Monday 16 May 2016

TIPS BELAJAR MENJELANG EXAM

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri 
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji 

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga 

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda 
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan 
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.



Wednesday 4 May 2016

LAKUKAN DENGAN KEBAIKAN HATI

Bila kita menganggap masalah sebagai beban, kita mungkin akan menghindarinya. 

Bila kita menganggap masalah sebagai cabaran, kita mungkin akan menghadapinya. 

Namun hakikat sebenarnya, masalah adalah hadiah yang dapat kita terima dengan sukacita. 
Dengan pandangan tajam, kita bakal melihat keuntungan di sebalik setiap 
masalah.


Masalah adalah anak-anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi. Maka, hadapilah dan ubahlah menjadi kekuatan untuk kejayaan kita. Tanpa masalah, kita tidak layak memasuki jalur keuntungan. Bahkan hidup ini pun sebenarnya sebuah buku yang mempunyai bab masalah, oleh itu, terimalah ia sebagai hadiah.


Mari kita belajar dari alam ciptaan Ilahi… Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi. Bukan juga ibu helang yang mengeram hangat anak-anaknya di malam-malam yang dingin. Namun, ketika ia melemparkan anak-anak helang itu dari tebing yang tinggi. Detik pertama, mungkin anak-anak helang menganggap ibu mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, matilah aku! Sesaat kemudian, bukan kematian yang di hadapi, tetapi kebenararan tentang diri sebagai burung helang, iaitu TERBANG. Maka bila kita tidak berani mengatasi masalah, kita tidak akan menjadi seseorang yang mengenal jati dirinya sebenar.


Keuntungan serta kejayaan tidak di ukur dengan apa yang telah kita raih, namun kegagalan yang telah kita hadapi. Dan keberanian yang membuat kita tetap berjuang melawan rintangan yang bertubi-tubi. Apa yang kita raih sekarang adalah hasil dari usaha-usaha kecil yang kita lakukan terus menerus atau disebut istiqamah. Kejayaan bukan sesuatu yang turun begitu saja. Bila kita yakin pada tujuan dan jalan yang di lalui, maka kita harus memiliki ketekunan untuk berusaha. Ketekunan adalah kemampuan kita untuk bertahan di tengah tekanan dan kepayahan. Jangan hanya berhenti pada langkah pertama…!


Yang memisahkan perahu dengan pantai harapan adalah taufan badai, gelombang dan batu karang. Yang memisahkan kita dengan kejayaan adalah masalah yang mencabar. Di situlah tanda kebenaran teruji. Hakikatnya perahu tetap berlayar menembus segala rintangan. Hakikat diri kita pula adalah berusaha menemukan kebahagiaan.


Jangan hasad dengan kejayaan seseorang. Di sebalik kejayaan mereka, selalu ada jalan panjang yang dipenuhi catatan perjuangan dan pengorbanan. Keringat dan kepayahan. Tidak ada jalan pintas untuk sebuah kejayaan. Bila kita terpesona pada kegembiraan yang diberikan oleh kejayaan, kita mudah lupa dari keharusan untuk berusaha. Namun bila kita kagum pada keteguhan seseorang dalam berusaha, kita akan menyerap tenaga kekuatan, keberanian dan kesabaran mereka. Tidak ada harga diskaun untuk sebuah kejayaan. Ada harga yang harus dibayar untuk meraih kejayaan itu.





Teruslah berusaha!


Mulailah dengan perkara kecil, dan jangan berhenti. Bergerak maju, belajarlah, dan kembangkan pencapaian kita. Kejayaan bukan dicapai oleh orang yang memulakan dengan urusan yang besar, tetapi oleh orang yang memelihara momentumnya dalam waktu yang cukup panjang, hingga pekerjaannya menjadi maha karya hebat.


Apa pun yang kita lakukan, lakukanlah dengan kebaikan hati. Kejayaan bukan semata-mata kerana kekuatan otot dan ketajaman fikiran. Kita perlu bertindak dengan kelembutan hati. Kejayaan tidak selalu dibina atas upaya diri sendiri. Di sebalik semua pencapaian, pasti terselit pengorbanan orang lain. Hanya bila kita melakukannya dengan kebaikan hati, siapa pun rela berkorban untuk kejayaan kita.


