Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia. Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain.nauzubillah.
Daripada
Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala
kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang
sifat mazmumah. Ayuh,beristighfarlah! Ingatlah tujuan hidup ini.(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU "
(Surah az-Zariyat ayat 56)
Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALAH SWT
adalah sama dan yang membezakan Kita hanyalah amal. Jangan pandang
kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka.
ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek
seseorang itu melainkan hatinya.(Surah az-Zariyat ayat 56)
Daripada Abu
Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya ALLAH
tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat
kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)
Hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk
merendah-rendahkan orang lain. Apatah lagi jika kita menghina mereka
kerana kita sesama islam adalah bersaudara .(Riwayat Muslim)
Daripada
Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim
adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya
dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah yakin dengan
kemampuan diri kita. Dimana kekuatan kita. Dimana minat kita. Dimana
kekurangan kita. Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain.
Jangan sekali-kali. Dalam diari kita, jangan kita selitkan dengan
unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan
cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada Ilahi. Dan
kelemahan yang terjadi pada hari itu, kita cuba kuatkan balik dan ubah
sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai
kekuatan bukan kelemahan.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada
Abdullah bin Mas'ud r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah
perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
Kawan-kawan, jika kita dah pakai tudung labuh, kita dah merasa kita
hebat, itu salah. Jika kita selalu bercakap mengenai agama, kita dah
rasa kita hebat, itu juga salah. Jika kita dah pandai dan selalu dapat
"A+" dalam sesuatu subjek, kita dah rasa hebat, itu juga salah. Kerana
itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya.(Riwayat Muslim)
ALLAH memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji. Letaklah ALLAH ditangga teratas dalam setiap perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku kita. Usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! Jadi tidak susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana ALLAH SWT.
- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment