Monday 29 February 2016

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH EGO...?

Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri.
Ego merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai kesalahan moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain.
Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai penjara (belenggu) untuk manusia.
Ego ini  menjadi persoalan serius ketika kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan  sebagai kenikmatan.
Akibatnya,  segala macam cara digunakan oleh orang yang ego  ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang tidak seronok, walaupun menyebabkan orang lain menderita.
Asal dirinya bahagia sahaja.
Itulah EGO..

Pernahkah anda merasakan kegelisahan hati dan jiwa?

Seperti  tidak tahu apa yang harus dibuat, sedangkan kerja sebenarnya bertimbun dihadapan anda.
Pernahkah anda merasakan beban hidup yang terasa berat dan mencengkam jiwa anda, sedangkan anda merasakan tidak tahu bagaimana mengurangkannya?
Pernahkah anda merasakan tekanan dan kesempitan ekonomi yang menghalang setiap langkah kehidupan anda, tubuh anda terasa longlai, tidak tahu harus melangkah kemana?
Pernahkan anda merasakan kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergeletar dan semuanya menjadi serba tak kena?
Jika perkara ini menimpa anda, bererti anda dalam kegelapan cahaya hati kerana diliputi keegoan yang sangat tinggi.

Oleh itu, bagaimana cara mengawal ego kita?

Tanggalkan kesombongan hati dengan sikap rendah hati.
Tiada patut disombongkan oleh manusia dalam hidup ini.
Buangkan dengki dan gantikan dengan cinta dan kasih sayang. Hapuskantakabbur dan gantikan dengan kesedaran diri sebagai hamba dan abdi Tuhan semata.
Buanglah  prasangka negatif dengan mengembangkan sikap positif dalam setiap langkah kaki ke depan. Hindari prinsip hidup yang salah dengan kembali dalam kejernihan jati diri  dari hati.
Kalau anda menginginkan yang baik, buatlah diri anda jadi lebih baik.
Jika anda ingin meraih cita-cita,buatlah diri anda menjadi ideal.
Anda ingin mempunyai kawan yang lebih baik, maka jadikan diri anda sahabat yang lebih baik.
Jika anda ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, maka  jadikan diri anda sendiri lebih bernilai.
Kalau anda ingin berurusan dengan orang yang kompromi, buatlah diri anda menjadi lebih kompromi.
Kalau anda ingin berada di dalam pelbagai keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri anda sendiri menjadi lebih menyenangkan.
Jika anda ingin dicintai pasangan hidup kita, maka buatlah diri kita menjadi orang yang mencintainya lebih lagi.
Mungkin kita akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetaplah  berikan  yang terbaik, meskipun itu  tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.
Kejayaan dalam hidup tidak akan dapat diraih hanya dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan akal fikiran.
Ia lebih daripada itu, iaitu kecerdasan hati  dalam mengawal ego peribadi diri kita.
Dan dengan meninggalkan ego diri, percayalah kita akan menuju kehidupan yang lebih baik.
Jadi, marilah kita melepaskan keegoaan kita!

Monday 22 February 2016

JANGAN SALAH PILIH KURSUS....KHAS UTK LEPASAN SPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Merencana masa depan dengan memilih kerjaya idaman yang sesuai dan serasi sememangnya suatu kemestian kepada pelajar terutamanya yang baru menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi pelajar lepasan SPM yang sedang mencari pusat pengajian tinggi untuk menyambung pelajaran, mereka bukan hanya perlu bijak memilih kursus yang hendak diikuti, malah aspek lain juga perlu diberi perhatian seperti kos pengajian, kemudahan disediakan, penginapan, lokasi dan paling penting, kolej serta kursus ditawarkan diiktiraf oleh kerajaan. Semua ini perlu dititikberatkan supaya pelajar lepasan SPM jangan salah pilih kursus.
Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM
Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM
Pelajar lepasan SPM perlu sedar bahawa penentuan arah masa depan bukan hanya bergantung kepada permintaan keluarga atau terikut-ikut kawan tetapi menilai sendiri kelayakan, minat, tahap kelulusan serta keupayaan diri sebelum memohon sesuatu kursus.
Dalam zaman teknologi serba moden kini, pelajar boleh mendapatkan segala maklumat hanya di hujung jari saja. Pucuk pangkalnya kerajinan pelajar lepasan SPM untuk mencari maklumat kursus dan pengajian yang diperlukan kerana kini semua IPTA dan kolej menyediakan laman web.
Jika mempunyai peluang dan kelayakan untuk memilih kursus di menara gading, pilih kursus yang mempunyai permintaan tinggi di alam pekerjaan agar mudah memasarkan diri nanti.
Bagi pelajar lepasan SPM yang gagal permohonan ke IPTA, boleh juga memilih IPTS sebagai tempat pengajian tetapi perlulah membuat rujukan dan semakan samaada kursus yang ditawarkan itu diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
p/s: Jadi kemana hala tuju anda selepas ini? Kepada yang masih belum pasti, boleh cuba mengetahui arah tuju anda dengan >>rujukan informasi kerjaya lepasan SPM

DILEMA PELAJAR LEPASAN SPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…  Sebelum ini cik tom pernah kongsikan pendapat buat pelajar lepasan SPM dalam artikel; Pelajar Lepasan SPM: Antara Matrikulasi dan Diploma dan juga Pelajar Lepasan SPM: Jangan Salah Pilih Kursus. Korang boleh juga cuba baca di dalam artikel tersebut sebagai rujukan. Artikel kali ini rentetan dari persoalan yang cik tom terima antara minat dan hasrat ibu bapa. Memang antara masalah paling utama ialah pelajar lepasan SPM: dilema minat dan hasrat ibu bapa.
Bagaimana pelajar lepasan spm yang hadapi masalah ini cuba menyelesaikannya? Kebanyakannya mengambil jalan mudah pendamkan sahaja minat dan ikuti segala hasrat ibu bapa kerana tidak mahu di cop sebagai anak derhaka. Iye pelajar tidak sepatutnya melawan cakap ibu bapa. Namun pelajar tersilap, sebenarnya masih terdapat cara-cara atau kaedah untuk berbincang dengan ibu bapa tentang minat pelajar kerana ini soal masa depan pelajar. Bukannya ibu bapa yang akan melanjutkan pelajaran tapi ANDA. Sebaiknya pelajar lepasan SPM memilih kursus yang diminati bukannya belajar sekadar memenuhi hasrat ibu bapa.
Ibu bapa pelajar bukanlah seorang yang zalim. Pasti ada sebab mengapa mereka inginkan anaknya menjadi itu dan ini. Ibu bapa banyak memberi perhatian kepada anak kerana tujuan ingin melindungi anak dari kesusahan hidup. Kadang kala ada juga ibu bapa yang “ego” dan merasakan bahawa sebagai “anak” wajar mengikut segala arahannya. Kasih sayang ibu bapa membuatkan mereka bersifat melindungi anak-anaknya.
Situasi ini yang menyebabkan ramai pelajar dalam dilema. Antara minat dan hasrat ibu bapa? Manakah yang harus diikuti?? Masalah ini boleh diatasi melalui perbincangan bijak dengan ibu bapa. Cik tom sharekan tips perbincangan yang boleh digunakan oleh pelajar lepasan SPM;
1. Tips pertama bagi yang beragama Islam sebaiknya buat solat istikharah minta petunjuk mana pilihan yang terbaik antara minat dan hasrat ibu bapa.
2. Jika memang pelajar tetap pilihan untuk minat, teruskan untuk perbicangan yang mana pertamanya pastikan masa yang pelajar pilih ialah sesuai sebaiknya waktu masa santai @ berehat ibu bapa bukannya waktu selepas balik kerja.
3. Sediakan air untuk ibu bapa dan mulakan perbualan santai untuk melihat mood ibu bapa.
4. Jika segala keadaan baik dan selesa, mulakan langkah perbualan main point tentang hala tuju pelajar.
5. Nyatakan kepada ibu bapa segala minat pelajar dan sebab-sebab kukuh mengapa pelajar berminat untuk kursus yang dipilih.
6. Yakinkan ibu bapa bahawa kursus yang diminati itu bagus untuk diikuti. Pelajar pasti lebih kenal perangai ibu bapa masing2 so gunakan strategi untuk memujuk dan menyakinkan. Sediakan segala jawapan2 bernas untuk persoalan yang “bakal” diajukan oleh ibu bapa.
7. Lebih bagus tunjukkan contoh atau bukti tentang kursus yang diminati.
8. Ingat segala perbincangan ini mesti dalam keadaan selesa dan tidak tegang. Jangan sehingga berlakunya pergaduhan atau bercakap kasar dengan ibu bapa.
9. Jika masih gagal menyakinkan, cuba gunakan orang disekeliling seperti abang, kakak atau saudara-mara untuk menyokong minat pelajar.
10. Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. Jika mereka melihat segala kesungguhannya pelajar dalam menyakinkan mereka. InsyaAllah mereka akan terbuka hati dan merasa yakin untuk membenarkan pelajar teruskan pilihan kursus yang diminati.
Pasti yang muncul dalam fikiran ibu bapa bahawa anak mereka kini sudah matang dalam membuat keputusan kerana segala hujah bernas yang pelajar berikan untuk menyakinkan mereka. Ingat perbincangan yang bijak bukannya perbincangan cakap “kosong”.
Belum cuba belum tahu..
Nak seribu daya.. Tak Nak Seribu Dalih..
Semoga yang terbaik untuk pelajar lepasan SPM dan semoga berjaya dalam hidup!

Saturday 20 February 2016

TEKNOLOGI DAN ISU KEKELUARGAAN

Perkembangan teknologi komunikasi dan informasi banyak membawa perubahan kepada perilaku dan cara hidup berkeluarga masa kini. Jika dulu waktu cuti hujung minggu, rumah akan riuh rendah dengan suasana jerit pekik anak-anak yang bermain dan bergurau senda. Kini anak-anak kecil seusia tiga tahun sudah pandai bermain komputer dan lebih suka menyendiri disatu sudut untuk melayan `permainan komputer ’ milik mereka. Bagi yang remaja pula mereka akan leka dengan telefon pintar, headset, keypad smartphone dan media sosial yang boleh menghubungkan mereka dengan rakan seluruh dunia. Mereka tidak kisah terperap dibilik berhari-hari asalkan mereka dilengkapi dengan gadget terkini yang membolehkan mereka berinteraksi dan melayan kemahuan mereka melihat pelbagai video dan mengakses informasi dihujung jari mereka.

Dunia luar atau realiti sudah semakin hambar bagi mereka. Sebaliknya dunia IT sangat menarik bagi mereka dan geberasi digital native ini merasakan alam siber adalah dunia sebenar mereka.Tanpa memperdulikan apa juga yang sedang berlaku didalam rumah mereka, ketaksuban mereka terhadap teknologi baru tidak dapat disangkal lagi. kehidupan anak-anak ini terlalu luas dalam dunia tanpa sempadan mereka dan mereka tidak lagi memerlukan keluarga disaat itu. Tidak dinafikan senario begini berlaku dimana-mana dizaman ini Ketika teknologi semakin mengambil tempat dalam kehidupan manusia, Ibubapa juga tidak mahu ketinggalan dalam perubahan hidup yang serba mudah. Mereka juga tidak kurang hebatnya, dengan memiliki gadget peribadi yang membuatkan mereka semakin kurang berinteraksi dengan anak-anak dan keluarga.

Secara tidak langsung, ketaksuban terhadap teknologi baru menyebabkan ada segelintir ibubapa mengabaikan tanggungjawab mendidik sahsiah dan moral anak-anak serta gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibubapa. Ada surirumah yang terlalu taksub dengan media sosial sehingga lupa menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri seperti memasak, mengemas dan menjaga anak-anak. Begitu juga ayah yang lupa mengambil anak-anak disekolah atau membeli keperluan harian kerana terlalu leka dengan media sosial seperti tweeter dan facebook. Ironisnya apabila melihat perkembangan senario kekeluargaan zaman ini, ternyata penangan dan kesan teknologi komunikasi masa kini terlalu hebat melanda institusi kekeluargaan. Secara sedar atau tidak perkembangan teknologi yang dikatakan memudahkan kehidupan manusia berinteraksi dan berkomunikasi tanpa sempadan secara realitinya telah mula melonggarkan dan menjauhkan ikatan kekeluargaa. Ini kerana keluarga sudah tidak lagi mempunyai ruang untuk berbual bersama-sama, bergurau senda atau bercerita kisah suka duka mereka secara bersemuka atau interpersonal.

 Begitu juga mereka tidak punya masa bagi meluahkan kasih sayang dan merasakan sentuhan jiwa dan melihat ekspressi wajah yang meninggalkan kesan dalam hati tiap ahli keluarga. Masa terlalu banyak dihabiskan dengan mengakses informasi dihujung jari mereka dan berinteraksi dengan rakan secara maya. Segalanya dilakukan dalam talian dan ada yang beranggapan mereka ketinggalan zaman apabila gagal menghadirkan diri dalam talian atau tidak online setiap hati Jelas sekali teknologi terkini telah meragut masa-masa santai bersama keluarga bila setiap ahli keluarga `buat hal sendiri’ dan didalam dunia masing-masing yang secara tidak langsung menghanyutkan setiap ahli keluarga dalam lautan informasi tanpa sempadan. Ini yang dikatakan dekat tapi jauh.

 Justru bagi mengembalikan keharmonian kehidupan berkeluarga dizaman siber ini, ibu dan ayah perlu lebih bijak memantau kegunaan gadget baru dalam kehidupan anak-anak. Mereka iaitu ibubapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Melalui konsep kepimpinan melalui teladan ibubapa memainkan peranan penting sebagai role model yang baik dalam menunjukkan contoh terpuji menggunakan teknologi moden tanpa mengorbankan masa bersama dan mengamalkan interaksi interpersonal yang boleh memberi kesan terhadap jiwa dan perasaan anak-anak. Adakan satu waktu dimana seisi keluarga `berehat’ dari menggunakan gadget-gadget moden dan kembali berkomunikasi menggunakan konsep bersemuka. Selain itu sebagai `gatekeeper’ kepada anak-anak dalam menapis informasi dan mengawal perlakuan anak-anak, ibubapa mestilah meluangkan masa bersama anak-anak untuk waktu santai dan senggang bagi mendekatkan anak-anak dan memberi sentuhan peribadi yang amat berkesan dalam jiwa mereka.

 Saranan seterusnya jadikan hujung minggu hari bergotong royong seisi keluarga dan sesi mengemas dan membuang barang-barang lama untuk membersihkan kawasan rumah. Selain membuat aktiviti yang menyihatkan tubuh badan, saling berinteraksi sesama ahli keluarga kawasan dan dalaman rumah juga dapat dibersihkan. Mungkin belum terlambat untuk kita tunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga dengan kembali mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seperti yang pernah dilakukan oleh datuk nenek dan motang kita dulu. Amalkan konsep bersalaman dengan anak-anak dan ahli keluarga serta menjalankan kegiatan outdoor yang lebih menyihatkan tubuh badan. Tidak salah mengikuti perkembangan teknologi dunia moden tetapi berpada-padalah dalam apa juga yang kita lakukan. Setiap apa yang kita lakukan secara berlebihan dan taksub akan membawa kemudaratan. Semoga kita dapat menjadi masyarakat yang maju dan berakhlak mulia.

 Tamat...

KITA SEMUA AKAN MENJADI TUA

Setiap yang muda akan menjadi tua. Itu adalah hakikat kehidupan. Kita tidak boleh lari dari menjadi tua. Walau kita cuba pelbagai petua untuk menjadi awet muda, membuat pembedahan plastik, namun saat menjadi tua pasti akan tiba dan tidak ada siapa yang dapat lari dari menjadi tua. Setiap tahun 1 oktober  telah diisytiharkan sebagai Hari Warga Emas Sedunia bagi mengenang jasa orang lama yang telah banyak berkorban bagi masa depan generasi kini. Definisi mereka yang tergolong dalam warga emas adalah individu yang telah mencapai usia 60 tahun dan keatas.

Hari warga emas juga bukan sekadar memperingati orang lama yang menjadi teras masyarakat tetapi juga memberi kesedaran bahawa setiap manusia akan melalui saat menjadi tua dan persiapan tertentu perlu diambil untuk mempersiapkan diri mengharungi masa tua. Menurut Jabatan Statistik Malaysia jumlah golongan tua yang berusia lebih 60 tahun pada tahun 2013 dinegara kita  adalah seramai  , 2.573.7 ( 2.5 juta) dan bagi tahun 2014 bilangan mereka adalah 2.694.5 (2.7 juta). Malah menjelang tahun 2020 Jumlah warga emas di Malaysia dijangka mencecah 3.2 juta orang.

Pepatah Melayu menyebut” Yang muda disayangi yang tua dihormati” .Ungkapan ini membawa makna yang besar dalam proses sosialisasi manusia dimana golongan tua dan muda ini saling memerlukan dan saling hormat menghormati serta sayang menyayangi agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih harmoni dan sejahtera. Tiada yang tua tiada yang muda. Golongan tua punya pengalaman dan kepakaran tersendiri, kata pepatah lama “ mereka lebih dulu makan garam” dan telah merasa pahit manis kehidupan. Menghormati orang tua adalah juga antara adap dan nilai murni yang digariskan oleh budaya Melayu kita. Malah agama Islam juga memberi pesanan agar menghormati orang tua dan mengasihani mereka yang muda atau anak-anak kecil. Nabi pernah berpesan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani yang bermaksud” Bukanlah dari golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihani anak kecil kami”

Namun dalam zaman yang serba maju ini golongan tua turut terkesan dan mendapat tempias pembangunan apabila ramai golongan warga emas ini terabai dan terpinggir. Ada yang terpaksa tinggal seorang diri dikampung, kerana anak-anak sudah berhijrah dibandar dan ada juga anak-anak yang tidak mampu menyara kehidupan warga emas ini kerana masalah ekonomi. Wujudnya rumah perlindungan warga emas yang semakin banyak di dirikan serta pengabaian anak-anak terhadap ibubapa menunjukkan bahawa isu warga emas adalah satu fenomena yang memerlukan penyelesaian yang terbaik. Statistik  dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2012, mencatatkan seramai 2020 warga emas telah ditempatkan di rumah-rumah kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dari jumlah tersebut seramai 982 orang (48%) adalah orang Melayu Islam dan 19% dari jumlah kemasukan ke rumah kebajikan adalah kes-kes pengabaian serta dipinggir oleh keluarga sendiri. Manakala 26% berkaitan masalah penjagaan dan 3% berkaitan dengan masalah penderaan. Ada juga anak-anak yang berkemampuan turut menghantar ibubapa mereka ke pusat penjagaan warga emas kerana kekangan masa untuk menjaga golongan ini, serta masalah lain. Namun disebalik statistik yang diberikan JKM ini, masih ada golongan yang terbiar dan tidak termasuk dalam senarai statistik berkenaan dan masih hidup terpinggir dikampung dan dikawasan terpencil disekitar bandar.