Seorang bijak berkata, ”Bila busur anda patah dan anak panah penghabisan telah dilontarkan, tetaplah membidik. Bidiklah dengan seluruh hatimu.”


Semua tindakan kita bagaikan boomerang yang akan kembali pada kita. Bila kita melempar dengan baik, ia akan kembali dalam tangkapan kita. Namun, bila kita gelojoh, tidak sabar dan tergesa-gesa melemparkannya, ia akan datang untuk melukai kita.


Renungkan bagaimana tindakan kita sekarang ini…

Lakukan segala semuanya dengan tulus dan penuh kasih sayang. Tiada yang lebih manis daripada memetik buah atas kebaikan yang kita lakukan…




Wallahu`alam.

JIWA YANG LOSONG....BIAR GELAP TANPA LAMPU JANGAN GELAP HATI TANPA IMAN

Kadang-kadang, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kita..JIWA KUSUT...seakan-akan ada 'something missing'... Hati pula terasa kosong.



Hendak buat apa-apa pun seakan-akan tiada mood. Tiada semangat. Hendak senyum, susah sekali. Sekadar senyuman hambar...

Menghadap smartphone, belek Whatsapps, Telegram, WeChat, Instagram, Facebook, Twitter, menonton Astro Akademi Fantasia, Redah Kasi Pecah Extravaganza, Maharaja Lawak Mega, drama "Istikharah Cinta", "Suamiku Encik Sotong", "Cinta Ibadah" sekalipun tidak tenang. Pernah tak hadapi situasi seperti ini? 

Jiwa tak tenteram, mungkin ada sesuatu yang perlu kita teroka untuk mencari jawapan "kenapa jiwa ini terasa kosong?" 

Genggam tangan. 
Istighfar. 
Urut dada. 
Tanya diri, "Apa khabar hati?" 

Adakah hati anda dipenuhi dengan zikrullah? Solat tetap buat, tapi hati gelisah? Sudahkah kita baca dan hafal Al-Quran walaupun sepotong ayat? Atau terlalu asyik mendengar lalu menghafal lirik lagu yang melalaikan sehingga tidak pernah terfikir nak hafal ayat-ayat Al-Quran? 

Atau mungkin kita alpa dan membiarkan hati anda dikotori elemen-elemen maksiat mungkin? Banyak mengadu-domba? Banyak makan dari hasil yang haram atau berunsur syubahah? Banyak melihat perkara yang mungkar? Banyak luangkan masa dengan hiburan yang melalaikan? Banyak berkunjung ke tempat yang lagho (tidak berfaedah) melewati gedung yang berpusu-pusu orang, lalu solat diabaikan? Selalu melewati masjid (rumah Allah) tetapi tidak pernah singgah? Banyak membelek peribadi seseorang sehingga syaitan pun berbisik lalu membawa kepada ghurur? 


Diantara tanda roh dan jiwa kita telah lemah (rosak dan hilang rasa kehambaan kepada Allah) ialah hati kita telah dikuasai atau dihuni oleh dua musuh batin, iaitu NAFSU dan SYAITAN. Pujukan dan tarikan syaitan dan nafsu lebih kuat dan berpengaruh. Roh kita sudah derhaka pada Tuhan, seakan-akan sudah tidak kenal Tuhan. Roh kita terbelenggu dalam jasad, dikongkong oleh nafsu dan syaitan itu. Roh kita sudah tidak takut dan tidak malu lagi pada Tuhan. Roh kita tidak rindu dan tidak cinta lagi pada Tuhan, tidak lagi merasa hina, rendah diri dan roh kita bersifat KETUANAN terhadap diri sendiri, bukan lagi bergantung kepada prinsip KETUHANAN terhadap ALLAH. 


