Tuesday 16 May 2017

Prospek tenaga mahir ICT

BERCITA-CITA menjadi penyelidik IT, programmer, pengurus pembangunan perisian, projek IT, penganalisis sistem, data analis, pentadbir pangkalan data, pembangun sistem permainan komputer, artis visual, saintis data, jurutera data, jurutera rangkaian, eksekutif IT, perunding IT dan kecerdasan buatan (AI), forensik komputer, usahawan IT dan seumpamanya?
Kerjaya di atas antara dipelopori graduan Kursus Teknologi Maklumat (IT) di Universiti Multimedia (MMU) yang menjadi tenaga mahir dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di negara ini.
Dekan Fakulti Pengkomputeran dan Informatik (FCI) MMU, Prof Dr Ho Chin Kuan berkata, graduan MMU mempunyai kebolehpasaran tinggi kerana kajian Kementerian Pengajian Tinggi mendapati sebanyak 97 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan hanya dalam tempoh enam bulan selepas bergraduasi.
"Malahan pada 2016, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyatakan MMU antara lima universiti teratas di Malaysia menjadi pilihan utama dan digemari oleh syarikat-syarikat ICT untuk mendapatkan pekerja mahir.
"MMU juga jadi pilihan kerana menawarkan kemudahan moden seperti makmal pintar contohnya Innov8 Lab, SiRi Learning Lab dan Smart Lab yang serba canggih, di samping tenaga pengajar berkualiti tinggi iaitu kira-kira 46 peratus pensyarah MMU mempunyai Ijazah Kedoktoran (PhD)," katanya.
Menurutnya, sejarah MMU sendiri iaitu universiti ini perintis pendidikan ICT, multimedia dan kejuruteraan sejak ditubuhkan 20 tahun lalu.
Malah kumpulan kohort pertamanya seramai 128 penuntut pada Jun 1997  terlibat pengajian dalam bidang ICT, Kreatif Multimedia, Kejuruteraan dan Pengurusan.
"Terdapat kelebihan mengambil program IT di MMU. Pertamanya, MMU menawarkan kualiti pengajian bertaraf dunia. Pada tahun 2014, MMU menduduki ranking ke 200 teratas di dunia dalam subjek Sains Komputer dan Sistem Maklumat oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.
"Silibus kursus ditawarkan pula memenuhi keperluan industri (market-driven) masa kini. MMU juga mempunyai hubungan kukuh dengan pemain-pemain industri merangkumi pelbagai syarikat multinasional berkaitan ICT di samping institusi profesional dan universiti, agensi dan jabatan kerajaan," katanya.  
Selain kelayakan akademik ditetapkan, menurut Chin Kuan, seorang mahu mengikuti pengajian dalam bidang IT perlulah mempunyai minat tinggi.
"Bagi saya, kursus IT sesuai untuk para penuntut yang mempunyai minda dan ketangkasan dalam penyelesaian masalah, analitikal dan logikal," katanya.

