Wednesday 14 November 2018

SPM 2018

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2018 KEPADA SEMUA PELAJAR DI SM TEKNIK TERENGGANU

BUAT YANG TERBAIK DEMI MASA DEPAN MU

SPM 2018

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2018 KEPADA SEMUA PELAJAR DI SM TEKNIK TERENGGANU

BUAT YANG TERBAIK DEMI MASA DEPAN MU

Tuesday 31 July 2018

tips menjadi orang yang SABAR

KITA diminta sentiasa bersabar bila ditimpa ujian hidup. Ujian ini ialah kesusahan yang berbentuk ringan dan ada yang berat untuk dipikul.
Semua manusia akan diuji dengan kesusahan [setiap orang dengan bentuk ujian tersendiri] sepanjang kehidupan mereka. Baginda Nabi Muhammad SAW juga diuji sedangkan baginda maksum iaitu bersih dari dosa, inikan pula kita yang banyak dosa.
Kita diminta sabar kerana sabar dalam mengharungi ujian itu memantapkan iman. Meskipun ujian dapat memantapkan iman, kita tidak boleh dan ditegah meminta ujian datang kepada kita. Malah kita diminta memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada bencana dan musibah.
Kita diminta untuk mendoakan perkara baik namun bila perkara sebaliknya yang datang, kita diminta bersabar.
Sabar bukanlah semudah berkata, “saya bersabar dengan ujian ini”. Sabar adalah sama seperti suruhan agama yang lain, iaitu kita mesti berusaha dengan cara-cara tertentu untuk mendapatkannya dan seterusnya menjadi sebahagian dari diri kita.
Contohnya, kita diminta untuk khusyuk dalam solat. Namun khusyuk tidak hadir begitu sahaja sebaik kita solat. Kita perlu usahakan dengan cara, mengambil wudhuk dengan sempurna, mata terus menerus memandang tempat sujud, gunakan sejadah satu warna yang lembut, jangan baca bacaan dalam solat secara laju, betulkan tajwid dan sebagainya.
Begitu juga dengan sabar. Imam Ghazali menyenaraikan 5 perkara yang bila kita selalu ingatkan 5 perkara ini ketika dalam kesusahan, insya-Allah kita dapat menempuh setiap ujian dengan kesabaran yang jitu.
Untuk menguatkan sabar ingat 5 perkara ini
Perkara#1
Ingatlah, sekalipun ujian yang menimpa kita itu dirasakan berat maka berat lagi ujian yang menimpa orang lain. Ada orang yang ditimpa ujian lebih teruk dari kita.
Contohnya bila kita kesulitan wang, bersyukurlah kerana kita mungkin masih ada kerja. Orang lain mungkin tiada wang dan tiada kerja! Kita patut sabar dan bersyukur kerana kita tidak ditimpa ujian yang lebih teruk.
Perkara# 2
Kita patut sedar ujian yang datang mungkin kerana kita kurang taat pada agama. Kita patut sabar dan bersyukur kerana Allah telah memberi ‘ingatan’ du dunia lagi. Kalau Allah biarkan sahaja kita hidup dalam kelalaian, kita akan celaka di akhirat nanti.
Dengan ujian yang menjadi peringatan ini, kita akan sedar dan insaf untuk tidak mengabaikan suruhan Allah dan rasul-Nya.
Perkara# 3
Apa yang ditakuti ialah ujian susah di dunia ini berterusan susah hingga ke akhirat kerana dosa-dosa kita. Jadi bersabarlah. Dengan sabar itu, pahala kita berganda dan dosa-dosa kecil kita terhapus. Ini dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti.
Perkara# 4
Ujian ini sudah tercatat sejak azali lagi. Sedih, gelisah atau marah sekalipun tidak dapat menghalang ujian daripada menimpa kita. Kita hanya hamba yang tidak tahu apa maksud ujian yang diberikan oleh Allah ini. Namun percayalah, setiap apa yang Allah takdirkan ada kebaikannya kepada manusia. Hanya kita manusia yang tidak tahu.
Jadi bersabarlah dengan selalu berdoa agar ujian ini akan berakhir.
Perkara# 5
Kita patut tahu, pahala amalan yang kita buat semasa ditimpa musibah adalah lebih besar berbanding pada waktu kita senang dan lapang. Pahala solat ketika kita sakit adalah lebih besar daripada pahala solat ketika kita sihat. Pahala sedekah yang kita buat ketika kita sendiri kekurangan wang adalah amat besar berbanding pahala sedekah orang kaya yang banyak duit.
Kita bukan sahaja dapat pahala bersabar, tapi berganda pahala dari setiap amalan yang kita buat ketika ditimpa susah.
Inilah 5 perkara yang ‘wajib’ kita ingat bila kesusahan menjadi ujian yang perlu kita tanggung. Mudah-mudahan dapat menambah tahap kesabaran kita.

