Monday 1 May 2017

Panduan keselamatan kanak-kanak di rumah

MALANG tidak berbau, ada ketikanya kemalangan di rumah boleh mendatangkan kecederaan. Kebanyakan mangsa ialah kanak-kanak yang mempunyai naluri ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baharu.
Panduan dan langkah pencegahan kemalangan dapat dielakkan seandainya ibu bapa mengambil langkah proaktif menghindari situasi ini daripada berlaku. IMPIANA berkongsi beberapa tip mengikut aspek ruang kediaman bagi memastikan keadaan anak anda selamat.

RUANG TAMU

 

1.    Lazimnya perabot-perabot seperti meja dan rak yang ditempatkan di ruang tamu mempunyai banyak bucu tajam. Bagi mengelakkan berlakunya kecederaan di kepala, gunakan pengadang bucu atau kain berlapik.
2.    Salut bahagian kaca dengan plastik kedap bagi mengelakkan kaca daripada pecah dan melukai anak anda.
3.    Jika anda menginap di rumah jenis bertingkat, tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan cadang tangga dengan pagar.

DAPUR

 

1.    Simpan kesemua peralatan tajam yang terdapat di dapur agar ia tidak boleh diambil atau dicapai oleh anak anda.
2.    Wayar yang bergantungan daripada peralatan elektrik seperti periuk nasi dan pengisar juga berbahaya. Oleh itu, pastikan anda sorok wayar tersebut dengan penutup wayar atau pita pelekat agar ia tidak mudah dicapai oleh anak-anak kecil.
3.    Segala beg plastik yang ada di dapur haruslah dibuang atau disimpan di tempat yang selamat. Ini kerana terdapat beberapa kes yang menyebabkan kanak-kanak lemas akibat bermain dengan beg plastik.

BILIK TIDUR

 

1.    Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak daripada terperangkap di dalam almari.
2.    Ketika menyusun perabot seperti katil bayi, katil atau perabot di bilik tidur, pastikan anda meletakkan ia jauh dari tingkap. Ini bagi mengelakkan anda daripada mendekati tingkap.
3.    Mangga jeriji atau penghalang pada tingkap agar ia tidak boleh dibuka oleh anak.
4.    Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak berusia kurang daripada enam tahun tidur menggunakan katil dua tingkat bagi mengelakkan dia jatuh.
5.    Elak daripada memberikan anak gajet atau peralatan yang memerlukan tenaga elektrik kerana ia berisiko untuk anak menerima renjatan jika dia menyalahgunakan suis elektrik.

BILIK AIR

 

1.    Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.
2.    Sentiasalah menemani anak ke bilik air dan jangan biarkan anak pergi bersendirian.
3.    Elakkan daripada meninggalkan anak bersendirian di dalam besen atau sebarang bekas yang berisi air seperti baldi atau kolam. Ini memberi risiko untuk anak anda terjatuh dan lemas.
4.    Kawal anak-anak ketika mandi terutamanya saat anak menggunakan mandian air panas.
5.    Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas pintu tandas supaya anak anda tidak tergelincir.

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...