Tahap graduan di mata majikan

STATISTIK kadar pengangguran yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia setakat Mei 2016 adalah sebanyak 3.4%. Walaupun kadar pengangguran ini boleh dikatakan bukan berada pada tahap membimbangkan kerana di bawah 4%, tetapi ia tidak boleh dipandang enteng kerana dikhuatiri sekiranya tidak dibendung, masalah ini akan meruncing dan akan mengakibatkan gejala-gejala sosial lain. 
Terdapat banyak faktor menyumbang kepada peratusan pengangguran di negara kita ini. Salah satu faktor yang boleh dikatakan klise tetapi realistik adalah tahap kebolehpasaran (employability) graduan yang rendah.
Maka dengan itu, harus kita kupas kriteria-kriteria yang perlu ada pada seseorang graduan sebelum mereka bersedia terjun ke alam pekerjaan.
Pertama, kemahiran berkomunikasi. Kebanyakan majikan hari ini mementingkan graduan yang mampu berkomunikasi baik untuk tujuan berinteraksi dengan pelanggan, pihak pengurusan organisasi dan para pekerja di dalam organisasi.
Justeru, para pelajar digalakkan berinteraksi semasa proses pembelajaran selain disarankan terlibat dalam aktiviti kelab dalaman universiti mahupun luar kampus bagi menimba pengalaman.
Kedua, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ramai pelajar sekadar mampu menghafal teori-teori yang diajar para pensyarah mereka. Pihak majikan dahagakan para graduan yang memiliki kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, terutama sekali semasa proses menyelesaikan masalah.
Justeru, disarankan agar para pensyarah di universiti untuk memberi latihan kepada para mahasiswa dengan kaedah kajian kes (case study). 
Ketiga, kemahiran dari segi protokol dan etika. Ia berkait rapat keprofesionalan graduan ketika menjawab panggilan telefon, cara mereka berinteraksi dengan senior, cara berpakaian dan sebagainya.
Perkara-perkara seperti dinyatakan di atas dapat diukur oleh majikan terutama sekali ketika proses temu duga kerja. Amalan protokol dan etika ini boleh dipelajari semasa para graduan belajar di universiti. 
Memandangkan peratusan graduan yang menganggur adalah tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah pun memperkenalkan sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA). Sistem iCGPA diperkenalkan untuk mengatasi masalah ketidaksepadanan antara kualiti graduan dan kehendak majikan. 
Memandangkan isu graduan menganggur semakin serius, kerajaan telah memperkenalkan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) di mana 90 peratus daripada 100,000 peserta yang hadir dalam kursus ditawarkan SL1M berjaya mendapat pekerjaan tetap semenjak awal penubuhannya pada 2011. 
SL1M adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kewujudan SL1M membantu mahasiswa yang mengalami masalah tiada pengalaman bekerja kerana pihak syarikat yang akan melatih mereka sehingga para graduan dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang dikehendaki. 
Walaupun pelbagai langkah telah dijalankan kerajaan, para graduan perlu memainkan peranan masing-masing dengan merebut peluang yang ada dan menyertai program SL1M ini.
Graduan dinasihatkan untuk membina jati diri dan bersikap berlapang dada apabila melibatkan diri dengan latihan-latihan yang telah disediakan syarikat-syarikat kerana semua kos latihan ditanggung syarikat. Janganlah terlalu memilih pekerjaan dan hanya ingin bekerja mengikut program yang telah dipelajari semasa di universiti.
Cuba peluang yang ada di mana-mana dan belajar benda baharu, pasti kelak akan berjaya. Insya-ALLAH.
Kiriman: Mohd Rozaimy Ridzuan, Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

16 MEI 2017....SELAMAT HARI GURU DI SMTT









Monday 8 May 2017

Gaya Rambut yang Dilarang Menurut Islam

 Gaya Rambut yang Dilarang Menurut Islam



 

