Saturday 30 July 2016

TIP BAHAGIAKAN PASANGAN

macam mana nak elakkan hubungan kita dengan pasangan tu daripada bosan.



pertama : kalau boleh jangan keluar perkataan 'bosan' tu sendiri. contohnya macam situasi ni la ye.. dah kenal lelaki or perempuan tu dah 6tahun. tetiba rasa macam nak cari orang lain sebab bosan, jemu la asik ngan dia je.. kita try orang lain.. haaa, yang tu sikap yang not good ye.. kalau sekali kita dah keluar perkataan 'bosan' dalam diri kita, akan terulang banyak kali perasaan tu.. sebab tu saya tak pernah cakap dalam 7tahun saya kenal dgn en.tunang ni, saya bosan dengan dia.. *walaupun dia masuk minang lambat* ehehehe
sebab kalau sekali saya cakap bosan, esok-esok perasaan kita senang berubah arah!..

kedua : setia - kalau kita setia dengan pasangan kita, kenapa pula kita nak bosan dengan dia kan? betul tak? situasi ni lebih kurang sama macam situasi pertama tadi.


ketiga : kalau saya sendiri, saya jarang sangat-sangat berjumpa dengan tunang saya.. bukan jarang jumpa tu sebab nak uji diri mampu ke tak kalau tak jumpa..tapi sebab jarak kami yang jauh..ipoh --> melaka..then komitmen dia pada kerja..

sejujurnya la ye, 3tahun pertama hubungan saya berlandaskan pada telefon je.. lepas 3tahun baru kami dapat jumpa.. kalau selalu jumpa before married, saya pun tak pasti perasaan pasangan camtu..sebab saya memang tak merasa jumpa selalu..dalam setahun kami jumpa setahun sekali je..so, perasaan rindu tu akan menjadi lagi kuat..

*jarang jumpa bukan bererti kita kena pasang sparepart lain ye..saya memang tak pernah terniat buat macam ni..sebab takut makan diri sendiri..


keempat : sabar dengan dugaan - haa, yang ni kalau hati tak kuat, tak cekal, memang senang kut cari orang lain..sebab? 'kita tak suka la ada dugaan2 ni.. baik cari orang lain..bosan la dia ni..banyak sangat dugaan dalam hidup..' 

haa, yang camni saya tak tahu la kan ada ke tak orang camni..rasanya ada kut.. tapi kan, kalau dah kata sayang, kenapa la nak tinggalkan pasangan kita tu kerana dia diuji.. ehhh, dah kawin nanti pun Allah tetap uji kita tau.. cuma kita je tak tahu Allah nak uji macam mana.. 
*sepanjang saya dengan en.tunang pun, beberapa kali juga saya diuji.. tapi syukur alhamdulillah..Allah masih sayangkan hubungan yang telah dibina.

kelima - bila contact, ucaplah perkataan rindu & sayang : ehh, ada tak orang yang segan nak ucap rindu-rindu ni? ada ke? mesti ada kan..lagi-lagi kalau pasangan kita tu (baik lelaki @ perempuan) nak pasangan dia mulakan dulu ucap rindu..

yang ni saya rasa tak perlu tunggu sapa-sapa luah dulu.. luah je.. dia layan ke tak, belakang kira.. janji kita dah luah perasaan kita.. memang la kadang tu kita rasa segan kan..tapi kalau kita segan sesangat, pastu pasangan kita tu buat ignore, mesti dia pun ingat kita ni macam takde perasaan je kat dia..
*dulu saya masa mula2 memang segan..tapi saya luah juga..alhamdulillah disambut baik oleh en.tunang..ehh, masa tu belum tunang lagi la.. bila saya luah tu, en.tunang cakap dia tertunggu juga saya luah perkataan rindu tu.. 
see, dia nak uji saya, dia nak saya luah dulu.. dan kalau sekarang ni tak kira masa pun kalau saya nak ucap rindu, saya ucap juga..hehehehe.. :p

keenam : kekalkan hubungan yang baik - erm, rasanya semua orang pun tahu perkara ni kan.. saya tahu, kalau hubungan kita tak baik, selalu bergaduh, memang akan terkeluar juga perkataan bosan tu dari mulut.. sebab, bila kita nak mulakan sesuatu hubungan tu, tentu juga la kita nak hubungan yang harmoni kan.. baru laa perasaan bahagia tu datang dalam diri.. betul tak?

*gaduh sikit2 tu adat laa ye..kalau tak 'gado-gado sayang' tu pun tak best juga.. hehehe

ketujuh : mendengar nasihat - haa, yang ni tak la saya kata kena ikut sangat ye.. kut la pasangan kita ni jenis kepala batu, hentak kat dinding pun tak pecah, kena la juga bagi nasihat kan.. kut jenis degil, kena juga la bagi nasihat.. kalau perkara tu betul, baik kita ambik kisah.. tapi rasanya setiap nasihat tentu untuk kebaikan,kan?


*rasanya ni antara perkara-perkara yang saya cuba terapkan dalam hubungan saya untuk tidak datang perasaan bosan tu..


perkara-perkara lain tu sedia maklum la ye..

-bertolak ansur
-bertanggungjawab
-mempunyai perasaan kasih, sayang & cinta
-jangan suka berkasar @ tinggi suara tanpa sebab
-nak buat sesuatu perkara yang mungkin akan melibatkan hati & perasaan pasangan kita tu, kita kena fikir sedalam-dalamnya..
-menghargai pasangan kita seadanya..




kalau diikutkan dalam tempoh bertunang ni memang banyak dugaan..tersangat banyak..macam-macam perkara boleh jadi.. so, kita yang kena pandai handle hubungan kita tu..bukan serah bulat-bulat kepada takdir ye.. :)


dan yang paling paling & paling penting, berdoalah semoga hati awak semua kekal hanya untuk pasangan yang satu..insyaAllah.. :) 

No comments:

Post a Comment

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...