Wednesday 30 September 2020

Tip mudah utk urus duit sekolah

 

Tip mudah urus duit belanja sekolah

Perancangan kewangan yang betul akan membantu kita berbelanja secara berhemah untuk menyimpan dan melabur.
A
A

Setiap hari atau setiap bulan, pastinya anda menerima duit belanja sekolah daripada ibu bapa dan lazimnya, mereka akan berpesan supaya berjimat cermat serta simpan lebihan wang ke dalam tabung. Adakah anda mengikut nasihat mereka atau wang anda habis begitu saja?

Mungkin anda pernah cuba menabung, tetapi tidak berjaya kerana anda sendiri tidak tahu bagaimana duit itu habis menjelang hujung hari atau bulan. Ini menyebabkan anda masih perlu meminta ibu bapa setiap kali inginkan sesuatu, dan kesudahannya anda mungkin berputih mata.

–– ADVERTISEMENT ––

Justeru, bagaimana untuk uruskan duit belanja supaya tidak perlu lagi meminta dari ibu bapa setiap kali ingin membeli buku cerita, pen dan buku nota yang bergaya atau menonton wayang bersama rakan.

Jom ikuti 4 tip mudah berikut:

1. Masuk tabung dulu, baru ke sekolah

Katakan duit belanja sekolah anda ialah RM5 sehari, apa kata masukkan dulu RM1 ke dalam tabung dan selebihnya bawa ke sekolah untuk dibelanjakan. Dengan cara ini, anda tidak perlu bimbang akan terbelanja duit berkenaan kerana ia sudah pun diketepikan

2. Bawa bekal

Jika ibu bapa mempunya masa, minta mereka sediakan bekal untuk anda. Jika bukan bekalan makanan, bawa bekal air dari rumah pun sudah cukup supaya tidak perlu membeli air di sekolah.

T

3. Kenali perbezaan antara keperluan dan kehendak

Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal manakala kehendak ialah apabila anda inginkan pakaian yang berjenama atau memilih makanan segera berbanding nasi lemak bungkus.

Memenuhi kehendak menyebabkan ramai kehabisan wang tanpa di sedari. Ini berlaku kerana anda lebih suka membeli air soda berkarbonat RM1.50 sedangkan anda boleh membeli air sirap pada harga 50 sen. Memilih untuk memenuhi kehendak menyebabkan wang habis dengan pantas dan kemungkinan untuk menabung langsung tiada.

Jadi langkah pertama untuk menabung ialah kurangkan berbelanja untuk kehendak, sebaliknya pilihlah barangan berdasarkan keperluan

4.Minta masukkan duit ke dalam ASB

Setiap kali tabung anda penuh, gunakan kaedah 10:10:80 iaitu 10 peratus untuk belanja diri sendiri, 10 peratus untuk belanja rakan atau ibu bapa dan selebihnya minta untuk dilaburkan, contohnya ke dalam Amanah Saham Bumputera (ASB). Mengapa kena laburkan? Supaya wang yang anda simpan menerima pulangan dan terus bertambah dari tahun ke tahun.

Tetapi ingat, jangan lupa meminta kebenaran sebelum menggunakan wang tabungan walaupuan ia adalah duit anda. Ibu bapa atau orang dewasa lain boleh membantu anda membuat keputusan pembelian yang bijak.

Sunday 27 September 2020

atur masa makan mengikut masa dan jam....jom amalkan

 

MEMERLUKAN perancangan dan beberapa penyesuaian pada jadual individu agar dapat meraih pelbagai manfaatnya.
A
A

SESEORANG individu lazimnya boleh mengawal tahap kesihatan tubuh sendiri. Salah satu daripada kaedahnya adalah dengan makan mengikut waktu yang sesuai. Bagaimanapun, kerana kesibukan harian atau mengabaikan masa penting tersebut, kadangkala seseorang itu sering makan di luar waktu makan yang sepatutnya.

Ada yang menggabungkan waktu makan pagi dan makan tengah hari yang diistilahkan 'brunch', menikmati snek tidak sihat di tengah malam dan sebagainya. Tidak kurang pula yang gemar makan sepanjang waktu. Apakah kaedah terbaik memilih masa yang sesuai untuk makan?

