Wednesday, 6 October 2021

CERITA ORANG KOMA

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari ni kami nak share satu kisah pengalaman misteri seorang lelaki sepanjang beliau koma.

Memang misteri kisah ni. Jom sama-sama kita baca. Wallahua’lam..

TIDAK berapa lama dulu, seorang rakan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.
Beliau koma beberapa hari tetapi pembedahan berjaya dilakukan. Dia kembali sihat, cuma ada kesan parut di dada. Namun, misteri masih timbul dan sehingga sekarang sukar dijawab mengenai ‘kehadiran’ orang yang sudah lama meninggal dunia di sisinya ketika koma.
“Bayangkan, sepanjang tempoh saya berada dalam keadaan koma, saya ‘dijaga’ oleh arwah ayah yang duduk di sebelah katil saya. Kalangan ‘pelawat’ yang datang pula terdiri daripada anggota keluarga saya yang semuanya sudah meninggal dunia,” ceritanya.
Beliau tidak pasti sama ada ia satu mimpi, mainan dalam kepala atau itulah berlaku pada seseorang yang berada dalam keadaan ‘antara hidup dan mati’ – koma. Hatta, hanya orang yang duduk dalam alam roh saja boleh bertemu roh (orang yang sudah meninggal dunia).
Sambungnya lagi: “Apabila saya mengerang kesakitan, arwah bapa saya akan mengurut belakang saya, sambil memberi kata-kata semangat berbunyi: ‘Tak apa, ayah ada untuk bantu’, ‘sabar, lepas ini baiklah tu’. Akhirnya, arwah bapa mengajak saya mengikutnya pulang.” Menurut rakan itu lagi, beberapa minggu selepas keluar dari IJN, beliau balik ke kampungnya dan kebetulan seorang ustaz yang juga pernah menjadi gurunya datang menziarah.
“Ustaz itu tanya, sama ada saya ada mengalami sesuatu (macam mimpi) ketika menjalani pembedahan dan dalam keadaan koma. Maka, saya ceritalah pengalaman saya itu tetapi beliau tidak terkejut. Malah kata beliau, jika saya ikut kehendak arwah bapa yang mengajak saya pulang bersamanya, ia bermakna saya akan ‘mengikutnya ke dunia lain’ juga (meninggal dunia). Namun, takdir belum menetapkan ajal saya,” katanya.
Ada yang kata, sebab itu apabila seseorang baru sedar daripada koma atau pengsan, dia akan meracau dan pelbagai kata-kata terkeluar daripada mulut dan sesetengahnya lucu atau tidak masuk akal termasuk menyebut perkara yang bukan-bukan seperti memanggil nama orang yang sudah meninggal dunia. Tun Dr Mahathir Mohamad selepas 24 jam selesai menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua di IJN, pernah mengeluarkan kata-kata lucu kepada isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.
“Selepas sedarkan diri, beliau (Dr Mahathir) sempat berjenaka dan menanyakan beberapa perkara lucu kepada ibu (Dr Siti Hasmah),” kata anaknya, Mokhzani ketika itu tetapi tidak menjelas lanjut perkara lucu yang dimaksudkan. Ada satu lagi misteri, yang biasanya berlaku dalam masyarakat Melayu ialah seseorang yang akan meninggal dunia, menyebut nama-nama mereka yang sudah lama meninggal dunia.
Biasanya kejadian seumpama ini hanya disedari selepas seseorang itu meninggal dunia. Cerita pula seorang rakan bernama Osman: “Arwah bapa mentua saya, kerap kali menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah lama meninggal dunia. ‘Si anu’ mengajak saya mengikutnya….. Itu berlaku kira-kira enam bulan sebelum dia meninggal dunia.
