Wednesday 20 January 2016

AKHLAK YANG MULIA

Memperbaiki Akhlak
Memperbaiki Akhlak (Gambar hiasan) - suckledsunnah.wordpress. com








Akhlak adalah sifat yang tertanam di dalam jiwa sesorang . Jika perbuatan yaang terkeluar itu baik, ia dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya jika yang terkeluar adalah yang jahat , ia adalah akhlak yang buruk



Akhlak adalah sesuatu yang semulajadi tetapi ianya perlu diubah dan dibentuk. Contohnya Saidina Umar al-Khattab telah berubah menjadi lebih baik akhlaknya selepas memeluk Islam berbanding ketika beliau di Zaman Jahiliyyah. Beberapa cara memperbaiki akhlak adalah seperti berikut:
  • Menguatkan nilai-nilai akidah dan keimanan dalam jiwa.
  • Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu (punca segala sifat buruk dan keji).
  • Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta tafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa.
  • Melatih diri melakukan perbuatan baik seperti melakukan ibadah solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri dari perbuatan buruk dan keji.
  • Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran juga mempengaruhi pembentukan akhlak seseorang.
  • Mempelajari dan menjadikan kehidupan nabi Muhammad SAW, sahabat, ulama atau auliya sebagai teladan.
  • Sentiasa menggunakan akal fikiran di dalam setiap tindak tanduk kita, janganlah mengikut hawa nafsu kita.
  • Berdoa memohon kepada Allah SWT supaya dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Oleh itu, jika hendak memperbaiki akhlak seharusnya kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW berpandukan kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Hanya kita yang mampu mengubah diri kita samaada menjadi lebih baik atau sebaliknya. 

Diolah dari sumber: www2.islamgrid.gov.my

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...