Monday 18 January 2016

Terima Kasih - Awie









Susah sangat ke nak ucap "Terima Kasih" bila kita menerima sesuatu pertolongan, bantuan, atau apa-apa sahaja yang kita dapat secara spontan ?

Itulah yang terjadi ketika saya makan malam bersama family di Pantai Bagan Lalang. Ketika saya sedang memilih lauk seafood yang segar bugar yang bersedia untuk dimasakkan, ada seorang mamat yang berdiri depan saya pun sama sedang membuat pilihan lauk.

Ketika itu saya memang sedang pegang bekas untuk memilih ikan. Mamat di depan saya ni pula, tak pegang apa-apa bekas pun. Dia mula bertanya tentang bekas yang ada di depan beliau dan si pekerja di restoran tu membalas "Maaf bang, yang ini dah ada orangnya".

Tengah syok nak memilih (nasib baik belum letak ikan dalam bekas tu) saya pun tak semena-mena beri lah bekas yang saya pegang kepada mamat di depan saya tadi. Bayangkan saya yang tengah excited nak pilih lauk, terus potong 'stim' sebab dah beri bekas saya tadi kepada mamat tu.

Haram... Nak Terima Kasih

Saya takdelah harapkan apa-apa dari mamat depan saya tu..tetapi budi bahasa melayu yang kita banggakan bagi pandangan saya sudah hilang agaknya. Langsung satu haram patah perkataan "Terima kasih" ke...senyum ker...takde langsung ditunjukkan.

Teringat saya pada kursus tentang Magnet Diri yang diadakan di syarikat tempat saya bekerja tentang fakta rakyat Malaysia tentang menghargai orang lain.

Penceramah / Trainer tu cakap, ikut kajian yang dia buat kebanyakan rakyat Malaysia sukar untuk ucapkan terima kasih. Hanya sebilangan kecil yang bersikap menghargai orang lain.

Anda rasa bagaimana ?

Nampaknya apa yang saya story merry kat perenggan atas tu betul dan inilah kenyataan yang terjadi kepada manusia zaman sekarang.


Kongi Fakta Dari Sumber Berita Harian Tetang Masalah "Terima Kasih" Ini

Ini slot perkongsian dari sumber Berita Harian Online yang menemubual pakar-pakar yang memberi komen tentang isu penghargaan ini.

Sumber rujukan DI SINI !

KUALA LUMPUR: Ia hanya dua perkataan namun ucapan Terima Kasih nampaknya semakin sukar dilafazkan.
Tanpa disedari, sikap berbudi bahasa itu semakin pudar dalam kalangan rakyat Malaysia dek kerana perubahan corak kehidupan yang menjadikan mereka sentiasa terburu-buru.

Tokoh Sastera Prof Madya Dr Lim Swee Tin berkata keadaan terburu-buru menjadikan kita seolah-olah tiada ruang untuk memikirkan kebaikan yang telah diberikan kepada kita.

"Lazimnya, kita menerima. Kalaupun berterima kasih, ia seumpama sudah dibiasakan untuk menyebutnya tanpa penghayatan makna mendalam peri menghargai kebaikan yang dilakukan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata masyarakat khususnya generasi muda perlu dididik dan dilatih bahawa secebis pertolongan, kebaikan atau apa sahaja amalan berkaitan hasrat yang murni sewajarnya dihargai dengan sekurang-kurangnya ucapan Terima Kasih.

"Ini merupakan amalan yang sepatutnya. Dalam ucapan Terima Kasih terkandung segala-galanya...inilah yang perlu dipraktikkan semula supaya masyarakat kembali memperoleh makna daripada amalan berterima kasih," katanya.

Lim berkata ucapan itu sebenarnya menggambarkan penghargaan terhadap sebarang bantuan yang diterima seseorang selain mengeratkan perhubungan sesama manusia.

Amalan itu harus dipupuk di semua peringkat melalui gambaran situasi, perbuatan dan pengucapan yang sebenarnya tanpa sebarang agenda di sebaliknya.

"Jadikan berterima kasih jambatan penghubung hati, hatta sekecil mana pun atau sebesar-besar budi dan bakti. Ia lambang kasih dan atas sifat insani," katanya.

Budayawan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim pula hairan mengapa masyarakat kini terutamanya generasi muda sukar mengucapkan Terima Kasih.

"Kalau diberi apa-apa sumbangan, banyak yang menganggap itu hak mereka dan mereka layak menerimanya. Sumbangan atau bantuan yang diberi tidak lagi dianggap sesuatu yang istimewa lalu mereka seolah-olah tidak menghargainya," katanya.

Beliau berpendapat nilai yang semakin berkurangan itu berpunca daripada corak pendidikan sama ada oleh ibu bapa, orang dewasa mahupun guru.

Nik Safiah berkata nilai-nilai murni yang diajar di sekolah sudah jarang dihayati dan dipraktikkan sebaliknya dijadikan asas untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata.

Kedua-dua tokoh bahasa itu sependapat bahawa asuhan dari rumah mampu menyemarakkan semula budaya berterima kasih dalam kalangan masyarakat. - BERNAMA


Kesimpulan

Sebagai orang melayu yang kaya dengan budi bahasa dan adab sopan sepatutnya ringan mulut untuk ucapkan sekurang-kurangnya terima kasih kepada orang yang sudi membantu. Paling malas kalau dah pemalu sangat, lemparkan senyuman pun sudah memadai. Sebagai seorang manusia yang mempunyai sifat fitrah ingin dihargai pasti mengharmonikan suasana sepanjang hari bila rasa diri dihargai. Betul tak ?

Oklah ... sampai sini dulu perkongsian saya yer. Maaf kalau post ini membuat anda terasa, bagi yang mudah terasa. Harap anda seorang yang sempoi. Ok...jumpa lagi pada post lain, insya Allah.

Ohhh yer...

 saya kongsikan kepada anda video dari lagu Awie  juga berserta liriknya


Terima kasih sayang 
Ku ucap padamu 
Kerana menyambut tanganku 
Yang hampir layu

Badai cinta melanda 
Mengarah arus 
Menjadikan pantai 
Yang indah 
Kian bercelaru

Marilah oh sayangku 
Dekat padaku 
Sayangilah diriku ini 
Seadanya aku 
Tak sanggup lagi 
Menyebut kata rindu 
Kamar hatiku yang sayu

Fikirlah sayang 
Fikirlah seharusnya 
Janganlah engkau khianati 
Cinta ini

Istana yang ku bina 
Mahligai cinta 
Menjadi lambang 
Pepohonan redup kasihku



No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...