Friday, 16 October 2026
KURSUS LADAP SMTKT
TARIKH : 17.10.2026
MASA : 8.30 PG HINGGA 2.00 PTG
TEMPAT: GRAND HOTELS INTERNASIONAL
Wednesday, 14 October 2026
Tuesday, 13 October 2026
Saturday, 10 October 2026
Wednesday, 7 October 2026
Nasihat yang baik untuk dibaca
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Labels: tip
17 KESALAHAN DALAM SOLAT
"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya."
Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
1. Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).
2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).
3. Meniggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah al-Baqarah, ayat 43).Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).
4. Tidak thuma'ninah dalam solat
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.
5. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.
6. Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal.
Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk... " (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.
8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim)."Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.
10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."
11. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.
13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).
14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).
15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.
16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)
Akhir kata, Agik idup Agik Ngelaban. semoga artikel di atas menjadi renungan sahabat2 dan diri jua.Teringat pesan Sheikh Fuad Al-Maliki " kita mengaku kita daie, tapi kita gagal utk mendekati ILAHI. Kita mengaku kita khalifah, tapi kita gagal utk hayati sunnah"
wallahualam
kredit kpd penulis.
Tuesday, 6 October 2026
Monday, 5 October 2026
Sunday, 4 October 2026
CERAMAH MOTIVASI -SMART STUDY BY OSMAN AFFAN
TARIKH : 4 OKTOBER 2026 AHAD
MASA : 8.00 AM HINGGA 1.00 PM
TEMPAT : DEWAN TEKNOKRAT SMTKT
SASARAN SEMUA MURID FORM 4 SERAMAI 269 ORANG
Tuesday, 29 September 2026
Monday, 28 September 2026
11 jenis manusia yang didoakan oleh para malaikat
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Wallahualam
Sunday, 27 September 2026
Wednesday, 23 September 2026
ROAD TO SUCESS SPM2026
MOTIVASI KALI INI BERLANGSUNG DI DEWAN TEKNOKRAT SMTKT PADA 24.9.2026 HARI KHAMIS
PENECERAMAH JEMPUTAN KALI INI IALAH Cikgu Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin (atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Din) ialah seorang tokoh kepimpinan pendidikan terkemuka di Malaysia yang telah berkhidmat dalam dunia keguruan dan pentadbiran pendidikan selama lebih 33 tahun. Beliau baru sahaja bersara wajib pada November 2024 daripada jawatan tertinggi terakhirnya di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) – Jawatan terakhir sebelum persaraan beliau.
- Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir KPM.
- Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM.
- Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu.
Tuesday, 22 September 2026
CARA BELAJAR DI DALAM KELAS @ADAB BERGURU
Tata cara belajar yang baik di dalam kelas melibatkan persediaan mental, fokus yang tinggi, dan penglibatan aktif semasa guru sedang mengajar. Mengamalkan etika dan teknik pembelajaran yang betul di dalam bilik darjah bukan sahaja membantu anda memahami subjek dengan lebih cepat, malah dapat meningkatkan prestasi akademik secara keseluruhan.
- Datang awal ke kelas: Memastikan anda mempunyai masa untuk menenangkan minda dan menyediakan peralatan menulis sebelum sesi pembelajaran bermula.
- Sediakan bahan pembelajaran: Keluarkan buku teks, buku nota, dan alat tulis yang diperlukan lebih awal supaya fokus anda tidak terganggu kemudian.
- Ulang kaji ringkas: Luangkan masa 5 minit untuk membaca sekilas imbas topik yang bakal diajar hari tersebut agar anda mendapat gambaran awal.
- Duduk di barisan hadapan: Jika diberi pilihan, duduk di kedudukan hadapan membantu anda melihat papan tulis dengan jelas dan mengurangkan gangguan daripada rakan sekelas.
- Berikan tumpuan sepenuhnya: Elakkan daripada bersembang, bermain peranti digital, atau melakukan kerja bagi subjek lain semasa guru sedang memberi penjelasan.
- Amalkan teknik mendengar secara aktif: Sentiasa buat hubungan mata (eye contact) dengan guru dan fahami konsep yang disampaikan, bukan sekadar mendengar suara sahaja.
- Catat poin penting sahaja: Jangan salin bulat-bulat apa yang ada di dalam buku teks. Tulis kata kunci, formula, dan contoh penting yang disebut oleh guru.
- Gunakan peta minda atau warna: Mempelbagaikan warna pen atau menggunakan struktur peta pemikiran membantu otak mengecam dan mengingat maklumat dengan lebih mudah menurut panduan pembelajaran efektif.
- Berani bertanya: Jika ada bahagian yang kurang difahami, angkat tangan dan tanya guru dengan sopan. Jangan biarkan diri anda pulang dengan kekeliruan.
- Sambut soalan guru: Cuba jawab soalan yang diajukan oleh guru untuk menguji tahap kefahaman diri sendiri serta membina keyakinan.
- Bekerjasama dalam aktiviti kumpulan: Libatkan diri secara sihat dalam perbincangan berkumpulan untuk bertukar-tukar idea bersama rakan-rakan.
- Jaga adab dengan guru: Hormati guru yang sedang mengajar, elakkan memotong percakapan mereka, dan minta izin sekiranya perlu ke tandas.
- Kekal bertenaga: Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada waktu malam dan bersarapan terlebih dahulu supaya tidak mengantuk atau hilang fokus di dalam kelas

.jpeg)



.jpeg)










.jpeg)


.jpg)