Roh atau jiwa kita menjadi sombong, degil, ujub, riak, hasad, tamak, dendam, bakhil, gila dunia, suka bermusuh, malas lakukan ibadah, cepat marah, pantang ditegur dan lain-lain seumpama yang menyerupai kehendak nafsu yang terkutuk itu. Roh kita sudah menguasi oleh jasad zahir yang beku ini (bersifat seperti tanah kerana manusia dicipta dari tanah). 


Umpama burung, roh terkurung dalam sangkar. Kerana sangkar itu kuat maka burung terpaksa berkurung di dalamnya yang sempit dan menyeksakan. Sebaliknya kalau burung lebih kuat dari sangkar, burung akan pecahkan sangkar dan dapat terbang bebas ke seluruh alam.

Lalu sifat-sifat yang mazmumah pula bersarang dan berkembang lalu bertakhta di dalam hati. Di antaranya ialah suka mencari-cari kekurangan orang lain, merasa gembira jika ada orang lain terlanjur melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan yang tidak baik dan mengumpulkan kesalahan-kesalahan orang lain. Permusuhan dengan orang lain membuat hidup seseorang menjadi keruh, tidak tenang dan keimanan serta amal ibadahnya pun terganggu.


Cuba kita perhatikan, orang yang selalu sibuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain, maka biasanya ia mempunyai sensitiviti kritikan yang tinggi (tidak boleh ditegur) dan perasaan merasa puas yang luar biasa jika melihat orang yang dibencinya terkena suatu musibah. Sehingga seolah-olah seluruh kelenjar yang ada di dalam tubuhnya dipenuhi dengan racun atau virus yang membuatnya belum dapat lega dan tenang kecuali jika ia telah mengeluarkan seluruh racun atau virus tersebut.


Yang harus kita lakukan adalah tekad untuk menjaga iman, membangun, mengorak langkah dan memberi kemanfaatan kepada orang lain. Tinggalkan kritikan-kritikan yang tidak membina dan jangan sibukkan diri anda dengan kekurangan dan aib orang lain. Karena lalat tidak akan hinggap kecuali pada luka yang membusuk. Setiap orang memerlukan sahabat dan saudara yang selalu dapat saling doa-mendoakan antara satu sama lain.


Yang harus kita perhatikan adalah diri anda sendiri, periksa dan buat checklist tentang diri kita dan carilah kekurangan dan aib yang ada pada diri kita. Tuduh dan hukumlah diri kita sendiri, sehingga hal ini dapat membuat kita tidak punya waktu lagi untuk memeriksa dan mencari kekurangan orang lain. Akan tetapi sebahagian orang, bahkan lebih angkuh dan sombong dengan dirinya sendiri, bahkan ia memuji dirinya, ia menganggap dirinya suci, dan ia selalu membelanya dirinya bermati-matian, padahal dirinya tersebut dipenuhi dengan aib dan kekurangan.


Untuk senario seperti ini, maka Allah s.w.t. mentakdirkan mengutus orang yang akan menyingkap keburukan-keburukan orang seperti ini, yang akan menyebarkan aib dan kekurangannya serta yang akan menyangkal segala percakapan serta perbuatannya.

Dan sebaliknya, siapa yang menutup aib saudara seagama, maka Allah s.w.t. juga akan menutup aib dirinya. Dan siapa yang melindungi dan menjaga kehormatan orang mukmin, maka Allah s.w.t. akan mentakdirkan seseorang yang juga akan menjaga dan melindungi kehormatan dirinya, sebagai balasan yang setimpal.


Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Oleh itu cuba ajukan soalan kepada hati kita. "Sihatkah hati aku?" atau mungkin ianya sakit? Atau lebih teruk lagi, adakah ianya telah mati? Sedikit perkongsian, beberapa tanda-tanda HATI YANG SAKIT dan HATI YANG SIHAT : 

1. HATI YANG SAKIT tidak membisikkan kepada tuannya untuk m
encapai tujuan hidup iaitu untuk mengenali Allah, mencintaiNya, merindui untuk bertemu denganNya, kembali kepadaNya dan mengutamakanNya dari segala bentuk syahwat (yakni keinginan diri kepada dunia, keseronokan, hiburan, harta, kecantikan dan kemewahan). Ia lebih mengutamakan kepentingan diri dan syahwatnya, dari mentaati Allah dan menyintai Allah. Hidupnya adalah dengan bertuhankan hawa nafsunya sendiri sebagaimana firman Allah;



“Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Dapatkah engkau menjadi pelindungnya (dari kesesatan)?”. (al-Furqan; 43)


2. HATI YANG SAKIT tidak kisah dengan dosa dan maksiat. Apabila melakukan maksiat, ia tidak rasa berdosa, resah atau gelisah kerana melanggar perintah Allah. Berbeza dengan orang yang memiliki HATI YANG SIHAT, hatinya akan berasa sakit dan pedih apabila tersilap atau tersengaja melakukan dosa, lalu ia segera kembali kepada Allah dan bertaubat kepadaNya. Firman Allah tentang sifat-sifat orang bertakwa;

“(Dan antara tanda orang bertakwa ialah) orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali Imran: 135)


Berkata Imam Ibnu al-Qayyim; “Selagi hati selamat dari penyakitnya, ia akan berjalan menuju akhirat dan menghampirinya hingga menjadilah ia ahlul-akhirah (golongan yang beramal untuk akhirat). 

"Namun apabila hati sakit, ia akan melebihkan dunia dan menjadikan dunia watannya hingga menjadilah ia alul-dunya (golongan yang beramal semata-mata untuk kepentingan duniawi”. (Ighasah al-Lahfan, halaman 94-95).


Jadi, sudah tentu kita faham mengapa situasi JIWA TAK TENTERAM, HATI KOSONG, GELISAH dan RESAH menghantui kita? 



Tepuk dada, tanya pula kepada Hati, "APA KHABAR IMAN?"


Wallahua'lam...

Mengapa Bumi semakin Panas

(global warming) adalah peningkatan suhu rata – rata di seluruh permukaan bumi pada bagian atmosfir, bagian laut maupun di daratan bumi. Dari hasil penelitian ternyata bumi telah mengalami meningkatan suhu hingga 0,18 derajat celcius dalam 100 tahun terakhir. Peningkatan suhu bumi mulai terjadi sejak awal abad ke 20 yang disebabkan karena meningkatnya zat gas rumah kaca sebagai akibt dari aktivitas manusia. peningkatan suhu permukaan bumi dapat menyebabkan naiknya permukaan air laut, perubahan cuaca yang ekstrim, terjadi perubahan jumlah dan pola presipitasi. Dampak panasnya suhu bumi yang sangat nampak adalah hasil pertanian yang kurang bagus, gletser di kutub menghilang serta beberapa jenis hewan mengalami kepunahan. Sunhu yang tinggi ini sudah mulai menjadi masalah serius dunia sehingga negara – negara di dunia mulai mengatur penggunaan emisi gas – gas rumah kaca. Hal ini dibuktikan dengan ditandatanganinya protokol kyoto untuk mengurangi emisi gas rumah kaca.

Penyebab bumi menjadi semakin panas

1. Penggunaan listrik berlebihan

Penggunaan listrik yang terlalu banyak dirumah bahkan untuk hal – hal yang tidak terlalu perlu sering dilakukan di rumah. semakin banyak alat elektronik di rumah maka penggunaan listrik akan semakin banyak. Akibatnya energi yang dibutuhkan oleh pembangkit listrik juga semakin banyak. Walaupun kita sanggup membayar listrik tersebut tetapi penggunaan energinya yang semakin banyak dapat meningkatkan suhu bumi. Oleh karena itu pihak PLN sering menghimbau untuk menghemat energi listrik.

2. Kurangnya pepohonan

Pepohonan memberikan banyak peran bagi lingkungan, selain dapat membuat lingkungan menjadi sejuk, ternyata pohon juga dapat menjadi alat untuk mengatasi suhu panas dan menghirup Co2 yang menjadi salah satu penyebab peningkatan suhu bumi. Menanam pohon dirumah memang lebih sulit dilakukan saat ini karena mahalnya tanah sehingga pekarangan menjadi kecil dan sempit. Sulit sekali kita melihat warga perkotaan yang menanam pohon di depan rumahnya karena sempitnya lahan.