Sentiasalah Berdoa

Doa
Tips ketujuh untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah teknik yang?paling penting?dan meliputi semua teknik-teknik yang telah saya berikan. Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Saya letakkan teknik ini di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham teknik pertama hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini. Teknik ini ialah doa yang khusus.
Sepanjang pengalaman saya dan rakan-rakan saya sebagai pelajar dulu, kami percaya doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki oleh seorang pelajar. Jika anda tidak bersemangat, mungkin ia?kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu berdoa tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia?kerana doa anda tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.
Hari ini, saya berikan lima perkara asas dalam melafazkan doa. Asas ini saya pelajari daripada ustaz saya semasa saya berada di Tingkatan 1 dulu. (Lama dah tu? ) Perkara asas ini seperti lima jari anda.
Setelah anda tahu 5 asas dalam melafazkan doa, anda perlu tahu bagaimana cara melaksanakan doa supaya anda kekal bersemangat dan mula menuju ke arah matlamat anda. Kebanyakan pelajar tidak tahu 5 asas yang saya berikan semalam. Bagi pelajar yang tahu 5 asas doa itu pula tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk melaksanakannya.
Ada 5 langkah lagi untuk melaksanakan doa (Fuhh!! banyak betul langkah ni. Harapnya anda belum penat lagi? )
Langkah satu
Kenal pasti apa yang anda mahukan sejelas-jelasnya. Saya sedar kebanyakan pelajar berdoa dengan doa yang sudah dihafal. Doa-doa yang ada dalam buku semuanya bagus jika anda baca. Namun saya percaya adalah bagus juga jika anda membaca doa anda sendiri, iaitu apa yang anda inginkan dalam ayat anda sendiri. Apabila anda guna ayat sendiri, anda lebih faham apa yang anda minta, anda rasa lebih selesa dan lebih jelas tentang apa yang anda mahu. Jadi, mula tulis doa menggunakan ayat anda sendiri.
Langkah kedua
Lafazkan doa anda. Anda boleh lafaz dalam hati tetapi bagus lagi jika anda lafazkan dengan suara. Tidak perlu suara yang kuat. Cukup untuk telinga anda mendengar suara anda sendiri sahaja. Ingat, lafazkan doa dalam bentuk positif. Jangan doa ?Aku tidak mahu gagal lagi?. Jika anda doa begini, perkataan gagal akan memenuhi minda anda dan itulah selalunya yang akan muncul dalam hidup anda. Lafaz ?aku berjaya dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM dengan 5A/6A/7A?.?
Langkah ketiga
Bayangkan apa yang anda doakan. Jika anda berdoa untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, bayangkan bagaimana agaknya reaksi anda ketika anda mengambil keputusan peperiksaan dan anda melihat keputusan 8A dalam kertas keputusan peperiksaan anda. Bayangkan situasi itu semua dengan jelas.
Langkah keempat
Rasakan apa yang anda bayangkan tadi. Maksud saya, jika anda bayangkan diri anda mendapat 8A dalam peperiksaan, apakah agaknya perasaan anda ketika itu? Adakah anda rasa terlalu gembira hingga anda menangis? Adakah anda akan rasa begitu gembira hingga anda melompat-lompat di tempat mengambil keputusan peperiksaan itu? Itu semua terpulang kepada anda. Tetapi, semakin kuat apa yang anda rasakan, semakin kuat juga kemungkinan untuk doa anda itu termakbul.
Langkah kelima
Yakin dengan izin Allah bahawa doa anda itu akan termakbul. Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh, hasil dikemudian hari adalah berlaku di atas izin Allah. Anda perlu bertawakkal dan dalam masa yang sama rasa yakin bahawa doa anda ini akan termakbul.
Selamat berdoa.

