Monday 5 November 2012

KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL KUALA TERENGGANU SESI 2013

Maklumat berkaitan kemasukan ke kolej vokasional seluruh Malaysia dan kursusunya kolej vokasional Kuala Terengganu telah dibuka taliannya bermula 23 september 2012 dan akan ditutup pada 31 disember 2012.
Untuk memohon anda dikehendaki mengisi melalui talian sesawang

www.moe.gov.my

Di kolej Vokasional Kuala Terengganu ada menawarkan 9 kursus bagi Diploma Vokasional Malaysia.
Kursus tersebut adalah:

1.Teknologi Pemesinan
2. Teknologi Automotif
3.Teknologi Pembinaa
4.Teknologi Elektrik
5. Teknologi Elektronik
6. Teknologi Penyamanan Udara
7. Teknologi Kimpalan
8. Kesetiausahaan Pentadbiran
9. Perakaunan


Bagi kursus yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM)
terdapat 7 kursus:

1. Mekanik Kenderaan Motor
2. Makanik Penyejukbekuan dan penyamanan udara
3. Juruteknik Elektrik
4. juruteknik Pemesinan
5. Juruteknik Kimpalan
6. Furniture Maker/pembuat perabot
7. Juruteknik elektrik industri peralatan

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak kolej vokasional ditalian 09-6664220

WASIAT RASULULLAH SAW TENTANG JIWA YANG KOTOR

WASIAT RASULULLAH SAW TENTANG JIWA YANG KOTOR

Terdapat dua jenis penyakit pada manusia; yang pertama penyakit yang mengenai anggota badan atau jasmani, seperti deman, batuk, sakit perut dan sebagainya.

Adapun penyakit yang kedua itu adalah penyakit yang bersumber kerohanian atau bersifat kejiwaan, iaitu penyakit rohaniah, ubatnya hanya satu sahaja, iaitu dengan jalan mensucikan jiwa sendiri dan

penyakit tersebut, dengan mengamalkan dan menghayati ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan sunah RasulNya melalui tuntunan yang telah disampaikan oleh Rasulullah Saw.

Penyakit yang kedua ini jauh lebih berbahaya dan penyakit yang pertama, sebab kalau penyakit rohaniah itu tidak dapat segera diubat, maka akhirnya tak ubahnya seperti api dalam sekam, yang lama kelamaan akan menimbulkan kebakaran yang sangat besar. Dan penyakit ini akan menghambat orang dalam hubungannya dengan Tuhannya.
Penyakit rohani itu banyak macamnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-

“Sesungguhnya umatku akan ditimpa oleh suatu penyakit umat. Para sahabat bertanya: Apakah penyakit umat itu? Nabi menjawab:

1. Kufur nikmat.

2. Sombong.

3. Tamak.

4. Berlumba-lumba.

5. Benci-membenci.

6. Dengki-mendengki sehingga melampaui batas (berlaku kejam) dan berbunuhan.”

Rasulullah menyebutkan penyakit itu dengan sebutan penyakit umat, sebab sifatnya umum, berlaku kepada kaum perempuan dan kaum lelaki. Cuma penyakit itu ada yang masih ringan dan ada pula yang sudah berat.

1. Kufur nikmat.

Kufur nikmat. Ada dua macam nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada makhluk-Nya, terutama makhluk manusia di dunia ini. Pertama, nikmat yang di bawa sejak manusia lahir ke dunia, yang dapat disebut dengan nikmat fitrah. Nikmat itu ialah seluruh anggota jasmani yang menjadi alat hidup secara lengkap, seperti: Kaki, tangan, perut, mata, hidung, tangan, telinga dan lain-lain.

Kedua, nikmat yang sifatnya datang kemudian yang dikurniakan Allah dalam perjalanan hidup manusia, seperti: tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan, harta benda dan lain-lain. Nikmat yang melimpah ruah itu tidaklah terbatas, seperti diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya tidak sanggup kamu menghitung jumlahnya.” (An-Nahl: 18)

Apabila ada seseorang yang memberikan sesuatu kepada kita, maka hati nurani kita sendiri akan mendesak untuk segera mengucapkan terima kasih kepada orang yang berkenaan. Apa lagi terhadap Allah SWT yang telah menganugerahkan nikmat yang tidak putusputusnya, sejak manusia ada dalam rahim ibunya sampai ia masuk ke dalam lubang kubur.

Untuk menghindari penyakit kufur nikmat ini harus sentiasa bersyukur dengan jalan berbakti kepada-Nya, mengerjakan suruhan-Nya dan menghentikan segala larangan-Nya. Firman Allah: ”Washykuru ni’matallahi inkuntum iyyahuta’budun”

Ertinya: “Dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu menyembah.”
(An-Nahl: 114)

Orang-orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah itu, lebih-lebih lagi yang mempergunakan nikmat yang diterimanya untuk mendurhakai Allah, mengerjakan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah, maka sikap yang demikian itu di namakan kufur nikmat.

Akibat dan sikap kufur nikmat itu, pada suatu ketika nanti Allah akan menimpakan bencana terhadap pelakunya, kadang-kadang dalam bentuk kesengsaraan, mala petaka, selalu ditimpa penyakit dan sebagainya. Apalagi kalau yang kufur nikmat itu banyak jumlahnya sampai satu negeri, maka kaum dan negeri tersebut pada suatu ketika akan dihancurkan oleh Allah.

2. Sombong.

Penyakit sombong yang menimpa umat adalah suatu gejala emosi yang merasa diri lebih dari orang lain, kerana seseorang itu merasa lebih cantik, lebih kaya, lebih berpangkat dan lain-lain. Malah kalau sifat sombong itu sudah sampai kepada tingkat yang lebih tinggi, seseorang itu akan menjadi takbur.

Islam melarang umatnya berlaku sombong, baik dalam sikap, tingkah laku mahupun dalam perkataan. Sebagaimana firman Allah yang ertinya:

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dan manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang sombong dan membangga- banggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalarn berjalan dan lembutkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.” (Luqman: 18-19)

Apabila sifat sombong itu bersarang dalam jiwa orang yang berkuasa, maka akan timbullah perbuatan yang kejam terhadap masyarakat atau rakyatnya.

3. Tamak

Penyakit tamak ini ialah suatu sifat ingin menguasai atau mendapatkan bahagian lebih banyak dari orang lain. Nama yang lain bagi sifat tamak ini ialah loba atau serakah.
Pada umumnya, sifat tamak itu berkenaan dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup di dunia. Tamak terhadap harta benda, dengan jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyak-banyaknya. Tidak peduli apakah dengan cara yang halal mahupun dengan cara yang haram, merampas hak orang lain, mengetepikan kepentingan umum dan lain-lain sebagainya.