Mungkin ada anak-anak yang mengatakan, adalah lebih selamat menghantar ibubapa yang uzur dan tua kepusat penjagaan kerana ibubapa mereka mendapat jagaan yang baik kerana mereka juga sibuk mencari rezeki untuk keluarga. Tidak dinafikan ada pusat penjagaan  yang memberi perkhidmatan yang baik, tetapi ada juga yang mengabaikan warga emas disitu sehingga jika melihat keadaan mereka sangatlah menyedihkan.

Sebenarnya apa yang ibubapa atau warga emas mahu diusia tua mereka hanyalah untuk menghabiskan masa bersama keluarga sementara ada sisa usia. Jika boleh anak-anak digalakkan menjaga ibubapa yang tua dan uzur dan tidak menghantar mereka kepusat jagaan yang adakalanya belum tentu dapat menjaga mereka dengan baik. Pelbagai kisah penderaan orang tua kita dengar dimedia massa. Sudahlah mereka tidak berdaya, dipinggirkan keluarga dan turut didera. Bayangkan jika kita berada dalam keadaan mereka. Oleh yang demikian, carilah alternatif untuk menjaga kedua ibubapa yang telah tua dan uzur, agar mereka dapat menghabiskan sisa usia dalam keadaan yang lebih tenang dan bahagia.

Pesanan bagi mereka yang sedang menuju kearah zaman tua, jagalah kesihatan diri dan sentiasa berfikiran positif, bersikap terbuka, senang didekati  serta teruskan usaha menyumbang apa juga tenaga dan idea untuk kepentingan generasi masa depan. Jika kita sihat dan sentiasa bekerja, ia membantu kita melalui zaman tua dengan lebih baik dan memudahkan orang lain menjaga kita terutama anak-anak dan cucu.

Natijahnya menjadi tua adalah pasti, proses penuaan juga adalah proses semulajadi yang akan dilalui oleh semua orang. Kehidupan ini juga satu putaran. Jika kita berbuat baik pada kedua orang tua kita, memberi contoh yang baik pada anak-anak, pasti mereka juga akan berbuat baik pada kita. Apa yang penting, jaga kesihatan sejak muda, kerana kesihatan adalah asset yang sangat penting untuk meneruskan hidup yang lebih berkualiti apabila kita tua nanti. Semoga kita dapat menghadapi usia tua dengan lebih tenang dan gemilang.

Tamat.

Monday 15 February 2016

Contoh Soalan KBKK SPM Tingkatan 4



BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kemajuan tamadun agama, bangsa dan negara Malaysia yang kita kecapi hari ini.

F1 Mematuhi ajaran agama
F2 Mengukuhkan semangat cinta negara
F3 Mengamalkan budaya bangsa
F4 Mengeratkan perpaduan bangsa
F5 Memelihara jati diri
F6 Menguasai ilmu pengetahuan
F7 Menguasai segala bidang kemahiran
F8 Menghindari budaya negatif
F9 Mana-mana jawapan munasabah

2. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat tamadun awal dalam membina negara kota dan bandar. 

F1 Mempunyai organisasi tersusun
F2 Pemerintahan stabil
F3 Ekonomi maju
F4 Pengkhususan kerja
F5 Mempunyai ilmu
F6 Kemajuan tulisan
F7 Ada undang-undang
F8 Kuat berusaha
F9 Inovasi
F10 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah sumbangan penting tamadun awal manusia dalam bidang pertanian kepada masyarakat hari ini?
F1 Memperkenalkan sistem pengairan
F2 Menggunakan pengetahuan matematik dalam pertanian
F3 Memperkenalkan alat pertanian daripada besi
F4 Menggunakan cangkul
F5 Sabit
F6 Teknologi pembajakan
F7 Kaedah batas untuk tanaman
F8 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pencapaian tamadun ulung dunia seperti Yunani, Rom, India dan China, bagaimanakah kita boleh memajukan negara kita setaraf dengan negara maju hari ini?
F1 Pemerintahan stabil - demokrasi
F2 Perundangan adil - Hukum Kanun 12
F3 Ekonomi maju
F4 Pertanian
F5 Perdagangan
F6 Perusahaaan
F7 Pendidikan
F8 Sains Teknologi
F9 Seni bina maju
F10 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap negara demokrasi hari ini, apakah tujuan negara tersebut menjalankan pilihanraya?

F1 Rakyat memilih wakil
F2 Kerajaan ditadbir wakil yang dipilih pilihan raya
F3 Kerajaan rakyat oleh rakyat untuk rakyat
F4 Rakyat membuat keputusan politik
F5 Memilih pemimpin adil
F6 Pemimpin yang diterima majoriti
F7 Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin negara yang mengamalkan sistem demokrasi?
F1 Jujur
F2 Adil
F3 Telus
F4 Ada ilmu mentadbir
F5 Tidak rasuah
F6 Bijak mentadbir
F7 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan agraria dan maritim saling bergantung antara satu sama lain?

F1 Tenaga kerja
F2 Bekalan beras
F3 Barangan mewah
F4 Tembikar/gelas dan manik dari China/tekstil dari India
F5 Bahan mentah/ hasil hutan
F6 Kenderaan/ gajah
F7 Kayu untuk membuat kapal
F8 Tukang kayu dan tukang batu
F9 untuk menjaga kebajikan rakyat jelata
F10 Keperluan perdagangan/jual beli/barter
F11 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, bagaimanakah masyarakat Asia Tenggara dapat membentuk kehidupan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakatnya?

F1 Ekonomi saling bergantung
F2 Taat pemerintah
F3 Struktur masyarakat teratur
F4 Taat kepada agama Hindu/Buddha
F5 Mencintai seni seperti candi
F6 Melalui karya sastera
F7 Berbahasa Sanskrit
F8 Tolong menolong
F9 Berfikiran terbuka
F10 Bersatu padu
F11 Hormat
F12 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pencapaian masyarakat awal Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan kepada masyarakat hari ini?

F1 Kerajaan stabil
F2 Ekonomi maju
F3 Pertanian – padi
F4 Perdagangan
F5 Pengairan
F6 Taat kepada agama
F7 Pemerintahan
F8 Kesenian
F9 Kesusasteraan
F10 Bahasa Sanskrit
F11 Semangat cekal
F12 Berdikari
F13 Rajin berusaha
F14 Tidak putus asa
F15 Mahir ilmu pelayaran
F16 Berani belayar
F17 Semangat meneroka
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
1. Pada pandangan anda, apakah kesan amalan jahiliyah ke atas masyarakat Arab yang hidup dalam kesesatan?

F1 Perpaduan kaum luntur
F2 Hilang nilai kemanusiaan
F3 Tiada keadilan sosial
F4 Keselamatan terancam
F5 Institusi keluarga runtuh
F6 Penindasan ekonomi
F7 Peperangan
F8 Pegangan agama semakin longgar
F9 Wanita tertindas
F10 Mana-mana jawapan munasabah

2. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan diri daripada berlakunya peperangan dan perbalahan sebagaimana yang sering berlaku ke atas masyarakat Arab Jahiliyah?
F1 Berakhlak mulia
F2 Bertolak ansur
F3 Kepimpinan melalui teladan
F4 Menghormati hak asasi
F5 Mengelakkan isu-isu sensitif
F6 Bekerjasama
F7 Amalan bersaudara
F8 Bersikap jujur
F9 Hormat agama lain
F10 Mana-mana jawapan munasabah

3. Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada sifat dan keperibadian mulia Nabi Muhammad s.a.w.?
F1 4 sifat terpuji
F2 Al Amin
F3 Kepimpinan
F4 Ketua keluarga
F5 Keagamaan
F6 Pengampun
F7 Ketabahan
F8 Kebijaksanaan
F9 Kesabaran
F10 Mana-mana jawapan munasabah

4. Apakah ikhtibar yang boleh diambil daripada peristiwa penentangan orang Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam?

F1 Bijak mengatur strategi
F2 Mempertahankan akidah
F3 Kesabaran
F4 Pengorbanan
F5 Mempertahankan kebenaran
F6 Islam bersaudara
F7 Tidak bermusuh
F8 Jangan berdendam
F9 Tabah
F10 Penyebaran Islam diteruskan
F11 Tidak berputus asa
F12 Memohon pertolongan Allah
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
1. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perjanjian Madinah dalam membentuk masyarakat Malaysia yang aman dan bersatu padu?

F1 Permuafakatan
F2 Toleransi antara kaum
F3 Mengutamakan keamanan
F4 Kebijaksanaan dalam kepimpinan
F5 Menghindari sifat dendam
F6 Kebebasan beragama
F7 Hak orang Islam
F8 Hak bukan Islam
F9 Islam bersaudara
F10 Mana-mana jawapan munasabah

2. Pada pandangan anda, mengapakah perang perlu dilakukan ke atas musuh walaupun ia boleh membawa kepada kematian dan kemusnahan?

