Saturday 30 September 2017

Punca histeria, kaedah rawatan | cara mengelak & mengatasi gangguan makhluk halus

Punca histeria, kaedah rawatan | cara mengelak & mengatasi gangguan makhluk halus

flickr arnamee

Memandangkan kebelakangan ni ramai yang berkongsi gambar hantu, cerita seram mereka
 tinggal di asrama, serta kejadian menakutkan di sebuah institusi pengajian tinggi
(yang ni wallahualam - yang alami lebih tahu) jadi saya pun rasa terpanggil untuk berkongsi
 entri ini dengan semua. Ada penambahan dan pembetulan, sila beritahu  ya? :)



PUNCA-PUNCA TERJADINYA HISTERIA :



- Akibat gangguan mental, emosi tak dapat dikawal dengan baik

-Akibat sihir
- Akibat kurang kasih sayang banyak masalah yang dipendam
-Akibat saka iaitu warisan jin pendamping keluarga
-Sering lupa dan lalai dengan perintah ALLAH
-Kurang membaca doa tertentu sebelum melakukan aktiviti. Seperti membaca bismillah .
- Melakukan benda yang disukai syaitan atau bercanggah dengan ajaran
-Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri
-Akibat dendam, simpati atau cinta makhluk jin. Mungkin manusia itu suka mendedah
aurat atau bertelanjang ketika bersendirian.



Nota tambahan:

  • Orang fobia ni sebab ada benda tak lepas dari hatinya.
  • Letak ais dekat saraf bahu untuk merawat.
  • Orang kena histeria ni mungkin tak lepas sesuatu dari dirinya (pengalaman atau suasana).
  •  Ada tapak dan parut. Kena hafal ayat rukyah. Bukan baca. Mungkin ada gangguan.
  • Jangan pegang orang histeria. Tepuk belakang. Jangan pegang.
  • Syirik percaya benda lain. Bukan jumpa bomoh ja.
  • Ada beza kepercayaan dengan kaedah. Macam Nabi bangun tidur basuh tangan. 
  • Tu tak libatkan kepercayaan tapi kaedah. Bersih.
  • Amalkan rukyah, al-fatihah. 3 kul.
  • Rumah tak ada kurma akan lapar.
  • 3 biji. 1 tamar masa sahur / subuh. 3 jam kedua. Selepas zohor/ asar. 
  • Sebiji lagi masa petang.
SANTAU / SIHIR




  • Syaitan janji nak ganggu sampai bila2 takdak cuti. Relevan selamanya.
  • Baca Auzubillahi minal syaitanirajim min zamhi untuk elak.
  • Boleh dihantar jarak jauh.
  • Histeria ke perempuan mudah
  • Perempuan suka berubat tu kadang terlajak. Lelaki pula jenis tak percaya 
  • dia sakit tu tak berubat. Pun bahaya. Kena ambil jalan tengah.
Gangguan Syaitan

  • Syaitan goda ni kadang kita tak perasan. Rasa riak beramal contohnya.
  • Masa sakaratul ada godaan syaitan. Ini peluang terakhir syaitan. Dia tak putus asa.
  • Boleh baca An-Nas dan Auzubillahi minassyaitannirrajim. Baca al-Quran dapat pahala dah. 
  • Apa ayat kita boleh baca baca. Untuk elak gangguan.



UNTUK MENGELAK DARI TERKENA HISTERIA / GANGGUAN MAKHLUK HALUS :


Amalkanlah :

1. Al - Fatihah sekali selepas solat . (Diamalkan selalu sehingga akhir hayat amat digalakkan.)
2."Bismillahillazi layadurru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fissama' wahuwassami'un 'alim " 7 kali pagi dan petang


[ SUMBER : ILUVISLAM ]



BAGAIMANA MAHU TAHU SESEORANG ITU ADA JIN / MAKHLUK HALUS 
DALAM DIRI MEREKA ? 



Bila diperdengarkan ditelinga bacaan al-quran , dan akan dapat tanda tanda seperti berikut :



 - pening-pening kepala

- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar



Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk
 halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.  




*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA 
MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,
SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA 
TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*





MANAKALA DOA / BACAAN / CARA UNTUK MENYEDARKAN / 
MENANGANI / BERHADAPAN ATAU MENGUBATI
 ORANG YANG TERKENA HISTERIA ADALAH :



Baca surah pendinding:



Klik untuk besarkan

Kepal tangan seperti penumbuk. Baca; Bismillah...Bismillah...MasyaAllah...
Tiup pada penumbuk secara halus(bukan hembus kuat2)...

Kemudian, tepuk belakang pesakit histeria pada kawasan tulang kipas dia.

Boleh gunakan cara ini dalam keadaan keemasan. Tidak perlu berwudhu' dahulu.

[ SUMBER : doa&amalan]


MANAKALA DOA UNTUK SEBAGAI PELINDUNG / 
 DOA MENENTANG MAKHLUK HALUS (ATAU MERAWAT SIHIR) PULA : 



Mengamalkan muawizat ( al-Ikhlas, al-falaq dan an-nas ) . 



Surah Yunus 10 : 81-82
Surah al-A'raf 7 : 118-122
Surah al-Nisa' 4 : 84
Surah Yusuf 12 : 64
Surah Al-Mu;minum  23 : 115-118
Ayat Kursi




- Elak pergi berubat dengan orang yang tak mengamalkan ayat al-Quran dan suruh 
buat benda yang bukan-bukan, dan elakkan mengambil ubat anti-depresi dengan 
memaksa doktor memberi anda.



Bertenanglah selalu, yakin yang ALLAH ada sebab untuk sesuatu .Kuatkan hati ,
 insyaallah semoga kita semua dilindungiNya Apapun dekat selalu diri dengan ALLAH, ok ? :) 



SEMOGA SEMUA DIBERI KESEMBUHAN DAN KEKUATAN, INSYA-ALLAH. AMEEN.






UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...