–– ADVERTISEMENT ––

Perunding Dietetik Kuvings Malaysia, Raihan Irwan berkongsi dengan Sihat:Aktif mengenai apakah itu ritma sirkadian atau biasa disebut circadian rhythm. Menurutnya, ritma dimaksudkan itu adalah 'jam badan' yang berasaskan putaran bumi. Tubuh manusia akan menyesuaikan diri terhadap siang dan malam yang mampu mengawal fungsi biologi tertentu secara sewajarnya.

RAIHAN Irwan.
RAIHAN Irwan.

"Satu irama sirkadian adalah proses yang semula jadi yang mengawal sebagai contohnya waktu tidur, metabolisme badan, perembesan hormon dan sebagainya dalam masa sehari iaitu setiap 24 jam. "Satu kajian telah merungkai bahawa corak pemakanan semula jadi sememangnya secara lahiriah telah wujud dalam diri individu," katanya. Memberikan contoh mudah, menurut Raihan, waktu siang seperti yang diketahui adalah waktu untuk kita bekerja atau membuat aktiviti, manakala malam adalah khusus untuk tidur.

"Begitu juga dengan waktu pemakanan. Terdapat waktu yang kondusif untuk memproses makanan daripada kumpulan makronutrien iaitu karbohidrat, protein dan lemak," katanya. Perlu rehat Kata Raihan, makan sebelum jam 6 petang adalah aturan yang sangat baik dan disyorkan kepada orang ramai.

Hal ini kerana, dari segi proses pencernaan, makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti bijirin, buah, sayur berkanji dan produk tenusu adalah lebih optimum jika dimakan sebelum jam itu. Pada waktu tersebut perembesan hormon insulin berada pada tahap optimum yang mampu menukarkan karbohidrat kepada tenaga lebih efisien.

KETAHUI masa yang sesuai untuk makan mengikut masa dan jam badan.
KETAHUI masa yang sesuai untuk makan mengikut masa dan jam badan.

Kongsi Raihan lagi, badan juga diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam satu masa. Badan manusia akan mula bertukar daripada pembakaran glukosa dan glikogen kepada pembakaran lemak selepas enam hingga lapan jam selepas makan. "Berikutan keadaan tersebut, perut manusia memerlukan rehat daripada melakukan proses pencernaan kerana usus akan menghasilkan lapisan baru setiap 10 ke 15 hari," katanya. Pada waktu malam pula badan manusia akan menggantikan tujuh ke 10 peratus sel-sel mati dan menggantikan dengan yang baru.

Oleh itu, tegas Raihan, tidak digalakkan sama sekali untuk makan pada lewat malam dan terus tidur selepas makan. Secara ringkasnya, dalam amalan makan mengikut jam badan adalah tidak begitu sukar kerana hanya memerlukan perancangan dan beberapa penyesuaian pada jadual individu tersebut agar dapat meraih pelbagai manfaat.

MEMBANTU fungsi biologi secara semula jadi dengan mengamalkannya.
MEMBANTU fungsi biologi secara semula jadi dengan mengamalkannya.

Berikut adalah beberapa garis panduan asas waktu makan yang boleh diikuti menurut Raihan:

1. Sarapan: Sekurang-kurangnya dua jam setelah bangun daripada tidur. Hal ini demikian kerana, bacaan gula dalam darah dan nutrien berada pada tahap yang rendah.

2. Makan tengah hari: Waktu yang ideal adalah tiga hingga empat jam selepas sarapan pagi untuk mengekalkan tahap bacaan gula dalam darah normal.

3. Makan malam: Sebaiknya makan tiga hingga empat jam selepas makan tengah hari dan dua jam sebelum tidur bagi menggalakkan tidur yang lena dan penggunaan kalori yang efisien untuk seharian.

ANEKDOT

Mengenai Kuvings Malaysia:

- Kuvings berperanan mengerakkan komuniti bagi menghargai kesihatan dan kesejahteraan serta memberi fokus kepada asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan untuk membina badan manusia.

- Mempunyai pasukan dan pakar pemakanan khas untuk memberikan pengetahuan yang mudah difahami dan ringkas mengenai jenis makanan yang betul dan berkongsi pelan khusus dan tindakan yang boleh diambil agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Sumber: Kuvings Malaysia

JANGAN MERENDAH RENDAHKAN PERIBADI DIRI ORANG LAIN

 


SEORANG budak lelaki seringkali menjadi 'mangsa' ejekan rakan-rakannya. Tidak kiralah di sekolah atau kawasan kejiranannya, hampir semua kanak-kanak seusia dengannya enggan berkawan dengan budak lelaki berkenaan.