3. Banyaknya bangunan menggunakan konsep rumah kaca.

Rumah kaca memang terlihat lebih indah, belakangan ini terlihat banyak sekali gedung tinggi yang menggunakan konsep rumah kaca pada dindingnya. Dampak yang ditimbulkannya adalah ia tidak dapat menyerap matahari melainkan memantulkanya ke udara. Semakin banyak gedung dengan konsep rumah kaca maka akan semakin panas lingkungan ini.


Penyebab peningkatan suhu bumi dari lingkungan masyarakat

1. Jumlah kendaraan yang meningkat

Jumlah kendaraan yang ada di dunia selalu bertambah sehingga penggunaan bahan bakar juga akan meningkat. Hasil pembakaran kendaraan bermotor selain dapat mengganggu kesehatan juga dapat menyebabkan peningkatan suhu bumi. Selain itu pasokan energi dunia akan cepat habis. Efek dari peningkatan kendaraan juga menimbulkan kemacetan yang merupakan masalah di kota – kota besar.

2. Asap pabrik

Adanya pabrik di seluruh dunia memberikan dampak kesejahteraan karena melahirkan lapangan pekerjaan baru, tetapi asap yang dikeluarkan setiap harinya 


3. Pembakaran hutan

Pembakaran hutan biasanya dilakukan untuk membuka lahan baru untuk pertanian, tetapi sering pula ditemukan pembakaran hutan secara ilegal sehingga kita tidak bisa mendapatkan manfaat dari hutan yaitu untuk mengambil gas CO2, masalah lain yang muncul adalah serignya terjadi banjir.

Penyebab peningkatan suhu bumi dari alam.

1. kondisi laposan ozon yang semakin tipis.

Lapisan ozon bermanfaat untuk melindungi penduduk bumi dengan cara memfilter sinar matahari agar gelombang yang berbahaya tidak sampai ke bumi. tetapi karena banyaknya gas yang berada di udara menyebabkan kebocoran pada lapisan ozon. Kebocoran ozon terjadi setiap saat sementara proses pengembaliannya membutuhkan waktu yang sangat lama. Mungkin suatu saat lapisan ozon akan benar – benar hilang.

2. Kondisi bumi yang tua

Usia bumi diperkirakan dsudah mencapai 4,6 milyar. dan bumi ini telah di hidupi oleh beberapa generasi mulai dari nabi adam hingga abad 21 sudah tidak terhitung jumlahnya. 

Penyebab peningkatan suhu bumi dari pemerintah.



1. Kurangnya ruang terbuka hijau di perkotaan

Ruang terbuka hijau sebanarnya adalah kebutuna utama bagi masyarakat terutama perkotaan. ruang terbuka hijau dapat menjadi tempat rekreasi keluarga di akhir pekan. selain itu dapat berperan pengendalikan banjir dan mengurangi zat penyebabnya. Pada kenyataannya hingga saat ini sulit kita temukan ruang terbuka hijau terutama di kota – kota besar.

2. Peningatan jumlah kendaraan bermotor

Peningkatan jumlah kendaraan bermotor tidak bisa dilepaskan dari kebijakan pemerintah yang memberikan kemudahan masyarakat untuk membeli kendaraan bermotor. selain itu, minimnya sarana transportasi massal membuat masyarakat lebih memilih untuk menggunakan kendaraan pribadi. Peningkatan kendaraan pribadi dapat meningkatkan gas co2 ke udara.

Akibat dari peningkatan suhu bumi

1. Dampak pada daerah kutub

Es yang terdapat di daerah kutub utara akan memanas lebih cepat dibandingkan daerah lainnya di bumi sehingga gunung – gunung es yang terdapat di sana akan mencair dalam waktu yang cepat, daratan akan menyempit karena tertutup air, daerah atau negara yang biasanya mengalami hujan salju tidak akan mengalami salju lagi, pegunungan yang biasanya tertutup salju akan mencair saljunya. Banyak pantai dan pulau yang akan tenggelam.


2. Dampak pada lautan

Pada daerah lautan akan mengalami peningkatan tinggi air laut karena mencairnya es. Kenaikan air laut yang mencapai bagian sungai dapat menyebabkan banjir air pasang, sehingga akan mempengaruhi ekosistem pantai. banyak pulau dan pantai yang akan tenggelam.

3. Dampak pada pertanian.

Pada wilayah pertanian. beberapa negara akan diuntungkan daripeningkatan suhu bumi karena akan mengalami curah hujan yang lebih tinggi dan masa tanam lebih lama, tetapi bagi masyarakat daerah gurun yang menggunakan air irigasi dari daerah gurun akan merugi karena salju akan lebih cepat mencair sebelum masa tanam sehingga tanaman tidak akan bisa tumbuh.

4. Dampak pada hewan dan tumuhan

Hewan dan tumbuhan adalah maklhuk yang tidak berdaya menghadapipeningkatan suhu bumi, mereka akan sulit untuk berpindah terutama tanaman. Tanaman akan tetap berusaha untuk beradaptasi dengan lingkungan tetapi pada akhirnya juga tidak akan mampu menghadapi cuaca ekstrim. demikian pula dengan hewan akan kehabisan makanan dan melakukan migrasi ke tempat lain untuk mencari sumber makanan. Pada akhirnya hewan dan tumbuhan akan mengalami kepunahan karena sulit bertahan hidup.

5. Dampak terhadap kesehatan manusia

Banyak manusia akan mudah terkena penyakit menular dan berbahaya seperti demam berdarah dan malaria. banyak manusia meninggal karena mengalami dehidrasi tinggi. Terlalu banyak polutan sehingga penyakit alergi mudah dialami manusia. Penyakit pada kondisi tropis juga akan sering dialami manunia seperti demam kuning. Munculnya kanker kulit karena sinar UV, terjadi katarak, dan pelemahan sistem kekebalan tubuh.

peningkatan suhu bumi diawali dari cahaya matahari yang menyinari bumi, panas yang dihasilkan cahaya matahari akan diserap oleh bumi tetapi hanya sebagian saja sedangkan yang tidak di serap akan di kembalikan lagi ke luang angkasa (atmosfir). namun karena di atmosfir banyak gas penyebab efek rumah kaca seperti gas sulfur dioksida SO2, gas karbon dioksida (CO2), dan metana, uap air dan masih banyak lagi menyebabkan panas matahari tidak dapat keluar dari permukaan bumi dan terperangkap sehingga panas matahari akan memantul ke bumi lagi. Hal itu terjadi secara terus – menerus setiap hari. Semakin banyak panas matahari yang masuk ke bumi maka semakin banyak gas yang tidak dapat dikembalikan k atmosfir menyebabkan bumi semakin panas


Cara mengatasinya

1. mengurangi penggunaan listrik yang tidak perlu

penggunaan listrik berlebihan dapat memicu peningkatan karbondioksida, maka sebaiknya anda mematikan lampu disaat tidur malam hari. gunakakan peralatan listrik yang hemat energi seperti lampu LED.

2. Hindari membuang sampah organik sembarangan karena sampah – sampah 

3. Tingkatkan jumlah pohon di rumah

Sebaiknya setiap rumah menama pohon yang dapat hidup bertahun – tahun untuk membantu mengunakan karbondioksida dalam proses fotosintesis.

4. Rutin melakukan perawatan kendaraan. Kendaraan yang terawat dengan baik maka pembuangan gasnya akan baik pula sehingga tidak menghasilkan gas yang berbahaya, bila terdapat kerusakan pada saringan pembuangan segera perbaiki.

5. Ubah kebiasaan berkendara.

Bila anda tidak terburu – buru maka sebaiknya anda berjalan kaki ke tempat lain, atau anda dapat membeli sepeda untuk bepergian jarak dekat, selain hemat energi juga dapat menghemat biaya.

Sumber asli : Pemanasan global

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ , الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَالصَّÙ„َاةُ ÙˆَالسَّÙ„َامُ عَÙ„َÙ‰ رَسُولِ ال...