Tuesday 16 May 2017

Prospek tenaga mahir ICT

BERCITA-CITA menjadi penyelidik IT, programmer, pengurus pembangunan perisian, projek IT, penganalisis sistem, data analis, pentadbir pangkalan data, pembangun sistem permainan komputer, artis visual, saintis data, jurutera data, jurutera rangkaian, eksekutif IT, perunding IT dan kecerdasan buatan (AI), forensik komputer, usahawan IT dan seumpamanya?
Kerjaya di atas antara dipelopori graduan Kursus Teknologi Maklumat (IT) di Universiti Multimedia (MMU) yang menjadi tenaga mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.
Dekan Fakulti Pengkomputeran dan Informatik (FCI) MMU, Prof Dr Ho Chin Kuan berkata, graduan MMU mempunyai kebolehpasaran tinggi kerana kajian Kementerian Pengajian Tinggi mendapati sebanyak 97 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan hanya dalam tempoh enam bulan selepas bergraduasi.
"Malahan pada 2016, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyatakan MMU antara lima universiti teratas di Malaysia menjadi pilihan utama dan digemari oleh syarikat-syarikat ICT untuk mendapatkan pekerja mahir.
"MMU juga jadi pilihan kerana menawarkan kemudahan moden seperti makmal pintar contohnya Innov8 Lab, SiRi Learning Lab dan Smart Lab yang serba canggih, di samping tenaga pengajar berkualiti tinggi iaitu kira-kira 46 peratus pensyarah MMU mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD)," katanya.
Menurutnya, sejarah MMU sendiri iaitu universiti ini perintis pendidikan ICT, multimedia dan kejuruteraan sejak ditubuhkan 20 tahun lalu.
Malah kumpulan kohort pertamanya seramai 128 penuntut pada Jun 1997  terlibat pengajian dalam bidang ICT, Kreatif Multimedia, Kejuruteraan dan Pengurusan.
"Terdapat kelebihan mengambil program IT di MMU. Pertamanya, MMU menawarkan kualiti pengajian bertaraf dunia. Pada tahun 2014, MMU menduduki ranking ke 200 teratas di dunia dalam subjek Sains Komputer dan Sistem Maklumat oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.
"Silibus kursus ditawarkan pula memenuhi keperluan industri (market-driven) masa kini. MMU juga mempunyai hubungan kukuh dengan pemain-pemain industri merangkumi pelbagai syarikat multinasional berkaitan ICT di samping institusi profesional dan universiti, agensi dan jabatan kerajaan," katanya.  
Selain kelayakan akademik ditetapkan, menurut Chin Kuan, seorang mahu mengikuti pengajian dalam bidang IT perlulah mempunyai minat tinggi.
"Bagi saya, kursus IT sesuai untuk para penuntut yang mempunyai minda dan ketangkasan dalam penyelesaian masalah, analitikal dan logikal," katanya.

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...