“nauzu billahi min zalik"
DARI ITU INGATLAH JANGAN SEKALI-KALI KITA MENSYRIKKAN ALLAH DENGAN
SESUATU. SEMUA MAKHLUK DI DUNIA INI AKAN MENEMUI MATI, TETAPI KEADAAN
KEMATIANNYA BERLAINAN MENGIKUT KEIMANAN SESAORANG. SAMA ADA IA MATI
DALAM KEIMANAN ATAU SEBALIKNYA.
Tidak perlu kita takut kepada
mati. Selagi kita bertaqwa kepada Allah dan mengikut ajaran yang di
tunjukan oleh Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Tetapi jika sebaliknya
ingatlah janji Allah yang menyadiakan ajab yang pedih. Ingatlah di
akhirat nanti ada syurga dan neraka.
Manusia ini bolih lah di bahgikan kepada tiga peringkat berhubung dengan mati.
1. Orang yang tidak berhajat kepada mati dan sangat takut kepada mati.
2. Orang yang ingin kepada mati tetapi masih takut kepada mati. 3. Orang
yang ingat kepada mati dan ia tidak takut kepada mati.
Allah berfirman dalam surah Al-Jumu'ah ayat 8.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu
melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian
kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib
dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah
lakukan (serta membalasnya)".
Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imraan ayat 185.
Yang bermaksud: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di
dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak
lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Allah berfirman dalam surah Al-Munaafiquun, ayat 10 & 11.
Yang bermaksud: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki
yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal
maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan
katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan
kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya
aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang
soleh ". Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan
kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya;
dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu
kerjakan.
Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minun' ayat 99 & 100.
Yang bermaksud: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai
ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai
Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku
mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku
tinggalkan". Tidak! Masakan dapat?Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah
kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka
ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka
dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Allah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 29.
Yang bermaksud: Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia
lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya
kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang
berada dalam kesesatan yang nyata".
Allah berfirman dalam surah Qiaamah ayat 26 hingga 30.
Yang bermaksud: Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan
akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai
ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh)
berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi ( dan mengubatnya)?" Dan ia
sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; Serta
kedahsyatan bertindih-tindih; (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu
- engkau dibawa (untuk menerima balasan).
Hadis Rasulullah s.a.w :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan
sesuatu nescaya akan memasuki Neraka. Maka aku berkata iaitu perawi
Hadis: Aku dan orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu,
akan memasuki Syurga
Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a
katanya: Nabi s.a.w bersabda: Jibril a.s telah mendatangi aku lalu
memberitahu berita gembira, iaitu sesiapa yang mati di kalangan umatku
dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, nescaya dia akan
dimasukkan ke dalam Syurga. Aku bertanya: Walaupun dia berzina dan
mencuri?Rasulullah bersabda: Walaupun dia berzina dan mencuri
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Diriwayatkan daripada Hasan r.a katanya: Aku
pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan
oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu
rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah
bersabda: Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahhud,
maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara
dengan berdoa: yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon
perlindungan kepadaMu dari siksaan Neraka Jahannam, dari siksa Kubur,
dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta dari kejahatan fitnah
Dajjal
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w
katanya: Nabi s.a.w sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata:
yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu
daripada siksa kubur dan aku memohon perlindungan kepadaMu daripada
fitnah Dajjal. Aku juga memohon perlindungan kepadaMu daripada fitnah
semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan
kepadaMu dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang
telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Alangkah banyaknya kamu memohon
perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah
bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang,
apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan
mengingkari
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Perumpamaan rumah yang disebutkan
nama Allah di dalamnya dengan rumah yang tidak disebutkan padanya nama
Allah ialah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki
datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata: Kalau boleh aku ingin
berada di tempat mayat itu (mati)
Diriwayatkan daripada Ibnu
Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu mati,
akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di
kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia
dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka.
Diberitahu kepadanya: Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh
Allah pada Hari Kiamat
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri
r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat
sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang
manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah
ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta
tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh
sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?Pendeta tersebut
menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta
tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa
putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah
ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut
dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah
taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang
boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan,
kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu
beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke
Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut
beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan
jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab
bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam
keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala
Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu
Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba
menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat.
Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya.
Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang
ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w
pernah bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga
suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu
Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya:
Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua
membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila
diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaanNya dan SyurgaNya
nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu
dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya siksa serta
murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka
bertemu dengannya.
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a
katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang suka bertemu
Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa
yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu
dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci
mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu.
Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah,
keredaanNya dan SyurgaNya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan
Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila
diberitahu adanya siksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu
Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah
kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya
mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila
kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila
dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.
DARI ITU INGATLAH JANGAN SEKALI-KALI KITA MENSYRIKKAN ALLAH DENGAN SESUATU. SEMUA MAKHLUK DI DUNIA INI AKAN MENEMUI MATI, TETAPI KEADAAN KEMATIANNYA BERLAINAN MENGIKUT KEIMANAN SESAORANG. SAMA ADA IA MATI DALAM KEIMANAN ATAU SEBALIKNYA.
Tidak perlu kita takut kepada mati. Selagi kita bertaqwa kepada Allah dan mengikut ajaran yang di tunjukan oleh Nabi besar kita Muhammad s.a.w. Tetapi jika sebaliknya ingatlah janji Allah yang menyadiakan ajab yang pedih. Ingatlah di akhirat nanti ada syurga dan neraka.
