1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling
memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti
masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.
2)
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri
hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin
pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4)
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana
kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,
katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah
Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'
6)
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan
suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain
bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu
seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7) Beliau
berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang
percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada
kesibukan dan kehidupan rutin.
8) Katanya, P yang terakhir ialah
'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang
antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan
dan keseronokan dunia.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa
amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan
menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah
Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi
mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya,
apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia
akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika
kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai
akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap
keluarga," katanya.
No comments:
Post a Comment