Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di
waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam
pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin
makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana....Semuanya terpulang pada
diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan
bukanlah suatu yang asing.
Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman
silamnya dipenuhi dengan noda dan dosa. Ada pula yang dilimpahi 1001
kenangan manis terindah. Dan ada yang diselingselikan dengan pelbagai
ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu
kental sekali menghadapinya.
Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang
paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan
hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.
Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?
Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya
kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih
islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita
sedang menjejak di jalan jahiliyah.
Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka
bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita
tetap masih ada peluang. Biarkan hati sembuh dari luka lama dan
bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur
kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat
yang diberi-Nya berkali-kali.
"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah
hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti
berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan
berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.
Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang!
No comments:
Post a Comment