ISLAM adalah agama yang sempurna. Kehidupan sehari-hari sangat diperhatikan dalam Islam. Tak terkecuali dalam masalah penampilan. Dari ujung kaki sampai ujung rambut juga diatur dalam agama mulia ini. Terkait dengan rambut, menurut para Ulama ada beberapa larangan yang tidak boleh dilakukan bagi seorang muslim. Antara lain:
  1. Qaza’
Dalam kitab Fiqih Islam Wa Adillatuhu, Qaza’ adalah tindakan mencukur rambut anak kecil pada beberapa titik (secara acak) dan membiarkannya di beberapa titik lainnya sehingga tidak beraturan seperti gumpalan awan. Menurut Imam Nawawi qaza’ adalah mencukur sebagian kepala secara total.
Dari Ibnu ‘Umar radhiyallâhu ‘anhumâ bahwa beliau berkata,
ﺃَﻥَّ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ‏‎ ‎ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻧَﻬَﻰ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻘَﺰَﻉِ
“Sesungguhnya Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam melarang dari Qaza’.”
Ditanyakan kepada Nâfi’ yang meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar, “Apa Qaza’ itu?” Nâfi’ menjawab, “Sebagian kepala anak kecil digundul, dan sebagian yang lainnya ditinggalkan.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Lafazh hadits milik Muslim)
Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam melarang kegiatan qaza’ ini sebagaimana sabda beliau: “Cukurlah seluruhnya atau biarkan seluruhnya.”
Terkait sifat rambut Rasulullah, Aisyah ra berkata: “Posisi rambut Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam adalah di atas ujung daun telinga dan di bawah ubun-ubun.”
Para ulama menyebutkan bahwa Qaza’ memiliki empat bentuk;
Pertama, menggundul tanpa berurut. Dia menggundul bagian kanan, bagian kiri, ubun-ubun dan tengguknya.
Kedua, menggundul bagian tengah dan meninggalkan dua bagian lainnya.
Ketiga, menggundul samping-sampingnya dan membiarkan bagian tengahnya.
Keempat, menggundul ubun-ubun saja dan membiarkan bagian yang lainnya. (Baca Asy-Syarah Al-Mumti’ 1/167 karya Syaikh Ibnu ‘Utsamin dan Asy-Syarh Al-Mukhtashar ‘Alâ Zâd Al-Mustaqni’ 1/123 karya Syaikh Shalih Al-Fauzan)
  1. Memanjangkan rambut bila tak memuliakan (merapikan)
Dalam beberapa riwayat disebutkan, rambut Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam panjangnya sampai menyentuh bahunya, sebagaimana dalam banyak hadits, seperti:
عَنِ الْبَرَّاءِ بْنِ عَازِبٍ يَقُوْلُ مَا رَأَيْتُ مِنْ ذِيْ لِمَّةٍ أَحْسَنَ مِنْهُ وَفِيْ رِوَايَةٍ كَانَ يَضْرِبُ شَعْرَهُ مَنْكِبَيْهِ
Dari Bara’ bin Azib, dia berkata, “Aku tidak pernah melihat rambut melampaui ujung telinga seorang pun yang lebih bagus dari (rambut) Rasulullah.” Dalam suatu riwayat lain, “Rambut Rasulullah sampai mengenai kedua bahunya.” (HR. Muslim)
Namun berkaitan dengan hukum memanjangkannya, para ulama berbeda pendapat. Pendapat pertama mengatakan bahwa hal itu hukumnya sunnah. Sedang yang lain tidak.
Yang berdalil memanjangkan rambut adalah sunnah, berasal dari perbuatan Nabi.  Dan meniru Nabi adalah ibadah, sebagaimana dalil Al-Quran;
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيراً
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al-Ahzab: 21)
Sedang pendapat kedua memanjangkan rambut hukumnya bukan sunnah, tetapi hanya sekadar adat kebiasaan, dan hukumnya mubah (boleh dilakukan dan boleh tidak).
Yang jelas, memanjangkan rambut harusnya memuliakan dan merawatnya dengan rapi. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda: “Siapa yang memelihara rambutnya maka hendaklah memuliakannya”.
Arti memuliakan rambut adalah meminyakinya, menyisirnya, dan tidak mencukurnya secara total karena hal tersebut bertentangan dengan memuliakan rambut.
Salah seorang sahabat datang kepada Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam dalam keadaan rambut dan jenggot yang acak-acakan. Kemudian Nabi saw menyuruhnya pulang untuk merapikan setelah rapi baru kembali lagi kepada beliau. Setelah itu, Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda: “Tidakkah yang seperti ini lebih baik daripada kalian datang dalam kondisi rambut acak-acakkan dan tidak berminyak sehingga berpenampilan seperti setan?”
  1. Mencat uban dengan warna hitam
Pada hari pembebasan kota Mekkah Abu Quhafah dihadapkan kepada Rasulullah yang saat itu rambutnya terlihat sangat putih. Kemudian Rasul menyuruhnya untuk pergi ke tempat isterinya agar isterinya mewarnai rambutnya dan menghindari warna hitam.
Anas bin Malik pernah ditanya tentang cat rambut Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam. Kemudian ia menjawab: “Rambut Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam tidak beruban kecuali sedikit. Akan tetapi, Abu Bakar dan Umar sepeninggal beliau mewarnai rambut mereka dengan  daun pacar/ inai dan daun katam (sejenis tumbuhan untuk menyuburkan rambut).”
Berdasarkan hal itu, para salafush sholeh dan tabi’in berpendapat bahwa tidak mencatnya lebih baik berdasarkan hadits Rasulullah yang melarang mencat Uban juga beliau tidak mencat ubannya.
Diriwayatkan  Abu Daud,  dari Ibnu Abbas, dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
يَكُونُ قَوْمٌ يَخْضِبُونَ فِى آخِرِ الزَّمَانِ بِالسَّوَادِ كَحَوَاصِلِ الْحَمَامِ لاَ يَرِيحُونَ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ (والحديث صححه الألباني في صحيح أبي داود)
“Akan ada di akhir zaman, kaum yang menyemir rambutnya seperti bulu merpati, maka dia tidak mencium bau surga.” (Dalam Shahih Abu Daud)
  1. Menyambung rambut
Menyambung rambut baik itu dengan rambut manusia maupun rambut hewan hukumnya dilarang. Berikut menurut Imam Malik, Ath-Thabari dan banyak Ulama lain menyatakan bahwa menyambung rambut baik itu dengan rambut, wol atau potongan kain dilarang. Sebagaimana sabda Nabi: “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang minta disambung.”
Nah, mari kenali gaya dan potongan rambut anak-anak kita agar tidak jauh dari perintah Nabi kita.*/Khoirul Mu’min, dari berbagai sumber
Rep: Admin Hidcom
Editor: Cholis Akbar
Berita ini juga dapat dibaca melalui m.hidayatullah.com dan Segera Update aplikasi hidcom untuk Android . Install/Update Aplikasi Hidcom Android Anda Sekarang !
Topik: , , , , , ,

Nutrisi membina otot

REJIM kecergasan tidak lengkap kala amalan pemakanan dan pengambilan nutrisi seimbang tidak diamalkan. Memberi impak lebih berkesan ke atas latihan kecergasan yang dilakukan setiap hari, pembinaan otot nyata memerlukan jadual nutrisi yang lengkap untuk menghasilkan otot yang punya dimensi dan kekal lama.

Ikan Salmon

Meski punya kandungan protein seperti pelbagai jenis ikan yang lain, ikan salmon nyata paling banyak mengandungi kandungan protein yang mampu memberi zat secukupnya kepada pembinaan otot. 4 ons salmon mentah mengandungi 23 gram protein, 207 kalori selain 0 gram karbohidrat, 12 gram lemak dan 0 gram serat. Kandungan lemak yang didapati di dalam ikan salmon sekurang-kurangnya memberikan impak kesihatan pada tubuh badan.

Telur

Sempurna dalam memberikan sumber tenaga kala mengharungi latihan raga dan kecergasan. Setiap biji telur mengandungi asid amino untuk memberi kesan pengembangan dan memelihara otot anda


Selain itu juga, telur merupakan sumber vitamin yang tinggi serta punya nutrisi penting untuk penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu yang luka dan tercedera akibat latihan bebanan yang dilakukan.
 

Dada ayam

Makanan rutin buat sesiapa sahaja, dada ayam nyata menjadi kegemaran sesiapa sahaja. Dada ayam mengandungi sumber protein yang sangat tinggi dan juga punya kandungan lemak yang rendah berbanding dengan bahagian ayam yang lain. Pengambilan dada ayam dalam jadual diet setiap hari nyata mampu memberikan kelebihan buat otot saat kekal membentuk.

Keju bebas lemak

Hadir sebagai sajian sihat kerana punya kandungan nutrisi asas iaitu protein yang sangat penting untuk membina tenaga. Latihan kecergasan yang dilakukan nyata memerlukan sejumlah tenaga yang banyak untuk mengerah segala bahagian tubuh dan otot untuk membentuk.
Oleh yang demikian, pengambilan susu rendah lemak di dalam diet adalah jalan terbaik untuk mencipta otot yang menawan. Setengah cawan keju halus mengandungi 80 kalori dan 16 gram protein yang mampu mengekstrak menjadi sejumlah tenaga dalam tubuh.

Kekacang

Senaraikan sejumlah pelbagai jenis kekacang seperti badam, kismis, kurma dan sebagainya ke dalam nutrisi diet agar mencipta kelainan dalam pemakanan seharian. Sejumlah kekacang mempunyai tenaga untuk mengecaj semula tenaga yang habis digunakan untuk aktiviti latihan kecergasan selain ianya mempunyai khasiat yang tersendiri.

Susu rendah lemak

Sajian utama pada waktu pagi dan malam jika ingin mendapatkan bentuk otot yang diidamkan. Susu rendah lemak mempunyai sejumlah protein lambat hadam serta membekalkan asid amino dalam jangka masa yang panjang.
 

Monday 1 May 2017

Bidang teknikal, vokasional...FPTV mampu melahirkan guru, pekerja industri dan usahawan.


KAMU mempunyai minat tinggi dalam bidang pendidikan? Jika mempunyai kesediaan dan kebolehubahsuaian menceburi bidang keusahawanan atau pekerja industri, sama ada di dalam atau luar negara apabila berhadapan persaingan tinggi untuk masuk ke bidang pendidikan masa kini, apa kata pilih kursus ditawarkan Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dekannya, Profesor Dr Ahmad Esa berkata, selain memiliki kelayakan minimum ditetapkan dalam permohonan UPU, paling penting ialah calon memohon perlu mempunyai kebolehan psikomotor yang lebih berbanding secara relatif dengan program pendidikan lain.
"Ini kerana asas dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional ialah kemahiran hands on yang memerlukan penggunaan kekuatan psikomotor selain kognitif.
"Bidang pendidikan berkait rapat dengan melahirkan insan seimbang dan holistik. Calon perlu mempunyai pengurusan emosi stabil dan amalan rohani yang boleh diteladani.
"Justeru calon perlu melepasi ujian Medsi (Malaysian Educators Selection Inventory) dan temu duga bagi memastikan mereka terpilih mempunyai personaliti guru dan ciri holistik serta seimbang," katanya.
Menurutnya, FPTV menjadi pilihan penuntut kerana graduan FPTV berpeluang cerah menjadi Pegawai Pendidikan Siswazah (Guru Siswazah) di institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seperti sekolah menengah harian, sekolah menengah teknik dan kolej vokasional.



