Tuesday 12 October 2021

BOSAN DENGAN PDPR.....NAK BUAT APA UNTUK MENGATASINYA?

 

BAGAIMANA NAK BANTU ANAK-ANAK DARI BOSAN DAN STRESS BELAJAR KETIKA PDPR?

Waktu PdPR ni ibu bapa perlu memainkan peranan untuk memastikan anak-anak dapat belajar dengan baik, lancar dan tidak stress. Untuk itu, anda boleh cuba beberapa cara berikut di rumah:

 

Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak.

Apabila anda melihat emosi anak-anak berubah atau mereka menunjukkan rasa bosan semasa belajar, cuba buka ruang untuk berkomunikasi dengan mereka. Tanyakan tentang perasaannya, gurunya, rakan-rakannya, dan juga keadaan pembelajaran pada hari itu.

Salah satu langkah awal untuk menangani anak-anak dari stress adalah dengan membuat mereka luahkan apa yang mereka rasa. Jangan biarkan anak-anak pendam perasaan tidak senang dalam dirinya sahaja. Walaupun kita nampak mereka senyap tak bererti mereka tiada masalah.

Ketika anak anda mula berkongsi dan luahkan masalah yang dihadapinya,
jadilah pendengar yang baik. Cuba bagi penyelesaian dan tanyakan apa yang boleh anda bantu.

Bukan hanya berkait dengan pelajaran, ibu bapa juga perlu perbaiki komunikasi untuk perkara lain juga. Dengan komunikasi yang baik, anak-anak akan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap ibu bapa mereka. Oleh itu, anak-anak tidak akan mudah mengalami tekanan.

 

Jadikan pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih bermakna.

Gunakan masa yang ada untuk menemani anak anda semasa belajar. Salah satu cara yang menyeronokkan untuk anak-anak yang stress dengan pembelajaran adalah melakukan pembelajaran yang bermakna. Belajar sambil bermain atau melakukan aktiviti menarik yang lain mampu mengurangkan kebosanan ketika belajar.

Contohnya, mengajar bahasa Inggeris sambil bermain scrabble, belajar matematik sambil mengukur kek atau bahan memasak. Belajar sambil melakukan hobinya, supaya proses pembelajaran menjadi lebih sederhana dan menyeronokkan. Anak-anak juga akan merasakan bahawa apa yang mereka pelajari berguna untuk kehidupan seharian.

 

Sediakan kemudahan pembelajaran.

Jadilah pemudah cara pembelajaran anak-anak di rumah. Sediakan kemudahan asas pembelajaran yang lengkap di rumah, seperti sambungan internet yang stabil dan ruang belajar yang tenang dan kondusif. Sediakan makanan berkhasiat agar minda dan badan sihat dan kuat untuk proses pembelajaran.

Tanya anak tentang perkara yang dia perlukan semasa belajar di rumah. Mungkin dia perlu membeli buku-buku tertentu atau mungkin dia ingin mengambil kelas tuition dalam talian untuk lebih memahami pelajarannya.

 

Jangan terlalu memaksa.

Bagi anak-anak, pembelajaran secara atas talian bukan kebiasaan baru yang mudah dilakukan. Fokus kan pada keselesaan anak-anak semasa belajar dan kemampuannya untuk menyerap pelajaran dengan baik.

Elakkan memaksa anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan cepat dan memaksa mereka menguasai banyak perkara sekaligus. Beri dia masa yang cukup untuk terima hal-hal yang diajarkan, sehingga dia boleh memahaminya dengan baik.

Jangan marah jika mereka dapat keputusan kurang baik dalam ujian. Bagi kata-kata semangat pada mereka. Gred itu hanyalah bonus, lihat pada usaha mereka semasa proses pembelajaran sebelumnya. Berikan penghargaan atas usahanya, supaya dia lebih bersemangat untuk belajar dan meningkatkan prestasi diri mereka.

 

Semoga bermanfaat !

Spread the love

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...