Monday 1 August 2022

PERANAN KAUNSELOR SEKOLAH

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut.

     Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.

     Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin mencapai cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar.

     Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.

     Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.

     Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.

Apa yang disebutkan diatas adalah sebahgia daripada peranan kaunselor. selain daripada itu banyak lagi peranan kaunselor yang belum di catatkan disini.

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...