Nabi Isa as. pernah mengatakan bahawa tamaknya manusia terhadap harta benda itu tak ubahnya seperti orang yang sedang meminum minuman yang memabukkan, semakin di minum semakin berkurang rasanya dan tidak puas-puas. Barulah mereka akan berhenti minum, kalau sudah mabuk atau tidak sedar diri.
Sejarah telah menunjukkan, bahawa tamak terhadap harta benda atau tamak terhadap kekuasaan itu tidak akan bertahan lama, dan pada tingkat terakhir pasti akan mengalami kejatuhan, sebab tidak sesuai dengan nilai-nilai keadilan dan kemanusiaan.

Islam mengendalikan hawa nafsu terhadap harta benda itu dengan mengadakan batasan. laitu dibolehkan mengejar harta benda, tapi harus melalui jalan-jalan yang sah dan halal. Kemudian apabila sudah sampai satu batas jumlah yang tertentu, maka harus dikeluarkan zakatnya, infa’, sedekah dan lain-lain.

4. Berlumba-lumba.

Penyakit berlumba-lumba ini dapat juga dikatakan sebagai kelanjutan dan sifat tamak. Jika berlumba-lumba itu masih dalam batas-batas yang dibolehkan oleh agama tidaklah mengapa, tetapi kalau berlumba-lumba itu sudah sampai kepada perkara saling buruk-memburukkan, jatuh-menjatuhkan, maka akan sampailah manusia itu pada tingkat permusuhan. Dalam pada itu, Islam memang menganjurkan supaya orang-orang berlumba-lumba dalam segala bidang kehidupan, baik untuk kemajuan peribadi mahupun untuk kemajuan bersama. Akan tetapi berlumba-lumba yang dianjurkan oleh Islam adalah berlumba-lumba yang akan membawa kepada kebaikan.

5. Benci membenci.

Penyakit benci membenci ini adalah suatu sifat yang biasanya ada dalam pergaulan masyarakat, penyakit ini jika dibiarkan akan meningkat kepada permusuhan. Sebab timbulnya sifat benci membenci itu kadangkala disebab oleh masalah kecil, seperti kerana pembawaan seseorang, sikap, ucapan, tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Oleh kerana itu dalam pergaulan seharian hendaklah dijaga dan dipelihara sebab-sebab yang dapat menimbulkan perasaan benci.
Biasanya kebencian itu tidak datang sepihak sahaja, tapi pada kedua belah pihak. Umpamanya antara keluarga sesama keluarga atau antara tetangga sesama tetangga. Apabila sifat ini sudah mulai dirasakan dalam hidup bertetangga, maka hidup akan terasa seakanakan duduk di atas bara api.

6. Hasad.

Hasad adalah suatu sifat atau sikap dengki dan iri hati terhadap nikmat yang diperoleh oleh orang lain. Bukan hanya semata-mata iri hati sahaja, tapi yang diinginkannya supaya nikmat tersebut hilang dan tangan orang yang berkenaan.

Pada hakikatnya hati kecilnya menginginkan supaya ia hendaknya dapat pula memperoleh nikmat seperti itu, tapi tidak ada kemampuan untuk mendapatkannya, maka timbullah sikap buruk dalam dirinya iaitu hasad dan dengki. Sikap jiwa orang yang hasad itu diungkapkan dalam Al-Qur’an:

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya.” (A1-Imran: 120).

Akibat dan sifat hasad ini bukan sahaja merosak din orang lain, tetapi juga akan merosak din sendiri. Oleh sebab itu, Allah SWT memerintahkan supaya orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan selalu memohon perlindungan diri dan penyakit yang bahaya ini seperti dijelaskan dalam al-Quran:

“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.” (A1-Falaq: 5)

Dalam sebuah hadis Rasulullah menjelaskan:
“Ada tiga perkara, dimana tiap-tiap umat tidak terlepas daripadanya, iaitu: Hasad, buruk sangka dan berselisih. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu jalan keluar dari tiga perkara itu? laitu apabila engkau berburuk sangka, janganlah engkau kuatkan buruk sangkamu itu, apabila hasad janganlah berlaku kejam dan apabila engkau berselisih faham, maka janganlah engkau menyakiti.” (HR. Abu Daud).

Bayangkan sepanjang hayat kita disibukkan dengan perkara di atas..alangkah malangnya kita di akhirat kelak..Marilah kita sama-sama bermuhasabah di atas segala apa yang telah kita kerjakan...janganlah sampai saat kematian menjemput kita tanpa kita relakan..kesudahannya rohmu kembali kepada Rabbmu..berbahagialah orang yang beriman yang rohnya akan di bawa oleh para malaikat untuk mengadap Allah SWT...

Tuesday 7 August 2012

Taklimat Outreach kemasukan keKVKT di SMK Bukit Besar

Alhamdulillah cermah selamat disampaikan kpd pelajar2 tingkatan 3 di SMK Bukit Besar bermula jam 8.15 pg hingga 9.30 pagi di Dewan Perkasa....kerjasama yg diberikan amat memuaskan...pelajar2 memberi tumpuan yg mendalam semasa taklimat disampaikan....semoga tahun 2013 nanti ada calon2 drpd SMK Bukit Besar yg dapat mengikuti pembelajaran di Kolej Vokasional Kuala Terengganu nanti...insyaAllah

Monday 30 July 2012

Sesi kaunselingku...hari ni


BARU- baru ini, guru yang saya suka memarahi saya di depan pelajar lain kerana tidak dapat menjawab soalan yang ditanya. Saya rasa sangat sedih dan benci kerana bukan saya tidak mahu menjawab soalan itu, tapi memang tidak tahu jawapannya.
Selalunya dia tidak pernah memarahi saya kerana dia seorang guru yang baik.
Tapi apabila saya dimarahinya, saya menjadi tawar hati untuk belajar.

cikgu pin saya ingin tahu, adakah dia sudah tidak suka kepada saya? Adakah guru marah anak murid kerana mereka ambil berat? 
klienku



MENJADI seorang guru memang besar cabarannya. Berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar mendedahkan guru kepada pelbagai tekanan. Psikologi seorang guru perlu kuat kerana tugas guru banyak berhadapan dengan emosi. Guru baik ialah guru yang dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan tekanan berbeza.
Selain itu, peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasa dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya nyata.

Peranan guru bukan saja sebagai penyampai ilmu, malah sebagai jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda dan pembangun sahsiah. Guru juga agen perubahan. Guru mendidik anak-anak bangsa, seperti adik yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara
saya lihat, perbuatan guru memarahi Man(bukan nama sebenar) bukan kerana dia tidak suka kepada Man, tapi lebih kepada keinginan beliau agar adik dapat menguasai pelajaran yang diajar. Sikap ini menunjukkan guru Man memang mengambil berat. Tiada guru yang suka melihat anak muridnya gagal dalam hidup. Bersifat tawar hati untuk belajar akibat dimarah hanya akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran Man. Jadikan peristiwa dimarah guru itu sebagai motivasi untuk Man lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

MANA Yang lebih penting....telefon rosak atau hati rosak


KALAU telefon bimbit kita rosak, secepat kilat kita pergi baiki. Maklumlah penting sangat untuk berkomunikasi. Kalau rosak siang tak tunggu malam, kalau rosaknya waktu malam tak sempat siang cuba hendak baiki juga.
Dalam banyak perkara penting, kita lupa perkara yang tersangat penting dalam hidup kita iaitu hati. Kita lupa nak jaga dan pimpin hati. Hati di sini ialah hati rohani, iaitu ‘al-qalb’. Hati qalbu iaitu hati nurani tempat letaknya iman dan Islam. 
“Jagalah hati jangan kau kotori, jagalah hati tenteram hidup kamu”. Itu antara lagu berkaitan hati. Salah satu penyakit yang merosakkan kehidupan beriman kita ialah sifat takbur.

Wajib kita jaga hati supaya jangan sampai takbur merosakkan kita. Di sini penulis ingin berkongsi bahaya dan cara merawat penyakit takbur.

Sifat takbur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan kebaikan yang mungkin dilakukan seseorang.

Hampir semua manusia ada sifat ego atau sombong. Untuk membuangnya, amat susah sekali. Imam Ghazali berkata, bahawa sifat ego itu hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia.

Bagaimanapun, kita perlu berusaha mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa.

Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah.

Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, mampulah kita meminta maaf.

Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus. Oleh itu, kita perlu melatih diri melawan sifat sombong atau takbur itu. Latihan yang lebih berkesan lagi ialah biasakan diri tinggal bersama dengan orang yang dipandang rendah oleh masyarakat.

Orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka.

Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita.

Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”

Kalaulah amalan itu dibiasakan, Insya-Allah sifat ego sedikit demi sedikit dapat kita buang. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Dan ingatlah selalu firman Allah: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri.” (Surah Luqman ayat 18).

Allah berfirman lagi: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.”
(Surah Al Hujurat ayat 11).

Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita.
Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit.

Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri.” Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut Allah.

Ia adalah lawan kepada sifat sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapatkannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah.

Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.

Latihan itu sangat susah hendak dilakukan kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya.

Sebab itu Rasulullah bersabda: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu.” Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada kita sahaja.

Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu.

Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit.

Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan itu sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.

Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang disebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun, ia bukannya perkara mudah.

Amat susah sekali, terseksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah.

Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun, melalui latihan yang bersungguh-sungguh, Insya-Allah ia akan dipermudahkan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Surah Al Ankabut ayat 69).
oleh  Mohd.Zawawi Yusoh

Sunday 29 July 2012

Iblis sentiasa sesatkan manusia


SETELAH Allah mengisytiharkan iblis sebagai makhluk yang sombong dan akan menjadi penghuni neraka terkutuk, iblis berikrar akan berusaha menyesatkan manusia.
Ikrar Iblis itu termuat di dalam surah Al-A’raaf ayat 16-17 yang bermaksud: “Kerana Engkau (Allah) menghukum saya tersesat, maka saya benar-benar akan menghalang-halangi mereka (manusia) dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya (Iblis) akan mendatangi mereka (Manusia) dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau (Allah) tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). 
Daripada ayat itu, Imam Al-Ghazali dalam salah satu kitabnya menjelaskan, iblis akan menyesatkan anak Adam dengan cara mengubah cara pandangannya terhadap kebenaran.

Yang benar dipandang salah dan begitulah sebaliknya. Contohnya, seseorang mengajak kita solat ke masjid, iblis akan membisikkan ke telinga kita: “Lihat si fulan itu ajak kamu ke masjid (solat), si fulan rajin doa dan lain sebagainya tapi cuba lihat apa yang dia dapat dari semua itu? masih miskin-miskin juga.”

Jika terpengaruh, kita akan mengiyakan tetapi jika melawan kita akan mengatakan: “Solat adalah kewajipan saya sebagai Muslim, soal rezeki urusan Allah.”

Selain itu, iblis juga akan menggunakan cara kedua iaitu mendatangi dari belakang. Pada tahap itu, iblis berusaha menundakan ibadat manusia, contohnya, apabila sudah mendengar azan di masjid tetapi iblis akan membisikkan ke telinga manusia mengapa terburu-buru sedangkan waktu asar masih panjang.

Jadi bisikan itu akan menyebabkan kita lewat menunaikan solat, malah ada yang terus meninggalkannya.

Jika cara itu tidak berhasil, iblis akan menggunakan pula cara ketiga iaitu datang dari arah kanan. Iblis akan menghalang manusia melakukan perkara yang lebih sempurna dalam ibadat.

Jika sudah berjaya pada peringkat pertama hingga ketiga, tetapi iblis akan membisikkan pula, mengapa perlu ditambah-tambah lagi jika sudah selesai melaksanakan kewajipan (buat solat sunat).

Jika tidak berjaya, mereka datang pula dari sebelah kiri iaitu seseorang itu ditanamkan rasa sombong di hati atau berasa diri mereka paling baik.

Iblis tetap meneruskan usahanya dengan membisikkan lagi supaya hati kita kalah dengan pujian. “Hebat la kamu punya ibadat tepat waktu, setelah yang wajib, kamu zikir dan menambah ibadat dengan yang sunat.”

Manusia yang mendapat pujian itu akan terbit di dalam hatinya rasa sombong dan berasa dirinya hebat berbanding orang lain.

Jika itu yang berlaku, samalah kita dengan iblis laknatullah, sombong, bongkak dan memandang rendah kepada orang lain.

Jika kita berjaya menepis semua bentuk bisikan dan godaan itu, insya-Allah syurga Allah menanti kita di akhirat kelak.

Tuesday 24 July 2012

Hati Tenang Apabila Sujud dan Syukur kepada NYA

Keredhaan akan membuahkan  rasa syukur yang merupakan  tingkat keimanan yang paling tinggi. Dalam tahap iman, rasa syukur itu adalah  puncaknya. Orang yang besyukur adalah orang yang paling menikmati hidup.  Mereka menjalani hidup dengan tenang setiap masa.
Setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini tidak pernah dapat lari daripada masalah. Masalah ini seolah-olah mengejar hidup setiap insan. Jika tiada masalah maka ia tidak boleh dinamakan kehidupan. Masalah ini kadangkala mampu meningkatkan diri kita sama ada dari segi kerjaya mahupun personaliti kita. Masalah juga kadang-kadang mendesak kita mengubah hidup kita seperti apa yang telah kita rancang sejak dari awal. Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, masalah pertengkaran dengan ibubapa, gagal dalam peperiksaan serta banyak lagi.
Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.



Para ulama’ dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah masih menerima amalan dan masih melihat mereka.
Mengamalkankan  sifat Syukur dalam kehidupan seharian membuatkan kita rasa tenang. Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.
Selain dari kita mensyukuri nikmat Allah, melakukan sujud syukur merupakan amalan sunnah. Sujud Syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah S.W.T atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :“ Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12).
Rukun sujud syukur adalah pertama, Niat keduanya, Takbiratul Ihram ketiga, Sujud (sekali sahaja) baca Allahu Akbar ketika bergerak sujud dan ketika bangun dari sujud dan di akhiri dengan  Salam.
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Oleh itu, kita semua digalakkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Dibawah ini  adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه وبصره بحوله وقوته
Maksudnya: “ Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.
Akhir kalam,  betapa pentingnya kita bersyukur dan sentiasa istiqamah dalam mengabdikan diri dan beribadat kepada Allah. Kalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah itu, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedari atau tidak. Satu amalan yang baik bagi menunjukkan kita bersyukur ialah dengan melakukan sujud syukur.Orang yang bersyukur juga tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Tambah lagi dengan melakukan amalan sujud syukur ni adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

~ DOA PELEMBUT

 




~ DOA PELEMBUT ~

Cara-cara untuk melembutkan hati mengikut kaedah ISLAM..

Kita kadang kala ada masalah dalam melembutkan hati orang lain mahu pun hati kita sendiri.. sedarkah kite sebenarnya Islam telah pun menyediakan jalan keluar dalam setiap permasalahan? disini saya kongsikan kaedah bagaimana kita menjaga dan melembutkan hati.. sesungguhnya hati yg lembut mudah dilekati IMAN.

Untuk itu, beberapa nasihat berikut patut kita renungi bersama dalam usaha kita untuk melembutkan hati. Kita hendaklah sentiasa:

1. Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat.

2. Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti diminta pertanggungjawabannya.

3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syaitan.

4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita.

5. Takut akan balasan seksa yang segera di dunia, kerana maksiat yang kita lakukan.

6. Takut mengakhiri hidup dengan su'ul khatimah.

7. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.

8. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

9. Takut akan azab di alam kubur.

10. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan.

11. Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam dari pedang.

12. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.

13. Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita.

14. Takut terhadap nikmat Allah yang kita rasa siang dan malam sedang kita tidak bersyukur.

15. Takut tidak diterima amalan-amalan kita.

16. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan kita sendiri.

17. Kekhuatiran kita menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada hari timbangan ditegakkan.

18. Hendaknya kita mengembalikan urusan diri kita, anak-anak, keluarga dan harta kepada Allah SWT. Dan jangan kita bersandar dalam memperbaiki urusan ini kecuali pada Allah.

19. Sembunyikanlah amal-amal kita dari riya' ke dalam hati, kerana terkadang riya' itu memasuki hati kita, sedang kita tidak merasakannya. Hasan Al Basri rahimahullah pernah berkata kepada dirinya sendiri. "Berbicaralah engkau wahai diri. Dengan ucapan orang soleh, yang qanaah lagi ahli ibadah. Dan engkau melaksanakan amal
orang fasik dan riya'. Demi Allah, ini bukan sifat orang mukhlis".

20. Jika kita ingin sampai pada darjat ikhlas maka hendaknya akhlak kita seperti akhlak seorang bayi yang tidak peduli orang yang memujinya atau membencinya.

21. Hendaknya kita memiliki sifat cemburu ketika larangan-larangan Allah diremehkan.

22. Ketahuilah bahwa amal soleh dengan keistiqomahan jauh lebih disukai Allah daripada amal soleh yang banyak tetapi tidak istiqomah dengan tetap melakukan dosa.

23. Ingatlah setiap kali kita sakit bahawa kita telah istirahat dari dunia dan akan menuju akhirat dan akan menemui Allah dengan amalan yang buruk.

24. Hendaknya ketakutan pada Allah menjadi jalan kita menuju Allah selama kita sihat.

25. Setiap kali kita mendengar kematian seseorang maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat. Dan jika kita menyaksikan jenazah maka bayangkanlah jika kita yang
sedang diusung.

26. Hati-hatilah menjadi orang yang mengatakan bahwa Allah menjamin rezeki kita sedang hatinya tidak tenteram kecuali sesuatu yang ia kumpul-kumpulkan. Dan menyatakan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita tetap mengumpul-ngumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikit pun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal tidak pernah ingat akan mati.

27. Lihatlah dunia dengan pandangan iktibar (pelajaran) bukan dengan pandangan
mahabbah (kecintaan) kepadanya dan sibuk dengan perhiasannya.

28. Ingatlah bahwa kita sangat tidak kuat menghadapi cubaan dunia. Lantas apakah kita sanggup menghadapi panasnya jahannam?

29. Di antara akhlak wanita mukminah adalah menasihati sesama mukminah.

30. Jika kita melihat orang yang lebih besar dari kita, maka muliakanlah dia dan katakan kepadanya, "Anda telah mendahului saya di dalam Islam dan amal soleh maka dia jauh lebih baik di sisi Allah. Anda keluar ke dunia setelah saya, maka dia lebih baik sedikit dosanya dari saya dan dia lebih baik dari saya di sisi Allah."

✿ Mari berubah jadi baik..
~ biar pedas sampai kebas, mati itu pasti jadi hidup biar bererti
~ Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.. Moga Bermanfaat untuk semua..

Wednesday 4 July 2012

Amalan sedekah bawa keberkatan




SETIAP manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri dan anak yang baik.
Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.
Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha.

Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus asa melaksanakannya.
Bersikap reda dan bertawakal supaya Allah memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya.
Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima.
Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Barang siapa yang me nyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesung guhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (Surah at-Taalaq ayat 3).
Namun tahukah kita sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.
Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese orang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).
Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempu nyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .
Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.
Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.
Bersifat individualistik melambangkan seorang itu tidak berhati perut, sukar didekati dan orang ramai tidak menghormatinya. Walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya.
Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita. Sabda Rasulullah:
“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).
Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:
“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).
Allah berfirman:
“Orang-orang yang menaf kahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak me nyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).
Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.
Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya:
“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.
Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Seelok-eloknya, galakkan diri bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedekah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan.” (Riwayat At-Tirmidzi).
Bersedekah boleh meringan kan bebanan orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Rasulullah bersabda:
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
Justeru, beberapa perkara perlu diambil perhatian demi kesempurnaan amalan sedekah antaranya barang yang disedekahkan mestilah baik. Tidak wajar sama sekali barang yang disedekahkan itu kita sendiri tidak tergamak menggunakannya.
Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.
Kemudian sesuatu yang disedekahkan mesti halal.
Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit. Allah berfirman yang bermaksud:
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran ayat 92).
Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.
Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata galakan kepada umat Islam bersedekah perlu supaya umat Islam terbela.
“Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan.
“Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Mereka terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan).
“Setiap kali bersedekah pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Jika kita menderma hanya sekadar untuk mendapat pujian, nama atau pangkat ia tidak memberi sebarang makna,” katanya.
Beliau berkata, sedekah membuatkan seorang Muslim mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu dapat dirasai ketika berada di dunia lagi.
“Orang yang istiqamah bersedekah atau berinfak hartanya mudah menerima ilmu Allah, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil yang bersarang dalam diri.
“Tidak kira siapa kita sama ada kaya atau kurang hartanya mesti berusaha dan bersedia untuk bersedekah. Umpamanya jika kita mempunyai wang RM10 tidak mengapa jika bersedekah sebanyak RM1 kerana yang penting keikhlasan itu mendapat nilaian istimewa daripada Allah,” katanya.
Beliau berkata ganjaran kepada mereka yang bersedekah cukup besar kerana apa saja yang mereka infak itu pahala terus diterima secara berkekalan.
“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”
“Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya.

Monday 21 May 2012

Kelebihan bulan Rejab


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

1.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
2. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
3. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
4. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
5. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
6. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
7. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
8. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
9. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
10. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
11. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


Tuesday 15 May 2012

Sambutan Hari Guru

Kuala Kangsar, 16/05/2012 – Bertempat di Dewan Jubli Perak, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-41 Tahun 2012 diadakan hari ini di Perak. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’.

Tema Hari Guru kali ini amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional, selain peranan guru yang amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid. Kecemerlangan dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air.

Malah guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti ke arah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, para pendidik diseru agar bersama-sama berusaha membuat anjakan daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada pemudahcara kepada pencetus invensi dan inovasi.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of The Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


selamat hari guru....terima kasih cikgu...jasamu tetap dikenang...

Monday 7 May 2012

SAYANG...perlu dipelajari

Belajarlah sayang supaya terus BERSYUKUR walau KEKURANGAN


Belajarlah sayang supaya terus IKHLAS walau TAK RELA

Belajarlah sayang supaya terus TAAT walau BERAT

Belajarlah sayang supaya terus MEMAHAMI walau TAK SEHATI

Belajarlah sayang supaya terus SETIA walau BANYAK GODAAN

Belajarlah sayang supaya terus MEMBERI walau TAK SEBERAPA

Belajarlah sayang supaya terus MENGASIHI walau kau DISAKITI

Belajarlah sayang supaya terus TENANG walau kau sedang GELISAH

Belajarlah sayang supaya terus PERCAYA walaupun SUSAH

Percayalah sayang bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu itu tanda Allah sentiasa SAYANG padamu

HAK SEORANG ANAK..

Hak', hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.
Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal hak ini.
Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.
Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti.
Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.
Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..
Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".
01. Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.
Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.
Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.
 Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).
Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH.
02. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).
Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.
Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).
Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.
Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.
Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia.
Sabda Rasullullah
"Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari."
03. Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya.
Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.
Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama. Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.
Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.
Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."
Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."
Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.
Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.
Wahai ayah dan ibuku,
Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
Suburkan kecintaanku kepada AllahDidiklah daku dengan sunnah Rasullullah
Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.
Semoga memberi manfaat...sekian.semoga kita semua dibawah Lindungan ALLAH SWT selalu...amin

Sunday 6 May 2012

HIdup Kita

Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI. Amalan yang baik hendaklah DITAMBAHKAN. Segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah DITOLAK, pahala amalan hendaklah DIGANDAKAN dan masa yang ada hendaklah DIBAHAGIKAN dengan sempurna agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.

Kata2 Motivasi

Berjayalah orang-orang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al
-Mu’minun :1-3 )

Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda
(Hadis Nabi)
Penawar yang paling mujarab ialah rajin
(Iman Ghazali 1058 - 1111)
Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa
terlalu banyak yang aku tidak tahu
(Iman Syafie 767 – 820 m )
Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit
(Soekarno 1901 – 1970)
Demi kejayaan rebutlah lima masa;
Mudamu sebelum tua,
Sihatmu sebelum sakit,
Kayamu sebelum fakir,
Lapangmu sebelum sibuk,
Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)
Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur
(Iman Syafie 767 – 820 M)
Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat
(Tun Hussein Onn 1922 – 1990 )
Rahsia kejayaan ialah ketekalan tujuan
(Benjamin Disraeli 1804 – 1881)
Take a moment now to dream and to think what you really want for your life
(Anthony Robbins 1986 - )
Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencuba
(Iskandar Zulkarnain 356 – 323 sm)
Jika matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah
(Lao Tzu 604 – 531 sm)
Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar adalah berbahaya
(Confucius 551-479 sm)
Orang yang menyisihkan diri daripada pergaulan tidak akan mencapai kemajuan.
Pergaulan itu mencerdaskan dan menajamkan ingatan
(Aristotle)
Tidak cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik
(Rene Descartes 1596 – 1650)
Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja
( Seneca
Pujangga Rom )
Reading to the mind what exercise is to the body
(Sir
Richard Steele 1672 – 1729)
Jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan
( Aminuddin
Baki )
Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai
(Marcus Tullius Cicero 106 – 42 sm)
Setiap kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil
(Thomas Carlyle)
Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia (Napoleon Bonaparte 1769 – 1821)
Minda yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga
(Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )
Lebih baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan
(Peribahasa Cina)
Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan
(Brooker T. Washington 1856 – 1915)
Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal
(Dr Mahathir Mohamad 1925 - )
Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat
(H.W. Longfellow 1807 – 1882 )
Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis
(Aristotle 384 – 322 sm)
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
(Pepatah Melayu )
"Jangan berasa rugi hari ini kerana mengeluarkan sedikit modal tetapi anda pandanglah keuntungan besar yang anda akan kecapi esok hari "
"Setiap idea yang buruk akan menjadi terbaik jika diusahakan "
" Kebanyakan orang gagal bukan disebabkan kegagalan itu sendiri tetapi disebabkan
mereka takut gagal "
Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir
Kemakmuran dan kesejahteraan hidup akan tercapai apabila manusia menggunakan
segala tenaga yang dibekalkan itu dengan niat yang betul dan denga
n cara yang tidak bertentangan dengan syariat, maka ianya menjadi ibadat.
Dengan demikian manusia bukan sahaja akan menikmati manfaat di dunia bahkan mendapat balasan yang kekal di akhirat. Manusia seperti ini merupakan makhluk yang menghuni syurga yang mendapat dua hasanah – hasanah di dunia dan hasanah di akhirat

