"Maka
sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya
nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia
menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia
sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah
menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
Al-An'aam , 125
Kita lihat sahaja kini, ramai artis-artis yang sudah berhijrah
seperti Sham kamikaze, Zuar XPDC, Bob Lokman, malah saban hari makin
ramai. Sesungguhnya kita sebagai hamba Allah semestinya cemburu akan
hidayah yang Allah berikan kepada mereka ini. Adakah kita hanya duduk
mencemburui atau bertindak untuk mengejar Hidayah Allah. Firman Allah
Taala bermaksud:Al-An'aam , 125
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).
Sesuatu bangunan itu tidak akan terbina jika tiada orang yang
membinanya, Sesuatu perkara itu tidak akan terjadi jika tiada orang yang
melakukannya. Oleh itu, kita sebagai hambanya sentiasalah mencari dan
sentiasa muhasabah diri mengapa dan kenapa diri kita jauh dan tidak
mendapat hidayah Allah. Hidayah Allah itu tersangat berharga kerana
setiap perlakuan seseorang selepas itu akan bertukar menjadi dari
kekufuran kepada beriman. Kita lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah
s.a.w dahulu, mereka mendapat hidayah Allah sehingga sanggup
menggadaikan semua hartanya hanya kerana Allah.(Surah ar-Rad: ayat 11).
Lihat sahaja zaman penyebaran islam di mekah oleh Rasulullah s.a.w, banyak mukjizat kekuasaan Allah yang ditunjukkan oleh Beliau, akan tetapi tidak dapat juga hidayah daripada Allah antara nya Abu lahab dab Abu Jahal. Pelbagai mukjizat mereka diperlihatkan akan tetapi disebabkan hati mereka yang sentiasa menolak, itu yang menjadikan mereka tidak mendapat hidayah Allah s.w.t.
Firman Allah SWT dalam surah Yunus, 10:57:
Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
Terdapat pelbagai alternatif untuk berubah memandangkan zaman yang serba canggih kini, hanya mahu ataupun tidak. Berdasarkan ayat diatas, Allah menyatakan Al-Quran itu sendiri sebagai nadi untuk penyembuh penyakit-penyakit yang berada didalam dada dan petunjuk
Muhasabah diri kita adakah kita sentiasa melakukan perkara yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah lalu mendapat hidayah daripadaNya atau kita bersahaja dalam memikirkan hal ini. Nauzubillah, sesungguhnya kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang disebut diatas dimana pelbagai mukjizat dan pengajaran akan tetapi tidak mendapat hidayahNya. Sesungguhnya hidayah Allah itu akan mudah diterima jika tiada sesuatu yang menghalang dari ia sendiri hadir dalam hati kita sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi:
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment