Monday 11 January 2016

Adab Islam-Berani kerana Benar

Assalamualaikum...

Mengikut kamus DBP berani bererti tabah menghadapi bahaya, kesulitan dan lain-lain. Sifat berani mendorong seseorang melakukan tindakan yang mungkin membahayakan dirinya sendiri. Berani mempertahankan kebenaran sifat tertinggi yang dituntut oleh ajaran Islam. Islam dari awal lagi mendidik umatnya bersifat berani. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Berkata benarlah walaupun kebenaran itu pahit.


Keberanian Masitah:

Masitah ialah tukang sisir rambut Puteri Firaun. Beliau berani mengatakan kebenaran mengenai kewujudan Allah. Akibat daripada keberaniaannya itu beliau dan keluarga dihukum bunuh dengan dimasukkan ke dalam kawah mendidih. Oleh kerana kebenaran Masitah, Allah telah memberi kemuliaan iaitu kuburnya berbau harum.

Ciri orang yang memiliki sifat berani:

  • Bertanggungjawab dalam perkara kebaikan.
  • Tidak gentar atau takut terhadap sebarang ancaman musuh.
  • Tabah hati menghadapi sesuatu keadaan.
Pada masa kini, berapa ramai yang berani kerana benar mempertahankan Islam? Kadang-kadang kesilapan orang lain di depan mata pun aku (kita) tak berani nak tegur. Tak nak dianggap sebagai penyibuk dan menjaga tepi kain orang lain. Selepas ni mungkin patut mengubah diri ke arah yang lebih baik, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...