JIKA ANAK ANDA DIKATAKAN BUAS DAN SUKA MENGGANGGU....
Sebuah soalan daripada seorang ibu muda:
Salam puan. Anak saya lelaki, 3 tahun lebih. Dia memang seorang yang
aktif, lasak. Pagi ni saya rasa sangat down sebab pekerja di taksa cakap
anak saya sangat buas, sangat teruk,
jika anak saya tak tidur, budak2 lain pun tak boleh tidur sebab anak
saya bising. Dia memang suka bermain di luar. Bila dapat complain
macamtu saya rasa kesian kat anak saya and at the same time saya rasa
saay bersalah sebab saya tak pandai didik anak sampaikn orang lain ada
pandangan negatif pada anak saya.
Jawapan Ibu:
Maaf kerana lambat ibu menjawab. Sebenarnya anak puan bijak dan cerdik,
itu sebab dia aktif. Dia juga suka explore dan belajar dengan cara
melakukan dan membuat.
Daripada informasi yang diberi, pihak
taska buat masa ini tidak ada kemahiran untuk mengendali dan mendidik
anak puan seperti yang dia perlu. Jika boleh berbincang dengan mereka
untuk mencari penyelesaian yang membina, maka lakukanlah. Jika tidak,
maka untuk kebaikan kedua-dua belah pihak, eloklah puan mencarilah taska
yang lain. Kerana puan perlu mencari taska yang boleh membina imej diri
yang positif bagi anak puan.
Ibu ingin ingatkan bukan semua
taska mempunyai guru-guru yang mempunyai kemahiran yang diperlukan di
dalam mendidik anak-anak zaman milinea ini. Namun, itu tidak juga
bermaksud Taska anak puan itu tidak bagus langsung. Namun, untuk anak
puan, ianya tidak sesuai kerana anak puan memerlukan guru-guru yang
lebih memahami psaikogi pendidikan awal kanak-kanak dan kepelbagaian
modaliti pembelajaran bagi sesaorang anak serta kemahiran mendidik
anak-anak generasi milinea.
Anak puan belajar dengan cara
aktif dan tenaganya besar. Oleh itu, ia memerlukan para guru yang bijak
membantu anak puan menggunakan tenaga hebat itu untuk kemanfaatan
dirinya dan orang lain. Bila gurunya tidak begitu terdedah kepada
kemahiran seperti itu, maka memanglah anak yang aktif begini akan
memeningkan kepala mereka. Itu sesuatu yang kita perlu terima tanpa
melekehkan mereka atau kita berasa malu atau rendah diri.
Apa
yang terjadi di taska yang puan hantar anak puan, jika dibiarkan
berterusan akan menjadikan anak puan mempunyai imej diri yang negatif
tanpa para guru itu berniat sedemikian.
Bukan senang untuk
seorang ibu malah anak itu juga menerima kata-kata bahawa anaknya buas
dan suka mengacau anak-anak yang lain dan menyusahkan mereka
mengendalikan anak-anak yang lain. Imej diri; 'Aku budak buas' atau
'Anakku buas' - akan memberi satu pengaruh negatif kepada anak kecil itu
dan ibu yang mendengarnya juga.
Jika dibiar, lama-lama dia
akan membesar dengan imej itu dan bila masuk sekolah dan sampai ke
remaja, dia akan melakukan banyak perkara yang memenuhi tuntutan, ' aku
ini budak BUAS!' 'Maka aku pukul dan bergaduhlah dengan kawan-kawan dan
melawan guru!' Nampak!
(Jika sememangnya sukar mengendalikan
anak yang aktif itu, ada cara untuk bercakap kepada ibu atau bapanya.
Ada cara untuk memberitahu agar ibu bapa dapat bekerjasama dan
menjadikan anak itu lebih mudah dikendalikan keaktifannya. Dan cara itu
bukanlah marah dan hukuman tidak berpatutan dan tidak membina diri anak
itu).
Puan perlu kuat semangat. Jangan biarkan kata-kata itu merosakkan imej diri anak puan. Ambil yang baik sahaja.
Imej diri yang negatif jika dibiarkan kemudiannya akan merosakkan
hormat diri anak puan. Anak yang rosak hormat diri akan melakukan banyak
perkara buruk atau akan merosakkan diri mereka sendiri.
Jika berkemampuan, dapatkan nursery yang ada kemahiran yang diperlukan.
Mungkin puan perlu berkorban kewangan sedikit, namun bila nursery yang
dihantar itu sesuai dengan anak puan, dia akan membesar dengan baik.
Puan pula akan lebih berupaya untk bekerja dengan lebih baik dan membawa
pulang wang yang lebih banyak dan meningkatkan taraf hidup puan.
Anak yang rosak akan meruntunkan hati dan duit yang didapatkan daripada
pekerjaan akan habis utk memperbaiki onar yang dilakukan oleh anak itu.
Harap dapat fikirkan masak-masak.
kuatkan semangat dan pinta pertolongan daripada Allah.
Respon Ibu Muda,
trm ksh byk2 puan.seharian sy menangs selepas mendgr aduan pihak
taska.jwpn puan menaikan semangat saya.puan blh letak soalan sy dan jwpn
puan pd wall puan.mungkin ada parents lain yg mpunyai mslh yg sm.sy sgt
menghargai pandangan puan.tq puan
No comments:
Post a Comment