BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA MALAYSIA
SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION
1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
- British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
2. Melahirkan Pentadbiran yg licin
- British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
- Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.
3. Menjimatkan kos pentadbiran
- Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran.
- Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
- Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.
4. Membentuk Bangsa Malayan Union.
- British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
- Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.
5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.
- British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
- Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION
- Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
- Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
- Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
- Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
- Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
- Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
- Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
- Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION
Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union
- Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
- Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
- Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
- Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
- Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
- Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
- Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
- Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
- Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
- Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
- Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.
- Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.
GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION
- Orang Dagang dan Golongan Melayu
Radikal
- Golongan ini bersetuju dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
- Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.
- Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
- Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
- Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
- Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.
- Angkatan Pemuda Insaf (API)
- Pimpinan Ahmad Boestamam
- Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
- Menjadi wartawan
- Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955
- Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )
- Barisan Tani Malaya (BATAS )
CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.
- Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
- Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
- Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
- Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
- Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
- 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O ).
- Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
- Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
- Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
- Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
- Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
- Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.
1. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
daripada semua golongan.
- Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
2. Sokongan bekas pegawai-pegawai British
- Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
- Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.
3. Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British.
- Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.
4. Sikap politik orang Melayu yang sederhana
- Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British.
- Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.
5. UMNO tidak menuntut kemerdekaan
- Britis memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.
- Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
6. Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan
Union
- Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,
- Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.
7. Gesaan Piagam Atlantik 1945
- Pertubuhab Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945.
- PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk tempatan.
CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
- Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.
- Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
- Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
- Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU JUGA MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT.
- Syarat kerakyatan diperketatkan.
- Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu.
- Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat
( Melaka dan Pulau Pinang ).
- British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
- Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran.
PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK
- Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan.
- Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur.
- Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.
- Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
- Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.
- Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan.
- Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak.
- Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang.
- Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
- Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
- Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka.
- Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
- Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan Rukun Tiga Belas.
- Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi.
- Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
- Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.
PERGERAKAN POLITIK DI SABAH
- Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
- Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
- Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan.
- Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.
BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN
BANGSA YANG MERDEKA
SISTEM AHLI
- Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
CIRI-CIRI SISTEM AHLI
- Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
- Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
- Ahlinya terdiri daripada 9 orang.
- 5 orang penduduk Tanah Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.
- 4 orang pegawai Inggeris.
- Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
PAKATAN MURNI
- Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
- Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.
BEBERAPA USAHA PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN
1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
@ Communities Liaison Committee (CLC) pd
Januari 1949.
- Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina.
- Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah.
Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui.
- Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.
- Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya – ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
- Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
- Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
- Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951.
- Cadangan beliau dikecam hebat.
- Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
- Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO.
- Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP).
- Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.
- IMP terbuka kepada semua kaum.
- Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain.
- Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.
- Penubuhan Persidangan Kebangsaan
- Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
- Tujuan – mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
- Konvensyen Kebangsaan
- Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
- Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain.
- Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.
SURUHANJAYA REID
- Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.
- Anggota Suruhanjaya Reid
- Lord Reid (Hakim British)
- Sir Ivor Jennings
- Sir William McKell
- Tuan B. Malik
- Tuan Abd. Hamid
- Beberapa isu menjai panduan suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.
- Kerajaan Persekutuan yang kuat
- Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
- Kedudukan Raja-raja Melayu.
- Hak istimewa orang Melayu.
- Pewujuan satu bangsa persekutuan.
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.
Antara isi pentingnya termasuklah:
- Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
- Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
- Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan.
- Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
- Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
- Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
- Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
- Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
- Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara.
- Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
- Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.
KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.
- Membolehkan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
- Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.
- Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah.
- Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat mengikut acuan sendiri.
- Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
- Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN
- TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
- Presiden UMNO
- Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri.
- Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.
- Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.
- TUN ABD RAZAK
- Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
- Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956.
- Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
- Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956.
- Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970.
- TUN H.S LEE
- Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan.
- MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957.
- TAN CHENG LOCK
- Presiden MCA
- Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
- TUN V. T SAMBANTHAN
- Presiden MIC
- Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
- Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum.
- Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.
BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA
DAN BANGSA MALAYSIA
CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui
gagasan Malaysia
1959 – Lee Kuan Yew mendesak British
supaya berunding dengan
Tunku Abd Rahman untuk
menggabungkan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu
1956 – Dato Onn Jaafar mencadangkan
agar Persekutuan Tanah Melayu
yang mereka dinamai Malaysia.