Motivasi...

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

Tuesday 1 May 2012

TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
DI MAJLIS DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012
PADA 29 APRIL 2012; PUKUL 10.30 PAGI
BERTEMPAT DI DEWAN PICC

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YBhg. Dato’ Dr Rosli Mohamed
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

YBhg.Dato’ Sri Abd. Ghafar Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YBhg. Tan Sri Dato’ Dr Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Noordin
Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara

YBhg. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak
Pengerusi Panel Penilai Bebas Kajian Semula Pendidikan

Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

1.         Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat sama-sama berhimpun pada pagi yang berbahagia ini untuk menyempurnakan majlis Pelancaran Dialog Nasional Pendidikan Negara. Kehadiran saudara dan saudari pada hari ini amat bermakna bagi diri saya, yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata. Kesanggupan mengorbankan cuti hujung minggu sudah cukup menggambarkan betapa saudara dan saudari begitu mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan masa depan negara kita.

2.         Sesungguhnya, siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dimulakan pada hari ini dan berterusan untuk tempoh tiga bulan akan datang menawarkan peluang yang terbaik untuk saudara dan saudari serta seluruh rakyat Malaysia menyumbangkan buah fikiran dan saranan bagi meningkatkan taraf dan kualiti sistem pendidikan di negara kita. Kita mulakan usaha ini kerana kita tahu tidak ada apa yang lebih bermakna untuk kita wariskan kepada generasi masa hadapan negara melainkan pendidikan yang terbaik untuk mereka. Saya bagi pihak kerajaan amat berbesar hati untuk mendengar segala pandangan anda, mendengar harapan anda, aspirasi anda dan gerak hati anda untuk membolehkan kita mencari formula terbaik dalam menjayakan agenda transformasi pendidikan negara.

PENCAPAIAN PENDIDIKAN NEGARA

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

3.         Bidang pendidikan di negara kita telah melalui beberapa fasa transformasi sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Transformasi yang pertama bermula dengan penggubalan Penyata Razak 1956 yang bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum dan memupuk perpaduan nasional melalui penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah kebangsaan. Pelbagai peristiwa yang melatari hubungan  kaum di negara kita pada zaman awal selepas merdeka telah menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan dijadikan wahana utama dalam usaha untuk memupuk perpaduan kaum dan membina negara bangsa yang bersatu padu. Justeru, teras perpaduan nasional dalam sistem pendidikan kita telah diperkukuhkan lagi oleh Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 dan 1979.  Jelasnya, pelaksanaan pelbagai perakuan dalam laporan-laporan ini telah memberi sumbangan besar kepada usaha memupuk dan memperkukuhkan perpaduan nasional di negara kita.

4.         Transformasi yang kedua tercetus apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 1988. Buat julung kali dalam sejarah, pendidikan di negara kita diberikan satu hala tuju yang jelas untuk memupuk nilai-nilai murni melalui pembinaan sahsiah yang seimbang.  Di bawah lembayung Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di negara kita menjadi wahana utama untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

5.         Dalam konteks ini, pendidikan di negara kita berperanan untuk melahirkan rakyat yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, tetapi juga berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketrampilan. Inilah prinsip asas yang menjadi panduan kepada segala usaha pembangunan pendidikan di negara kita selama ini. Dalam menempuhi pelbagai cabaran di pentas dunia global hari ini, kita berharap agar insan seimbang yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita berupaya bukan sahaja untuk mencapai kesejahteraan diri tetapi juga memiliki kekuatan moral untuk meberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan yang murni ini akan terus kita pertahankan dalam merencana halatuju pendidikan negara pada masa hadapan.

6.         Seterusnya, transformasi ketiga dalam sistem pendidikan negara kita tercetus apabila hasrat untuk melihat Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020 menjadi agenda utama negara.  Sejak dari itu, sektor pendidikan di negara kita memberi tumpuan kepada usaha melahirkan sumber manusia yang berilmu dan berkemahiran untuk memacu kemajuan negara dalam persekitaran global yang lebih mencabar. Tanpa mengkesampingkan pendidikan yang holistik dan bersepadu, keutamaan diberikan kepada penguasaan ilmu sains dan teknologi yang merupakan nadi kepada pembangunan dan kemajuan negara. Fasa ketiga transformasi pendidikan ini menjadi lebih penting apabila negara kita pada awal dekad 1990-an mula menghadapi cabaran besar arus globalisasi.

7.         Sesungguhnya, ketiga-tiga fasa transformasi yang dilalui oleh sektor pendidikan di negara kita telah membuahkan hasil yang membanggakan. Sepanjang tempoh ini, kita telah mencatat beberapa kejayaan penting. Antaranya ialah kejayaan memperluaskan akses kepada pendidikan untuk semua rakyat. Pada tahun 1970, lebih satu pertiga daripada kanak-kanak di negara kita tidak berpeluang untuk mengikuti persekolahan. Tetapi hari ini jumlah kanak-kanak yang mengikuti sekurang-kurangnya pendidikan asas telah meningkat kepada 95 peratus.

8.         Begitu juga dengan kadar literasi. Jika kita menoleh ke belakang, kita dapati pada tahun 1970 hanya 75 peratus rakyat Malaysia yang boleh membaca dan menulis. Namun hari ini, kadar literasi di negara kita telah meningkat kepada lebih 90 peratus. Demikian juga halnya dengan taraf sosio-ekonomi rakyat. Dengan menyediakan pendidikan yang berkualiti, kita telah berjaya mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan. Kadar kemiskinan isi rumah di negara kita telah berjaya dikurangkan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada kurang 4 peratus sekarang. Pada masa yang sama, pendapatan per kapita rakyat telah meningkat daripada hanya RM1,159 pada tahun 1970 kepada RM28,000 pada tahun 2011.

CABARAN SISTEM PENDIDIKAN

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

9.         Banyak lagi kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita hasil daripada transformasi yang berlaku dalam sistem pendidikan negara sepanjang 55 tahun kita merdeka. Meskipun begitu, kita tidak boleh leka dan lalai dengan kejayaan ini. Dalam perlumbaan menuju negara maju, kita perlu sentiasa meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya kita tidak ketinggalan dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit. Untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, Malaysia perlu terus membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi melalui pendidikan yang berkualiti.

10.       Maka, pada hemat saya sudah tiba masanya kita melalui satu lagi fasa tranformasi pendidikan untuk menganjak kedudukan negara kita daripada sebuah negara membangun berpendapatan sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi. Untuk meralisasikan hasrat ini, kita perlu melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta berdaya saing di peringkat antarabangsa. Kita sedar bahawa modal insan yang mempunyai keupayaan untuk bersaing di peringkat antarabangsa hanya akan lahir melalui sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru, kita mensasarkan dalam tempoh 15 tahun akan datang, Malaysia bakal meraih kejayaan seperti negara Korea, Finland, Jepun, New Zealand dan Singapura  yang berada pada kedudukan teratas dalam pencapaian pentaksiran di peringkat antarabangsa.

11.       Untuk tujuan itu, Kementerian Pelajaran kini sedang berusaha untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang menyeluruh berdasarkan satu kajian semula pendidikan negara yang melibatkan pandangan semua pihak berkepentingan dan masyarakat awam. Kajian ini akan membolehkan kita memahami pencapaian dan cabaran pendidikan di peringkat rendah dan menengah, yang kemudiannya boleh dijadikan asas untuk menentukan dasar dan halatuju pendidikan di peringkat pengajian tinggi pula.

SEMBILAN BIDANG UTAMA KAJIAN SEMULA PENDIDIKAN

12.       Dalam kajian semula pendidikan ini, sembilan bidang utama yang dianggap kritikal untuk mentranformasi pendidikan negara akan diberikan perhatian oleh kerajaan.

13.       Pertama, ialah memartabatkan profesion keguruan. Sebagaimana kita tahu, kecemerlangan pendidikan hanya dapat dicapai melalui kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian antarabangsa menunjukkan bahawa guru yang berkualiti mampu meningkatkan pencapaian pelajar sebanyak 50 peratus dalam tempoh 3 tahun berbanding guru-guru lain. Untuk itu, Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kualiti guru melalui pengambilan calon-calon guru yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang serta meningkatkan kualiti latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru-guru. Di samping itu, untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, kementerian telah menambah bilangan guru dengan ratio 1 guru bagi setiap 13 orang murid, iaitu melebihi purata antarabangsa 1 guru bagi setiap 16 orang murid.  Selaras dengan usaha untuk meningkatkan kualiti guru, kerajaan juga akan memastikan peluang perkembangan kerjaya guru di negara kita adalah setanding dengan apa yang dinikmati oleh guru-guru di negara-negara maju.

14.       Keduanya ialah meningkat kualiti kepimpinan sekolah. Sepertimana guru, pemimpin sekolah juga menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan.  Kajian menunjukkan bahawa pemimpin sekolah yang berwibawa berupaya meningkatkan pencapaian pelajar sebanyak 20% berbanding pemimpin sekolah yang lain.  Dalam usaha untuk memantapkan kualiti kepimpinan sekolah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Bai’ah atau tawaran baru dengan memberikan ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam meningkatkan prestasi sekolah. Namun begitu, saya percaya masih terdapat ruang-ruang untuk memantapkan kualiti kepimpinan sekolah melalui pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan merit dan pelan peralihan kepimpinan sekolah  yang berkesan. Saya berharap agar aspek-aspek ini dapat diberikan perhatian utama dalam proses kajian semula pendidikan yang sedang dilaksanakan.

15.       Ketiganya ialah meningkatkan kualiti sekolah yang merupakan elemen penting dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dalam era teknologi maklumat hari ini, sekolah yang berkualiti perlu mempunyai prasarana ICT yang lengkap untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih berkesan. Untuk tujuan ini, kerajaan membekalkan kemudahan ICT kepada sekolah termasuk kemudahan jalur lebar dan internet berkelajuan tinggi bagi memudahkan murid mengakses maklumat di dunia maya. Pelbagai bahan ilmiah yang diperolehi melalui pembelajaran maya pastinya dapat meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan pelajar dan seterusnya merapatkan jurang pengetahuan antara sekolah.

16.       Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran untuk menyediakan modal insan abad ke-21. Sesungguhnya, asas kepada kejayaan sistem pendidikan terletak pada kualiti kurikulum sekolah yang akan menentukan kualiti modal insan yang dilahirkan. Justeru, keutamaan Kementerian Pelajaran dalam proses kajian semula pendidikan ini adalah untuk membina satu kurikulum yang memenuhi piawai antarabangsa dengan menekankan aspek kemahiran kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi yang merupakan ramuan utama untuk melahirkan modal insan yang mampu untuk bersaing di peringkat global.

17.       Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa di kalangan murid.  Kita sedar akan kepentingan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara kita. Kementerian pelajaran sentiasa berusaha untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kedua-dua bahasa ini.  Namun, adalah lebih baik sekiranya murid di negara kita dapat menguasai satu lagi bahasa seperti Mandarin, Tamil, Arab, Iban dan bahasa-bahasa antarabangsa. Apatah lagi dengan kemunculan kuasa baru ekonomi dunia yang sebahagiannya bertumpu di negara-negara Asia , penguasaan satu lagi bahasa selain bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sudah tentu dapat meningkatkan daya saing negara kita di persada antarabangsa.

18.       Keenam ialah penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum, proses pembelajaran tidak hanya berlaku sewaktu murid berada di sekolah. Jika kita ingin memperluaskan sistem pembelajaran, bermakna kita perlu memperluaskan persekitaran dan peluang pembelajaran melangkaui sempadan sekolah. Justeru, satu aspek yang ingin diberikan penekanan dalam kajian semula pendidikan ini ialah peranan pihak berkepentingan di luar lingkungan sekolah untuk berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian murid.

19.       Ketujuh ialah meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja. Terbukti, murid yang berjaya melanjutkan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi akan memperolehi peluang kerjaya yang lebih baik, dan dengan itu mengecap kehidupan yang lebih selesa. Untuk itu, sistem pendidikan kita perlu dipastikan dapat menyediakan peluang lepasan menengah yang lebih baik untuk murid-murid kita. Kita perlu melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran yang akan membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dalam sektor yang berdaya saing. Untuk tujuan ini, di samping menguasai literasi dan numerasi, murid-murid kita juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 seperti kualiti kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran aturan tinggi (higher order thinking) dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.

20.       Kelapan ialah memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber.  Bagi tahun 2012, sebanyak 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran, iaitu peratusan yang terbesar berbanding kementerian-kementerian lain. Dengan jumlah peruntukan yang besar ini, pihak kementerian tekad untuk melaksanakan program yang berimpak tinggi bagi meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Cabaran Kementerian adalah untuk mengurus sumber dengan cekap bagi mengelakkan ketirisan dan pembaziran serta memastikan sumber diagih secara optima agar pulangan yang maksimum terhasil daripada setiap ringgit yang dibelanjakan untuk pendidikan.

21.       Dan yang kesembilan ialah membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. Pada masa ini, terdapat kira-kira 10,000 orang pegawai di peringkat kementerian, 6,000 di peringkat negeri, 4,000 di peringkat daerah dan 420,000 orang guru di sekolah. Inilah pasukan yang menggerakkan sistem penyampaian pendidikan di negara kita. Kejayaan sistem pendidikan kita bergantung pada sejauh mana sistem penyampaian di setiap peringkat berupaya untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan.  Oleh itu, kajian semula pendidikan ini akan melihat bagaimana aspek kecekapan penyampaian pendidikan dapat ditingkatkan untuk memantapkan lagi kualiti pendidikan di negara kita. Dalam konteks ini, kualiti kepimpinan dan susunan urustadbir kementerian akan diberikan perhatian yang utama dalam usaha untuk meningkatkan kecekekapan dan keberkesanan fungsi pegawai di setiap peringkat.

DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

22.       Dalam merangka hala tuju pendidikan negara, kerajaan berhasrat untuk mendengar pandangan pelbagai lapisan masyarakat mengenai pencapaian dan cabaran masa depan sistem pendidikan kita. Walaupun pihak Kementerian menetapkan sembilan bidang utama kajian semula pendidikan, atas semangat musyawarah dan keterbukaan dalam memberi dan menerima pandangan, pihak Kementerian mengalu-alukan sebarang bentuk pandangan dan saranan berkaitan dengan soal pendidikan. Berilah pandangan yang konstruktif, rasional dan bertanggungjawab dengan niat yang ikhlas untuk meningkatkan kualiti dan martabat pendidikan di negara kita.

23.       Untuk itu, kerajaan mempelawa semua lapisan masyarakat untuk menyampaikan pandangan dan suara hati kepada kerajaan melalui siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang bermula pada hari ini. Selepas perhimpunan ini, beberapa siri dialog akan diadakan di seluruh negara sehingga pertengahan bulan Julai nanti. Selain daripada siri dialog, pandangan juga boleh disampaikan melalui twitter, facebook dan laman sawang kajian semula pendidikan. Setelah kajian ini selesai, satu laporan awal akan disediakan dan rakyat sekali lagi dipelawa untuk memberikan pandangan sebelum dokumen  Pelan Hala Tuju Pendidikan Negara dimuktamadkan.

24.       Siri dialog ini adalah satu inisiatif yang bersejarah kerana buat pertama kali kerajaan mempelawa pandangan masyarakat umum dalam skala yang besar untuk bersama-sama merangka pelan pembangunan pendidikan negara ketika kita sedang melangkah memasuki fasa baru transformasi. Oleh itu, rebutlah peluang keemasan ini untuk kita bersama-sama mencorak masa depan pendidikan negara yang melambangkan aspirasi rakyat seluruhnya.

25.       Namun begitu, harus diingatkan bahawa siri dialog ini bukanlah medan untuk mengutarakan tuntutan-tuntutan melampau yang bercanggah dengan perkara-perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan, undang-undang dan Rukunegara. Tumpukan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan peningkatan kualiti pendidikan yang akan memanfaatkan semua pihak. Saya juga ingin menegaskan bahawa kajian semula pendidikan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan dan ini termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil, sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan. Jangan ada pihak yang merasakan hanya sekolah-sekolah tertentu sahaja yang akan menerima manfaat daripada kajian semula pendidikan ini, manakala sekolah-sekolah yang lain pula terabai. Untuk memastikan mutu pendidikan negara dapat ditingkatkan secara keseluruhannya, maka kualiti semua sekolah mesti kita tingkatkan.

26.       Selanjutnya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kelestarian kemajuan dan kemakmuran negara kita terletak pada keupayaan kita semua untuk memupuk perpaduan dan keharmonian kaum yang berkekalan. Oleh yang demikian, fungsi sistem pendidikan kita sebagai wadah pembina negara bangsa dan perpaduan nasional berlandaskan prinsip-prinsip Rukunegara mesti terus disemarakkan. Sehubungan itu, saya amat mengalu-alukan pandangan saudara dan saudari sekalian mengenai cara bagaimana untuk kita tingkatkan lagi peranan sistem pendidikan kita sebagai wadah perpaduan nasional.

27.       Akhir kata, saya mengajak saudara dan saudari sekalian untuk turut serta dalam satu proses bersejarah yang akan mengangkat martabat sistem pendidikan kita dan menentukan kedudukan negara kita di peta dunia pada masa hadapan. Sesungguhnya, kelestarian pendidikan yang berkualiti bukan setakat menyediakan rakyat untuk menempa taraf negara maju, tetapi lebih dari itu untuk kekal maju dan berdaya saing. Untuk itu, sertailah Dialog Nasional Pendidikan Negara dan berilah sokongan padu anda kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan pendidikan berkualiti yang lestari dan seterusnya mengangkat sistem pendidikan negara kita ke satu tahap yang disegani di peringkat antarabangsa. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya melancarkan Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012.

Wabillahi al-taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ , الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَالصَّÙ„َاةُ ÙˆَالسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ رَسُولِ ال...