F1 Mempertahankan diri
F2 Menjaga keamanan negara
F3 Mempertahankan agama
F4 Menentang kezaliman
F5 Menegakkan akidah
F6 Menjaga maruah
F7 Pencabulan perjanjian
F8 Mana-mana jawapan munasabah

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
1. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan kerajaan yang dipimpin oleh Khalifah Islam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang? 
F1 Khalifah berwibawa
F2 Perancangan rapi
F3 Sedia melaksana pembaharuan
F4 Berwawasan
F5 Musyawarah
F6 Mengikut hukum Islam
F7 Kemajuan ilmu
F8 Kemajuan ekonomi
F9 Kemajuan sosial
F10 Kekuatan tentera
F11 Perkembangan pendidikan
Mana-mana jawapan munasabah

2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada kerajaan khalifah Islam dalam memperkukuhkan kedaulatan negara Malaysia?

F1 Akidah kukuh
F2 Cinta negara
F3 Berilmu
F4 Tolak ansur
F5 berdisiplin/bermoral
F6 Semangat patriotisme
F7 menghormati tokoh-tokoh dan pejuang
F8 Semangat jihad
F9 Memperkukuhkan ketenteraan negara
F10 Berkorban untuk negara
F11 Senjata berteknologi
F12 Perpaduan kaum
Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai kemajuan ilmu pengetahuan zaman kegemilangan Islam, bagaimanakah kita boleh memajukan bidang pendidikan kita hari ini?

F1 Mencari ilmu hukumnya wajib
F2 Mencintai pengetahuan
F3 Membina universiti
F4 Pelbagai jurusan
F5 Berdisiplin
F6 Menterjemah
F7 Membawa masuk karya asing
F8 Aktiviti penyelidikan
F9 Mengukuhkan ekonomi
F10 Pendidikan untuk semua
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA
1. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada usaha menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara? 
F1 Wajib kepada semua umat Islam
F2 Islam merata dunia
F3 Islam istimewa
F4 Sebar cara aman
F5 Tiada paksaan
F6 Musuh Islam ditentang
F7 Raja menerima baik Islam
F8 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah unsur-unsur Islam boleh membawa kepada kemajuan masyarakat Asia Tenggara? 

F1 Kewajipan kepada agama Islam
F2 Pendidikan wajib
F3 Karya Islam dicontohi
F4 Cara hidup Islam – aurat
F5 Islam bersaudara
F6 Saling membantu
F7 Zakat
F8 Sedekah
F9 Jimat cermat
F10 Menyayangi
Mana-mana jawapan munasabah

3. Pada pandangan anda, apakah unsur-unsur Islam yang boleh memajukan ekonomi masyarakat hari ini?

F1 Rajin bekerja
F2 Jujur
F3 Bersungguh-sungguh
F4 Sistem timbang/sukat yang adil
F5 Menghindarkan riba
F6 Mencari rezeki yang halal
F7 Bersedekah/berzakat
F8 Berjimat cermat/tidak boros
F9 Tidak mengemis
F10 Tidak penipuan dan penindasan
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
1. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah unsur-unsur Islam yang telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Melayu selepas mereka memeluk agama Islam? 
F1 Khalifah Islam
F2 Nasihat ulama
F3 Undang-undang syariah
F4 Pendidikan agama
F5 Tulisan jawi
F6 Seni Khat
F7 Menolak mungkar
F8 Menghindar dosa
F9 Mencari pahla
F10 Halal haram
Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pandangan anda, bagaimanakah Islam telah memajukan taraf pendidikan orang Melayu di negara kita? 
F1 Menuntut ilmu wajib
F2 Pendidikan Al Quran/Muqaddam
F3 Istana pusat pengajian Islam
F4 Kitab seperti Tasawuf
F5 Cerita hikayat seperti Amir Hamzah
F6 Ilmu fardhu ain
F7 Pendidikan madrasah
F8 Pengenalan tulisan jawi
F9 Mencintai ilmu
F10 Kedatangan ulama
Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengaruh kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah, Abasiyah dan Uthmaniyah dalam sistem pemerintahan dan perundangan kerajaan Kesultanan Melayu? 

F1 Konsep Sultan
F2 Dibantu ulama
F3 Khalifatul Mukminin
F4 Undang-undang syariah
F5 Hukum jenayah
F6 Hukum faraid
F7 Perlantikan raja baiah
F8 Mazhab Shafie
F9 Undang-undang keluarga Islam
F10 Amanah dalam pekerjaan
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah negara kita boleh menghindari daripada kehidupan mundur seperti yang berlaku dalam Zaman Gelap di Eropah.
F1 Politik kekal stabil
F2 Kebajikan rakyat
F3 Keamanan dijaga
F4 Agama dijaga
F5 Elak perpecahan
F6 Ekonomi stabil
F7 Utama pendidikan
F8 Elak campurtangan luar
F9 Majukan perdagangan
F10 Kemajuan teknologi
Mana-mana jawapan munasabah
2. Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam pemerintahan Kesultanan Melayu? 
F1 Golongan pemerintah ( raja )
F2 Golongan yang diperintah (rakyat )
F3 Golongan hamba
F4 Raja mutlak
F5 Pentadbiran dibantu pembesar
F6 Raja mengurniakan tanah kepada pembesar
F7 Pembesar dinaungi raja
F8 Pembesar memberi khidmat kepada Raja
F9 Cukai kepada Raja
F10 Hamba memberi khidmat kepada pembesar
Mana-mana jawapan munasabah

3. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Reformation yang berlaku di Eropah.
F1 Agama diseleweng
F2 Berpegang kepada ajaran agama
F3 Elak rasuah
F4 Sikap bertoleransi
F5 Tidak fanatik
F6 Berlaku adil
F7 Jangan menindas
F8 Mana-mana jawapan munasabah

4. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Renaissance yang berlaku di Eropah.

F1 Semangat inkuiri.
F2 Mendalami ilmu
F3 Sedia berubah
F4 Perubahan gaya hidup masyarakat
F5 Perkembangan intelektual.
F6 Yakin diri
F7 Perdagangan maju
F8 Ilmu baru diteroka
F9 Mencari kebenaran
F10 Mana-mana jawapan munasabah

5. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada aktiviti penjelajahan dan penerokaan masyarakat Eropah.
F1 Sikap berani
F2 Semangat meneroka
F3 Keyakinan diri
F4 Semangat ingin tahu
F5 Meluaskan pengetahuan
F6 Suka meneroka ilmu
F7 Semangat gigih berusaha
F8 Sanggup menghadapi risiko
F9 Kecekalan
F10 Tidak mudah putus asa
Mana-mana jawapan munasabah

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan peningkatan jumlah penduduk imigran Cina dan India di Tanah Melayu.
F1 Masyarakat majmuk
F2 Petempatan berbeza
F3 Jenis pekerjaan
F4 Bahasa berbeza
F5 Interaksi kaum
F6 Perpaduan kaum
F7 Pendidikan
F8 Taraf hidup beza
F9 Mana-mana jawapan munasabah

2. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kesan pengenalan ekonomi moden ketika Pemerintahan British kepada masyarakat Melayu?
F1 Miskin
F2 Jual tanah
F3 Bertani
F4 Tiada kemudahan
F5 Pengangkutan
F6 Terpinggir
F7 Tradisional
F8 Taraf hidup beza
F9 Mana-mana jawapan munasabah

3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan Undang-Undang British berkaitan ekonomi khasnya tanah kepada masyarakat Melayu?
F1 Mengelakkan tanah milik orang Melayu diceroboh
F2 Tanah menjadi berharga/komersial
F3 Perlu mendapat kebenaran pejabat tanah
F4 Ekonomi wang dalam kalangan orang Melayu
F5 Urusan jual beli / barang dibayar dengan wang
F6 Orang Melayu meminjam wang daripada orang tengah
F7 Terpaksa menjual tanah untuk membayar hutang
F8 Orang Melayu dibiarkan dalam pertanian tradisional
F9 Pelbagai cukai diperkenalkan
F10 Mana-mana jawapan munasabah





SEMOGA PELAJAR TINGKATAN 4 DAN 5 SM TEKNIK TERENGGANU MEMANFAATKANNYA...INSYAALLAH.

SOALAN LATIHAN KBKK SEJARAH TINGKATAN 4

SOALAN LATIHAN KBKK SEJARAH TINGKATAN 4


TINGKATAN 4
BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN  AWAL MANUSIA
1.   1. Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kemajuan tamadun agama, bangsa dan negara Malaysia yang kita kecapi hari ini.
2.   Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat tamadun awal dalam membina negara kota dan bandar.

