Saturday 16 January 2016

KEBERSIHAN DALAM ISLAM

DENGGI MEMBAWA MAUT
Boleh dikatakan setiap manusia suka kepada kebersihan samada yang Islam dan bukan Islam tidak kira di mana sahaja mereka berada. Untuk melihat apa yang dikatakan kebersihan menurut Islam, mari kita fahami maksud Allah dalam ayat yang pendek tetapi sangat besar ertinya iaitu dalam Surah As Syams ayat 9: “Qod aflaha man zakkaha” yang maksudnya “Dapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya.”
Ayat pendek ini yang akan bakal dihuraikan ini moga-moga dapat ilmu untuk di laksanakan di dalam kehidupan ini. Kalau kita tengok makna ayat pendek ini mudah sangat. Dahulu di zaman salafus soleh, ulama-ulama banyak menghuraikan dan banyak menulis buku tentang kebersihan atau bersuci dalam Islam.
Di zaman salafus soleh, walaupun mereka menghuraikan hal bersuci ini global, tetapi sampai sekarang sudah 1,000 tahun lebih. Banyak benda yang tidak ada waktu itu sudah ada sekarang. sebab itu ada benda yang kita huraikan mereka tidak huraikan sebab masa itu tidak wujud lagi.
Di zaman mundur Islam, 700 tahun kepada kita ini, oleh kerana Islam sudah rosak, ulama-ulama sudah tidak perjuangkan Islam secara global lagi, sebab itu mereka ceritakan kesucian di buku-buku mereka tidak global lagi.
Ada seorang dua ulama, kebersihan dalam Islam itu diperkatakan contohnya dalam Aqidah saja, seperti faham wahabi. Akhirnya jadi ekstrim, jadi melampau. Niatnya baik, tetapi hasil jadi tidak baik. Niat mahu baiki Aqidah akhirnya merosakkan Aqidah.
Ada juga yang cenderung dengan ajaran tasawuf, dia ceritakan bersuci itu dari sudut tasawuf saja. Dia hanya ajar jangan tamak, jangan hasad dengki. Sekadar itu sahaja. Mungkin tok gurunya itu anggap bukan itu saja yang dijaga, tetapi muridnya faham yang itu saja. Sebab dia hanya dapat itu saja. Dia tidak fikirkan kesucian di aspek-aspek lain. Dia jaga hati saja, jaga tasawuf.
Ada juga yang mahu bersihkan syariat lahir saja yaitu jangan sampai berlaku yang haram dan makruh di sudut makanan, pakaian, tempat tinggal. Yang itu saja. Mungkin tok guru faham kesucian yang global, tetapi mahu muridnya itu saja yang tidak faham. Dia tidak fikir kebersihan hati dan Aqidah. Guru selamat murid tidak selamat.
Ada 1, 2 tok guru dia minat di bidang ibadah, maka dia hanya cakap kebersihan dalam ibadah, padahal tok gurunya faham luas. Murid-muridnya hanya faham bidang itu saja. Kebersihan dalam ibadah macam mana? Bersih dari najis-najis mughalazah, mutawasitoh, mukhafafah. Kemudian dia jaga dari hadas besar kecil. Itu dijaga beitul. Kemudian dia jaga tentang najis hukmi dan najis aini. Kemudian dia jaga dari benda kotor yang bukan najis tetapi menjijkkan, seperti tahi mata, tahi telinga. Dia jaga tentang perkara yang bersih tetapi mencomotkan, seperti minyak, kicap, gulai. Dalam ajaran Islam walaupun bersih, dibiarkan makruh. Mengapa? Bila tengok sakit mata. Tidak cantik. Tuhan suruh bercantik-cantik.
Jadi mana ulama yang mahu bersihkan ibadah saja, maka dia tumpu dalam hal-hal ibadah saja. Dia selamat murid tidak selamat. Murid ingat kebersihan dalam Islam itu hal itu sajalah.
Mari kita fahami apa kebersihan dalam Islam secara lebih global. Misalnya ideologi. Di zaman salafus soleh belum wujud lagi, sebab itu Imam Syafie tidak tulis. Kalau kita berjaya jaga kebersihan ini secara global, kita akan dapat kejayaan di dunia dan Akhirat. Siapa yang mengotorkannya dia akan jadi orang kecewa samada di dunia ataupun di Akhirat.
Maksud kebersihan secara global, luas, setidak-tidaknya ada 10:
1. Kebersihan yang teratas sekali kebersihan Iktiqad atau Aqidah, elak daripada syirik atau kekufuran. Jangan ada Aqidah kita dengan Tuhan samada tentang zat-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya tidak bersih. Kita syirik dengan zat sifat atau perbuatan-Nya.
2. Yang ke 2 bersih dari mazmumah. Mazmumah yang besar-besar ada 10, diantaranya tamak, pemarah, hasad, sombong, dan sebagainya
