Cara yang terbaik untuk meredakan kemarahan adalah dengan mengambil
wudhu' setiap kali perasaan itu datang. Di samping membaca ayatul Qursi,
zikrullah, istighfar serta sentiasa mengingatkan diri bahawa kemarahan
itu adalah dari api dan api itu adalah asal kejadian syaitan. Kita harus
menutup pintu kemarahan kerana apabila kita marah syaitan akan berpesta
dan itulah cara mudah untuk dia mempengaruhi kita. Bermakna orang yang
sedang marah adalah dikuasai oleh syaitan. Bagi memadamkannya ia
perlukan air. Air wudhu'lah yang harus kita gunakan bagi membanteras
sikap mazmumah di dalam diri kita oleh sikap marah melampau.
Salah
satu cara lagi ialah dengan membisikkan kepada diri sendiri dan katakan
mengapa aku mesti marah ? Apa untungnya aku marah ?
Orang yang marah
sebenamya mempamerkan kebodohannya . , jadi mulai hari ini, tanamkan
sikap untukmenahan rasa marah dan cuba senyum dengan senyuman paling
manis biarpun hati sedang mendidih dengan kemarahan.
Cubalah
berjenaka dan anggap masalah itu cuma hiburan . Jangan begitu serius
semasa bekerja(terlampau memikirkan kerja sehingga sukar memahami orang
lain) kerana ini akan menyebabkan anda sering tertekan.. Dengan itu
sikap yang sebegitu keras akan menekankan perasaan orang. Sekaligus
menjauhkan orang lain dari kita dan itu akan mengundang tekanan dalam
diri. Kurangkan aktiviti yang menekan minda , carilah perbualan yang
positif dan jangan cuba berbual perkara yang negatif seperti mengumpat
orang, menyebarkan fitnah dan lain-lain. Ini kerana berita-berita kosong
akan menyakitkan minda dan jiwa seterusnya akan meletuskan rasa amarah
yang teramat.
/*Kalau rasa tertekan dengan kerja, cubalah
bertenang , rehatkan minda seketika dan cuba buat sesuatu contohnya
melukis, menulis dan lain-laintapi jangan pula ambil kesempatan sehingga
mengabaikan tugas kita yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment