Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta
memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah
kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah
instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan
makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah
untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos
begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan
dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak
kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak
implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun
mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta
yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan
rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari
kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan
perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata
hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa
yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa
yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik
dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita
agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas
jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi
pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu
akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia
adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita
niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah
sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai
Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untuk Allah.Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk
berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau
perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila
seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi
separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta
samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada
niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!
Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai
terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak
seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada
dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan,
kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya
dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu
tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang
perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika
ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang
soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat
pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi
anugerah.
No comments:
Post a Comment