3. Yang ke 3, kita mesti bersih dari nafsu yang jahat, sebab nafsu itu kalau kita ikutkan, Tuhan anggap kita berTuhankan nafsu. Tuhan ada cakap, “Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan?” Membersihkan nafsu dari hal yang melanggar syariat.
4. Yang ke 4, juga bersihkan yang lahir dari hal yang haram dan makruh seperti makan minum, tempat tinggal, pakaian, tempat mengaji mahu bersih, jangan ada yang haram dan makruh.
5. Begitu juga pergaulan kita hendak bersih. Jangan terlibat dengan perkara haram dan makruh.
6. Kemudian yang ke 6, kita mahu bersih di sudut ibadah, seperti bersih dari 3 jenis najis tadi, najis aini dan najis hukmi. Kena bersih juga dari hadas besar dan hadas kecil, dari benda yang menjijikan seperti tahi hidung, tahi mata, tahi telinga. Begitu juga bersih dari perkara-perkara mencomotkan. Jangan bawa sembahyang kain yang penuh dengan minyak laksa, kicap, walaupun tidak najis tetapi kita berhadapan dengan Tuhan. Bila mahu jalan, depan orang, kita bersih, letakkan make up sedangkan bila hadapan Tuhan tidak bersih. Jadi dia sudah kecilkan Tuhan, muliakan manusia. Tidak beradabnya kita dengan Tuhan.
7. Yang ke 7, bersih daripada ideologi. Zaman Imam Syafie, solafus soleh tidak ada. Jangan ideologi jadi pegangan, jadi agama, jadi disiplin hidup. Tidak kiralah fahaman-fahaman samada komunis, nasionalis, kapitalis. Sebagai ilmu tidak apa belajar tetapi dijadikan pegangan hidup tidak boleh.
8. Yang ke 8. Kebersihan dalam ekonomi.
9. Pendidikan hendaklah bersih dari fahaman sekular, daripada riba, penindasan terutama pendidikan yang dia mencorak jiwa pribadi dan pendirian kita. Jangan pendidikan kita bercorak sekular. Antara yang bahaya, Tuhan ditinggalkan, Tuhan tidak masuk dalam program pendidikan. Walaupun yang dipelajari halal ia akan jadi haram bila Tuhan ditinggalkan, Tuhan tidak dibawa bersama. Ada orang fikir dan berhujah apa salahnya saya belajar matematik, sastera, sejarah? Tidak salah. Salahnya mana? Salahnya tidak bawa Tuhan. Jadi kerana tidak bawa Tuhan, ilmu-ilmu yang tidak salah tadi jadi salah. Bila tidak bawa Tuhan, sains jadi Tuhan, matematik jadi Tuhan, walaupun tidak sebut itu Tuhan. Banyak orang tidak nampak termasuk ulama.
Jadi bersih dalam Islam itu bukan hanya dalam satu bidang, misalnya Aqidah saja tetapi dalam semua hal.
10. Begitu juga kena bersihkan pegangan kita dari adat. Setakat belajar tidak apa, tetapi jangan dijadikan pegangan. Diantaranya pembagian pusaka. Di Negeri Sembilan, perempuan dapat harta lebih banyak dari lelaki bahkan semua sekali dibagi pada perempuan. Orang yang kahwin dengan orang Negeri Sembilan, isterinya banyak harta, dia makan harta haram. Sebab itu 1/2 ulama yang warak dia tidak kahwin dengan orang Negeri Sembilan, sebab harta perempuan itu haram. Ada tuan guru dulu, dia mengaji 15 tahun tidak balik-balik, ditanya mengapa tidak balik. Katanya, “Saya kecil hati, harta semua adik dapat, saya tidak dapat. Siapa yang kawin dengan orang Negeri Sembilan hati-hati, jangan makan harta dia, haram, sebab harta itu bukan harta dia. Jangan sebut adat bersendi syariat, sebut saja syariat.”
Jadi kita mahu kebersihan yang global. Cuba ukur diri kita. Mungkin kita jaga kebersihan Aqidah, ibadah, tetapi pendidikan, ekonomi, akal, pergaulan tidak bersih. Walaupun tidak ikut ideologi, tetapi kalau dia membesarkan akal, dia tidak bersih juga. Agama Islam hendaklah bersih dalam semua aspek. Kita tengok diri kita hanya dalam beberapa aspek saja bersih. Yang lain tidak. Itupun di sudut ibadah, setelah di selongkar kampung-kampung, tidak bersi termasuk dalam rumah dan tandas.
Itulah huraian ayat tadi. Yang disebutkan ini adalah perkara yang besar-besar. Tentang kebersihan ini gagal lagi kita, sedangkan dalam ajaran Islam sangatlah penting kebersihan. Marilah kita jaga kebersihan dalam semua aspek unituk dapat kemenangan di dunia dan Akhirat.

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...