Wanita adalah satu simbolik yang
sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih
pula dikaitkan dengan suci dan bersih.
Sehelai kain kanvas putih
pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang
diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir
dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
"Katakanlah, kepada wanita yang beriman,
hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka,
dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak
darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka,
atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau
putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra
saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah
mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang
yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31
Muslimah kini haruslah bergerak mencari
"role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan
serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri
Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin
dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt,
kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara
beransur-ansur dengan sabar.
Antara sifat-sifat terpuji itu ialah
taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal,
penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di
kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang
melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.
Selaras degan tuntutan kini yang
dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan
kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka
pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah
pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.
Atas dasar tangungjawab kepada Ummah,
iluvislam merancang bagi mengadakan satu program yang boleh dijadikan
landasan kepada para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping
menambahkan ilmu pengetahuan.
Melalui misi melaksanakan tanggungjawab
fardhu kifayah serta membentuk wanita muslimah yang berketrampilan dan
kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap, Konvensyen Bidadari Dunia ini
bermatlamat melahirkan lebih ramai pendakwah mullimah sejati.
Konvensyen ini juga membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak
solehah. Selain itu, ini juga memberi anjakan paradigma dalam diri
setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping
mengamalkan syariat Islam.
Konvensyen yang menghimpunkan 19 tokoh wanita terbaik dari pelbagai lapangan pengetahuan ini membawakan persoalan dan kisah menarik 19 tokoh terkemuka seluruh Malaysia.
Konvensyen yang menghimpunkan 19 tokoh wanita terbaik dari pelbagai lapangan pengetahuan ini membawakan persoalan dan kisah menarik 19 tokoh terkemuka seluruh Malaysia.
Antara ahli panel yang dijemput
termasuklah Prof. Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail, Dr Nikki Syuhada
Shukor, Wardina Safiyyah, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie,
Prof. Muhaya dan ramai lagi.
Konvensyen Bidadari Dunia ini bermula
dari 24 hingga 25 Mac 2012. Tuan dan puan yang berminat menyertai
Konvensyen istimewa khas buat wanita ini boleh melayari www.bidadaridunia.com bagi maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment