Sunday 12 February 2012

DIDIKLAH ANAK BERSAMA...

Membesar dan mendidik anak bukan perkara mudah. Anda dan pasangan seharusnya bersama-sama membesarkan si kecil. Paling penting, jangan bertengkar di depan anak kerana boleh menyebabkan trauma apabila dia dewasa kelak. Selain itu, jadual kerja yang padat dan masalah seringkali membuat ibu bapa terbatas untuk bertemu dan bermesra dengan anak. Lebih parah, anak ditinggalkan bersama pengasuh dan tidak dapat memastikan anak belajar mengenai moral atau nilai yang menjadi pegangan dalam hidup bermasyarakat. Anda juga mungkin tidak sedar, ada perkara yang seringkali lalai diajar kepada anak. Panduan berikut mungkin dapat anda terapkan dalam mendidik anak.
1. Komunikasi
Diam dan dengar. Jadilah pendengar yang baik kerana ini dapat mengeratkan hubungan dengan anak. Galakkan anak bersikap terbuka dan boleh berkongsi apa sahaja perkara dengan ibu bapa. Justeru, ciptakan waktu khusus untuk bersama anak.
2. Beri kebebasan
Masalah tidak menjadi besar jika anda dapat melindungi anak daripada tekanan dan pengaruh buruk temannya. Selain mengenali dan berkomunikasi dengan ibu bapa teman anak anda. Bagaimanapun, jangan bersikap mengongkong kerana anak tetap memerlukan kebebasan dan berkesempatan untuk mengeluar atau mengemukakan keinginannya sendiri.
3. Nilai kehidupan
Jika anda percaya kepada anak, dengan sendirinya mereka membesar menjadi orang yang baik dan memahami nilai kehidupan. Selain tidak membiarkan anak bergantung kepada temannya, sekolah atau media lain yang mengajarkan bagaimana untuk berperilaku baik. Semua ini bergantung kepada anada untuk membuat suatu nilai kehidupan dalam keluarga. Ajar anak bagaimana harus berperilaku baik.
Berbincang dengan anak dan capai kesepakatan sehingga keluarga anda memiliki nilai hidup yang harus ditaati dan diterapkan. Jangan lupa jelaskan kepada anak maksud nilai hidup yang harus mereka ikuti.
4. Sopan santun
Anak yang tidak belajar bagaimana cara bersopan santun, umumnya membesar menjadi remaja bermasalah. Cara bijak membantunya ialah sentiasa memberi nasihat dan mengingatkan anak agar berperilaku sopan, misalnya selalu berkata, “Minta tolong”, “Terima kasih”, “Maaf”. Paling penting, anda harus memberi contoh yang baik. Jangan lupa mengungkapkan kata-kata itu walau dengan anak sendiri.
5. Tentukan batas
Disiplin bukan sesuatu seksaan atau hukuman. Terapkan disiplin daripada awal sebelum anak membesar tanpa aturan dan menderita dalam kehidupannya. Disiplin diri menjadikan anak mempunyai keyakinan diri dan berjaya. Selain memastikan anak membesar dalam lingkungan aturan hidup yang jelas, berterusan dan adil.
6. Peraturan keluarga
Tidak perlu mengikut atau meniru aturan hidup keluarga lain. Anda pasti tidak mahu anak selalu ingin melakukan hal sama dengan anak jiran kerana perasaan tidak mahu kalah. Justeru, didik anak agar memahami peraturan keluarga dan dia harus mematuhinya. Selain cuba mengenal teman anak dan orang tua mereka agar anda tahu jika ada perkara yang tidak diinginkan (memberi pengaruh buruk) berlaku kepada anak.
7. Beri pujian
Anak memerlukan sokongan dan mereka berasa senang serta bangga jika anda mengetahui dan menghargai kegiatannya. Tapi tidak perlu berlebihan memuji kerana boleh menghancurkan anak. Ibarat api, kecil menjadi teman, apabila besar menjadi musuh.
8. Pertengkaran
Bertengkar atau berkelahi adalah perkara wajar bagi adik-beradik. Tapi bukan beerti harus dibiarkan. Lerai secepat mungkin dan didik anak agar terbiasa mengungkapkan perasaannya dengan kata-kata sopan, bukan dengan caci maki atau kata-kata kasar. Tidak perlu mencari salah sesiapa kerana mereka pasti saling menyalahkan. Biasanya, jika anda campur tangan, mereka boleh menyelesaikan masalah itu sendiri. Nasihati anak dan bantu dia mengembangkan kemampuannya agar dapat hidup bersama dan saling berkongsi perasaan. Selain biasakan anak agar menjadi pendengar yang baik dan tenang.
9. Kuasa
Sebagai ibu bapa, tugas anda adalah menjadi pemegang kuasa jika ada perselisihan faham antara anak. Pada masa sama, beri anak peluang untuk menyumbang idea dan kritikan.
10. Mengalah
Perhatikan perilaku dan masalah anak, lalu putuskan apabila anda harus menjatuhkan hukuman. Jika benar anak bersalah dan perlu dihukum, laksanakan dengan adil serta tidak dipengaruhi emosi.

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...