Tuesday 7 March 2017

PENYALAHGUNAAN dadah


PENYALAHGUNAAN dadah merupakan salah satu gejala sosial yang boleh merosakkan akal, minda, kesihatan tubuh badan serta memberikan ancaman kepada keselamatan dan masa depan negara. Bagi mencapai negara maju menjelang 2020 iaitu untuk mewujudkan rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan kehidupan rakyat berkualiti tinggi serta ekonomi yang maju, gejala penyalahgunaan dadah ini perlu dibanteras habis-habisan. Ia memerlukan kerjasama yang berterusan daripada agensi-agensi kerajaan dan semua lapisan masyarakat.
Isu dadah dalam kalangan belia bukanlah sesuatu yang baru. Namun, ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibanteras tanpa menyelami hakikat trend dan gaya hidup belia masa kini. Mengikut statistik pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi tahun 2015, seramai hampir 16,000 orang penagih, iaitu 70 peratus daripada populasi penagih dadah adalah dalam kalangan belia.
Belia merupakan sasaran utama bagi membendung gejala ini daripada berterusan. Pelbagai usaha perlu dijalankan oleh belia agar dapat menghindarkan diri daripada gejala ini. Namun, sejak kebelakangan ini keterlibatan golongan belia dalam pelbagai masalah sosial kian berleluasa bermula daripada kes-kes jenayah kecil seperti meragut, seterusnya kepada penglibatan dalam masalah sosial yang lebih besar seperti penagihan dadah, pembuangan bayi, pembunuhan dan kes rogol. Masalah ini berpunca daripada sikap agresif dalaman yang tidak dikawal dengan sebaiknya, kurangnya penghayatan terhadap agama, timbulnya pemberontakan emosi dan jiwa serta desakan untuk mencari ketenangan. Kesan seterusnya adalah kemusnahan pewaris pemimpin masa hadapan serta melemahkan keselamatan negara.
Menurut satu kajian, lebih dua pertiga daripada individu yang terlibat dalam penagihan dadah adalah terdiri daripada golongan belia, tidak terkecuali juga belia di institusi pengajian tinggi (IPT). Keterlibatan sebilangan besar belia dalam penyalahgunaan dadah adalah sesuatu yang amat membimbangkan kerana di bahu mereka bakal terbentuknya pemimpin pada masa akan datang.
Oleh itu, golongan belia seharusnya mempunyai pakej yang lengkap bukan sahaja mempunyai daya intelektual yang tinggi bahkan seimbang daripada sudut emosi, sahsiah dan mantap kerohaniannya.
Bertolak daripada isu dalam kalangan belia ini, Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (Acreda) yang terletak di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) mengambil inisiatif menganjurkan satu bengkel pada 4 hingga 8 Februari lalu iaitu International Workshop on Empowering Youth for Drug-Free Community 2017 (iEYDFC 2017) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Asia Pacific University-Community Engagement Network (Apucen).  
Atas dasar ini, pihak Usim dan UUM begitu komited dalam menangani isu belia dan penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing. Selain itu, penglibatan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai penganjur bersama telah meletakkan program iEYDFC 2017 ini sebagai pelaksanaan salah satu program National Blue Ocean Strategy (NBOS) dalam Dasar Dadah Negara, sekali gus memerangi dadah habis-habisan. Manakala penglibatan peserta dalam kalangan belia adalah kerana golongan ini sangat berisiko tinggi untuk terlibat dengan ancaman bahaya dadah.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para belia untuk berhadapan individu-individu yang terlibat permasalahan dadah dan kaitannya dengan isu gelandangan, permasalahan sosial dan kerjaya sebagai faktor risiko dan faktor pelindung yang menjadi pemangkin kepada kelestarian sistem sosial yang harmoni.
Selain itu, aktiviti program ini lebih bercorak outreach ke lapangan seperti memberi khidmat bakti dan sumbangan berbentuk informasi tentang pencegahan dadah kepada masyarakat dan belia, khususnya untuk generasi akan datang. Ia memberi penekanan bahawa aktiviti kerohanian, kebudayaan dan kemahiran warisan budaya berperanan sebagai faktor pelindung yang mampu membantu peserta menjauhkan diri dari gejala penyalahgunaan dadah.
Di antara aktiviti yang diadakan adalah  forum belia, program turun padang bersama belia, menyelami permasalahan akar umbi belia kawasan Felda serta khidmat masyarakat bersama penduduk setempat. Pendekatan bercorak turun ke lapangan sebenar dilihat lebih efektif berbanding penganjuran program bercorak ilmiah semata-mata kerana ia sesuai dengan gaya hidup belia yang aktif dan berkehendakkan cabaran.
Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. Sebagai belia yang mempunyai daya saing serta rasa tanggungjawab sosial, program ini dilihat mampu dijadikan batu loncatan ke arah bersama-sama mengambil kisah dan peduli kepada permasalahan ini.
Kestabilan negara akan datang terletak di tangan belia masa kini. Dengan adanya belia yang mampu membantu dalam usaha murni ini, ia dilihat satu petanda positif ke arah mencapai negara maju yang bebas daripada gejala dadah.

