Tuesday 12 October 2021

CARA MENGEKALKAN PRESTASI BELAJAR SECARA ONLINE

 

TIPS KEKALKAN PRESTASI BELAJAR ONLINE

Aimi memerhatikan sekali lagi skrin telefonnya. Terpampang markah ujian yang baru diberikan oleh cikgu sebentar tadi. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Sejak sekolah dijalankan secara online, markah ujiannya semakin menurun berbanding semasa pengajaran secara berdepan di dalam kelas.

Ting! Bunyi whatsapp masuk daripada kawannya, Nadia. Aimi teringat hasil ujian tadi. Nama Nadia berada di tempat teratas kerana mendapatkan markah tertinggi di dalam kelas. Sebelum ini, namanya dan Nadia bergilir-gilir di tempat pertama. Semakin lama kelas online, namanya semakin jatuh ke bawah. Tetapi, nama Nadia masih bertahan di atas.

Aimi menyuarakan isi hatinya dan menanyakan bagaimana Nadia masih berjaya walaupun suasana belajar telah berubah. Nadia menenangkan Aimi dan berkongsi tips atau amalan yang dilakukan untuk mempertahankan prestasinya.

1. Sebelum kelas online
Bangun dan bersiap sedia dari awal. Bersihkan diri dengan mandi sebelum kelas pagi sangat membantu untuk menyegarkan diri. Pelajar juga perlu sarapan terlebih dahulu. Ini kerana kadar gula dalam darah adalah rendah untuk otak berfungsi dengan baik selepas bangun tidur. Kemudian, pastikan kawasan belajar adalah sesuai dan selesa seperti bilik yang terang, senyap dan mempunyai jaringan internet yang kuat.

2. Semasa kelas online
Pegang pen atau pensel dan catat apa yang perlu. Selain dapat menambah poin kefahaman, ia juga dapat mengelakkan pelajar dari terleka dengan perkara lain. Seterusnya, phone juga digalakkan berada jauh dari jangkauan kita. Gunakan phone jika betul-betul perlu sahaja. Dalam pada itu, jika ada perkara yang tidak difahami, pelajar boleh bertanya terus kepada cikgu.

3. Selepas kelas online
Ambil masa untuk rehat seketika. Minum air atau buat regangan bagi memberi ruang kepada otak dan badan berehat setelah penat memproses pelajaran. Setelah berehat, cuba buat nota atau latihan mengenai apa yang telah dipelajari dalam kelas tadi. Ini bertujuan untuk menguatkan ingatan dan menguji kefahaman topik tersebut.

Setelah mengetahui cara Nadia belajar secara online, Aimi bertekad untuk cuba mengikuti tips tersebut dan menaikkan kembali markah dan prestasinya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Semoga bermanfaat 😄

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...