Menangani strrees

Kurangkan Tekanan Perasaan
Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi?
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak dapat mengambil peperiksaan. Mereka tidak sihat secara mental dan saya percaya ia disebabkan oleh tekanan menghadapi peperiksaan.
Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini ??Maksud saya, apakah kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat tekanan perasaan?
Tuliskan 10 jawapan anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menulis kesan-kesan tekanan perasaan itu???? (3 minit dari sekarang?????..)
(??..anda sudah tulis?.? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis?. nanti anda tidak dapat faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.)
Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang selera makan,(bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif. Ada tak contoh-contoh ini dalam senarai anda?
Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau kesan yang baik? Hmm?. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang baik.
Apakah kesan baik tentang tekanan perasaan? Saya akan bagi ?pembayang?. Kesan positif tekanan perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya ya? Fikirkan??.
Dapatkah anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat.
Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi.
Satu perkara yang hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak disebabkan tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yang BARU, LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.
Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan bertambah. Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah bertambah.
Begitu juga dengan tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan rasa pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan rasa bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia seolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat.
Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Insyirah: Ayat 5-8,
?Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap?kesukarandisertai?kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap?kesukaran?disertaikemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau bermohon.?
Sabda Rasulullah S.A.W., ?…dan ketahuilah bahawa?kemenangan?itu akan terhasil sesudah?kesabaran, dan?kelapangan?itu akan muncul sesudah?kesusahan. Dan ingatlah bahawa bersama?kesulitan?itu sentiasa akan timbul?kesenangan.? (Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah dan sabda Rasulullah ini sahaja sudah cukup untuk memberi kita ketenangan kerana sudah ada jaminan bahawa setiap kesukaran dan kesulitan yang kita lalui pasti akan diberi ganjaran lain dalam bentuk kesenangan dan kemudahan.
Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.
Kaedah-keadah mengurangkan tekanan perasaan
Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.
Saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan mencari ?masa aktif?.
Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa?. TERTEKAN!
Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif? Maksud saya, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. Kenal pasti, bilakah ?masa aktif? anda itu.
Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pada waktu siang. Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu.
Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat?
Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada anda seolah-olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga. Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baik kan? Ini adalah teknik ?Fisiologi? untuk mengurangkan tekanan perasaan.
Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang anda rasa dengan hanya mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ?monyok? (boleh guna ke perkataan ni? ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak.
Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan bertuah.? Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda.
Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda rasa.
Mutiara Kata
Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ?Nak ke Tak Nak?~
Seperti yang telah kita bincangkan tadi, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah?ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini.
Satu lagi kaedah yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan.
Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan).
Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat.
Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-lahan selam 8 saat.
Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa.
Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 – kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu akan menurun.
Selamat mencuba.

Teruskan bersemangat....semangat...semangat

Mulakan dengan jiwa yang bersemangat
Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.
Ada dua kaedah utama untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.
1. Menguasai satu bahagian kecil subjek
2. Mencari faktor atau perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu.
Kaedah pertama
Biasanya, anda tidak bersemangat tentang suatu subjek kerana anda tidak pandai dalam subjek tersebut. Jika anda tidak pandai Bahasa Inggeris, pasti anda tidak suka subjek itu. Kalau ada masa lapang, anda pasti akan ulangkaji subjek yang anda lebih suka dan pandai, bukan subjek bahasa Inggeris. Untuk menaikkan minat dan motivasi anda terhadap matapelajaran yang anda tidak pandai ini ialah, pilih hanya satu bahagian kecil yang boleh anda kuasai.
Anda tidak boleh kuasai Bahasa Inggeris dengan sekelip mata. Anda tahu banyak benda yang anda tidak tahu, jadi ini akan melemahkan semangat anda. Jadi, apa yang patut anda buat sekarang, cari satu bahagian kecil dalam Bahasa Inggeris yang anda mahu kuasai. Contohnya, anda mahu kuasai perkara asas dahulu, apakah perbezaan antara?Noun?dan?Verb. (jika anda rasa ini mudah, jangan terkejut jika saya kata saya jumpa terlalu ramai pelajar walaupun sudah disekolah menengah tidak tahu beza dua perkara ini).
Fahami betul-betul apa maksud?noun?dan?verb?ini. Cari perbezaan mereka. Cari perkataan-perkataan yang dikatakan?verb?dan juga?noun. Pendek kata, belajar betul-betul sampai anda nampak 2 perkara ini mudah sahaja. Ini yang saya maksudkan dengan bermula dengan api semangat yang kecil.
Apabila anda sudah menguasai sesuatu walaupun ia kecil sahaja, ia adalah satu api semangat yang telah mula menyala dalam diri anda. Percayalah bahawa, setelah api semangat yang kecil ini telah menyala, anda akan rasa lebih berminat untuk menambahkan apa yang anda tahu. Jadi anda kuasai bahagian lain pula.
Semakin banyak yang anda kuasai, semakin besar nyalaan api semangat ini. Keyakinan diri anda akan bertambah. Penguasaan anda terhadap subjek juga akan bertambah. Apabila api ini sudah cukup besar dan menyala dengan begitu berkobar-kobar, insyaallah saya percaya anda akan kecapi kejayaan yang anda idam-idamkan.
Kaedah kedua
Untuk anda menyalakan api kecil itu, anda boleh lakukan bukan sahaja dengan menguasai bahagian kecil dalam mana-mana subjek, tetapi dengan mencari apakah perkara yang boleh menyalakan api kecil dalam diri anda itu. Maksudnya begini. Pernahkah anda sedang buat sesuatu seperti menonton televisyen, bermain bolasepak, berjalan-jalan, membeli belah atau berehat, tiba-tiba sahaja anda rasa semangat anda untuk belajar meningkat. Anda jadi bersemangat dengan tiba-tiba.
Apabila itu berlaku, anda terus rasa rajin untuk belajar dan mengulangkaji. Apa yang berlaku ini ialah api semangat yang kecil itu telah menyala. Ia tidak menyala dengan sendiri, tetapi sesuatu yang anda lakukan telah menyalakannya.
Tugas anda hari ini ialah untuk mencari apakah aktiviti yang anda lakukan yang boleh menyalakan api semangat dalam diri anda ini. Ia tidak semestinya anda mesti baca buku.
Jika anda tanya saya, api semangat dalam diri saya selalunya menyala jika saya menonton movie yang berkisahkan kehebatan manusia seperti kisah Ejen rahsia yang hebat seperti ?The Bourne Identity & The Bourne Supremacy? dan beberapa cerita fantasi lain. (Malu pula saya hendak nyatakan filem-filem fantasi berasaskan komik yang saya minati ? )
Apabila saya menonton cerita begini, saya rasa bersemangat melihat kehebatan watak-watak dalam cerita itu. Ini secara langsung menyalakan api kecil dalam diri saya. Jadi, setiap kali saya hilang semangat dan memerlukan api kecil itu, saya akan pasang vcd movie yang saya minat tadi.
Bagaimana dengan anda? Apakah aktiviti begini untuk anda? Saya perlu ingatkan bahawa pada mulanya agak sukar untuk mencari aktiviti ini tetapi jika anda teruskan usaha dan membuka mata dan minda anda, insyaallah anda akan jumpa.
Satu peringatan yang perlu saya berikan ialah, apabila anda sudah menemui aktiviti yang boleh menaikkan semangat anda atau boleh menyalakan api semangat dalam diri anda, jangan lakukan aktiviti tersebut secara berlebihan. Setiap perkara yang dilakukan berlebihan akan membawa kesan yang tidak baik.
Contohnya, mungkin anda rasa anda perlu bermain permainan komputer untuk membuat anda rasa bersemangat untuk belajar. Tidak mengapa. Tetapi, jangan sampai anda terlalu asyik bermain permainan komputer hingga anda lupa bahawa tujuan anda bermain itu adalah untuk menaikkan semangat untuk belajar, bukan untuk terus bermain.

Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif...satu tindakan yang sewajarnya

Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif... Inilah tindakan yang sebaiknya
Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada?pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas?dan tidak mementingkan pelajaran mereka.
Apabila saya katakan menjauhkan diri, ia tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan dengan sahabat-sahabat anda ini. Ia bermaksud anda perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa.
Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, ?Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah?.
Selalunya kawan-kawan yang berfikiran negatif akan melemahkan dan menjatuhkan semangat anda. Contohnya, jika anda ceritakan kepada mereka bahawa anda bercita-cita untuk mendapat 8A dalam peperiksaan, mereka mungkin akan ketawa dan berkata bahawa anda tidak mungkin berjaya sebegitu. Ini pasti melemahkan semangat anda.
Kawan-kawan anda yang berfikiran negatif juga selalunya mudah berputus-asa. Mereka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi, mereka mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan mempengaruhi anda untuk berputus-asa.
Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, ?….dan janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.?
Jadi, jauhi kawan-kawan yang bersifat negatif dan mudah berputus-asa. Ingat, saya kata jauhi, bukan putuskan hubungan persahabatan dengan mereka.

Sunday 1 July 2018

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ , الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَالصَّÙ„َاةُ ÙˆَالسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ رَسُولِ ال...