Dari segi peribadinya, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu begitu tertib tatkala menyusun bicara. Apatah lagi jika berbual dengan orang yang lebih tua daripadanya. Beliau begitu menghormati orang tua. Perilakunya juga baik, cuma ada satu 'cela' yang dirasakan menjadi kekurangan pada kanak-kanak polos itu. Hanya kerana beliau berkulit gelap!

Boleh dikatakan, saban hari, ada sahaja orang yang memanggilnya dengan gelaran ‘legam’. Tidak kurang yang menggelarnya 'bontot kuali'. Bayangkan budak sekecil itu sudah menjadi mangsa cercaan rakan-rakannya.

Jika diikutkan logik akal, mana mungkin budak seusianya mampu bertindak mendiskriminasikan sebegitu? Sudah tentu mereka 'mempelajari' sikap berkenaan daripada orang lain.

Apa jua panggilan yang digunakan, jelas sekali ia mempersenda fizikal manusia lain.

Ya, situasi itu kerap berlaku dalam dunia realiti. Ramai kini yang semakin menjadi-jadi dengan perbuatan mempersenda fizikal orang lain. Medium digunakan lazimnya di media sosial, seterusnya disebarkan dan menjadi tular.

Dalam kes terbaharu, gambar seorang lelaki menunggang motosikal membawa seorang kanak-kanak dengan kapsyen 'Nak kesian dekat motor ke atau budak itu', dimuat naik di media sosial sehingga menjadi tular.

Itu pun jelas ada unsur-unsur mempersendakan fizikal orang.

Benarkah mempersendakan fizikal orang lain itu sama seperti menghina ciptaan ALLAH SWT? Bagaimana pula jika kata-kata bernada 'ejekan' tadi hanyalah sekadar gurauan?

Larangan mencela

Pendakwah Ustaz Haslin Baharim menjelaskan, fizikal atau tubuh badan manusia merupakan ciptaan ALLAH SWT.

USTAZ HASLIN

Apa sahaja cacat cela melibatkan tubuh badan manusia tersebut umpamanya masalah suara, sumbing, telinga dan sebagainya yang ditakdirkan oleh Sang Pencipta kepada seseorang, kita dilarang sama sekali untuk menghinanya.

"Jika badan seseorang itu gemuk, lantas kita menyebutnya; ‘Badan apa besar begini. Kerbau dengan awak sama saja’. Ini merupakan satu bentuk penghinaan.

Tidak kiralah penghinaan tadi dilakukan sama ada secara zahir ketika bertemu secara empat mata (dengan empunya diri) atau melalui media sosial sekalipun, kita dilarang berbuat demikian.

"Apatah lagi, jika penghinaan itu dilontarkan dalam laman sosial hingga menjadi tular. Sekurang-kurangnya fikirkan perasaan keluarga seseorang yang ada cacat celanya daripada segi fizikal," katanya ketika ditemui Sinar Islam pada Majlis Pelancaraan Butik Haqqi 2020 di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Kepada satu soalan, Ustaz Haslin yang terkenal dengan panggilan Ustaz Bollywood itu berkata, seandainya apa yang diungkapkan tadi hanya sebagai gurauan, ada 'keringanan' jika seseorang itu akrab dengan individu berkenaan.

Memberikan contoh, seandainya seseorang itu mempunyai hubungan rapat dengan rakannya yang bergigi jongang dan tidak kisah digelar sedemikian, itu bukanlah masalah kerana membabitkan mereka berdua, jelas beliau.

"Bagaimanapun, andai kata di hadapan orang ramai, kita berkata demikian sehingga menyebabkan orang ketawa dan menyakitkan hatinya, ia sama sekali tidak dibenarkan.

"Jika kita tidak mengenali individu tersebut atau mungkin kenal, tetapi 'jauh' dengannya, kemudian kita kata pula ‘badannya dengan gajah lebih kurang sahaja’ dan tulis (di media sosial) ‘ini akibatnya jika makan kuat sangat’, ia tidak patut. Tidak perlulah kita memalukan orang tersebut," jelas beliau.

Bersyukur kepada ALLAH

Tiada insan yang mahu dirinya dilahirkan dalam keadaan cela. Justeru, Ustaz Haslin mengingatkan kita agar tidak mempersenda atau mempermainkan fizikal seseorang.

