KAUNSELOR PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERENGGANU.......................... ipinkaunselor(KB04106)
Tuesday 14 February 2012
PEMILIHAN HURUP PERTAMA PADA NAMA ADALAH PENTING
PEMILIHAN HURUP PERTAMA PADA NAMA ADALAH PENTING..INI SEBAGAI PANDUAN SPRTI BERIKUT:
A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa
hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan
marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda. B Selalu tenang dalam
menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri
penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya
amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di
kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu
menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. D Pendiam, bercakap
hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya
itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya
adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain. E Pandai
dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya
periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya
gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka. F Punya
pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga
sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja. G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun
belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka
bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun. H Mudah simpati,
bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu
tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita
terlalu tinggi. I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam
pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas. K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka
bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila
berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa. M Pandai dan kreatif,
suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang
dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan
keras kepala.
Nuffnang Ads N Baik hati dan rapi dalam
berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa
memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya
diri. O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta
sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong
dan suka memilih teman. P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya
banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum
dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros. Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang
disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka
mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah. S Pandai dan
tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka
memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan
emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak. T Sangat
berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka
mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang
gugup, terutama bila bersalah. U Suka berterus-terang dan
menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan
kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan
orang ramai. V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan
diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan
cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang. W Ramah dan
mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan
ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh
dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan. X Budi pekertinya
halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan
berbaik dengan mereka yang menyinggungnya. Y Pendiam dan tidak suka
menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya
mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat. Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
No comments:
Post a Comment