Wednesday 17 April 2013

10 SEBAB BERKEMUNGKINAN ANDA TIDAK BAHAGIA


 sedih



1. Tidak Punya Selera Humor -
Jika anda jenis orang yang menanggapi segala perkara secara serius, maka anda masuk senarai pertama ini. Mulailah belajar tertawa. Ketawa adalah ubat paling ampuh dalam segala perkara tetapi jangan berlebihan. Jika anda tidak dapat menjadikan masalah yang anda hadapi sebagai ringan, malah sebaliknya mengeluh panjang lebar tentang masalah tersebut, boleh jadi masalah ini sebenarnya tidak seburuk yang anda fikirkan. Sekali anda buktikan, maka sepanjang hidup semua masalah tidak seburuk yang anda anggap.


2. Menyalahkan Pihak Lain -
Kenapa anda begitu mudah patah hati? Bukan bererti menafikan orang lain tidak bersalah, tapi semasa menunjuk perkara itu, anda akhirnya malah anda semakin ego dan berasa tidak pernah bersalah.. Ingat,bermula dengan berhenti mengeluh, dan berdamailah dengan segala keadaan yang anda hadapi.

3. Tidak Bahagia Dengan Diri Sendiri semasa Melihatnya di Cermin -
Kenapa boleh begitu? Dengan standard siapa anda membandingkan diri sendiri? anda sendiri atau orang lain? Yang Sebenarnya, anda boleh menemui sesuatu dalam diri sendiri yang membuat anda bahagia, atau melakukan perubahan. Lakukan keduanya jika anda mahu. Tidak seorangpun di dunia ini yang dapat menghentikan anda berfikir bahawa anda menarik.

4. Tidak Punya Harapan Atau Stuck -
Tidak seorangpun yang dapat membuat anda merasa lebih baik selain diri anda sendiri. anda tidak boleh mengharapkan dunia berubah untuk anda sebelum anda mengubah diri.

5. Bertindak Lebih Dari Kemampuan -
Tindakan ini membuat anda jadi tumpul, dan khasnya tidak bererti ‘Semua pekerjaan dan tidak ada permainan.’

6. Khuatir Berlebihan -
Semakin anda khuatir, semakin kurang keyakinan anda kalau segala sesuatunya akan berjalan dengan baik. Bagaimana anda dapat mengharapkan mendapat tempat dalam kehidupan jika anda tidak punya keyakinan atau rasa percaya diri? Biarkan semua berjalan apa adanya. Rileks.

7. Iri Dengan kejayaan Orang Lain -
Jika anda mendengar orang lain mendapat kejayaan anda selalu berkata, ‘Orang itu berjaya kerana cara kotor!’ Mungkin jika anda ikut bergembira dengan kejayaan orang lain, maka kejayaan yang sama boleh menular pada anda.

8. Menyalahkan Tuhan -
Kadang anda berfikir betapa Tuhan tidak adil pada anda. Mungkin sebaiknya mula sekarang anda belajar bersyukur dan maka perkara-perkara yang baik akan datang menggantikan perkara-perkara buruk. anda boleh memulakannya dengan bersyukur bangun dalam keadaan sihat di pagi hari.

9. Tidak Menghargai APa Yang anda Miliki -
Sebagai contohnya, anda tidak pernah mensyukuri jika anda masih boleh bangun pagi ini dan melihat sinar matahari? Adakah begitu? Mulai sekarang, anda boleh mengira kebaikan yang anda miliki dalam hidup dari hal-hal kecil yang anda miliki.

10. Berterusan Mengeluh -
Sebenarnya, mengeluhkan satu perkara malah akan menimbulkan ebih banyak perkara lain yang anda keluhkan. Dan yang pasti semua orang merasa terganggu dengan orang yang suka mengeluh.

Bagaimana menurut anda? Jika benar dari 10 perkara di atas ada pada diri anda. Cuba lakukan perubahan, dan malang itu hanya akan tinggal bayang-bayang.

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...