Kiriman: Mohamad Reezal Shamsuddin
Pelajar Sarjana Kaunseling dalam Penyalahgunaan Dadah (Spada)
Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Sunday 5 March 2017

sejarah tingkatan 5 bab 4-6

BAB 4 – PEMBINAAN NEGARA DAN
              BANGSA MALAYSIA


SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION

1. Persediaan Membentuk Kerajaan Sendiri
  • British memperkenalkan Malayan Union sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.

2. Melahirkan Pentadbiran yg licin
  • British ingin mewujudkan pentadbiran yang licin.
  • Sistem pentadbitan sebelum ini banyak menimbulkan kesulitan kerana berlainan dari segi cara pentadbiran.

3. Menjimatkan kos pentadbiran
  • Pembahagian Tanah Melayu kepada 3 unit pemerintahan iaitu NNS, NNMB dan NNMTB telah menyulitkan petadbiran.
  • Kepelbagaian sistem ini telah menelan kos yang besar.
  • Ia juga menyebabkan pembangunan ekonomi di setiap negeri tidak seimbang.

4. Membentuk Bangsa Malayan Union.
  • British berhasrat membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara asal dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
  • Justeru, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut.

5. Mengawal kuasa politik orang Melayu.
  • British berpendapat dengan mewujudkan Malayan Union ini dapat menjamin penguasaan yg berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
  • Selain itu ia juga dapat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

CIRI-CIRI PERJANJIAN MALAYAN UNION

  • Penyatuan Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu an Negeri Selat.
  • Perlantikan seorang gabenor British oleh Ratu England yg akan mengetuai Malayan Union.
  • Pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union.
  • Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
  • Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli.
  • Raja-Raja Melayu menjadi menjadi ahli majlis Raja-Raja Melayu.
  • Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
  • Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

REAKSI TERHADAP MALAYAN UNION

Sebab-Sebab Penentangan Malayan Union

  • Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja melayu.
  • Baginda akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union.
  • Cth. Ugutan terhadap Sultan Badlishah di Kedah.
  • Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja melayu dalam Malayan Union.
  • Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa.
  • Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union.
  • Bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
  • Orang Melayu bimbang agama Islam akan tercabar.
  • Pemberian kerakyatan yg longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu.
  • Dasar terbuka British mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
  • Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh kerajaan Melayu seperti  Kesultanan Melayu Melaka.
  • Pengenalan Malayan Union akan menghapuskan sejarah yang telah terbina sejak sekian lama.


GOLONGAN YANG MENYOKONG MALAYAN UNION

  1. Orang Dagang dan Golongan Melayu
Radikal

  • Golongan ini bersetuju  dengan dasar menyatukan Negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran.
  • Mereka menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak perlindungan kepada org Melayu.
  • Kerakyatan Malayan Union yang terbuka juga disokong kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
  • Mereka juga mempercayai janji British yang akan memeberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

  1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

  • Pemerintahannya bersifat barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu di sokong oleh mereka.
  • Mereka menginginkan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan dan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan.

  1. Angkatan Pemuda Insaf (API)

  • Pimpinan Ahmad Boestamam
  • Nama sebenarnya ialah Abdullah Sani
  • Menjadi wartawan
  • Ditahan di bawah Akta Darurat 1948-1955

  1. Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )

  1. Barisan Tani Malaya (BATAS )

CARA-CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION.