"Bagi mereka yang dijadikan ALLAH dengan kekurangan fizikal, maka terimalah dengan hati yang penuh pasrah dan reda. Semoga suatu masa nanti, ada kebaikan, manfaat atau ganjaran yang ALLAH berikan kepada kita.

"Mungkin dengan cara orang buat begitu (mempersendakan fizikal kita), dosa kita diampunkan oleh ALLAH SWT," katanya.

Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa Islam melarang sebarang bentuk penghinaan termasuklah tentang perihal rumah tangga atau keadaan seseorang itu.

"Kadangkala ada orang mengata 'isteri cantik, tetapi suami pula sebaliknya'. Begitu juga dengan hinaan kepada seseorang apabila menyatakan 'sudah tahu hidup di dalam rumah usang, tapi beranak ramai'.

"Tidak perlulah kita berasa seronok dengan kekurangan dan kelemahan orang. Sama ada seseorang itu gemuk, cacat, sumbing, sengau, pekak, bisu dan sebagainya, itu dah memang ditentukan oleh ALLAH SWT," ujarnya.

Firman ALLAH SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah ada suatu kaum yang mempermain-mainkan kaum yang lain, (kerana) boleh jadi kaum yang dipermaikan itu lebih baik daripada mereka, dan jangan pula ada golongan perempuan yang mempermain-mainkan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dipermainkan) itu lebih baik daripada mereka. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (jadi fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Bagi mereka yang terlanjur mempersendakan fizikal orang lain, kata Ustaz Haslin, mohon maaflah secara peribadi kepada individu berkenaan atau keluarga tersebut.

"Jika penghinaan itu pernah tular di laman sosial Facebook atau Instagram contohnya, buatlah juga permohonan maaf melalui platform berkenaan," nasihat beliau.

Sementara itu, pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz turut menggulungkan hujahnya buat 'si penghina'.

HASSAN MAHMUD

Apabila menyaksikan kecacatan atau kelemahan pada fizikal manusia, ujar beliau, seseorang itu seharusnya memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH kerana tidak dijadikan sebegitu rupa.

"Sama ada kurang sihat, gemuk, kurus, berkulit gelap atau wajah tidak cantik sekalipun, bersyukurlah. Kita kena ingat bahawa apa yang berlaku itu adalah kehendak ALLAH.

"Jangan kita mengejek-ngejek atau menghina orang lain walaupun individu itu musuh kita, bukan Islam dan sebagainya kerana mereka tetap makhluk-makhluk ALLAH," ungkapnya.

Seperkara beliau mengingatkan, sekiranya menghina orang lain, bermakna seseorang itu menghina makhluk yang sama dengannya juga.

"Kalaulah yang dihina itu ayah, ibu atau anak kita, adakah kita sanggup berbuat demikian? Sebenarnya, menjadi tugas kita untuk membantunya. Sebab itu kita ada pakar perubatan dan rawatan Islam kerana hendak tolong-menolong dan bukannya caci-mencaci," kata beliau.

Berdosa

Jelas tokoh pendakwah itu, menjadi tanggungjawab manusia untuk mengelakkan diri daripada kebinasaan. Seandainya ditakdirkan dengan kekurangan itu, sebaiknya lakukan ikhtiar seperti mendapatkan rawatan.

USAH sebarkan 'kecacatan' orang lain menerusi media sosial kerana ia boleh memalukan mereka.

"Kita kena jaga diri kita sendiri daripada bahaya dan elakkan diri daripada mencemuh orang lain kerana kita sendiri pun ada kekurangan.

"Walaupun ada orang tidak boleh bercakap atau tempang sekalipun, percayalah setiap yang ALLAH ciptakan itu ada kelebihannya. Terimalah (kekurangan itu) sebab masa depan kita sendiri pun tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita," katanya.

Beliau mengajak kita 'mendekati' tentang hukum manusia yang menghina dan mengeluarkan perkataan tidak sopan sehingga menyakiti orang lain tentang fizikal mereka.

Agamawan itu menegaskan, barang siapa yang suka merendah-rendahkan orang lain, al-Quran menyebut, ia ibarat seperti memakan bangkai saudaranya yang sudah mati.

"Maka, jauhilah sikap-sikap itu. Jika tidak, boleh jadi berdosa. Ini bukan dosa kecil. Kita mengejek ciptaan ALLAH dan bukan dosa biasa yang memerlukan kita tunaikan solat sunat taubat sahaja (untuk bertaubat).