Ahmad berkata, sekiranya tahun pengambilan kemasukan penuntut adalah berdasarkan unjuran ditetapkan KPM, maka graduan berpeluang ditempatkan di institusi pendidikan di bawah KPM.
"Namun bagi tahun pengambilan penuntut yang tiada unjuran, permintaan untuk mereka ditempatkan di Institusi Pendidikan KPM juga adalah tinggi. Contohnya pada 2016, FPTV telah mengeluarkan 50 graduan dan kesemua mereka dalam proses ditempatkan di kolej vokasional.
"Sambutan tinggi kalangan pemohon juga kerana kurikulum disediakan di FPTV bukan sahaja melahirkan guru, tetapi pekerja industri dan usahawan. Di samping itu juga FPTV ke arah mengeluarkan graduan guru yang boleh menabur bakti di peringkat antarabangsa seperti menjadi guru di Thailand, Maldives, Brunei dan Yaman," katanya.
FPTV menurutnya,  mendapat pengiktirafan Unesco- Unevoc dan ini merupakan kelebihan yang tiada di IPT lain yang menawarkan program sama. Pengiktirafan tersebut menjadikan segala usaha sama ada di peringkat universiti mahupun fakulti melestarikan standard kualiti graduan bertaraf antarabangsa untuk memenuhi kriteria guru TVET yang ditetapkan Unesco-Unevoc TVET selain keperluan Standard Guru Malaysia.
Selain itu, FPTV satu-satunya fakulti menawarkan Program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional yang mempunyai Pusat Pentauliahan, membolehkan siswa FPTV mendapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
FPTV juga adalah satu-satunya bertaraf fakulti di Malaysia yang fokus menjalankan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (7 bidang pengkhususan).

Berteras kemahiran

Siswa Ijazah Sarjana Muda FPTV (Elektrik & Elektronik), Amzar Aizat Allias, 24, berkata, kursus ditawarkan di FPTV satu-satunya fakulti berkonsep pendidikan berteraskan kemahiran.
Jika berbicara soal peluang pekerjaan, baginya FPTV fakulti terbaik melahirkan graduan kompeten serta mampu memenuhi kehendak industri dan sektor kemahiran awam mahupun swasta.
"Apa yang menjadi tarikan pelbagai pihak adalah fokus utama pembangunan holistik terutamanya terhadap aspek pembangunan kemahiran pekerja dari sudut teknikal dan vokasional.
"Melalui pelan RMK-11, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu akan diwujudkan di mana 60 peratus daripadanya memerlukan kelayakan berkaitan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)," kata Amzar yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017 UTHM ini.

mINGGU SERASI PELAJAR BARU SMTT 2017/18





Manfaat makanan berfiber

MAKAN makanan berfiber tinggi dikatakan dapat membantu mencegah gangguan gastrousus termasuk buasir, divertikulitis dan sindrom rengsa usus (irritable bowel syndrome).
Ia juga bermanfaat dalam membantu mengawal berat badan, paras gula, paras kolesterol (bergantung kepada jenis makanan) dan mengharmonikan diversiti mikrobiota.
Ambil sekurang-kurangnya dua setengah cawan sayur-sayuran dan dua setengah cawan buah-buahan. Pengambilan bijirin tak ceruh seperti beras perang digalakkan berbanding beras biasa.
TAK LARUT VS LARUT
Fiber terbahagi kepada dua jenis iaitu fiber tak larut dan fiber larut.
1. FIBER TAK LARUT
Menyerap air dan menambah isi padu atau kuantiti tinja. Ia tidak dicerna dalam usus kecil dan tidak menjalani fermentasi (oleh mikrobiota) dalam usus besar (kolon).
Ia bermanfaat kepada mereka yang mengalami sembelit kerana ia melembutkan tinja, suatu sifat yang memudahkan pembuangan tinja.
Mikrobiota merupakan istilah baharu kepada mikroflora (bakteria) usus.
Walau bagaimanapun, harus diketahui bahawa terlalu banyak makan makanan berfiber (terutama jenis tak larut) pula boleh menyebabkan ukur lilit tinja bertambah dan menyukarkan pembuangan tinja.
Sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin tak ceruh, dedak gandum, dedak beras, kulit buah-buahan (kulit mangga, kulit epal, kulit anggur) dan kacang kaya fiber tak larut.
2. FIBER LARUT
Akan membentuk gel apabila bercampur dengan air. Ia juga seperti fiber tak larut di mana ia tidak dicerna dalam usus kecil tetapi menjalani fermentasi dalam kolon. Sifatnya yang memperlahankan penghadaman dalam usus kecil membantu tubuh menyerap pelbagai nutrien dengan cekap. Contoh sumber fiber larut ialah buah sitrus, pisang, epal, kekacang, oat dan barli.
KESIHATAN USUS BESAR
Terdapat juga fiber tak larut yang sungguhpun tidak menjalani pencernaan dalam usus kecil tetapi menjalani fermentasi dilakukan oleh mikrobiota dalam kolon.
Fiber makanan jenis ketiga (dua jenis fiber dibincangkan di atas: fiber tak larut dan fiber larut) ini dikenali sebagai ‘kanji kebal’.
Istilah resistant starch lebih banyak digunakan oleh para saintis bagi merujuk kepada fiber jenis ini. Untuk pengetahuan para pembaca, kanji tergolong dalam kelas fiber. Mikrobiota usus besar mengubah ‘kanji kebal’ kepada beberapa asid lemak rantai pendek seperti butirat, asetat dan propionat.
Selain menjadi sumber tenaga kepada miktobiota, usus besar dan sel-sel epithelium kolon, asid-asid lemak tersebut dipercayai memainkan peranan membantu penghidap diabetes daripada segi mengurangkan keradangan, mengurangkan paras glukos dan meningkatkan kesensitifan insulin (redakan kekebalan insulin (insulin resitance)).
TINGKATKAN POPULASI BAKTERIA BAIK
Kajian menunjukkan mikrobiota kolon yang terdiri daripada ‘bakteria baik’ dan ‘jahat’ memainkan peranan penting kepada pelbagai aspek kesihatan manusia termasuk terhadap berat badan, gula darah, fungsi imun dan fungsi otak.
Keseimbangan populasi bakteria baikjahat dalam kolon amat penting kerana ia menentukan tahap kesihatan anda. Biasa makan makanan berfiber tinggi yang mengandungi fiber larut dan fiber/kanji kebal dikatakan dapat membantu mengharmonikan koloni mikrobiota kolon dengan meningkatkan jumlah populasi beberapa jenis bakteria baik.
CEGAH KANSER KOLON
Fiber larut dan fiber/kanji kebal meningkatkan bilangan bakteria baik.
Keadaan ini menghalang bakteria jahat daripada merembeskan bahan bertoksin yang menyebabkan keradangan. Fenomena ini dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser kolon.
Selain itu, makanan kaya fiber biasanya membekalkan pelbagai nutrien lain yang bermanfaat kepada kesihatan tubuh termasuk membekalkan bahan antioksidan yang berfungsi untuk mencegah kanser.
KAWAL BERAT BADAN
Makanan kaya fiber dipercayai boleh membantu anda mengawal berat badan pada julat sihat. Kandungan fiber tinggi menjadikan anda kenyang pada tempoh yang lebih lama. Keadaan ini menghalang anda daripada makan secara berlebihan.
Walau bagaimanapun, keseluruhan pengambilan kalori bergantung kepada jenis makanan yang anda makan sepanjang hari.
MANFAAT KARDIOVASKULAR
Makan makanan kaya fiber larut dikatakan boleh membantu menurunkan paras Lipoprotein Berketumpatan Rendah atau Low-Density Lipoprotein (LDL) (namun kesannya dikatakan tidak segah seperti yang diuar-uarkan).
Paras LDL tinggi bermaksud bahawa stres oksidatif sedang berlaku dan lebih banyak kolesterol dalam aliran darah dan pada sel teroksida. Kolesterol teroksida berbahaya kepada kesihatan arteri jantung dan arteri (ke) dan dalam otak kerana ia boleh menyebabkan kerosakan arteri.
Paras LDL tinggi mencerminkan paras kolesterol teroksida yang dibawanya juga tinggi. Langkah mengurangkan penyerapan kolesterol dari usus ke dalam aliran darah dengan mengambil makanan tinggi fiber larut tertentu misalnya mengambil oat (kaya dengan fiber betaglucan) dipercayai boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya kerosakan arteri jantung.
GULA (GLUKOS) DARAH
Mengambil makanan fiber tinggi membantu memperlahankan pelepasan glukos ke dalam aliran darah. Amalan ini bermanfaat bukan sahaja kepada penghidap diabetes (kencing manis) malah kepada orang yang memiliki metabolisme karbohidrat normal.
Pisang muda menawarkan indeks glisemik (IG) rendah iaitu lebih kurang 30. Pengambilan pisang muda (yang masih kelat) rebus dipercayai bermanfaat untuk mencegah diabetes. Ia juga dipercayai sesuai diamalkan oleh penghidap diabetes bagi mengawal paras gula.