  • Bantahan melalui akhbar-akgbar Melayu seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta.
  • Mengadakan demonstrasi secara aman semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.
  • Bantahan ini berlaku di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar, Kedah.
  • Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan untuk menentang Malayan Union.
  • Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
  • 23 Januari 1946, Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization ( U.M.O ).
  • Kongres Melayu 1946 diadakan pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur.
  • Kongres ini dihadiri oleh 41 buah persatuan diseluruh Tanah Melayu.
  • Kongres ini setuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
  • Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946. Tujuannya untuk membantah perisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
  • Orang Melayu mengadakan rapat umum disetiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen British iaitu L.D Gammans dan David Reese William.
  • Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

1. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu
   daripada semua golongan.

  • Perpaduan golongan raja dan rakyat telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.

2. Sokongan bekas pegawai-pegawai British

  • Antara mereka termasuklah Sir Frank Sweetwnham, Sir R.O Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
  • Mereka menolak dasar menakluk Tanah Melayu.

3. Sokongan pegawai-pegawai Tinggi British.

  • Antaranya termasuklah sokongan daripada Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, dan L.D Gammans.

4. Sikap politik orang Melayu yang sederhana

  • Orang Melayu hanya menulis dalam akhbar, demonstrasi, berkongres dan memujuk Raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British.
  • Mereka tidak menggunakan kekerasan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dengan mengangkat senjata.

5. UMNO tidak menuntut kemerdekaan

  • Britis memilih UMNO dan raja-raja Melayu kerana kedua-duanya hanya menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union.
  • Faktor inilah yang menyebabkan British menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

6. Ketegasan Orang Melayu membantah Malayan
   Union

  • Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar telah membantah dengan tegas pelaksanaan Malayan Union,
  • Beliau pernah menjadi Pegawai Tadbir Johor, wartawan, Presiden UMNO, Menteri Besar Johor, Ahli Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Parti Negara.

7. Gesaan Piagam Atlantik 1945
  • Pertubuhab Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945.
  • PBB tidak menggalakkan penjajahan baru sebaliknya meminta negara-negara kolonial memberikan latihan berkerajaan kepada penduduk tempatan.

CIRI-CIRI UTAMA PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.
  • Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
  • Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
  • Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.


PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU JUGA MENJELASKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT.

  • Syarat kerakyatan diperketatkan.
  • Prinsip kerakyatan jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu.
  • Rakyat British bagi Negeri-Negeri Selat
( Melaka dan Pulau Pinang ).
  • British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentabiran.

PERGERAKAN POLITIK DI SARAWAK

  • Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British disebabkan beberapa alasan.
  • Antaranya termasuklah kerana beliau telah tua dan uzur.
  • Pengantinya pula iaitu Anthony Brooke didapati tidak layak untuk mentadbir dengan berkesan.
  • Vyner Brooke telah menghantar Gerald MacBryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak.
  • Pengisytiharah penyerahan Sarawak kepada British dibuat oleh Vyner Brooke pada 8 Februari 1946.
  • Tindakan ini telah dibantah oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan.
  • Antaranya termasuklah Datu Patinggi Haji Abdillah iaitu ketua masyarakat Melayu Sarawak.
  • Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS) turut menentang.
  • Mereka menentang tindakan Vyner Brooke kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan 1941.
  • Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka.
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu dan PDS menentang perisytiharan tersebut secara terbuka.
  • Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan mengadakan demosntrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
  • Pakatan sulit antara kaum terpelajar telah menghasilkan penubuhan kumpulan  Rukun Tiga Belas.
  • Salah seorang anggotanya ialah Rosli Dhobi.
  • Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
  • Tindakan Rosli Dhobi tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu.

PERGERAKAN POLITIK DI SABAH

  • Kegiatan dan kesedaran politik di Sabah amat perlahan, berpecah belah dan tidak berkesan.
  • Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML), Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) serta Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
  • Semasa Sabah dijadikan jajahan takluk British pada 1946, tidak terdapat tentangan yang jelas dan terbuka daripada penduduk tempatan.
  • Pada tahun 1951 persatuan-persatuan ini telah terkubur begitu sahaja.



