Saturday 5 March 2016

Contoh Majlis Perasmian Pelancaran Program 5S SMTT

Majlis Perasmian Pelancaran Program 5S SMTT
Pembuka Bicara
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلوة السلام على اشرف الأنبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين.
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري
وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي.

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
Terima kasih kepada perwakilan pelajar yang bertugas

Protokol

1.          Yang berusaha Tuan Pengetua Sek. men,teknik Terengganu  Tn Hj Hussin b. Yusof
Barisan Pengurusan sekolah
2.      Yang berbahagia Perunding Kanan MPC Negeri Terengganu En. Mahadi bin Hasbullah
4.      Ketua-ketua Bidang, Kaunselor pelajar
5.      Para guru sekalian serta
6.      Para pelajar yang dikasihi sekelian

Kata alu-aluan
Sebagai pemula bicara pada minggu ini  6 hingga 10Mac 2016 …i saya Mohd Ariffin Abdullah sebagai guru bertugas pada minggu ini akan dibantu oleh oleh 5 orang rakan setugas iaitu
1.       Cg. Mohd sukrie Bin Ismail
2.       Cg. Naimah Bt Yusof
3.       Cg wan Muswizan bt Wan Mustaffa
4.       Cg wan Nur Hidayah bt Wan Abdullah
5.       Wan Shariff bin Wan Salim
Jika ada sebarang kesulitan dan pemasalahan…pelajar2 boleh berjumpa dengan cikgu2 yang saya sebutkan tadi
Meneruskan agenda kita pada pagi ini
Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya diberi kekuatan kepada  kita untuk bersama-sama berkumpul dalam majlis yang berbahagia ini bagi menyempurnakan majlis pelancaran 5s
Ucapan alu-aluan MC
Yang berbahagia dan warga dewan yang dikasihi

Amalan berkualiti 5s seperti kita ketahui, suatu amalan yang terbukti berkesan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sekolahj. Hal ini dapat dibuktikan apabila ia mampu mengurangkan tempoh pengurusan pelanggan dan mengurangkan masa pencarian dokumen. Maklumat inventori juga menjadi lebih mudah apabila kebanyakan bilik-bilik khas dan bengkel-bengkel di label peralatannya dengan secara sistematik. Hal ini selaras dengan tagline/ motto 5s iaitu BETULKAN YG BIASA….BIASAKAN YG BETUL,  persekitaran berkualiti yang telah menjadi budaya kita sehari-hari.

Hadirin warga dewan teknokrat yang dihormati sekelian,
Majlis menjemput tuan pengetua untuk menyampaikan ucapan
Ucapan pengarah

Terimakasih tuan pengetua atas ucapan yg disampaikan seterusnya

Warga dewan teknokrat yang dikasihi
Untuk menyempurnakan majlis kita pada pagi ini……saya dahulukan dengan serangkap pantun
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Untuk itu,  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Perunding kanan MPC Negeri Terengganu,  En Mahadi bin hasbullah untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis pelancaran 5s SMTT 2016. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan.

……………….Tamat Ucapan

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh yang berbahagia Tuan berbahagia Tuan Perunding kanan MPC Negeri Terengganu,  En Mahadi bin hasbullah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada atas ucapan perasmian tuan  sebentar tadi

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan
Penutup

Sebelum kita bersurai,  pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.



Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

TEKTRA TERBAIK PRESTASI DIUTAMAKAN

Kami akhiri majlis ini dengan  lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.



No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...