Wednesday 16 May 2018

CATATAN 1 RAMADHAN DI TAHUN 2018

Bersahur dengan kurma

17 MEI 2018
HARI: KHAMIS

Syukur alhamdulillah kerana masih lagi nerpeluang utu menunaikan ibadah puasa pada tahuan ini
hari ini....hujan rahmat membahasi bumi Terengganu Darul Iman

suasana nyaman dan menyegarkan alam  ini. Nikmat berpuasa pada hari ini . Semoga pahala dapat dikumpul sebanyak mungkin

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Selain berpuasa, ada banyak amalan sunnah Ramadhan yang dapat menghidupkan lagi keimanan seorang hamba.

REBUTLAH 7 AMALAN SUNNAH DI BULAN RAMADHAN INI

Berikut adalah antara amalan sunnah di bulan Ramadhan yang amat dianjurkan.

1. BERSAHUR

Bersahur bukan saja membantu kita mengisi tenaga untuk persediaan berpuasa, tetapi ia juga adalah suatu amalan yang amat dituntut dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW:
“Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)
Selain bangun sahur untuk makan, elok juga mengawalkannya sedikit supaya dapat melakukan solat sunat tahajud dan membaca Al-Quran.

2. MEMPERBANYAKKAN DOA

Menurut sumber oleh Mufti Wilayah Persekutuan, doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah kerana orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa apabila mereka berpuasa kerana Allah.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)
Untuk itu, rebutlah kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini untuk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah. Berikut adalah doa yang amat dianjurkan, terutamanya pada 10 malam terakhir Ramadhan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau Mengasihi untuk Mengampun, Maka ampunilah diriku.”
Ibu-bapa berdoa untuk anak
Ibu-bapa berdoa untuk anak

3. BERSEDEKAH / MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA

Nabi SAW adalah seorang insan yang paling pemurah, malah Baginda adalah lebih pemurah sewaktu bulan Ramadhan. Dalam salah satu hadis ada menyebutkan tentang keutamaan memberi makan untuk orang berbuka.
“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)
amalan sunnah ramadhan

4. MENYEGERAKAN BERBUKA

Ini tentunya salah satu sunnah yang mudah untuk kita lakukan. Jangan lupa meniatkan menyegerakan berbuka kerana ianya adalah salah satu amalan sunnah.
Seperti sabda Baginda melalui sebuah hadis:
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”(HR Bukhari dan Muslim)
Menurut riwayat, Rasulullah akan berbuka puasa dengan beberapa butir kurma muda (ruthb atau kurma basah) sebelum melakukan solat (Maghrib). Jika tidak menemukan beberapa kurma muda, maka Baginda berbuka dengan beberapa butir kurma matang (tamr atau kurma kering). Jika tidak menemukannya juga, maka Baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
puasa di bulan ramadhan
Foto Kredit: buffalonews.com

5. SALING MENGINGATKAN KEPADA KEBAIKAN

Puasa bukan sekadar menahan lapar, tetapi juga mengawal nafsu daripada melakukan perkara keburukan. Dengan adanya media sosial pada hari ini, kita cenderung menyebarkan berita yang diketahui kebenarannya.
“Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya maka Allah sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR Bukhari)
Maka, cuba jadikan bulan puasa ini sebagai titik tolak agar kita lebih berhati-hati dalam menekan butang share. Pilihlah konten yang baik dan bermanfaat untuk disebarkan kepada rakan-rakan anda kerana secara tidak langsung kita juga dapat saling mengingatkan antara satu sama lain.

Foto Kredit: bbcgoodfood.com

6. MENAHAN MARAH

“Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali).” (HR Bukhari)
Dari hadis ini kita juga dianjurkan agar seorang yang berpuasa sentiasa bersabar dengan menjaga emosi dan menahan diri daripada menghamburkan kata-kata cacian.

7. MENGHIDUPKAN 2/3 MALAM

Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan inilah Allah menyembunyikan malamLailatul Qadr, di mana segala amalan akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak 1000 bulan.
Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).
Jika sebelum ini kita sukar untuk bangun malam dan beriktikaf, inilah waktu yang paling tepat untuk memulakannya walaupun dengan sekecil-kecil amalan.

SAMBUTAN HARI GURU 2018

TARIKH : 16 MEI 2018
HARI : RABU
TEMPAT :DEWAN TEKNOKRAT

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN SPM DAN STPM 2017

TARIKH : 15 MEI 2018
HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN TEKNOKRAT

Sunday 6 May 2018

motivasi diri

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)

Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)

Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)

Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)

Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)

Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)

Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”

Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)

Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)

Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)

Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)

Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)

Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)

Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)

Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata.  Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...