Tuesday 17 January 2017

Foto Pesan Bonda.








Bila badan penuh Angin, penuh bisa, beginilah Cara saya menghilangkan Bisa dalam badan, lenguh sendi, Sakit belakang, Sakit kepala, susah tidur malam Dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan Gangguan makhluk halus..
Cara nya mudah sahaja..
1)Beli 1pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut..
2)Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4ke 5 biji dalam baldi
Sebelum Mandi Anda baca:
Al-Fatihah 3x
Al-Ikhlas 3x
Dan Selawat 3x..
Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca Mandi
.Sebaiknya Mandi ini buat bilasan terakhir,Mandi dulu dgn Air biasa baru Mandi Air limau ini..Mula Mandi Dari kepala ,lebih kan siram di belakang tengkuk Dan bahu.
Sekiranya anda Ada gangguan,anda akan rasa seperti angin keluar Dari belakang tengkuk anda..Badan ,kepala akan menjadi ringan..Sekiranya anda sedawa @ muntah selepas Mandi ,nasihat sy dapatkan rawatan Islam berhampiran...
Mandian ini hanya Alternatif dalam merawat Pesakit,buang angin bisa dalam badan.Di sarankan Mandi sebaiknya waktu selepas Subuh Dan selepas Maghrib...Izin Allah inshaaAllah sembuh..Sy baru pas Mandi ,cubalah...Anda akan rasa kesegarannya..
Silakan Share Agar bermanfaat untuk anda semua Aamiin.
~ Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
.
.

Tuesday 10 January 2017

Dakwah Diri Sendiri

Dakwah Diri Sendiri

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?

(Al-Baqarah, ayat 44)

Tips membangunkan diri

1. Jernihkan hati - Istighfar
2. Hidupkan cahaya hati - Dzikir, Asmaul Husna
3. Mental - Tasbih, tahmid, tahlil, takbir
4. Kekuatan peribadi - Syahadat, solat, puasa
5. Tanggungjawab sosial - Zakat dan haji

Menangani Tekanan

1. Allah
" Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia mendapat karunia dia akan bersyukur, maka jadilah karunia itu baik untukNya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah kebaikan untukNya."
(Riwayat Muslim)

2. Senyum

3. Bersendirian

4. Bertenang

5. Berbuat baik pada insan

6. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf

7. Peluk

8. Lavender - aroma

9. Kasih sayang

11. Ceria
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar Rum: 21)

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Al Baqarah: 286)
Sura 4 - An-Nisa (MADINA) : 32Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Mengubah diri sendiri

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Anfal, 53)

Motivasi

Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.
Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.
Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.
Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.
Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.
JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.

Mempertingkatkan kesihatan mental

Mempertingkatkan kesihatan mental

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Mempertingkatkan kesihatan mental

Khairul Azhar Idris

KERANGKA dasar Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memacu pembangunan negara untuk tempoh 2011-2015. Antara beberapa dasar yang paling menarik adalah mewujudkan satu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan kualiti hidup sempurna di kalangan rakyat.

Setiap individu berhak untuk hidup dan tinggal dalam suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti di bandar mahupun luar bandar. Suasana persekitaran yang kondusif itu pula perlu wujud bukan setakat di rumah mereka, tetapi juga di sekolah, tempat kerja, jalan raya dan di mana jua.

Persekitaran yang kondusif ini penting bagi mempertingkatkan kualiti hidup dan dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi di kalangan mereka. Di samping itu, persekitaran yang kondusif dan jaminan tahap keselamatan yang tinggi juga akan seterusnya mempertingkatkan lagi kualiti kesejahteraan sosial, fizikal dan mental mereka.

Suasana yang ceria, segar dan nyaman serta selamat sudah pasti lebih baik dan lebih menyihatkan seseorang berbanding dengan suasana yang kotor, tidak selesa dan tidak tenteram.

Kesihatan yang menyeluruh meliputi aspek fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar ketiadaan penyakit semata-mata. Justeru, faktor persekitaran yang kondusif perlu turut dilihat daripada perspektif bagaimana ia dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dari aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, keagamaan serta kepelbagaian etnik dan ideologi.

Walaupun matlamat itu terlalu ideal, tetapi ia bukan mustahil untuk dicapai kerana dasar dan garis panduan telah diwujudkan. Apa yang perlu adalah memastikan tindakan untuk menggerakkan agensi pelaksanaan bagi menjamin ia tercapai.

Membincangkan isu persekitaran kondusif dan peranannya dalam mewujudkan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial di kalangan rakyat amatlah menarik. Memang terdapat beberapa kajian empirikal dilakukan yang menunjukkan hubung kait antara suasana persekitaran dengan tahap kesihatan, baik fizikal mahupun mental dan sosial.

Sebagai contoh, pada tahun 2001, kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim pernah mengkaji peranan dan hubung kait antara suasana persekitaran yang tidak kondusif dalam kehidupan sesebuah keluarga dengan pelbagai jenis gejala sosial yang wujud di kalangan penduduk.

Namun di negara ini, kajian-kajian seperti ini masih di peringkat ‘amat terlalu awal’ walaupun ada, amat sedikit jumlahnya dan perlu dipertingkatkan lagi. Ini penting kerana hasil kajian boleh digunakan untuk membantu proses penggubalan dasar yang berkaitan.

Begitu juga, kajian-kajian lain yang seumpamanya perlu turut dilakukan, seperti mengkaji apakah kesan kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur terhadap kesejahteraan mental dan fizikal penduduknya.

