Wednesday 26 July 2017

Cara Memegang Telefon Mendedahkan Keperibadian Anda

Dewasa ini, satu perkara yang selalu dilakukan oleh hampir semua orang setiap saat adalah membelek-belek telefon bimbit dalam genggamannya. Namun, tanpa disedari, cara anda memegang telefon bimbit itu sebenarnya menunjukkan keperibadian anda yang sebenarnya.


Pilih cara anda memegang telefon bimbit daripada empat pilihan di atas.


Jawapan A = Memegang telefon bimbit dengan satu tangan dan menaip dengan jari dan tangan yang sama

Watak Luaran
Tidak ada yang boleh mengalahkan, gerak hati anda yang kuat, anda berperwatakan menarik, serta mempunyai daya ingatan yang kuat. Anda sukar untuk melepaskan seseorang yang dicintai dan mempunyai perwatakan yang agak bermisteri. Pekerja keras, dan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, bercita-cita tinggi, cekap dan fleksibel. Penuh bakat, kreativiti, dan senang bergaul dengan orang ramai.

Watak dalaman
Sebenarnya anda sedikit pun tidak sembrono atau memiliki keperibadian yang tidak sembarangan kerana anda tahu siapa yang melayan anda dengan baik dan sebaliknya. Anda boleh membezakan apa itu namanya benci dan cinta. Namun kadang kala anda mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar akan tetapi sebenarnya anda tidak mempunyai maksud apa-apa.
Anda ialah seorang yang berfikiran bahawa semua orang di dunia ini boleh merasakan kebahagiaan dan berharap dunia ini adalah dunia yang indah.

Percintaan
Apabila anda percaya pada seseorang, maka anda akan percaya sepenuhnya. Perlindungan terhadap diri sendiri anda sangat kuat, sekali anda disakiti, maka anda sukar untuk mempercayai kembali. Anda orang yang rela berkorban dan rela memberikan apa-apa kepada pasangan kerana anda ialah insan yang selalu menghargai suatu hubungan percintaan. Berita baiknya, anda merupakan jenis pasangan yang sukar sekali ditemui.
 

Jawapan B = Memegang telefon bimbit dengan satu tangan dan menaip dengan jari tangan sebelah

Watak Luaran
Sensitif, imaginatif, mempunya gerak hati yang kuat, suka membantu, dan penuh simpati. Mempunyai personaliti yang bertenaga dan sedikit tidak sabar. Anda sukakan pengembaraan, lucu, mampu menepis ejekan orang lain dengan senda gurau.

Watak Dalaman
Anda jenis yang ingin dilindungi, diperlakukan dengan baik, gemarkan perhatian dan membuatkan orang lain di sekeliling berasa senang dengan anda. Anda terlalu baik dan tidak memiliki pendirian yang cukup kuat yang membuatkan diri anda sering dimanipulasi oleh orang lain.
Anda jenis orang yang senang akan kesederhanaan. Orang yang ada di sekeliling hanya perlu memberikan perasaan yang jujur terhadap anda. Ada kalanya anda terlalu baik, sukar untuk bersikap keras, sering digunakan orang. Sebenarnya anda juga bukan orang yang sembrono, anda tahu dengan jelas siapa yang baik terhadap anda, begitu juga sebaliknya, anda tahu bagaimana membezakan antara benci dan cinta.

Percintaan
Anda jenis orang yang tidak boleh meluahkan perasaan, sering kali pasangan anda berasa kurang merasakan kasih sayang walaupun anda sudah cuba menyatakan. Anda tidak boleh berpura-pura dan anda termasuk orang yang boleh mengawal perasaannya sehinggakan orang lain tidak tahu dengan perubahan emosi anda. Namun itu bukan bermakna anda seorang yang tidak mempunyai emosi, anda jenis orang yang rela menahan emosi walaupun anda mencintai seseorang. Anda terbiasa baik pada orang lain, tidak pernah tahu apa yang namanya egois.
 

Jawapan C = Memegang dengan kedua-dua tangan dan menaip dengan kedua-dua ibu jari

Watak Luaran
Penuh bakat, kreativiti, dan daya tarikan, punya pergaulan yang luas. Murah hati, pintar, percaya diri dan menarik, rasa harga diri tinggi, dan mengutamakan kekuasaan. Pekerja keras, melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab, penuh dengan cita-cita, cekap dan fleksibel.

Watak Dalaman
Mempunyai personaliti hati yang lemah, sesuatu perkara yang ingin anda lakukan selalu saja terhalang oleh ketakutan yang anda cipta sendiri. Anda takut akan kekecewaan kerana harapan yang terlalu tinggi. Anda hanya memerlukan orang yang memahami di samping anda.
Kamahuan anda juga tidak terlalu banyak, anda hanya perlu mencari seseorang yang sangat memahami akan diri anda sepenuhnya. Anda juga orang yang boleh mencintai orang dengan apa adanya, tulus serta tidak berkira-kira.

Percintaan
Kenangan masa lalu sangat sukar anda lupakan. Sering ragu dan hanya selalu berharap terhadap seseorang yang dekat dengan anda. Namun anda akan kembali ragu untuk meletakkan harapan yang tinggi.
Anda merasakan diri anda kurang baik di sampingnya dan tidak peduli dengan perasaan anda sendiri. Kerana terlalu cinta pada seseorang, anda tidak mahu membuatnya benci, jadi anda selalu berpura-pura seolah-olah anda tidak apa-apa.



Jawapan D = Memegang dengan satu tangan dan menaip dengan jari telunjuk tangan sebelah yang lain

Watak Luaran
Sangat kreatif, bijak, berfikiran tajam. Berpandangan realistik, suka akan keindahan dan seni, mempunyai perhatian sensual dan kadang-kala terlalu banyak berfikir. Berfikiran cerdas, penuh daya tarikan, menjunjung tinggi keharmonian.

Watak Dalaman
Anda jenis orang yang lebih memilih untuk diam dan tidak berkata apa-apa, tapi itulah daya tarikan anda. Anda rela berkorban untuk orang lain agar mereka tidak disakiti. Adakalanya kata-kata anda terlalu menyakitkan tetapi anda tidak punya maksud seperti itu. Sebenarnya anda juga bukan orang yang sukar difahami cuma sukar untuk mencari orang yang sesuai dengan anda. Anda berharap akan keindahan dunia ini, dan semua orang akan berbahagia. Asalkan orang lain boleh memahami anda, ini juga sudah cukup bagi anda.

Percintaan
Sebenarnya anda tidak suka berada di khalayak ramai dan keadaan yang sesak. Bagi anda, tempat yang selesa, dan sudah terbiasa itu barulah tempat yang selesa, begitu juga dengan cinta. Kelemahan terbesar anda terletak pada hati anda yang mudah luluh dan itu yang membuatkan anda mudah sekali untuk disakiti ketika ada pertengkaran dengan pasangan anda. Anda juga jenis orang yang mudah kasihan jika ada orang yang menangis di depan anda, sehingga anda bersimpati dan memaafkan.

Sumber:Erabaru

Saturday 22 July 2017

motivasi diri

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik. (Dr. Shukri Abdullah)

Meminta maaf jangan membuat diri kita menjadi hina. Memberi maaf jangan membuat kita merasa bangga. Tapi saling memaafkan itulah yang mulia (Silvana)

Jika lidah selalu basah dengan dzikrullah, jika pikiran selalu tertuju pada keinginan untuk mendapat Redha Allah, maka bersiaplah untuk manisnya iman dan nikmatnya ibadah (Rudi)

Sebaik-baik manusia adalah orang yang jika dilihat maka dapat mengingatkan kepada Allah (Zahwa)

Sebaik-baik manusia adalah yang sedikit bicara banyak berbuat kebaikan. Seburuk-buruk manusia adalah yang banyak bicara namun sedikit berbuat kebaikan (Azis)
Kita harus menyedari bahwa yang lebih berhak atas diri kita hanyalah Allah swt. Sang Khalik. Jadi tidak ada alasan bagi kita untuk tidak bersyukur dengan apa yang diberikannya, apapun itu (Asih)

Bahaya kepandaian adalah berbuat sekehendak hati. Bahaya keberanian adalah melampaui batas. Bahaya toleransi adalah menyebut-nyebut kebaikannya. Bahaya kecantikan adalah sombong. Bahaya ucapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa. Bahaya pemurah adalah berlebih-lebihan (Tengku Abdul Wahab)

Teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, akan tetapi teman yang benar adalah teman yang selalu berkata benar kepadamu (Salman)

Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertumpang tindih menghimpit Anda, ucapkanlah “Laa Ilaah Illallaah” (Maidi)

Hasan Al-Basri berkata : “Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, keranaNya hatiku tenang. Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal. Aku tahu Allah selalu melihatku,keranaNya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat. Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal untuk berjumpa dengan Robb-Ku”

Empat hal yang dipandang sebagai ibu : Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan. Ibu dari segala adab adalah sedikit bicara. Ibu dari segala ibadah adalah takut dosa. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar. (Key)

Kelalaian itu merupakan keburukan dan dzikrullah merupakan kemenangan. Tidak ada kebaikan dalam hidup tanpa persaudaraan kerana Allah. Kadang seseorang bisa lupa kerana harta yang dia lihat atau emas yang dia beli tetapi ia tidak akan melupakan seseorang yang dia cintai kerana Allah (Jun)

Semakin bertambah keilmuan dan kekayaan seseorang, akan makin besar pula amanah yang dibeban olehnya. Tirulah padi, semakin berisi semakin menunduk (Abdullah Ibn Adam)