BAB 5 – PEMBINAAN NEGARA DAN
              BANGSA YANG MERDEKA

SISTEM AHLI

  • Sistem Ahli – sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.


CIRI-CIRI SISTEM AHLI

  • Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.
  • Anggota sistem ahli dikenali sebagai ahli. Contohnya Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri.
  • Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
  • Ahlinya terdiri daripada 9 orang.
  • 5 orang penduduk Tanah Melayu – 3 Melayu, 1 Cina dan 1 India.
  • 4 orang pegawai Inggeris.
  • Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

PAKATAN MURNI

  • Pakatan Murni – Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
  • Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.


BEBERAPA USAHA PAKATAN MURNI SEBELUM PERIKATAN

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum   
   @ Communities Liaison Committee (CLC) pd   
   Januari 1949.

  • Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina.
  • Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah.

Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui.

  • Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu.
  • Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya – ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
  • Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

  1. Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu.

  • Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951.
  • Cadangan beliau dikecam hebat.
  • Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.
  • Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO.

  1. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP).

  • Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti.
  • IMP terbuka kepada semua kaum.
  • Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain.
  • Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.

  1. Penubuhan Persidangan Kebangsaan
  • Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
  • Tujuan – mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

  1. Konvensyen Kebangsaan
  • Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
  • Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain.
  • Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

SURUHANJAYA REID

  1. Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan.

  1. Anggota Suruhanjaya Reid
    • Lord Reid (Hakim British)
    • Sir Ivor Jennings
    • Sir William McKell
    • Tuan B. Malik
    • Tuan Abd. Hamid

  1. Beberapa isu menjai panduan suruhanjaya ini alam merangka perlembagaan.

  • Kerajaan Persekutuan yang kuat
  • Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu.
  • Kedudukan Raja-raja Melayu.
  • Hak istimewa orang Melayu.
  • Pewujuan satu bangsa persekutuan.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

Antara isi pentingnya termasuklah:

  • Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.
  • Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
  • Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan.
  • Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.
  • Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.
  • Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
  • Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.
  • Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
  • Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara.
  • Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.
  • Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.

KEPENTINGAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957.

  • Membolehkan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan dibentuk.
  • Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.
  • Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah.
  • Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat  mengikut acuan sendiri.
  • Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.
  • Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan.
PERANAN TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

  1. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
    • Presiden UMNO
    • Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri.
    • Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.
    • Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

  1. TUN ABD RAZAK
  • Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
  • Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956.
  • Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
  • Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956.
  • Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970.

  1. TUN H.S LEE
  • Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan.
  • MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957.

  1. TAN CHENG LOCK
  • Presiden MCA
  • Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

  1. TUN V. T SAMBANTHAN
  • Presiden MIC
  • Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara.
  • Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum.
  • Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara.



BAB 6 – PENGUKUHAN NEGARA
DAN BANGSA MALAYSIA

CADANGAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

1961 – Tunku Abd Rahman menyetujui
            gagasan Malaysia

1959 – Lee Kuan Yew mendesak British
          supaya berunding dengan
          Tunku Abd Rahman untuk
          menggabungkan Singapura dengan
          Persekutuan Tanah Melayu

1956 – Dato Onn Jaafar mencadangkan
           agar Persekutuan Tanah Melayu
           yang mereka dinamai Malaysia.

1955 – Lim Yew Hock dan David Marshall
           mencadangkan penggabungan.

1948 – Sir Malcolm MacDonald
           mencadangkan supaya Sarawak,
           Sabah, Singapura, Brunei dan
           Persekutuan Tanah Melayu
          digabungkan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

1. FAKTOR POLITIK

  • Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura.
  • Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP).
  • Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
  • Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia.
  • Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
  • Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
  • Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.


  • Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri.
  • Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
  • British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.

2. FAKTOR EKONOMI

  • Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
  • Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini.
  • Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.

REAKSI PEMBENTUKAN MALAYSIA

(A) REAKSI DLM NEGERI

1. Reaksi Persekutuan Tanah Melayu
  • Kebanyakan parti politik menyokong idea ini.
  • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu.
  • UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan Singapura.

