Sunday, 12 February 2012

Menjadikan anak2 antara yang TERBAIK..

1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik – apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam.
2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk, mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka.
3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul, namun kawallah marah, janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut.
4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah, malah senyuman, pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik.
5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar.
6. Antara masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah, selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi. Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak.
7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa.
8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan. Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.
9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya – ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas, tercederakan anak jiran. Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil, namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar.
10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainnya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah.
11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran, sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain.
12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi, jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut.
13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja, malah apabila anak-anak bangun tidur, ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka.
14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung, tiada skrip, tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang.
15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak, elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.
16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan, dan cium dahinya apabila mereka sudah lena.
17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress, jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi, tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna.
18. Janagan membawa bebanan kerja ke rumah – apabila ini berlaku, anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah.
19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya, dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan. Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa.
- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia dan di akhirat kelak -
Semoga Aisyah menjadi anak yang sentiasa mendoakan ibu bapanya. Amin!

Berdoalah untuk anak2 kita setiap hari

“Anak saya degil, tak mahu dengar cakap!” “Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!” “Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!”
Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka sahaja).
Kanak-kanak dalam lingkungan umur hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’.
Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu dalam permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?
Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangani anak sebegini.
  • Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.
Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa sahaja tetapi sebaiknya, pandang muka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.
Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan ank? Perhubungan mata sangat penting dalam apa jua jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. Ingatlah, kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
  • Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak anda dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.
Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian bersama pembantu rumah atau di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yang anda sangat sayangkannya.
Bermain-main dengannya kira-kira setengah jam, barulah anda minta diri ke dapur. Mudah-mudahan dia akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya sudah diperolehi.
  • Ajarkan anak dengan perkataan ‘tunggu sebentar boleh’ sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.
Layan dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tidak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh pada setiap arahan kita kerana Allah s.w.t tidak menjadikan dia sedemikian.
Ingatlah, anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
  • Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.
Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya atau bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus kerana boleh menganggu adik kecil yang sedang tidur.
Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjertit atau membuat perangai beberapa hari.
Sekirnya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, ‘Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini’. Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.
  • Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan karenah anak yang menghiburkan.
Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan itu. Jangan mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang. Bayangkan anak dengan semua sikap positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak.
Anda juga boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak anda sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang membuat peraturan, disiplin dan galakan kepada anak.
  • Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda menghantar ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh).
Adakah terdapat mereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.
  • Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.
Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mereka, maka semakin kuat pemberontakan mereka.
Anak-anak pada usia ini tidak ‘makan’ dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah.
Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Saturday, 11 February 2012

11 jenis manusia yang didoakan oleh Para malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Wallahualam

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Wallahualam

Monday, 6 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kolej
Tarikh: 6 Februari 2012
Tempat : Dewan Riadah
sasaran : Semua warga KVKT
Aktiviti: Nyanyian Nasyid, Selawat dan Ceramah




Kem Kepimpinan Pengawas Dan Exco Asrama 2012
Tempat: Pusat Latihan RELA Wilayah Timur, Kuala Berang.
Tarikh: 2-4 Februari 2012.
Sasaran Peserta: 51 Pelajar

Cikgu Rosli Menyampaikan Ceramahnya







Cikgu Ariifin dengan Ceramahnya....

Antara pelajar yang terlibat






4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita...wallahua'lam