Apakah kesan kesesakan jalan raya di ibu kota terhadap stres dan penyakit jantung para penggunanya, dan mungkin juga mengkaji adakah ibu negara sesuai dan munasabah untuk didiami jika berdasarkan kepada peranannya dalam peningkatan kadar tekanan dan pelbagai penyakit di kalangan penduduknya, atau sebagainya. Kajian seumpama itu memerlukan kepakaran tersendiri dan IKIM turut melihatnya sebagai satu peluang untuk penyelidikan.

Begitu juga, persekitaran yang kondusif turut akan mempertingkatkan lagi kualiti kesihatan mental di kalangan rakyat, terutama di kalangan para pekerja, baik di sektor awam mahupun sektor swasta.

Persekitaran yang kondusif boleh diwujudkan melalui penyediaan kelengkapan prasarana bagi memudahkan urusan pekerjaan agar dapat berjalan lancar dan selesa. Ia juga dapat dihasilkan melalui bentuk perhubungan dan sistem komunikasi yang baik dan mesra di antara majikan dengan pekerja atau sesama pekerja.

Di samping itu, pelbagai bentuk insentif yang boleh meningkatkan daya motivasi dan inovasi di kalangan pekerja juga boleh mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan akhirnya membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan kestabilan emosi para pekerja.

Suasana pada hari ini menyaksikan isu kesihatan mental di kalangan para pekerja agak kurang mendapat perhatian. Ini amat berbeza dengan aspek kesihatan dan perubatan dalam bidang selain daripada kesihatan mental, terutamanya kesihatan yang melibatkan fizikal dan persekitaran.

Golongan pekerja juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit mental, gangguan emosi, masalah tingkahlaku dan disiplin, kecelaruan personaliti, gangguan identiti dan orientasi seksual, ketagihan dan sebagainya.

Tidak kurang juga terdapat di kalangan mereka yang menghidap tekanan kerja akibat persekitaran pekerjaan yang tidak membantu dan bebanan tugasan yang tidak setimpal, di samping perhubungan dengan majikan dan pekerja lain yang dipenuhi dengan konflik.

Akibatnya, ramai di kalangan mereka menderita dalam diam yang akhirnya menjejaskan produktiviti dan matlamat organisasi. Tidak kurang juga mereka yang mengambil jalan singkat dengan mencedera atau sengaja membunuh diri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Walaupun tiada pangkalan data yang kukuh diwujudkan atau kajian khusus terhadap status kesihatan mental para pekerja dilakukan, namun hasil laporan beberapa akhbar dan media massa mendapati mereka turut menderita akibat penyakit mental dan gangguan emosi.

Ada di kalangan mereka dilaporkan telah membunuh diri atau wujud cubaan membunuh dan mencederakan diri. Ia amatlah serius, lebih-lebih lagi apabila ajaran Islam dan ajaran semua agama di dunia ini yang mengharamkan sebarang cubaan dan usaha untuk mencedera atau membunuh diri.

Kes-kes seperti ini boleh dicegah sejak awal lagi sebelum ia berakhir dengan kecederaan atau kehilangan nyawa. Ini belum lagi termasuk kes-kes yang tersembunyi daripada pengetahuan atau rujukan kepada sektor perubatan dan kesihatan mental, seperti gangguan personaliti, ketagihan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol, gangguan seksual serta sebagainya.

Keadaan seperti itu tidak sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi apabila negara telah menyasarkan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, dengan peningkatan kualiti pekerja yang berkemahiran tinggi dan hasil pendapatan yang lebih tinggi, setanding dengan kemahiran dan pendapatan di negara-negara maju.

Inilah antara beberapa elemen dalam Model Baru Ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang sewajarnya dihayati oleh setiap lapisan pekerja awam.

Matlamat dari dasar ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya isu berkaitan kesihatan mental hanya dipandang remeh dan tidak penting oleh pihak yang bertanggungjawab.

Jika selama ini, kita mengambil pendekatan dengan mengadakan seminar, ceramah dan pelbagai kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat berkaitan penyakit mental dan langkah-langkah pencegahan serta penjagaan kesihatan mental yang sempurna, ia sememangnya perlu diteruskan lagi.

Tindakan yang seterusnya perlu diberi perhatian kini adalah mengenal pasti kelompok yang berisiko untuk menghidapinya. Walaupun setiap individu berisiko untuk mengalaminya, namun tahap risiko berbeza antara individu dan harus diperhalusi.

Maklumat demografi dalam mana-mana kajian, contohnya Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan wajar digunakan sepenuhnya bagi memahami semua faktor risiko individu yang boleh terdedah kepada tekanan.

Kumpulan itu perlu diberi lebih pemantauan dan intervensi khusus untuk mengurangkan semua risiko gejala tekanan daripada terus berlaku.

Selain itu, ujian saringan tahap kestabilan mental dan emosi juga perlu dilaksanakan secara berkala bagi mengetahui status kesihatan fizikal para pekerja. Hasil ujian ini perlu digunakan bagi memantau sebarang kemungkinan risiko ketidakstabilan mental dan emosi mereka, di samping memilih apakah kaedah rawatan yang bersesuaian untuk mereka.

Penulis ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi

dan Kemasyarakatan, Institut Kemajuan

Islam Malaysia (IKIM) 

Monday 9 January 2017

PROGRAM RE-ORIENTASI FORM 5&6

program re-orientasi telah dijalankan selama 3 hari bermula 2 Januari hingga 4 Januari 2017( Isnin, Selasa dan Rabu) bermula jam 3.00 ptg hingga 4.30 ptg

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...