Saturday 14 April 2012

sakit lagi

Sudah  seminggu saya tidak berhenti bersin, batuk dan hidung sentiasa berair dan tersumbat. Ada satu malam tak dapat nak tidur disebabkan hidung sudah seperti paip bocor. Dan dalam 1 minggu ini juga la sudah 2 kali saya ke klinik untuk mendapatkan ubat.  Memang musimnya. Dalam masa 3 tahun di sini, tak pernah pula kena seperti ni. Check internet, ini simptom-simptom terkena Spring Allergy. Musim bunga tiba awal tahun ini. Doktor kata “Pollen Count” di sini tinggi. Nampak gaya tak dapat nak main bola di luar. Ada sekali saya cuba, ingatkan masa tu dah hampir sembuh. Baru main 20 minit, terus pening kepala dan batuk jadi makin teruk pulak.  Kali yang ketiga ke Student Health, doktor beri ubat yg lebih kuat. Alhamdulillah sekarang beransur pulih.
Bila tiba masa-masa ujian melalui sakit, demam seperti ini, saya terfikir…
Sebagai manusia, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan mahupun dosa. Sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Kita juga selalu akan cuba memohon ampun dan bertaubat. Moga sakit/demam/not feeling well/sick/tak sihat dan sebagainya itu menjadi peringatan dan tazkirah yang dekat buat kita di kala itu.
Sakit itu Kafarah Dosa
p/s - peringatan penting buat kita
Allah memberikan kita satu ujian kecil seperti Sakit ini sebagai peringatan buat kita. Kita mungkin pada akhirnya berjaya sembuh dari sakit dengan mangambil ubat-ubat doktor. Akan tetapi, apa yang lebih penting utk kita sedari ialah adakah kita berjaya sembuh dari segi ruhani dan hati kita? atau adakah kita berjaya mendapat mesej tersirat yang Allah mahu berikan kepada kita selepas sembuhnya kita?
Maksud saya, Adakah selepas sembuhnya kita dari satu penyakit itu, kita bertambah nekad untuk meningkatkan lagi amal fardhi kita? Bukan apa. Kita perlu faham bahawa tempoh kita sakit itu bukanlah hanya ujian fizikal semata-mata dari Allah. Tetapi, ianya ujian buat Iman kita, buat Taqwa kita dan juga buat Kebergantungan (Tawakal) kita kepada Allah. Itu lah yang sepatutnya lebih mengesani diri kita.
Selalunya selepas ditimpa satu penyakit, kita akan sentiasa menjaga diri kita supaya tidak lagi mendapat penyakit yang sama. Bak kata orang “Prevention is Better than Cure”. Maka, bagaimana pula dengan penyakit2 hati seperti riak dan ‘ujub atau penyakit2 seperti merasa suka berbuat perkara yang dilarang Allah s.w.t? Kalau kita sentiasa berhati-hati dan even check internet utk simptom2 spt Spring Allergy misalnya, kenapa tidak kita kenal pasti virus2 dan simptom2 yg membawa kepada penyakit2 riak, ‘ujub dan merasa suka berbuat maksiat tadi. Nah, ini yang kita perlu sama-sama muhasabah diri kita. Terutama diri saya sendiri.
Sakit juga merupakan ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita utk bermuhasabah dan melihat kembali segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sekiranya kita berjaya melihat ruang dan peluang ini, langkah seterusnya ialah berubah dan terus melakukan perubahan ke arah kebaikan buat diri ini.
Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua. Semoga Allah menyembuhkan diri kita dari segala bentuk penyakit2 fizikal mahupun penyakit2 hati dan ruhani kita. Moga Iman kita bertambah kuat.
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...