibatan agensi luar

Kertas cadangan program

12

Pembangunan Diri/Minda sihat

UBK dan Bina Insan

1 hari

100

 

Jemputan penceramah

Kertas cadangan program

13

Seminar Keibubapaan

UBK dan PIBG

1 hari

300

 

Jemputan penceramah

Kertas cadangan program

14

Restu Ilmu

UBK dan Penyelaras Tingkatan

2 hari

1000

 

PIBG dan sekolah

Kertas cadangan program

15

Program Lawatan

UBK

3

hari

1000

 

UBK

Kertas cadangan program

18

Ceramah anti dadah

UBK dan JK PPDa

1 hari

100

 

AADK

Kertas cadangan program

 

JUMLAH

6800

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8.0   PELAN OPERASI

 

        8.1   PROGRAM STRATEGIK

 

8.1.1  PROGRAM INTERVENSI DAN MOTIVASI

 

NAMA PROGRAM      :        Program Serik Ponteng

KAEDAH                 :        Forum dan Pameran

RASIONAL               :        Peningkatan kadar peratusan pelajar yang terlibat dengan

kes disiplin dari aspek pergaulan bebas dan gejala sosial.

OBJEKTIF               :        Pelajar mendapat bimbingan dan panduan dalam menangani

                                                permasalahan sosial yang dialami pada masa kini dan akan

datang.

TARIKH                  :        2024

SASARAN                :        Pelajar Tingkatan 4 dan 5

PERBELANJAAN       :       

 

LANGKAH

PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB

TEMPOH

STATUS/CACATAN

1

Mesyuarat

1.1     Ucapan

1.2     Bentang kertas konsep

1.3     Pembentukan AJK

1.4     Agihan tugas

1.5     Merancang jadual

1.6     Penyediaan Bahan

1.7     Hal-hal lain

Pengetua

PK HEM

1 Hari

 

 

2

Rangka konsep jadual bertugas guru-guru bagi

GBKSM

2 Hari

 

3

Surat menyurat.

Surat Jemputan Panel Forum

Surat Kebenaran

JK Jemputan

2 Hari

 

4

Pelaksanaan Program

JK Program

2 Jam

 

5

Penambahbaikan & Penilaian

GBKSM

1 hari

 

 

 

 

 

 

8.1.2   PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS (SAHSIAH)

 

NAMA PROGRAM      :        Program Bina Sahsiah Remaja

KAEDAH                 :        Ceramah/Bengkel/Latihan dalam kumpulan/Latihan fizikal

RASIONAL               :        Peningkatan kadar peratusan pelajar yang terlibat dengan

kes disiplin dari aspek pergaulan bebas dan gejala sosial.

OBJEKTIF               :        Pelajar mendapat bimbingan dan panduan dalam menangani

                                                permasalahan sosial yang dialami pada masa kini dan akan

datang.

TARIKH                  :       

SASARAN                :        80 orang pelajar yang berpotensi bermasalah sosial

PERBELANJAAN       :       

 

LANGKAH

PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB

TEMPOH

STATUS/CACATAN

1

Mesyuarat

1.8     Ucapan

1.9     Bentang kertas konsep

1.10  Pembentukan AJK

1.11  Agihan tugas

1.12  Merancang jadual

1.13  Penyediaan Bahan

1.14  Hal-hal lain

Pengetua

PK HEM

1 Hari

 

Setiausaha UBK

2

Mengenalpasti 40 orang pelajar yang terlibat dengan masalah gejala sosial.

PK HEM

Guru Disiplin

Pembimbing Rakan Sebaya

2 Hari

 

JK UBK

3

Rangka konsep jadual bertugas guru-guru bagi Program Motivasi

GBKSM

2 Hari

 JK UBK

4

Surat menyurat.

Surat Jemputan Penceramah.

Surat Kebenaran

JK Jemputan

2 Hari

 

Setiausaha UBK

5

Pelaksanaan Program

JK Program

 3 hari 2 malam

Penyelaras UBK

6

Penambahbaikan & Penilaian

GBKSM

1 hari

Penyelaras UBK

 

 

 

8.1.3   PROGRAM BUKU SKRAP DAN INFO INTERVENSI

 

NAMA PROGRAM      :        Program Buku Skrap dan Info Intervensi

KAEDAH                 :        Pertandingan buku skrap dan pameran bahan info

RASIONAL               :        Pelajar kurang informasi dan memerlukan banyak bahan

bacaan untuk mendapat maklumat mengenai cara menangani

gejala sosial.

OBJEKTIF               :        Mengumpul dan menghasilkan sumber rujukan dari pelbagai

sumber supaya boleh dijadikan bahan bacaan dan rujukan untuk semua pelajar SMTT.

TARIKH                  :        Sepanjang bulan April ( Buku Skrap)

                                      Sepanjang tahun ( Pameran Info)

SASARAN                :        Pelajar Kelab Kerjaya Dan PRS

PERBELANJAAN       :       

 

LANGKAH

PROSES KERJA

TANGGUNGJAWAB

TEMPOH

STATUS/CACATAN

1

Mesyuarat

1.15  Ucapan

1.16  Bentang kertas konsep

1.17  Pembentukan AJK

1.18  Agihan tugas

1.19  Merancang jadual

1.20  Penyediaan Bahan

1.21  Hal-hal lain

Pengetua

PK HEM

1 Hari

 

 

2

Rangka konsep aktiviti kepada setiap kelas

GBKSM

2 Hari

 

3

Setiap pelajar mengumpul bahan dan menghasilkan buku skrap.

Guru matapelajaran Kewarganegaraan

1 bulan

 

5

Surat menyurat

GBKSM

 2 hari

 

6

Mendapatkan poster dan pamplet dari agensi luar

GBKSM dan JK B&K

1 bulan

 

7

Penilaian

GBKSM

 

 

 

 

 

 

 

 

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...