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN
  1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai pencapaian tamadun ulung dunia seperti Yunani, Rom, India dan China, bagaimanakah kita boleh memajukan negara kita setaraf dengan negara maju hari ini?
  2. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap negara demokrasi hari ini, apakah tujuan negara tersebut menjalankan pilihanrayanya?
  3. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin negara yang mengamalkan sistem demokrasi?
BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
  1. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah kerajaan agrarian dan maritime saling bergantung antara satu sama lain?
  2. Pada pandangan anda, bagaimanakah masyarakat Asia Tenggara dapat membentuk kehidupan yang aman dan harmoni dalam kalangan masyarakatnya?
  3. Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan pencapaian masyarakat awal Asia Tenggara yang menjadi kebanggan kepada masyarakat hari ini?
BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
  1. Pada pandangan anda, apakah kesan amalan jahiliyah ke atas masyarakat Arab yang hidup dalam kesesatan?
  2. Bagaimanakah kita boleh mengelakkan dri daripada berlakunya peperangan dan perbalahan sebagaimana yang sering berlaku ke atas masyarakat Arab Jahiliyah?
  3. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada sifat dan keperibadian mulia Nabi Muhammad s.a.w?
  4. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penentangan orang Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam?
BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
  1. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perjanjian Madinah dalam membentuk masyarakat Malaysia yang aman dan bersatu padu?
  2. Pada pandangan anda, mengapakah perang perlu dilakukan ke atas musuh walaupun ia boleh membawa kepada kematian dan kemusnahan?
BAB 6:  PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
  1. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor  yang menyebabkan kerajaan yang dipimpin oleh khalifah Islam mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang?
  2. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada kerajaan khalifah Islam dalam memperkukuh kedaulatan negara Malaysia?
  3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengenai kemajuan ilmu pengetahuan pada zaman kegemilangan Islam, bagaimanakah kita boleh memajukan lagi bidang pendidikan kita pada hari ini?
BAB 7:  ISLAM DI ASIA TENGGARA
  1. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada usaha menyebarkan agama Islam di Asia Tenggara.
  2. Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah unsur-unsur Islam boleh membawa kepada kemajuan masyarakat Asia Tenggara?
BAB 8:  PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT
  1. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah unsur-unsur Islam yang telah mengubah pemikiran dan cara hidup masyarakat Melayu selepas mereka memeluk Islam?
  2. Pada pandangan anda, bagaimanakah Islam telah memajkan taraf pendidikan orang Melayu di negara kita?
  3. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengaruh kerajaan Islam seperti Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Utmaniyah dalam sistem pemerintahan dan perundangan kerajaaj Kesultanan Melayu?
BAB 9:  PERKEMBANGAN DI EROPAH
  1. Pada pendapat anda,bagaimanakah negara kita boleh menghindari daripada kehidupan mundur seperti yang berlaku dalam Zaman Gelap di Eropah.
  2. Pada pengetahuan sejarah anda,mengapakah sistem feudalism di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalism yang terdapat dalam pemerintahan Kesultanan Melayu?
  3. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Reformation yang berlaku di Eropah.
  4. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada Zaman Renaissance yang berlaku di Eropah.
  5. Jelaskan iktibar yang dapat anda pelajari daripada aktiviti penjelajahan dan penerokaan masyarakat Eropah.
BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

1.    Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah kesan peningkatan jumlah penduduk imigran Cina dan India di Tanah Melayu.
2.    Berdasarkan pengetahuan anda,apakah kesan pengenalan ekonomi moden ketika pemerintahan British kepada masyarakat Melayu?

NOTA SEJARAH BAB 10 TINGKATAN 4

NOTA SEJARAH BAB 10 TINGKATAN 4

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.  

( 1 ) Perkembangan aktiviti ekonomi sebelum dan semasa pemerintahan British.

1. Contoh ekonomi sara diri – melombong, cucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan.
2. Pengeluaran skala kecil, teknologi mudah, modal yang kecil,buruh yang terhad dan pasaran kecil.
3. Lebihan pengeluaran – untuk tujuan kenduri, zakat, sedekah, hadiah.
4. Padi pula disimpan untuk bekalan hingga musim berikutnya.
5. Tanaman lain – ubi, pisang, kelapa.
6. Ternakan – ayam, itik, lembu untuk keluarga.
7. Teknologi mudah – penanaman padi seperti tajak, cangkul, tugal,tenggala.
8. Sistem pengairan mudah – sungai dan hujan.
9. Menangkap ikan – mengail, bubu, jala.
b) Ekonomi dagangan.
1. Pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran.
2. Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar, pemasaran lebih luas.
3. Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun, India.
4. Bijih timah juga dibuat gendang gangsa, senjata, alat muzik.
5. Kaedah melombong dengan mendulang – diusahakan oleh pembesar seperti Long Jaafar, dan Ngah Ibrahim
6. Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan.
7. Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi) iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya.
8. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.
c) Sistem pertanian komersial.
1. Pertanian komersial berasaskan kepaa eksport dan menjadi penyumbang utama kerajaan.
2. Contohnya pertanian komersial ialah ubi kayu, lada hitam, tebu.
3. Maharaja Abu Bakar telah menanam gambir dan lada hitam melalui sistem Kangchu.
4. Pemodal China dan Eropah menuasai pertanian komersial kerana mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.
5. Pemodal British telah menguasai getah, pemodal China pulaa menguasai gambir dan lada hitam.
6. Pada masa ini, masyarakat Melayu menjalankan ekonomi sara diri.
d) Perkembangan perusahaan getah.
1. Getah digunakan ketika revolusi Industri dalam industri kereta, maka getah ditanam di Tanah Melayu.
2. pada mulanya, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low, Perak sebagai tanaman hiasan.
3. H.N Ridly (Pengarah Botanical Garden Singapura) mempromosi tanaman getah dengan memberi benih percuma kepada peladang.
4. Beliau juga menemui sistem menoreh ibidem (Cara tulang ikan hring) yang tidak merosakkan pokok.
5. Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik.
6. Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di London membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie, Sime Darby.
7. Dasar galakan British kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada pengusaha getah.
8. Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan atau pusat pentadbiran telah memudahkan pengusaha (golongan komprador).
9. British juga membawa masuk pekerja India Selatan bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.
e) Kejatuhan perusahaan getah.
1. Kemerosotan perusahaan getah berlaku ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929 – 1932).
2. Ini bermakna ekonomi Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan ekonomi dunia.
3. Industri getah pulih semula pda tahun 1934 kerana pertambahan permintaan dan kawalan negara pengeluar.
4. Rancangan sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan harga getah jatuh. Prinsip rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar agar harga naik.
f) Perkembangan industri perlombongan.
1. galian Tanah Melayu – contohnya bijih timah, emas, besi, arang batu, bauskit, antimoni.
2. Bijih timah dan emas ialah galian terawal diperdagangkan yang diusahakan secara kecil – kecilan oleh orang Melayu.
3. Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besaringga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu.
4. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka perlu mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh pembesar melayu.
5. Kedatangan pemodal Eropah telah menghentikan penguasaan pembesar Melayu ini.
6. Kedatangan pemodal ini berjaya menyaingi pengusaha China kerana mereka menguasai kapal korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar – besaran. Mereka berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh.
7. Kerajaan penjajah british juga telah meluluskan enakmen dan undang – undang yang mewujudkan penguasaan pengusaha Eropah.
8. Terdapat juga pembesar melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri Negeri Selat kerana ketiadaan modal.
9. Tanah Melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga Perang Dunia Kedua.
g) Pengusaha tenaga buruh China.
1. Kedatangan buruh ini mendapat galakan British dan tidak ditentang oleh orang Melayu.
2. Buruh China datang dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.
3. Kedatangan mereka ini untuk bekerja dilombong bijih timah.
4. Buruh China datang dengan cara sistem kredit, sebelum ke Tanah Melayu mereka dikumpul di kampung mereka di China oleh Kheh thau (ketua).
5. Bakal imigran ini dikenali sebagai kin kheh. Ketua ini akan mendapat upah wang bafi setiap sin kheh.
6. Seterusnya sin kheh dikawal oleh nakhoda kapal atau agensi buruh terlebih dulu telah mendapat bayaran daripada bakal majikan sin kheh.
7. Kemudiannya sin kheh perlu membuat perjanjian secara bertulis atau lisan membayar hutang (kos kedatangan ke Tanah Melayu) dengan cara bekerja di bawah bakal majikan berkenaan dalam jangka waktu tertentu.
8. Mereka akan diberikan tiket yang menyatakan pelabuhan yang perlu dituju, di pelabuhan mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang menjadi orang tengah bagi mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu.
9. Kemudian jawatan pegawai pelindung buruh dan imigran dari China diwujudkan, mereka akan mengawasi kemasukan buruh dan imigran China ini.
10. Selepas itu sistem tiket kredit dignti dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.
11. Melalui sistem pengambilan kakitangan ini majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China. Tambang dan pembiayaan buruh akan ditanggung oleh majikan. Pegawai berkenaan akan mengiringi buruh – buruh hingga ke tempat majikan.
12. Melalui sistem pengambilan rumah kongsi pula, pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di negara china yang dilantik oleh rumah kongsi. Pegawai tersebut akan menanggung kos membawa buruh hingga ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Setelah buruh diserahkan pegawai dari China tersebut akan mendapat sejumlah bayaran tertentu.
13. Di Sarawak, imigran keturunan China Foochow secara berkumpulan dibenarkan masuk melalui persetujuan Charles Brooke dan Wong Nai Siong 9ketua Foochow di Sibu). Mereka ini akan menjadi buruh gambir dan lada hitam.
h) Penggunaan tenaga buruh India.
1. Buruh India datang untuk bekerja di ladang – ladang getah.
2. Kedatangan mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi dengan Tanah Melayu.
3. Kemasukan buruh India melalui sistem buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani.
4. Melalui sisitem buruh bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan tertentu. Di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan mereka.
5. Melalui sistem kontrak, majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan buruh India ini akan bekerja dalam tempoh masa tertentu ( 1-3 tahun) dengan gaji minimum dianggap 9 –13 sen sehari. Sistem ini amat menindas dan dianggap perhambaan tidak ketara. Sistem ini digantikan dengan sistem kangany.
6. Kangany bermaksud ketua, tandil atau mandur.
7. Kangany diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya akan ke India mencari tenaga buruh. Kangany diberi wang pendahuluan untuk membiayai kos buruh hingga ke Tanah Melayu.
8. Kangany kemudiannya dijadikan pengurus agensi membawa masuk buruh dan akhirnya sistem ini diharamkan kerana adanya penyelewengan.
i) Penggunaan mata wang.
1. Zaman Muzzaffar Syah Melaka – contoh wang emas, perak dan timah yang digunakan untuk urusan perniagaan.
2. Di negeri lain – dinar emas( Kelantan ), kupang emas ( Terengganu ), jongkong tampang ( Pahang ).
3. Pedagang Eropah membawa mata wang asing contohnya mata wang perak Sepanyolyang digunakan di Negeri – Negeri Selat dan Negeri – Negeri Melayu.
4. Kemudiannya kerajaan British mengeluarkan wang kertas bagi Negeri – Negeri Selat dibawah Lembaga Pesuruhjaya Wang, wang ini sahaja yang sah digunakan ketika itu dan wang kerajaan Melayu kian pupus.
j) Institusi kewangan atau perbankan.
1. Institusi kewangan berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan industri bijih timah dan getah.
2. Bank memperkenalkan kaedah baru yang berorientasikan keuntungan berasaskan kadar faedah yang tinggi.
3. Bank telah menyebabkan dana luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat.
4. Bank telah bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport dan melicinkan perdagangan antarabangsa.
5. Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank.
6. Selepas Perjanjian Pangkor wujud banyak bank lain seperti The Chartered Bank, Hong Kong dan Shanghai Bank.
7. Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah.
8. Pedagang tempatan mendapat perkhidmatan bank Eropah melalaui Komprador (orang tengah) yang terdiri daripada orang tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank untuk menjadi penaja kepada peminjam.
9. Bank tempatan pertana ialah Kwong Yik Bank di Kuala Lumpur, Bank of Malaya di Ipoh, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
10. Di Sarawak – Kwong Lee Bank, Ban Chiang Bank.
11. Bank orang melayu pertama – Malay National Banking Corporation Bhd.
k) Perkembangan perkhidmatan insurans.
1. Antara insurans penting ialah insurans maritim, kebakaran, hatrra, perniagaan, kemalangan dan nyawa.
2. Insurans maritim – melindungi dagangan dan kapal pedagang.
3. Insurans kebakaran – penting kerana kebakaran kerap berlaku contohnya kebakaran hampir seluruh Kuala Lumpur tahun 1892.
4. Peringkat awal syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan syarikat beribu pejabat di luar negara – contohnya Boustead and Company England.
5. Syarikat insurans tempatan contohnya Straits Insurance Limited di Singapura.
6. Kerajaan British juga telah mengasingkan insurans nyawa daripada insurans kebakaran.
(2) Dasar – dasar pertanian British.  
a) Dasar – dasar pertanian British.
1. Orang melayu diperkenalkan oleh British dengan tananam yang memepunyai pasaran seperti kopi, tembakau, getah.