Ada juga antara kami menganggap kenyataan itu sebagai nyanyuk.” Malah ada juga cerita menyatakan orang yang baru meninggal dunia, masih berupaya untuk mengenali siapa yang datang menziarahi dan begitu juga apabila arwah sudah berada di liang lahad. Bagaimanapun, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed ketika diminta pandangannya mengenai pendapat bahawa jenazah (orang sudah mati) boleh melihat mereka yang datang menziarah, berkata al-Qurtubi dalam At-Tazkirah menjelaskan, orang mati nampak orang yang melaluinya. “Orang dah mati diberi peluang oleh Allah untuk tengok orang yang hidup,” katanya dan menyatakan firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad). Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Tawbah, ayat 105). Malah katanya, orang yang sudah mati diceritakan berdoa kepada Allah apabila ada di dunia ini yang hendak mati, meminta supaya jangan dicabut dulu nyawa orang itu kerana dia belum sedia hendak mati disebabkan amal yang kurang.
“Roh ini ada tiga keadaan dan satu daripadanya ialah roh berhubung sesama mereka tanpa had, maknanya antara roh sesama roh boleh berhubung. Contoh macam kita mimpi berjumpa roh lain atau pergi ke satu tempat. “Begitu juga apabila kita berjumpa dengan seseorang, rasa macam mudah hendak kenal dan selesa. Maknanya, roh pun buat kajian mengenai orang yang selari dengan dia dan mudah bertolak ansur.
Ini serupa dengan keadaan di mana ada orang yang kita jumpa tetapi tidak boleh ‘ngam’. Orang nak meninggal ini Allah bagi kelebihan. Sebab itu ada yang sedang nazak kita dengar dia sebut nama orang yang sudah meninggal dunia,” jelasnya. Ibn al-Qayyim dalam Kitab ar-Ruh menyatakan: Apabila seseorang menziarah kubur, orang dalam kubur mengenali orang yang datang dan mendengar suara mereka.
Mereka menjadi gembira dan membalas salam orang yang datang. Ini bukan untuk orang yang mati syahid saja, malah untuk semua orang mati dan tidak terhad waktunya. Ada juga pendapat menyatakan bahawa kebiasaannya orang tua akan menyebut nama ahli keluarga lain yang sudah meninggal dunia, semata-mata kerana sudah nyanyuk, apabila memorinya sudah tidak seimbang.
Penulis teringat tulisan Nuraina Samad dalam blognya Julai tahun lalu mengenai bapanya, Tan Sri Abdul Samad Ismail atau Pak Samad yang meninggal dunia, Khamis lalu. Nuraina, bekas wartawan New Straits Times (NST) berkata, mereka sekeluarga sudah biasa dengan bapa mereka yang kerap terlupa dan ada ketikanya mereka berasakan yang Pak Samad bagaikan berpura-pura lupa nama dan peristiwa tertentu. “Ada ketikanya, kita rasa hairan dengan sikap bapak.
Bapak bertanya mengenai Kak Eda. ‘Lama Kak Eda tak datang’, kata bapak kepada saya. Saya bagi tahu bapak, Kak Eda dah meninggal dan bapak terkejut dengan menyatakan ‘tiada siapa bagi tahu saya.’ “Saya kata, bapak…. kan bapak dah tahu Kak Eda dah meninggal dunia kerana kanser, cuma bapak tidak ingatnya sekarang, kata saya perlahan. Bapak terdiam agak lama,” kata Nuraina. Kad Eda atau Noraida Samad, 51, meninggal dunia pada 8 Mac tahun lalu kerana kanser.
Kira-kira sebulan sebelum sambutan 50 tahun Berita Harian Julai tahun lalu, penulis menghubungi Nuraina untuk membuat temu bual khas dengan Pak Samad, sempena sambutan itu untuk disiarkan dalam keluaran khas. “Tak ada masalah, tetapi yang jadi masalahnya ialah kadangkala bapak antara sedar dan tak sedar. Ok, macam ini, you e-mel saja semua soalan pada saya.
Apabila bapak berada dalam keadaan sedar, saya sendiri akan bertanya dan catatkan. Bila siap akan e-mel you semula,” kata Nuraina. Ternyata Nuraina tidak menghampakan. Segala coretan dalam kolum ini, adalah sebagai pengajaran akan kebesaran Allah dan betapa dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
Wang berjuta, timbunan harta dan deretan gelaran, semuanya untuk kesenangan dunia yang tidak akan dibawa bersama-sama ke dunia lain, apabila tiba masanya nanti.

cara mudah untuk bangun solat subuh

 Cara Mudah Untuk Bangun Solat Subuh | Ramai golongan pekerja sangup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin. 

Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun solat Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:

1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
 4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.
6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.
8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.
Selamat mencuba, semoga niat murni kita ini memperoleh keberkatan dan keredhaan oleh Nya. In Shaa Allah 

BAGAIAMANA KEADAAN SESEORANG SEMASA DI DALAM KUBUR

 Bagaimana Keadaan Seseorang Di Dalam Kubur | Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!”
Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!” Mereka berkata kepadanya:
“Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata:
“Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?” Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata:
“Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.” 

Saturday, 6 February 2021

7hb febuari 2021

 



UCAPAN DARIPADA ANAK SULONG
AHMAD ZHARFAN BIN MOHD ARIFFIN

Selamat Hari Lahir Umi👸🏻❤️ Moga selamat sejahtera Umi👸🏻❤️ di dunia akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya…
Terimakasih Umi👸🏻❤️ atas segala penat lelah dan pengorbanan Umi👸🏻❤️, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik zf Umi👸🏻❤️.. dan juga mengajar erti kehidupan yang sebenar dan selalu menasihati zf  Sungguh, tidak dapat zharfan balas jasa dan kasih sayang Umi👸🏻❤️. Setitis peluh, sehela nafas Umi👸🏻❤️, setitis darah Umi👸🏻❤️ ketika melahirkan zf itu pun tak dapat zf balas.. moga berbahagialah Umi👸🏻❤️ sentiasa dan moga Allah merahmati Umi👸🏻❤️ selama-lamanya hingga ke syurga…
Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil… amen ya Robb…
Kami sayang Umi👸🏻❤️  Ya Allah, peliharalah fitrah kasih sayang ini…. amenn…


Saturday, 30 January 2021

KETAHUI LAH STATUS ANDA DALAM COVID 19

 #kitajagakita












KENANGAAN ZAMAN KANAK2

 

                                                            INI LAH RUPA AMBE.....




NO 2...ADIK LELAKI AMBE


NO 3 ADIK PEREMPUAN AMBE


Saturday, 3 October 2020

jangan ingat guru tiada tugas

 

Jangan ingat guru tiada tugas'

Stephen Issac
A
A

SHAH ALAM - Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sekolah mula dibuka, tugas guru dilihat semakin mencabar bagi memastikan semua pelajar selamat dan tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Guru Subjek Biologi dan Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Sentul, Stephen Issac berkata, sejak awal sebaik sahaja kerajaan mengumumkan bahawa sesi persekolahan bermula, guru-guru terlebih dahulu melakukan persediaan awal dengan membuat penanda bagi laluan pelajar, jarak antara meja dan susunan bilik darjah.

"Kita (guru-guru) sentiasa ada kerja. Seimbas lalu orang nampak cikgu tiada kerja tetapi hakikatnya apabila duduk di kerusi seorang guru, barulah kita tahu cabaran sebenar.

"Bayangkan kelas yang mempunyai seramai 35 hingga 40 orang pelajar, mereka mungkin perlu dipecahkan kepada dua kelas. Mungkin ada yang kekurangan kelas dan terpaksa menggunakan bilik-bilik khas," katanya.

Menurutnya, tugas guru semakin mencabar apabila perlu memastikan pelajar tidak leka dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Apabila guru tinggalkan kelas sementara, pelajar sudah ada yang berjalan ke meja-meja rakan. Kita perlu pastikan ia tidak berlaku," katanya.


PERMOHONAN TELAH DI BUKA ....KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERENGGANU

  Permohonan Kemasukan 2026 Sekolah Khusus & SM TEKNIK & Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Untuk murid: • Tingkatan 1 • Tingkatan 4...