Panduan keselamatan kanak-kanak di rumah

MALANG tidak berbau, ada ketikanya kemalangan di rumah boleh mendatangkan kecederaan. Kebanyakan mangsa ialah kanak-kanak yang mempunyai naluri ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baharu.
Panduan dan langkah pencegahan kemalangan dapat dielakkan seandainya ibu bapa mengambil langkah proaktif menghindari situasi ini daripada berlaku. IMPIANA berkongsi beberapa tip mengikut aspek ruang kediaman bagi memastikan keadaan anak anda selamat.

RUANG TAMU

 

1.    Lazimnya perabot-perabot seperti meja dan rak yang ditempatkan di ruang tamu mempunyai banyak bucu tajam. Bagi mengelakkan berlakunya kecederaan di kepala, gunakan pengadang bucu atau kain berlapik.
2.    Salut bahagian kaca dengan plastik kedap bagi mengelakkan kaca daripada pecah dan melukai anak anda.
3.    Jika anda menginap di rumah jenis bertingkat, tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan cadang tangga dengan pagar.

DAPUR

 

1.    Simpan kesemua peralatan tajam yang terdapat di dapur agar ia tidak boleh diambil atau dicapai oleh anak anda.
2.    Wayar yang bergantungan daripada peralatan elektrik seperti periuk nasi dan pengisar juga berbahaya. Oleh itu, pastikan anda sorok wayar tersebut dengan penutup wayar atau pita pelekat agar ia tidak mudah dicapai oleh anak-anak kecil.
3.    Segala beg plastik yang ada di dapur haruslah dibuang atau disimpan di tempat yang selamat. Ini kerana terdapat beberapa kes yang menyebabkan kanak-kanak lemas akibat bermain dengan beg plastik.

BILIK TIDUR

 

1.    Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak daripada terperangkap di dalam almari.
2.    Ketika menyusun perabot seperti katil bayi, katil atau perabot di bilik tidur, pastikan anda meletakkan ia jauh dari tingkap. Ini bagi mengelakkan anda daripada mendekati tingkap.
3.    Mangga jeriji atau penghalang pada tingkap agar ia tidak boleh dibuka oleh anak.
4.    Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak berusia kurang daripada enam tahun tidur menggunakan katil dua tingkat bagi mengelakkan dia jatuh.
5.    Elak daripada memberikan anak gajet atau peralatan yang memerlukan tenaga elektrik kerana ia berisiko untuk anak menerima renjatan jika dia menyalahgunakan suis elektrik.

BILIK AIR

 

1.    Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.
2.    Sentiasalah menemani anak ke bilik air dan jangan biarkan anak pergi bersendirian.
3.    Elakkan daripada meninggalkan anak bersendirian di dalam besen atau sebarang bekas yang berisi air seperti baldi atau kolam. Ini memberi risiko untuk anak anda terjatuh dan lemas.
4.    Kawal anak-anak ketika mandi terutamanya saat anak menggunakan mandian air panas.
5.    Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas pintu tandas supaya anak anda tidak tergelincir.

KEMURUNGAN

KEMURUNGAN merupakan sejenis gangguan kesihatan mental dengan simptom utamanya iaitu tiada atau kurang mood (suasana hati) disertai oleh rasa sedih dan hilang minat dengan aktiviti harian. Kemurungan berbeza dengan mood turun naik seperti yang biasa dialami dalam kehidupan normal seharian.
Kurang/hilang mood merupakan tindakan emosi bersifat sementara terhadap cabaran kehidupan harian dan ia tidak dikelaskan sebagai kemurungan. Bersandarkan takrif tersebut, rasa sedih atas kehilangan atau kematian orang yang disayangi tidak dikelaskan sebagai kemurungan jika ia tidak berpanjangan.

Simptom

Jenis simptom dan keterukan simptom berbeza antara individu. Simptom-simptom yang dialami juga berbeza dengan perubahan masa.
Simptom-simptom kemurungan termasuklah - kesedihan berlarutan, resah dan tiada mood; rasa tiada harapan atau pesimis; rasa bersalah, rasa diri tidak bernilai atau lemah (motivasi); hilang minat/keseronokan dalam melakukan aktiviti harian termasuk hubungan biologi; kurang tenaga, lesu dan sukar memfokuskan, mengingat atau membuat keputusan.
Simptom-simptom lain ialah insomnia, mudah terjaga atau tidur berlebihan; kurang/hilang selera atau kehilangan berat badan; bertambah selera atau berat badan bertambah; berfikir untuk mati/membunuh diri atau cuba membunuh diri; rasa resah dan mudah naik angin.
Akhir sekali adalah mengalami penyakit-penyakit seperti sakit kepala, gangguan penghadaman atau sakit kronik yang sukar sembuh dan tidak bertindak kepada rawatan atau intervensi.
Jika anda mengalami sekurang-kurangnya lima simptom daripada simptom-simptom tersebut yang berlaku pada hampir setiap hari selama sekurang-kurangnya dua minggu dan ia mengganggu aktiviti harian secara ketara, maka terdapat kemungkinan anda mengalami kemurungan.