2. British telah mengkomersialkan tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
3. Tenaga buruh China dan India digunakan untuk memajukan lagi sector perladangan.
4. Undang – undang pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh British, bertujuan untuk melindungi tanah orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing. Tetapi beberapa daripada aspek undang – undang ada yang menindas orang Melayu.
b) Pengenalan undang – undang berhubung tanah.
1. Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.
2. Rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British.
3. Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah.
4. Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.
5. Undang- undangan tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanun Tanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai Ujong.
6. Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, pribumi dan perlombongan.
7. Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki.
c) Kesan pengenalan undang – undang tanah British.
1. Permohonan kebenaran mendapatkan tanah sama ada syarikat atau individu didapati daripada Pejabat Tanah dan bukan dari pembesar Melayu lagi.
2. Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan.
3. Bermakna kuasa residen negeri amat besar untuk menentukan tanah yang boleh diberikan kepada pemodal.
4. Kelulusan tanah pula bergantung kepada modal, teknologi dan bilangan buruh yang akan digunakan.
5. Dasar tanah British juga membawa kepada perkembangan ekonomi wang. Di mana cukai, jual, beli, sewa ke atas tanah perlu menggunakan wang. Mamalh orang Melayu perlu membayar cukai hasil hutan dalam bentuk wang.
6. Kesannya orang Melayu yang tiada wang meminjam daripada orang tengah dan kemudiannya menyelesaikan menjual tanah untuk menyelesaikan hutang mereka.
d) Undang – undang melindungi tanah bumiputra.
1. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik Melayu berpindah kepada orang asing.
2. Residen berhak mengisytiharkan mana – mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik.
3. TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajajh, contohnya TSm tidak boleh diusahakan tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.
4. Land Order di Sarawak diperkenalkan bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China.
5. Di sini jaga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh.
6. Di Sarawak pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan, bagi mengelakkan pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.
7. Land Order Sarawak seterusnya membhagikan tanah kepada 3 kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman.
8. Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi.
9. Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungi Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah.
10. Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing.
e) Dasar British terhadap pekebun kecil getah.
1. Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
2. Maka Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk mrnghalang tanaman getah ditanam di kawasan tanaman padi, sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam penanaman padi.
3. halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk tanaman getah.
4. Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.
5. Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil – kecilan tidak mendatangkan kebimbangan kepada pengusaha Eropah.
6. Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, British terpaksa melindungi pengusaha Eropah.
7. Antaranya dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar.
8. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pula memberi kuota lebih tinggi kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah.
9. Tanaman getah yang banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding tanaman padi.
10. Oleh itu, orang Melayu tidak berminat mengusahakan tanaman padi.
f) Dasar tanaman padi.
1. Minat orang Melayu kepada getah berbanding padi membimbangkan British kerana Tanah Melayu terpaksa mengimport beras dari Thailand, Myamnar, Indo-China.
2. Bekalan import beras ini tidak terjamin, contohnya ketika berlaku kekurangan pengeluaran beras di Myanmar.
3. Maka petani tidak dibenarkan menaman padi di tanah sawah.
4. British menubuhkan Jabatan Parit, dan Tali Air bagi memperbaiki sistem peparitan dan membantu tanaman padi.
5. Ini membuktikan bahawa British tidak memberi perhatian kepada kemajuan ekonomi orang Melayu.
(3) Kesan – kesan dasar ekonomi British.
a) Perkembangan pembandaran.
1. Pembandaran bermaksud perubahan pekan kecil atau kampung kepada bandar hasil pertambahan fungsi dan kegiatan ekonomi.
2. Pembandaran lebih cepat berlaku dikawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
3. Pekan di kawasan perlombongan biasanya mempunyai penduduk yang kian bertambah, menjadi pusat mengumpul hasil lombong, pusat mendapatkan keperluan harian.
4. Pekan ini kemudiannya menjadi bandar yang menjadi pusat pentadbiran, perbankan seperti Kuala Lumpur, Taiping.
5. Bandar Miri pula berkembang kerana adanya petroleum.
6. Bandar baru muncul ini menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan, pentadbiran.
7. Bandar ini lengkap dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan.
8. Bandar – bandar ini kebanyakkanya didiami oleh orang China, sebaliknya orang Melayu dan India menetap di luar bandar.
9. Bandar baru pesat kerana adanya kemajuan pengangkutan dan mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api.
10. Hasil getah dan bijih timah turut mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang.
11. Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam.
12. walau bagaimanapun kemudahan infrastuktur ketika pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu.
b) Pembentukan masyarakat berbilang kaum.
1. Kedatangan imigran China dan India kerana keperluan tenaga manusia khasnya perlombongan dan perladangan.
2. Kedatangan imigran yang berlipat kali ganda banyaknya ketika British telah membentuk masyarakat berbilang kaum di tanah Melayu.
3. Semasa British petempatan dan kegiatan ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani di luar bandar, Cina berniaga dan melombong di bandar dan kawasan perlombongan. India menoreh getah di ladang.
4. Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing – masing.
5. Pada masa ini tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum.
c) Perkembangan sistem pendidikan vernakular.
1. Sistem ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dan tidak memupuk perpaduan kaum.
2. Pendidikan Melayu tradisional – mempelajari al- Quran, bahasa Arab, ilmu agama, membaca, menulis dan mengira di surau, masjid dan sekolah pondok.
3. Sekolah melayu – contohnya di Singapura, Seberang Prai, Kuala kangsar yang dijalankan di peringkat rendah sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapanya.
4. Maktab Perguruan Sultan Idris – melatih guru Sekolah Melayu.
5. Kolej Melayu Kuala Kangsar – sekolah untuk golongan elit Melayu.
6. Sekolah Tamil – disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang membiayai sekolah di ladang. Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil.
7. Sekolah Cina – dibiayai oleh saudagar dari China. Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China) dan menggunakan dialek cina masing – masing. Selepas adanya pengaruh komunis British mengawal sekolah ini.
8. Sekolah Inggeris – peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela. Sekolah ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya di kalangan orang atasan. Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England.
9. Universiti Malaya – diusahakan oleh British di Singapura tetapi agak lewat.
d) Perkembangan sektor perkilangan.
1. Pada awalnya British terlalu menumpukan kepada eksport getah dan bijih timah, hampir semua barangan kilang diimport.
2. Barangan kilang yang diimport seperti pakaian telah bersaing hebat dengan perkilangan tradisional tempatan seperti batik, sutera.
3. Kasut getah - contohnya kilang Syarikat Fung Keong dan Syarikat Bata di Klang.
4. Kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah – Syarikat United Engineers.
5. Kilang mengetin nanas – diusahakan oleh bangsa Perancis di Johor.
6. Sektor ini dikuasai oleh pengusaha Eropah dan Cina, sementara orang Melayu tercicir.
e) Sistem pengangkutan dan perhubungan.
1. Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port eld, Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swettenham.
2. Jalan kereta api turut dihubungkan dari Seberang Perai hingga ke sempadan Siam.
3. Kemudiannya ke pantai timur dari gemas, Pahang, Kelantan ke sempadan Siam.
4. Seterusnya disambung ke selatan hingga ke Singapura.
5. Pengangkutan kereta api juga menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah.
6. Kereta api juga dapat membawa muatan yang banyak.
7. Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya.
8. Jalan raya terus berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan.
9. Beberapa rangkaian jalan raya disiapkan, contohnya dari Seberang Prai ke Melaka, Perlis ke Singapura, Kuala Lumpur ke Kuantan.
10. Sistem perhubungan – contohnya telegraf, telefon, pos.
11. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan di Pantai Timur Tengah Melayu ketinggalan kerana kurangnya pembangunan ekonomi.
f) Perkhidmatan kesihatan.
1. Kedatangan imigran menyebabkan kesesakkan penduduk dan berlaku pelbagai penyakit berjangkit kerana temapt tinggal yang kotor dan air yang tidak bersih.
2. Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur.
3. Pusat perubatan pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur.
4. Pusat perubatan kecil pula di Pahang dan Negeri Sembilan.
5. Hospital di Sabah – Jesselton, Sandakan, Tawau.
6. Perkhidmatan perubatan di Sarawak di Kuching dan pusat perubatan kecil di Sibu dan Sri Aman.
7. Hospital swasta – contohnya Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur memberi khidmat khasnya kepada pelombong.
8. Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur – mengkaji punca penyakit dan langkah – langkah pencegahannya.
9. Sanitary Board – lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur. Fungsi lembaga ini kemudiannya terpecah dua dan kepada dua bahagian iaitu Sanitary Board menjaga kebersihan bandar dan Jabatan kesihatan menjaga kesihatan.

