Sunday 8 April 2012

MAKTAB PERGURUAN KENINGAU SABAH

iNILAH maktab Perguruan..tempat aku menimba ilmu perguruan selam 2 tahun setengah bermula 1990-1993.Kewujudan tiga buah maktab perguruan di Sabah lewat tahun 70-an didapati tidak mencukupi untuk menghasilkan guru-guru permulaan (terlatih) di sekolah-sekolah. Kerajaan negeri berpendapat Sabah memerlukan maktab perguruan keempat dan ketetapan awal lokasi pembinaannya ialah di Daerah Tawau. Kelewatan daerah berkenaan menyediakan tapak bagi maktab perguruan baru ini membuka ruang bagi cadangan yang dibuat oleh Tan Sri Sufian Koroh (seorang pemimpin kerajaan negeri ketika itu) supaya institusi latihan bagi bakal-bakal guru keempat di Negeri Di Bawah Bayu ini dibina di Keningau. Kerajaan Persekutuan menerima cadangan berkenaan dan kawasan tanah simpan Kg. Limbawan (lokasi Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau sekarang) telah dipilih. Kawasan tanah simpan kerajaan tersebut ditukar ke Kg. Menawo. IPG Kampus Keningau terletak di Bukit Langsat (satu ketika dahulu terdapat banyak pokok langsat di kawasan ini) dan keluasan kampusnya ialah 40 hektar.

Pembinaan IPG Kampus Keningau bermula pada tahun 1982 dengan belanja sebanyak RM32 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 1984. Perasmiannya dilakukan empat tahun kemudian oleh Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 16 Ogos 1988. Pada tarikh yang sama juga berlangsung konvokesyen pertama di mana seramai 250 orang guru pelatih Kursus Perguruan Asas (KPA) yang memulakan kursus mereka pada 4 Februari 1985 menerima sijil masing-masing.
Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang menggantikan KPA memulakan ambilan pertamanya pada bulan Ogos 1996. KDPM Ambilan Januari 2000 menyaksikan komposisi guru pelatih yang berbeza sedikit dengan kehadiran sebilangan besar guru-guru pelatih bekas guru-guru sandaran tidak terlatih.
Semenjak penubuhannya hingga sekarang, pentadbiran IPG Kampus Keningau telah diterajui oleh tujuh orang pengetua dan pengarah. Pengetua pertama ialah Encik Jikal Gabie (1985-1993). Pada masa tersebut jumlah pensyarah yang menjadi kumpulan staf akademik perintis adalah seramai 16 orang serta dibantu oleh beberapa orang staf sokongan. Kekosongan jawatan pengetua hingga tahun 1995 dipangku oleh Tuan Haji Adenan Haji Wagimin (Timbalan Pengetua waktu itu). Pengetua kedua ialah Puan Aminah Hj. Musally (1995-2001). Puan Mary Teresa Kinajil (bekas Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah) ialah Pengetua ketiga yang kemudiannya diganti dengan panggilan Pengarah. En. Aron Hj. Warso (2005-2006) adalah Pengarah keempat sehingga beliau bersara pada penghujung 2006 dan tempat beliau diganti oleh En. Jame Alip (Nov 2006 - Ogos 2008) sebagai Pengarah yang kelima. Pada Ogos 2008, En. Jame Alip melepaskan jawatan Pengarah di institut ini setelah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mulai September 2008 sehingga kini, IPG Kampus Keningau diterajui oleh Puan Lim Sai Kiow@Penny Lim

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...