Manusia ini bolih lah di bahgikan kepada tiga peringkat berhubung dengan mati.
1. Orang yang tidak berhajat kepada mati dan sangat takut kepada mati. 2. Orang yang ingin kepada mati tetapi masih takut kepada mati. 3. Orang yang ingat kepada mati dan ia tidak takut kepada mati.
Allah berfirman dalam surah Al-Jumu'ah ayat 8.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imraan ayat 185.
Yang bermaksud: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Allah berfirman dalam surah Al-Munaafiquun, ayat 10 & 11.
Yang bermaksud: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
Allah berfirman dalam surah Al-Mu'minun' ayat 99 & 100.
Yang bermaksud: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat?Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Allah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 29.
Yang bermaksud: Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
Allah berfirman dalam surah Qiaamah ayat 26 hingga 30.
Yang bermaksud: Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi ( dan mengubatnya)?" Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; Serta kedahsyatan bertindih-tindih; (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
Hadis Rasulullah s.a.w :
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu nescaya akan memasuki Neraka. Maka aku berkata iaitu perawi Hadis: Aku dan orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, akan memasuki Syurga
Diriwayatkan daripada Abu Zar r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Jibril a.s telah mendatangi aku lalu memberitahu berita gembira, iaitu sesiapa yang mati di kalangan umatku dalam keadaan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Aku bertanya: Walaupun dia berzina dan mencuri?Rasulullah bersabda: Walaupun dia berzina dan mencuri
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: Diriwayatkan daripada Hasan r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya Syurga
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Apabila seseorang dari kamu berada dalam keadaan tasyahhud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa: yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari siksaan Neraka Jahannam, dari siksa Kubur, dari fitnah semasa hidup dan selepas mati serta dari kejahatan fitnah Dajjal
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Nabi s.a.w sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata: yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu daripada siksa kubur dan aku memohon perlindungan kepadaMu daripada fitnah Dajjal. Aku juga memohon perlindungan kepadaMu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. Ya Allah! Aku memohon perlindungan kepadaMu dari segala dosa dan hutang. Aisyah berkata lagi: Seseorang telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: Alangkah banyaknya kamu memohon perlindungan dari beban hutang wahai Rasulullah! Lalu Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang sudah terkena beban hutang, apabila dia berkata-kata dia akan berdusta dan apabila berjanji dia akan mengingkari
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Perumpamaan rumah yang disebutkan nama Allah di dalamnya dengan rumah yang tidak disebutkan padanya nama Allah ialah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata: Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu (mati)
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu mati, akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan petang. Sekiranya dia di kalangan ahli Syurga, akan diperlihatkan kepadanya Syurga. Sekiranya dia dari kalangan ahli Neraka, akan diperlihatkan kepadanya Neraka. Diberitahu kepadanya: Inilah tempatmu sehingga kamu dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kiamat
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, lalu dia mencari seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang pendeta, dia terus berjumpa pendeta tersebut kemudian berkata: Aku telah membunuh seramai sembilan puluh sembilan orang manusia, adakah taubatku masih diterima?Pendeta tersebut menjawab: Tidak. Mendengar jawapan itu, dia terus membunuh pendeta tersebut dan genaplah seratus orang manusia yang telah dibunuhnya. Tanpa putus asa dia mencari lagi seseorang yang paling alim. Setelah ditunjukkan kepadanya seorang Ulama, dia terus berjumpa Ulama tersebut dan berkata: Aku telah membunuh seramai seratus orang manusia. Adakah taubatku masih diterima? Ulama tersebut menjawab: Ya! Siapakah yang boleh menghalang kamu dari bertaubat? Pergilah ke Negeri si polan, kerana di sana ramai orang yang beribadat kepada Allah. Kamu beribadatlah kepada Allah s.w.t bersama mereka dan jangan pulang ke Negerimu kerana Negerimu adalah Negeri yang sangat hina. Lelaki tersebut beredar menuju ke tempat yang dinyatakan. Ketika berada di pertengahan jalan tiba-tiba dia mati, menyebabkan Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab bertelingkah mengenainya. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat dan menghadapkan hatinya kepada Allah s.w.t. Manakala Malaikat Azab pula berkata: Dia tidak pernah melakukan kebaikan. Lalu Malaikat yang lain datang dalam keadaan berupa manusia dan cuba menghakimi mereka sambil berkata: Ukurlah jarak di antara dua tempat. Mana yang lebih hampir, itulah tempatnya. Lantas mereka mengukurnya. Ternyata mereka dapati lelaki tersebut lebih hampir kepada negeri yang ditujunya. Akhirnya dia diambil oleh Malaikat Rahmat.
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaanNya dan SyurgaNya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya siksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya.
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang suka bertemu Allah, nescaya Allah juga suka bertemu dengannya. Begitu juga sesiapa yang tidak suka bertemu Allah, nescaya Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Aku bertanya: Wahai Nabi Allah! Apakah kita perlu membenci mati? Di mana kami semua membenci mati. Baginda bersabda: Bukan begitu. Seseorang mukmin apabila diberitahu berita gembira dengan rahmat Allah, keredaanNya dan SyurgaNya nescaya dia pasti suka untuk bertemu Allah dan Allah juga suka bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir apabila diberitahu adanya siksa serta murka Allah, dia tidak akan suka bertemu Allah dan Allah juga tidak suka bertemu dengannya
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu bercita-cita supaya cepat mati dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. Sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. Sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya.
No comments:
Post a Comment