April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?
Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Jika jawapan kita yang kedua. Maka kita adalah yang tergolong dalam golongan yang rugi. Kita adalah fool yang sebenarnya dan apa yang kita tahu hanyalah meniru perbuatan orang barat tanpa menyelidik itu dan ini semata. Oleh yang demikian, berhentilah mejadi orang yang menurut dan terikut-ikut sahaja,jadilah orang yang hebat,yang membina revolusi dan jauhkanlah diri kita dari di'fool'kan
Dalam sabda Rasulullah S.A.W pun, baginda akan bersabda mengenai perbuatan menikut-ikut ini.
"Kamu akan
mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta
demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab)
nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu
kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa
lagi kalau bukan mereka?"
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
April Fool ini tidak lain tidak bukan cumalah hari yang
mendatangkan kerugian. jelas sekali impak perayaan ini adalah perkara
yang buruk sahaja. Sesiapa sahaja pasti akan marah jika
diperbodohkan,Malah ada banyak laporan yang menyatakan perbuatan ini ada
yang menyebabkan saudara-mara mahupun kawan yang membunuh orang yang
menipu kerana tidak dapat mengawal emosi.Bukan itu sahaja, April fool
ini jelas sekali boleh menyebabkan seseorang akan hilang kepercayaannya
terhadap orang lain. Pemikiran pun asyik bergfikir yang negatif sahaja
mengenai orang lain.[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Jadi, Say No to April Fool!!
No comments:
Post a Comment