Monday 8 May 2017

Nutrisi membina otot

REJIM kecergasan tidak lengkap kala amalan pemakanan dan pengambilan nutrisi seimbang tidak diamalkan. Memberi impak lebih berkesan ke atas latihan kecergasan yang dilakukan setiap hari, pembinaan otot nyata memerlukan jadual nutrisi yang lengkap untuk menghasilkan otot yang punya dimensi dan kekal lama.

Ikan Salmon

Meski punya kandungan protein seperti pelbagai jenis ikan yang lain, ikan salmon nyata paling banyak mengandungi kandungan protein yang mampu memberi zat secukupnya kepada pembinaan otot. 4 ons salmon mentah mengandungi 23 gram protein, 207 kalori selain 0 gram karbohidrat, 12 gram lemak dan 0 gram serat. Kandungan lemak yang didapati di dalam ikan salmon sekurang-kurangnya memberikan impak kesihatan pada tubuh badan.

Telur

Sempurna dalam memberikan sumber tenaga kala mengharungi latihan raga dan kecergasan. Setiap biji telur mengandungi asid amino untuk memberi kesan pengembangan dan memelihara otot anda


Selain itu juga, telur merupakan sumber vitamin yang tinggi serta punya nutrisi penting untuk penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu yang luka dan tercedera akibat latihan bebanan yang dilakukan.
 

Dada ayam

Makanan rutin buat sesiapa sahaja, dada ayam nyata menjadi kegemaran sesiapa sahaja. Dada ayam mengandungi sumber protein yang sangat tinggi dan juga punya kandungan lemak yang rendah berbanding dengan bahagian ayam yang lain. Pengambilan dada ayam dalam jadual diet setiap hari nyata mampu memberikan kelebihan buat otot saat kekal membentuk.

Keju bebas lemak

Hadir sebagai sajian sihat kerana punya kandungan nutrisi asas iaitu protein yang sangat penting untuk membina tenaga. Latihan kecergasan yang dilakukan nyata memerlukan sejumlah tenaga yang banyak untuk mengerah segala bahagian tubuh dan otot untuk membentuk.
Oleh yang demikian, pengambilan susu rendah lemak di dalam diet adalah jalan terbaik untuk mencipta otot yang menawan. Setengah cawan keju halus mengandungi 80 kalori dan 16 gram protein yang mampu mengekstrak menjadi sejumlah tenaga dalam tubuh.

Kekacang

Senaraikan sejumlah pelbagai jenis kekacang seperti badam, kismis, kurma dan sebagainya ke dalam nutrisi diet agar mencipta kelainan dalam pemakanan seharian. Sejumlah kekacang mempunyai tenaga untuk mengecaj semula tenaga yang habis digunakan untuk aktiviti latihan kecergasan selain ianya mempunyai khasiat yang tersendiri.

Susu rendah lemak

Sajian utama pada waktu pagi dan malam jika ingin mendapatkan bentuk otot yang diidamkan. Susu rendah lemak mempunyai sejumlah protein lambat hadam serta membekalkan asid amino dalam jangka masa yang panjang.
 

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...