Monday 22 February 2016

JANGAN SALAH PILIH KURSUS....KHAS UTK LEPASAN SPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Merencana masa depan dengan memilih kerjaya idaman yang sesuai dan serasi sememangnya suatu kemestian kepada pelajar terutamanya yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar lepasan SPM yang sedang mencari pusat pengajian tinggi untuk menyambung pelajaran, mereka bukan hanya perlu bijak memilih kursus yang hendak diikuti, malah aspek lain juga perlu diberi perhatian seperti kos pengajian, kemudahan disediakan, penginapan, lokasi dan paling penting, kolej serta kursus ditawarkan diiktiraf oleh kerajaan. Semua ini perlu dititikberatkan supaya pelajar lepasan SPM jangan salah pilih kursus.
Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM
Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM
Pelajar lepasan SPM perlu sedar bahawa penentuan arah masa depan bukan hanya bergantung kepada permintaan keluarga atau terikut-ikut kawan tetapi menilai sendiri kelayakan, minat, tahap kelulusan serta keupayaan diri sebelum memohon sesuatu kursus.
Dalam zaman teknologi serba moden kini, pelajar boleh mendapatkan segala maklumat hanya di hujung jari saja. Pucuk pangkalnya kerajinan pelajar lepasan SPM untuk mencari maklumat kursus dan pengajian yang diperlukan kerana kini semua IPTA dan kolej menyediakan laman web.
Jika mempunyai peluang dan kelayakan untuk memilih kursus di menara gading, pilih kursus yang mempunyai permintaan tinggi di alam pekerjaan agar mudah memasarkan diri nanti.
Bagi pelajar lepasan SPM yang gagal permohonan ke IPTA, boleh juga memilih IPTS sebagai tempat pengajian tetapi perlulah membuat rujukan dan semakan samaada kursus yang ditawarkan itu diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
p/s: Jadi kemana hala tuju anda selepas ini? Kepada yang masih belum pasti, boleh cuba mengetahui arah tuju anda dengan >>rujukan informasi kerjaya lepasan SPM

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...