Kebenaran tidak diukur dengan banyaknya orang yang mau melakukannya, namun kebenaran adalah apa saja yang mendasari Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salafus salih (Anisya LM)

Perbanyaklah menanam kebaikan meskipun orang yang menerima kebaikan itu tidak membalas seperti yang kita tanam, pasti akan ditanam hasilnya, entah sekarang atau esok, atau mungkin jadi ladang amal di akhirat kelak (Gilang)

Manusia yang paling lemah adalah orang yang tidak mampu mencari teman. Namun yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mendapatkan banyak teman tetapi menyia-nyiakannya. (Ali bin Abi Thalib)

Kita berdoa jika kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan rezeki melimpah (Khalil Gibran)

Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, hidup di tepi jalan dan dilempari dengan batu, tapi membalas dengan buah (Abu Bakar Sibli)

Apabila kamu tidak bisa berbuat kebaikan kepada orang lain dengan kekayaanmu, maka berilah mereka kebaikan dengan wajahmu yang berseri-seri, disertai akhlak yang baik (Nabi Muhammad Saw.)

Kerana manusia cinta akan dirinya, tersembunyilah baginya aib dirinya. Tidak kelihatan olehnya walaupun nyata.  Kecil di pandangnya walau bagaimana pun besarnya (Jalinus At Thabib)

Monday 10 July 2017

Koleksi pantun Pengacaraan majlis

Koleksi Pantun

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum salam sejahtera
Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Kompang bergema pusaka bangsa
Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu si gadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

PANTUN UCAPAN

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.






PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Bunga selasih di dalam taman
Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan

Tuah tersenyum pada Si Teja,
 Duduk bersimpuh sambil bersila,
 Kain ditenun bersama reja,  
 YDP PIBG hormat dipersila, 

PANTUN PERSEMBAHAN

Pakaian dipakai cantik berseri,
Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Sehabis merah daun yang sihat

Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan pelajar kita saksikan









PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN ANUGERAH

Terbang tinggi si burung helang
 Berkicau kenari sambil berterbangan
 Insan cemerlang negara terbilang
 Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Warga cemerlang tersenyum manis
 Hadir bersama ibu bapa wibawa
 Sambutan anugerah penyeri majlis
 Sematkan gagah  di dalam jiwa

Berkebaya batik berwarna merah
Diserikan dengan permata berlian
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung




PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan….

Merdu bertingkah alunan suara
Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara

Serendah hati kemaafan dipinta

motivasi

Monday 3 July 2017

AMALAN SUNAT BULAN SYAWAL

PUASA enam pada bulan Syawal adalah amalan sunah yang dilakukan Rasulullah SAW. Ia dilaksanakan selepas sebulan umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan.
Menyingkap hikmah berpuasa enam Syawal, daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa (setahun).”
Advertisement
Dalam erti kata lain, ayat itu membawa maksud siapa yang puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diberi ganjaran pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Mohd. Kalam Mazad Abd. Rahman, 40, berkata, para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran itu dengan menyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda.
“Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diberi ganjaran sebanyak 300 hari manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.
“Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari dalam setahun iaitu sebanyak 360 hari,” tuturnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Menyesal
Tambahnya, ramai masyarakat tidak memandang fadilat berpuasa enam pada bulan Syawal kerana tidak nampak kebaikannya.
“Hanya di padang mahsyar, manusia akan dapat melihat kebaikan amalan-amalan sunat ini. Pada masa itu, mereka akan menyesal mengapa tidak melakukan puasa enam,” tegasnya.
Sebagaimana yang sedia maklum, semua amalan sunat adalah untuk penampung dan penambah kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardu.
“Seharusnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
“Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki segala kekurangan dalam ibadat puasa sepanjang Ramadan,” ujarnya.
Dalam pada itu, seseorang yang hendak berpuasa sunat pada bulan Syawal adalah lebih afdal berturutan seperti puasa pada bulan Ramadan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari sebelum tempoh bulan Syawal berakhir.
Hari yang digalakkan berpuasa sunat enam Syawal pula ialah paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah Hari Raya Aidilfitri dan dilarang daripada berpuasa pada hari itu.
Sementara itu, Mohd. Kalam turut memaklumkan, bagi wanita yang hendak berpuasa enam tetapi perlu menggantikan puasa akibat datang haid, mereka digalakkan melakukan perkara wajib terlebih dahulu iaitu menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan.
“Namun, Islam ini mudah. Islam memahami jika menggantikan puasa selama beberapa hari, dikhuatiri tidak sempat berpuasa enam pada bulan Syawal.
“Maka, usah risau kerana mereka tetap mendapat ganjaran berpuasa enam berkenaan selagi seseorang itu berpuasa dalam bulan Syawal,” katanya sambil memberitahu, cara menguruskan puasa enam Syawal sama seperti berpuasa pada bulan Ramadan.

Memori raya 2017











UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ , الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَالصَّÙ„َاةُ ÙˆَالسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ رَسُولِ ال...