1955 – Lim Yew Hock dan David Marshall
mencadangkan penggabungan.
1948 – Sir Malcolm MacDonald
mencadangkan supaya Sarawak,
Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu
digabungkan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA
1. FAKTOR POLITIK
- Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura.
- Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
- Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
- Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
- Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
- Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
- Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.
- Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
- Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
- British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.
2. FAKTOR EKONOMI
- Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
- Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
- Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.
REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA
(A) REAKSI DLM NEGERI
1. Reaksi Persekutuan Tanah Melayu
- Kebanyakan parti politik menyokong idea ini.
- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu.
- UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan Singapura.
2. Reaksi Singapura
- Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.
- Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
- Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall.
- Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
- Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.
- Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan Singapura.
3. Reaksi Sarawak dan Sabah
- Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia.
- Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British.
- Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri.
- Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad.
- SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
- PESAKA, SNAP, dan UNKO bimbang org bukan Melayu dan peribumi kehilangan identiti dan dikuasai oleh org Melayu.
- Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.
- Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
- PANAS, BERJASA dan USNO membangkitkan kemajuan ekonomi dan sosial.
- Reaksi Sarawak
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
SUPP
|
Ong Kee Hui
|
Majoriti org Cina dan sebilangan Melayu.
|
PANAS
|
Dato’ Bandar Abang Hj Mustapha
|
Majoriti Melayu
|
SNAP
|
Stephen Kalong Ningkan
|
Org Iban
|
BERJASA
|
Abd Rahman Yaakub & Abd taib Mahmud
|
Majoriti Melayu & Melanau
|
PESAKA
|
Temenggung Jugah Anak Barieng
|
Org Cina
|
SCA
|
William Tan
|
Org Cina
|
- Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia.
- SUPP terus menentang.
- Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA bergabung membentuk Perikatan Sarawak.
- Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia.
- Mereka juga bersaha menyekat pengaruh SUPP.
5. Reaksi Sabah
Parti
|
Pemimpin
|
Keanggotaan
|
UNKO
|
Donald Stephen
|
Majoriti Kadazan
|
USNO
|
Datu Mustapha Datu Harun
|
Org Islam Sabah
|
Pasok Momugon
|
G.S Sundang
|
Dusun/Kadazan
|
Parti Bersatu
|
Khoo Siak Chew
|
Org Cina
|
Parti Demokratik
|
Peter Chin
|
Org Cina
|
- UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan Sabah.
- Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
- Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
- Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.
- Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.
- Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
- Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.
- Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu.
- Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.
- Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :-
- Ketua Negeri
- Bahasa Kebangsaan
- Agama Islam
- Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
- Kerakyatan
- Peruntukan Kewangan
- Pelajaran.
6. Reaksi Brunei
- Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
- Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang.
- Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
- PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme.
- A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
- A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina.
- Melancarkan pemberontakan pada 1962.
- Dapat dipatahkan oleh tentera British.
- A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.
- Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
(B) REAKSI NEGARA LUAR
1. Reaksi Indonesia
- Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.
- Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme.
- Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno.
- Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963.
- Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
- Antara tindakan Indonesia:-
- menghantar pengintip
- serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
- Menceroboh ruang udara
- Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
- Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
- Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
- Tindakbalas Malaysia.
- mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
- Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
- Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan Inonesia.
- Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.
- Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno.
- Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan.
- Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966.
2. Reaksi Filipina
- Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
- Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
- Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
- Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British.
- Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).
- Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
- Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
- Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22 Januari 1958.
- Pd Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)
LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA
(a) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
- JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
- Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Mustapa Datu harun ( Sabah).
- Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
- Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
- Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.
(b) Suruhanjaya Cobbold
- Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir Anthony Abbel dan Sir David Watherston.
- Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
- Tujuan :-
- meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
- Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
- Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.
- Laporan Suruhanjaya Cobbold:-
- 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
- 1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
- 1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.
- Antara cadangan Suruhanjaya ini.
- perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
- Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
- Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
- Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
- Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
- Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
(c) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
(JAK)
- Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
- Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
- JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
- Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.
(d) MAPHILINDO
- Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
- Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
- Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.
- Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963
- Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
- Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
- Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
- Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
- Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
- Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen.
- Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu.
No comments:
Post a Comment