2. Reaksi Singapura
  • Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri.
  • Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru.
  • Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall.
  • Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
  • Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.
  • Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan Singapura.
3. Reaksi Sarawak dan Sabah
  • Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia.
  • Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British.
  • Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri.
  • Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad.
  • SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
  • PESAKA, SNAP, dan UNKO bimbang org bukan Melayu dan peribumi kehilangan identiti dan dikuasai oleh org Melayu.
  • Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.
  • Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.
  • PANAS, BERJASA dan USNO membangkitkan kemajuan ekonomi dan sosial.

  1. Reaksi Sarawak


Parti
Pemimpin
Keanggotaan
SUPP
Ong Kee Hui
Majoriti org Cina dan sebilangan Melayu.
PANAS
Dato’ Bandar Abang Hj Mustapha
Majoriti Melayu
SNAP
Stephen Kalong Ningkan
Org Iban
BERJASA
Abd Rahman Yaakub & Abd taib Mahmud
Majoriti Melayu & Melanau
PESAKA
Temenggung Jugah Anak Barieng
Org Cina
SCA
William Tan

Org Cina
  • Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia.
  • SUPP terus menentang.
  • Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA  bergabung membentuk Perikatan Sarawak.
  • Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia.
  • Mereka juga bersaha menyekat pengaruh SUPP.

5. Reaksi Sabah

Parti
Pemimpin
Keanggotaan
UNKO
Donald Stephen
Majoriti Kadazan
USNO
Datu Mustapha Datu Harun
Org Islam Sabah
Pasok Momugon
G.S Sundang
Dusun/Kadazan
Parti Bersatu
Khoo Siak Chew
Org Cina
Parti Demokratik
Peter Chin
Org Cina

  • UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan Sabah.
  • Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
  • Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.
  • Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.
  • Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.
  • Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
  • Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.
  • Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu.
  • Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan.
  • Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :-
    • Ketua Negeri
    • Bahasa Kebangsaan
    • Agama Islam
    • Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
    • Kerakyatan
    • Peruntukan Kewangan
    • Pelajaran.

6. Reaksi Brunei
  • Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.
  • Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang.
  • Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei.
  • PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme.
  • A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU).
  • A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina.
  • Melancarkan pemberontakan pada 1962.
  • Dapat dipatahkan oleh tentera British.
  • A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.
  • Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.

(B) REAKSI NEGARA LUAR

1.  Reaksi Indonesia
  • Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi.
  • Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme.
  • Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno.
  • Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963.
  • Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
  • Antara tindakan Indonesia:-
    • menghantar pengintip
    • serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu.
    • Menceroboh ruang udara
    • Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
    • Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
    • Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.

  • Tindakbalas Malaysia.
    • mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
    • Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
    • Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan Inonesia.
    • Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri.

  • Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno.
  • Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan.
  • Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966.

2. Reaksi Filipina
  • Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah.
  • Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.
  • Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck.
  • Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British.
  • Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB).
  • Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
  • Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
  • Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22 Januari 1958.
  • Pd Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)

LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

(a) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
  • JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens.
  • Ahli JPPK – Tunku Ab Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari ( dari Persekutuan Tanah Melayu) Lee Kuan Yew ( Singapura) dan Tun Datu Mustapa Datu harun ( Sabah).
  • Peranan JPPK – menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
  • Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
  • Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.

(b) Suruhanjaya Cobbold
  • Keanggotaan – 3 org pegawai British iaitu Lord Cobbold, Sir  Anthony Abbel dan Sir David Watherston.
  • Rakyat tempatan – Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.
  • Tujuan :-
    • meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia.
    • Membuat penilaian dan cadangan kepada British.
    • Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan.

  • Laporan Suruhanjaya Cobbold:-
    • 1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
    • 1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
    • 1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia.

  • Antara cadangan Suruhanjaya ini.
    • perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
    • Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya.
    • Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
    • Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah.
    • Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk.
    • Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

(c) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
(JAK)
  • Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
  • Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia.
  • JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia.
  • Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah.

(d) MAPHILINDO
  • Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan.
  • Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963.
  • Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan.
  • Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

INTI PATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963

  • Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
  • Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan.
  • Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan.
  • Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia.
  • Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.
  • Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen.
  • Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu.
















UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ , الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَالصَّÙ„َاةُ ÙˆَالسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ رَسُولِ ال...