Penyebab

Sesetengah penyebab kemurungan mudah dikenal pasti namun sebahagian yang lain boleh berpunca daripada beberapa gabungan faktor. Faktor-faktor yang dipercayai menjadi penyebab kemurungan termasuklah genetik, secara biologi (perubahan paras beberapa neurotransmitter), pengaruh persekitaran dan psikologi dan sosial/psikososial.
Sesetengah individu lebih mudah mengalami kemurungan apabila terdedah kepada faktor-faktor risiko termasuklah - sesuatu yang berlaku seperti perceraian, kematian seseorang atau kemiskinan; personaliti misalnya sukar menyesuaikan diri; faktor genetik di mana saudara terdekat mengalami kemurungan meningkatkan risiko; trauma di zaman kanak-kanak; sukar mengendalikan emosi dan berpunca daripada ubatan moden terpreskripsi seperti beta-blocker, interferon atau reserpine.
Faktor-faktor risiko lain termasuklah minum alkohol secara tegar; penyalahgunaan bahan terlarang (dadah - penyebab atau memburukkan lagi kemurungan) dan pernah mengalami kecederaan di kepala.
Seseorang yang pernah mengalami kemurungan jenis berat (major) dikatakan mudah mengalami kemurungan. (Rasa) sakit kronik serta mengalami penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, penyakit paru-paru kronik atau penyakit kardiovaskular juga boleh menjadi punca.

Gen Bukan Faktor Utama

Pada pandangan penulis, mewarisi gen kemurungan tidak semestinya menyebabkan seseorang akan mengalami kemurungan kerana pengaruh genetik adalah kecil. Sebaliknya, faktor-faktor lain dipercayai jauh lebih besar pengaruhnya.
Begitu juga dengan seseorang yang mempunyai saudara terdekat misalnya ibu/ayah yang mempunyai sejarah pernah mengalami kemurungan. Yang mempunyai pengaruh kepada pembentukan kemurungan ialah faktor-faktor lain seperti digariskan di atas. Terdapat kemungkinan ibu/ayah seseorang juga mengalami kemurungan berpunca daripada faktor-faktor tersebut.
Gangguan pencernaan seperti yang biasa dialami oleh penghidap sindrom rengsa usus (irritable bowel syndrome) kronik atau dysbiosis (ketidakseimbangan mikrobiota) juga dikatakan antara penyebab kemurungan.
Penggunaan berpanjangan beberapa jenis ubatan moden seperti statin (mengawal paras kolesterol), aspirin dan metformin (mengawal paras gula) dikatakan boleh menyebabkan dysbiosis. Dari sudut lain, paras kolesterol normal hasil penggunaan statin juga dikaitkan dengan risiko kemurungan.

Penyelesaian

Dari sudut perubatan alternatif meredakan kemurungan harus didahulukan dengan mengenal pasti punca. Jika ia berpunca daripada faktor-faktor psiko-emosi misalnya maka intervensi psiko-emosi seperti menghadiri kaunseling, berlatih berfikir secara positif dan memantapkan diri daripada segi kerohanian harus menjadi keutamaan.
Jika ia berpunca daripada ketagihan media sosial maka intervensi utama ialah interaksi berterusan ibu-bapa dengan anak-anak dengan nilai kekeluargaan seperti dikehendaki agama, sentiasa sama-sama bersolat jemaah dan menjalankan aktiviti keluarga bersama-sama.

Bahana 

Mengambil ubatan anti-kemurungan (antidepressant) dikatakan akan mengganggu pengawalan dua jenis neutransmitter iaitu serotonin dan norepinephrine - memburukkan lagi kemurungan!
Keradangan atau inflamasi yang mempunyai pelbagai punca adalah antara punca kemurungan. Elakkan punca keradangan seperti makan berlebihan dan makanan/minuman tinggi gula. Tingkatkan makanan anti-keradangan yang terdiri daripada makanan yang kaya dengan kandungan antioksidan.
Herba-herba adaptogen seperti Ashwagandha, Ginseng Siberia, Horny Goat Weed, Ruku-ruku dan Patawali (Akar Seruntun) dipercayai dapat membantu mengawal hormon-hormon stres selain mengembalikan semangat dan tenaga.
 

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ ال...