"Ini kerana ia sebenarnya meninggalkan kesan yang mendalam. Orang yang menghina itu, (sebenarnya) penghinaan tersebut akan berbalik kepada dirinya sendiri. Ia akan mengganggu fikiran, kehidupan dan emosinya. Semua itu akan datang balik kepada kita kerana berbuat sesuatu yang tidak baik. Jadi, jangan sampai ALLAH jatuhkan hukuman istidraj kepada kita," katanya.

Tegas nasihat beliau. ALLAH akan memberikan hukuman secara berperingkat sama ada di dunia ataupun akhirat. Individu yang melakukan perbuatan itu akan merasainya sebelum dia meninggal dunia.

Perkara itu ada disebutkan dalam sebuah riwayat hadis, jelas beliau.

Apa yang dapat Sinar Islam simpulkan, hakikatnya, gemuk, kurus, hitam, putih, cantik atau tidak fizikal seseorang itu, semuanya adalah ciptaan ALLAH SWT.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi didikan sempurna kepada anak masing-masing sejak kecil agar tidak merendah-rendahkan orang lain.

Ketahuilah bahawa Islam melarang keras umatnya mempersendakan fizikal orang. Perbuatan itu mendatangkan natijah yang tidak baik bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan orang yang dipersendakan itu.

Boleh membawa kepada perbuatan syirik kecil

Gelaran fizikal yang diberikan kepada anak seperti putih, lebar atau debab sejak kecil perlu dielakkan. Ia tidak boleh dipandang enteng kerana ia dikhuatiri memberi impak kepada pembentukan karakter anak-anak.

Menurut perunding motivasi dan kaunseling keluarga, Dr Robiah K Hamzah, didikan awal bermula dengan pemberian nama. Justeru, nama panggilan begitu penting kerana ia merupakan penanda kepada sahsiah seseorang.

ROBIAH

Ketahuilah bahawa memberi nama yang baik dan memanggil anak dengan nama yang baik itu satu doa, terangnya.

"Ibu bapa jangan gelarkan anak dengan panggilan yang buruk. Usah ambil mudah perkara ini. Gelaran seperti itu boleh jadi ia menghina orang tersebut jika maknanya buruk.

"Sebaiknya, berilah nama anak yang berkah, berkaitan agama, (ada kaitan dengan nama) Rasulullah SAW, sahabat dan tabi'in. Begitu juga dengan gelaran panggilan harian. Ia mestilah difahami maknanya dan digunakan secara baik," katanya ketika ditemui Sinar Islam di pejabatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ujar Robiah, sesiapa yang mempersendakan ciptaan ALLAH, maka dia sebenarnya sedang mempersendakan ALLAH yang boleh membawa kepada perbuatan syirik kecil.

"Gurauan yang disebut di media sosial (tentang mempersendakan fizikal manusia) dianggap sebagai tidak sesuai. Ia lebih banyak terarah kepada penghinaan, mencaci, merendahkan dan memalukan orang lain.

"Hakikatnya, nilai cantik itu datang daripada sahsiah, iman, ibadah, komitmen, sumbangan yang kebaikan yang dilakukan oleh seseorang," jelas beliau.

Siapa pun kita, beliau menitipkan pesan agar segala kekurangan atau kecelakaan ciptaan ALLAH SWT, kita tidak berhak untuk menghina, mencaci atau merendah-rendahkan orang lain.

"Ya, kadangkala kita punyai anggota (badan) yang sempurna, tetapi iman, perangai, kelakuan, akal dan agama tidak sempurna. Jangan sesekali melihat orang lain yang serba kekurangan jika dia kurang cantik atau putih. Sebenarnya, orang itu tidak terkurang apa-apa kalau imannya baik.

"Apa pun, kita dinasihatkan supaya tidak payah cari buruk atau cacat orang lain. Ini kerana cacat itu boleh jadi dalam bentuk fizikal, mental, amal ibadah, harta benda dan ilmu," nasihat beliau.

Menurutnya, setiap yang ALLAH beri termasuklah kekurangan dari segi fizikal, DIA sebenarnya memberikan kelebihan lain. Justeru, jangan menghina atau mencaci sesiapa pun.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/71799/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Merendah-rendahkan-orang-ibarat-seperti-makan-bangkai-saudaranya-yang-sudah-mati

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ , الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَالصَّÙ„َاةُ ÙˆَالسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ رَسُولِ ال...