Saturday 29 June 2019

TAHNIAH TEKTRA....TERBAIK DIHATI




Imej mungkin mengandungi: 2 orang





Mohd Nasri (berdiri empat dari kiri) menyambut ketibaan kumpulan pelajar di LTSM malam tadi.








KUALA NERUS - Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT) mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pingat emas di pertandingan 'International Science and Invention Fair' di Bali, Indonesia.


Kejayaan itu diraih Zureen Sofea Zairon, 16, Khairul Adha Azmin Arifin, 16, Muhammad Amir Hakim Radin, 16, Wan Muhammad Haikal Wan Kamri, 16, dan Muhammad Muqarrabin Muhammad Rushdi, 16.

Hasil ciptaan dikenali sebagai Flat Earth Smart Kit dalam bentuk permainan yang selari dengan pembelajaran abad 21 itu berjaya menerima pengiktirafan pingat emas dan menewaskan wakil dari 10 buah negara.


Pengetua SMTT, Mohd Nasri Abdullah ketika ditemui meluahkan rasa syukur dengan pencapaian sekolah tersebut apabila berjaya menerima pingat emas dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Hasil rekaan cetusan idea guru dan pelajar Sekolah Menengah Teknik Terengganu ini dibantu banyak pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMTT serta Politeknik Kuala Terengganu.

“Atas komitmen diberikan semua termasuk komuniti sekitar ia memberikan kami keyakinan tinggi dan akhirnya membuahkan kejayaan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini malam tadi.


Mohd Nasri (berdiri empat dari kiri) menyambut ketibaan kumpulan pelajar di LTSM malam tadi.
Sebelum itu, Mohd Nasri menyambut ketibaan kumpulan pelajar yang diketuai guru pembimbingnya, Zainorashikin Abdul Rahman di LTSM. Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SMTT, Profesor Ir Dr Ahmad Jusoh.

Zainorashikin pula berkata, kejayaan dalam penyertaan kali pertama itu diharap dapat dijadikan suntikan semangat kepada pelajar SMTT untuk terus meraih kejayaan cemerlang pada masa akan datang.


"Sebenarnya idea ini dicetuskan oleh tuan pengetua (Mohd Nasri). Beliau telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa inovasi ini melalui subjek matematik dengan tajuk bumi sebagai sfera.

"Flat Earth Smart Kit ini merupakan produk memudahkan pelajar untuk mengira beza sudut antara dua titik pada permukaan bumi dan sistem yang dicipta itu turut dilengkapi dengan sistem hologram," katanya.

Lebih utama, kata Zainorashikin, pertandingan yang berlangsung pada 21 hingga 25 Jun di Bali, Indonesia itu berjaya menjadi platform pelajar SMTT menonjolkan potensi diri mereka di peringkat antarabangsa.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/34806/EDISI/Terengganu/Harum-nama-negara-di-mata-dunia?fbclid=IwAR0H7OtEUpO-SgTCRApyvFOvVqSqPh_UCQur2iF9TmKZBXya9SW7P92OZ2g
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...