Monday 22 February 2016

DILEMA PELAJAR LEPASAN SPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…  Sebelum ini cik tom pernah kongsikan pendapat buat pelajar lepasan SPM dalam artikel; Pelajar Lepasan SPM: Antara Matrikulasi dan Diploma dan juga Pelajar Lepasan SPM: Jangan Salah Pilih Kursus. Korang boleh juga cuba baca di dalam artikel tersebut sebagai rujukan. Artikel kali ini rentetan dari persoalan yang cik tom terima antara minat dan hasrat ibu bapa. Memang antara masalah paling utama ialah pelajar lepasan SPM: dilema minat dan hasrat ibu bapa.
Bagaimana pelajar lepasan spm yang hadapi masalah ini cuba menyelesaikannya? Kebanyakannya mengambil jalan mudah pendamkan sahaja minat dan ikuti segala hasrat ibu bapa kerana tidak mahu di cop sebagai anak derhaka. Iye pelajar tidak sepatutnya melawan cakap ibu bapa. Namun pelajar tersilap, sebenarnya masih terdapat cara-cara atau kaedah untuk berbincang dengan ibu bapa tentang minat pelajar kerana ini soal masa depan pelajar. Bukannya ibu bapa yang akan melanjutkan pelajaran tapi ANDA. Sebaiknya pelajar lepasan SPM memilih kursus yang diminati bukannya belajar sekadar memenuhi hasrat ibu bapa.
Ibu bapa pelajar bukanlah seorang yang zalim. Pasti ada sebab mengapa mereka inginkan anaknya menjadi itu dan ini. Ibu bapa banyak memberi perhatian kepada anak kerana tujuan ingin melindungi anak dari kesusahan hidup. Kadang kala ada juga ibu bapa yang “ego” dan merasakan bahawa sebagai “anak” wajar mengikut segala arahannya. Kasih sayang ibu bapa membuatkan mereka bersifat melindungi anak-anaknya.
Situasi ini yang menyebabkan ramai pelajar dalam dilema. Antara minat dan hasrat ibu bapa? Manakah yang harus diikuti?? Masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan bijak dengan ibu bapa. Cik tom sharekan tips perbincangan yang boleh digunakan oleh pelajar lepasan SPM;
1. Tips pertama bagi yang beragama Islam sebaiknya buat solat istikharah minta petunjuk mana pilihan yang terbaik antara minat dan hasrat ibu bapa.
2. Jika memang pelajar tetap pilihan untuk minat, teruskan untuk perbicangan yang mana pertamanya pastikan masa yang pelajar pilih ialah sesuai sebaiknya waktu masa santai @ berehat ibu bapa bukannya waktu selepas balik kerja.
3. Sediakan air untuk ibu bapa dan mulakan perbualan santai untuk melihat mood ibu bapa.
4. Jika segala keadaan baik dan selesa, mulakan langkah perbualan main point tentang hala tuju pelajar.
5. Nyatakan kepada ibu bapa segala minat pelajar dan sebab-sebab kukuh mengapa pelajar berminat untuk kursus yang dipilih.
6. Yakinkan ibu bapa bahawa kursus yang diminati itu bagus untuk diikuti. Pelajar pasti lebih kenal perangai ibu bapa masing2 so gunakan strategi untuk memujuk dan menyakinkan. Sediakan segala jawapan2 bernas untuk persoalan yang “bakal” diajukan oleh ibu bapa.
7. Lebih bagus tunjukkan contoh atau bukti tentang kursus yang diminati.
8. Ingat segala perbincangan ini mesti dalam keadaan selesa dan tidak tegang. Jangan sehingga berlakunya pergaduhan atau bercakap kasar dengan ibu bapa.
9. Jika masih gagal menyakinkan, cuba gunakan orang disekeliling seperti abang, kakak atau saudara-mara untuk menyokong minat pelajar.
10. Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. Jika mereka melihat segala kesungguhannya pelajar dalam menyakinkan mereka. InsyaAllah mereka akan terbuka hati dan merasa yakin untuk membenarkan pelajar teruskan pilihan kursus yang diminati.
Pasti yang muncul dalam fikiran ibu bapa bahawa anak mereka kini sudah matang dalam membuat keputusan kerana segala hujah bernas yang pelajar berikan untuk menyakinkan mereka. Ingat perbincangan yang bijak bukannya perbincangan cakap “kosong”.
Belum cuba belum tahu..
Nak seribu daya.. Tak Nak Seribu Dalih..
Semoga yang terbaik untuk pelajar lepasan SPM dan semoga berjaya dalam hidup!

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...