NOTA SEJARAH BAB 9 TINGKATAN 4

NOTA SEJARAH BAB 9 TINGKATAN 4

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH.  

(1) Perubahan di eropah dari Zaman Pertengahan awal hingga ke Zaman Pertengahan Akhir.
a) Zaman pertengahan di Eropah.
1. Zaman pertengahan terbahagi 3 iaitu peringkat awal, kemuncak dan akhir.
2. Zaman Gelap pada masa zaman pertengahan awal.
3. zaman Renaissance pada masa zaman pertengahan akhir.
b) Latar belakang Zaman Gelap (Pertengahan Awal).
1. Eropah mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan penbandaran.
2. Ketika ini tiada pusat pentadbiran yang berkesan.
3. Dunai islam pada masa ini sangat mantap, oleh itu Eropah mengambil ilmu daripada dunia Islam.
4. Pada masa ini, empayar Rom barat (kuasa pusat) runtuh, maka muncullah golongan baron (tuan tanah).
c) Apakah ciri – ciri Zaman Gelap (Pertengahan Awal).
1. Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil.
2. Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah.
3. Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba.
4. Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja.
5. Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.
6. Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.
7. Di negeri melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak, dan pembesar berkhidmat dan dinaungi raja, rakyat dan hamba melayu berkhidmat untuk pembesar.
8. Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memiliki hartanah yang banyak dan focus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup masyarakat.
9. Perdagangan pada zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan Laut Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.
10. Masalah ekonomi ini menyebabkan mereka menumpukan kepada pertanian, mereka menjalankan aktiviti tukar barang kerana mata wang dalam pasaran terhad.
d) Zaman Kemuncak Pertengahan.
1. Gereja menjadi institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.
2. Perubahan ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk, peningkatan pertanian dan kemunculan perdagangan.
3. Kemudian muncul pula bandar seperti Venice, Milan.
4. Lahir juga kelas pertengahan seperti artisan, pedagang.
5. Status sosial ditentukan oleh kekayaan dan bukan pemilikan tanah.
6. Wujud juga institusi politik seperti parlimen.
e) Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).
1. Reanissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment bermaksud kelahiran semula iaitu penghargaan semula ilmu yang terhasil pada Zaman Yunani dan Rom.
2. Tamadun Yunani dan Rom tenggelam ketika Zaman Gelap.
3. Asas pemikiran zaman ini ialah menonjolkan keupayaan manusia berfikir menyelesaikan masalah yang dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialah F.Petrarch.
4. Antara tokoh Renaissanxe seperti N. Machiavelli.
5. Manusia zaman ini mempunyai semangat inkuiri (semangat ingin tahu yang kuat).
6. Zaman ini bermula di Itali, di mana muncul bandar terkenal seperti Venice, Rom dan Milan yang menjadi pusar perdagangan antarabangsa.
7. Itali amat strategik sebagai pelabuhan persimpangan antarabangsa contohnya pelabuhan Venice dan Genoa.
8. Di sini berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.
9. Di sini juga muncul pedagang yang kaya yang menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar.
10. Pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada pelukis, saintis, pemuzik dan penulis.
11. Patron terkenal seperti keluarga Medici di Florence.
12. Patron berusaha menarik masuk cendiakawan dan seniman yang berkunjung dari bandar ke bandar menyebarkan idea Renaissance. Ke seluruh Itali.
13. Paus juga cuba melindungi seniman dan cendiakawan ini. Gereja Rom yang mencemburu kepada bandar Florence (dibina oleh patron-Medici) yang cantik ingin menandinginya, tetapi saintis berselisih faham dengan gereja (mereka mencabar fahaman tradisi gereja, contohnya kes Galilco Galilei).
14. Gereja berubah memberi tumpuan kepada seni lukis dan seni ukir, mereka mengupah Leonardo da vinci, Raphael, Michaelangelo mencantikkan gereja dan katedral di Rom.
15. Pelukis dan penulis ketika ini ingin dikenali secara individu maka semangat dan amalan individualisme.
16. Selepas itu pelukis dan pengukir juga mahir dalam ilmu pengetahuan.
17. Tokoh Renaissance di luar Itali – Thomas More, Francis Bacon, Wiliam Shakespeare.
f) Kesan Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).
1. Politik – Muncul monarki baru yang berasaskan kekuatan kerajaan pusat seperti di Portugal, castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis. Ia diperkukuhkan lagi dengan amalan bayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Kesannya kuasa raja bertambah, sebaliknya kuasa gereja dan bangsawan berkurang.
2. Ekonomi Aktiviti sara diri pupus, sebaliknya perdagangan meluas. Mereka mula menjelajah dan maju dalam bidang ilmu seperti matematik, geografi, astronomi. Ciri – ciri zaman ini seperti inkuiri, objektif dan eksperiman memajukan ilmu sains seperti bologi, fizik, kimia, perubatan.
3. Sosial – Berlaku perubahan pemikiran, mereka lebih berani menzahirkan emosi dan keinginan mereka. Maka lahirlah muzik, lukisan, ukiran dan membentuk budaya yakin.
4. Pemikiran logik, sainstifik, falsafah dan metafizik – melahirkan manusia yang menggunakan sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia.
g) Gerakan Reformation di Eropah Barat.
1. Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilakn sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.
2. Kritikan ini kerana gereja meningkatkan pembangunan keduniaan agar Rom menjadi kuasa yang kuat di tengah Itali.
3. Gereja juga kian pincang, rasuah dan menyeleweng.
4. Penguasa Gereja Katolik dianggap lari daripada kitab Bible.
5. Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil indulgenees (Surat pengampunan dosa) ke seluruh Eropah.
6. Di Jerman, gerakan agama ini dibantu oleh mesin cetak Johann Gutenberg – di mana Bible dicetak dalam masa singkat dan murah harganya.
7. Martin Luther (Jerman) menetang amalan indulgences, menurutnya manusia perlu bergantung kepada kekuatan rohaninya. Ajaran Luther ini dikenali mazhab Protestan bermaksud membantah.
8. Ajaran Martin berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.
9. Di Switzerland gerakan ini diketuai oleh Zwingli, selepas kematiannya disambung pula oleh John Calvin.
10. Bagi menangani penentangan ini gereja Katolik mengendalikan Counter Reformation yang bermaksud menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru.
h) Kesan Gerakan Reformation di Eropah Barat.
1. Berlaku perpecahan agama Kristian – di mana berlaku perang mazhab Kristian di Perancis, Sepanyol, Jerman.
2. Tetapi kesan jangka panjang, gerakkan ini mewujudkan sikap toleransi antara mazhab Kristian untuk menyebarkan pendidikan dan fahaman Kristian.
3. Kuasa gereja telah dicabar, golongan monarki ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom, contohnya Raja Henry VII memutuskan hubungan dengan gereja Rom kerana ingin berkahwin. Beliau telah menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.
( 2 ) Zaman Penjelajahan dan Penerokaan. 
a) Latar belakang bermulanya penjelajahan orang Eropah.
1. Kejayaan sains dan teknologi zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan ini.
2. Mereka mencari laluan ke timur kerana kerajaan Islam Turki telah menguasai Istanbul.
3. Selama ini orang Eropah mendapat barangan timur melalui Istanbul tetapi mereka menghadapi masalah selepas kerajaan Islam memerintah Istanbul.
4. Mereka memulakan penerokaan dengan melalui Lautan Atlantik untuk sampai ke timur.
b) Sebab – sebab penjelajahan berlaku.
1. Desakan ekonomi – orang Eropah memerlukan barangan timur seperti emas, sutera, rempah.
2. Galakan pemerintah ( raja Sepanyol dan Portugal ), Sepanyol menumpukan kepada Amerika Lain dan Portugal ke timur.
3. Persaingan kuasa Sepanyo dan Portugal – Sepanyol turut ke timur, begitu juga sebaliknya degan Portugal.
4. Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan kawasan pengaruh masing – masing – timur milik Portugal, barat milik Sepanyol.
5. Peranan Columbus – orang Eropah pertama tiba di Amerika.
6. Peranan Magellan – tiba di timur dan terbunuh di Filipina.
7. Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa Sepanyol/ Portugal ke timur.
8. Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah diperintah oleh orang Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian.
4
9. Monarki baru di Eropah menggalakkan penerokaan, contohnya di England, Perancis dan Belanda.
10. Rumusannya penjelajahan kerana “ Gold, Glory, Gosper”.
c) Kesan penjelajahan kepada masyarakat setempat.
1. Dari segi politik – banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.
2. Di antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ). Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC ). Syarikat seperti ini berdagang hingga ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur.
3. Dari segi ekonomi – kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa, Melaka contohnya di kuasai Portugal.
4. Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah diambilalih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.
5. Dari segi sosial – gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah, malah ada yang memeluk agama Kristian.
6. Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan menakluk tamadun Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru.
7. Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka turut mengekspotasi buruh peribumi di lombong dan ladang.
8. Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.
( 3 ) Revolusi Pertanian.
a) Perkembangan pertanian sebelum Revolusi Pertanian.
1. Pengeluaran makanan secara kecil – kecilan.
2. Dua sistem pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam.
3. Tanah persendirian adalah milik orang kaya.
4. Tanah awam juga milik persendirian tetapi mengikut adat kebiasaannya rakyatboleh bercucuk tanam kecil – kecilan, menternak, memburu atau memancing, amalan ini tidak dianggap salah sehinggalah zaman Revolusi Pertanian.
b) Pengenalan Akta Pemagaran ketika Revolusi Pertanian.
1. Pemagaran penting untuk tujuan pengeluaran makanan secara besar – besaran kerana pertambahan penduduk.
2. Tuan tanah ingin menjalankan pertanian secara besar – besaran termasuk menggunakan tanah awam.
3. Harga gandum yang meningkat menarik minat tuan tanah menbuka ladang.
4. Pengenalan akta pemagaran menyediakan kawasan yang sangat luas untuk membuka ladang.
5. Kesan pemagaran rakyar biasa hilang punca rezeki dan terpaksa menjadi buruh ladang dan kemudiannya ke bandar bekerja kilang Revolusi Industri.
c) Kaedah dan ciptaan ketika Revolusi Pertanian.
1. Penanaman bergilir – peladang menanam tanaman berbeza mengikut musim sepanjang tahun. Ini bertujuan agar tanah dan tanaman sentiasa subur kerana setiap tanaman menggunakan nutrien tanah berbeza. Maka tidak ada tanah yang dibiarkan kosong.
2. Tanaman baru – seperti turnip dan ubi kentang.
3. Peralatan baru – seperti Jethro Tull mencipta alat menggali dan menugal untuk mempercepatkan penanaman benih.
4. Pertanian komensial – kuantiti hasil dipertingkatkan dengan pengenalan baja asli yang menyuburkan tanah. Hasil pertanian untuk tujuan perdagangan.
( 4 ) Revolusi Perindustrian.  
a) Sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian.
1. Revolusi Pertanian telah menyediakan modal dalam Revolusi Perindustrian.
2. Makanan pula mencukupi untuk menampung permintaan pekerja kilang.
3. Britain tidak bergantung kepada import makanan luar, maka dana import dapat digunakan untuk pelaburan industri.
b) Rekaan sains dan teknologi Revolusi Perindustrian.
1. James Watt – membaikienjin rekaan Thomas Newcomen.
2. James Watt & Boulton – mengeluarkan enjin berkuasa wap.
3. R.Arkwright – mencipta alat pemintal benang menggunakan enjin berkuasa wap.
4. J. Hargreaves – mencipta mesin pemintal benang.
5. Produk sebelum Revolusi Perindustrian secara kecil – kecilan menggunakan tenaga manusia kemudian produk bertambah ketika Revolusi Industri kerana adanya rekaan sains.
c) Pengkhususan pengeluaran Revolusi Perindustrian.
1. Pengkhususan dibuat kerana pemodal ingin mengawal kos.
2. Majikan dan pekerja kian mahir dalam bidang yang dipilih.
3. Kesannya kuantiti dan kualiti barang meningkat sehingga boleh dipasarkan ke luar Britain.
d) Penggunaan teknologi ketika Revolusi Perindustrian.
1. Sebelum pengenalan enjin berkuasa wap - tenaga manusia, binatang dan air digunakan.
2. Pengenalan mesin berkuasa wap menghasilkan barangan yang banyak dan murah serta mudah ke pasaran luar.
3. Kemasukan ke pasaran antarabangsa akan menguntungkan usahawan, keuntungan ini akan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran dan perdagangan.
4. Penghasilan tenaga wap melalui proses pembakaran arang batu, Britain amat beruntung kerana mempunyai arang batu yang banyak.
5. Newcomen telah mencipta mesin berkuasa wap yang memudahkan perlombongan arang batu.
6. Kuasa wap daripada arang batu juga digunakan dalam sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.
( 5 ) Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian. 
a) Pertanian sebagai punca ekonomi.
1. Wujud pertanian komensial – gandum, rye, jagung.
2. Peladang menjadi pedagang antarabangsa dengan mengeksport hasil lebihan ke luar negara.
3. Revolusi pertanian menyediakan makanan kepada buruh kilang industri.
4. Kemajuan perindustrian menyebabkan petani menjadi buruh kilang dan pengusaha kilang menjadi tokoh ekonomi menggantikan pengusaha ladang.
b) Peningkatan perdagangan antarabangsa.
1. Britain amat mudah memperdagangkan lebihan hasil pertanian dan industrinya kerana mereka penjajah.
2. Britain juga memerlukan bahan mentah untuk mengembangkan perindustriannya daripada tanah jajahan seperti getah, bijih timah.
3. Britain turut mengembangkan kapal laut untuk berdagang.
4. Britain juga mengeksport modal ke seberang laut.
c) Kemajuan pengangkutan.
1. Pada mulanya Britain menggunakan kereta kuda dan baj.
2. Kemudian jalan raya dibina dan kereta api dipekenalkan.
3. Pada mulanya rel kereta api diperbuat daripada kayu kemudian daripada besi dan keluli.
4. Pengangkutan laut pula melibatkan pengenalan kapal laut berkuasa wap.
d) Kemunculan golongan buruh dan majikan.
1. Ekonomi skala besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang.
2. Penggunaan mesin memerlukan kilang seperti kilang tekstil.
3. Peringkat awal Revolusi Pertanian dan Perindustrian para buruh tidak dilayan dengan baik.
4. Kemahiran mereka juga tidak diperlukan selepas penciptaan mesin baru seperti ciptaan mesin membuat stokin, pakaian, yang menyebabkan penenun dan tukang jahit tradisional tidak diperlukan.
5. Pekerja mahir ( penenun dan tukang jahit ) memprotes dan memusnahkan mesin – mesin, contohnya Pergerakan Luddite.
6. Akta Antipenggabungan diperkenalkan untuk melarang pekerja bergabung bagi mendapatkan gaji dan layanan baik daripada majikan.
7. Larangan ini menyukarkan pekerja kerana tidak semua majikan bertimbang rasa kepada pekerja.
8. Kanak – kanak bawah usia 10 tahun pada masa ini dieksploitasi bekerja sebagai pelombong arang batu dan di kilang tekstil. Masa bekerja mereka pula lebih 10 jam sehari.
9. Pada masa ini amalan ekonomi bebas amat berpengaruh, bagi mereka gaji pekerja ditentukan oleh pasaran dan campur tangan kerajaan perlu dihindarkan.
10. Tetapi kemudiannya akta antipenggabungan telah dimansuhkan dan kesatuan sekerja ditubuhkan.
11. Akta baru diluluskan untuk membela nasib pekerja.
( 6 ) Imperialis barat di Asia.  
a) Latar belakang kemunculan Zaman Imperialis.
1. Imperialis bererti penguasaan negara lebih kuat terhadap negara lain yang lemah.
2. Penguasaan ini bertujuan mendapatkan keuntungan ekonomi dan politik, ia dilakukan sejak Zaman Rom, kemudian Sepanyol, Portugal.
3. Pada awalnya barat berminat dengan hasil dagang seperti rempah, emas dan perak.
4. Kemudiannya ekonomi negara jajahan distrukturkan untuk memenuhi kehendak ekonomi penjajah.
5. Selepas itu, penjajah seperti Britain dan Belanda mengubah ekonomi negara jajahan agar memenuhi keperluan perindustrian di negara mereka seperti tanaman getah.
b) Faktor kedatangan kuasa barat menjajah Asia.
1. Mereka ingin mendapatkan bahan mentah seperti getah.
2. Mereka menjajah untuk mendapatkan pasaran barang perindustrian mereka.
3. Pengangkutan jalan raya, kereta api dan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan membantu kedatangan kuasa barat menjajah Asia.
4. Apabila negara barat dan Amerika Syarikat melindungi industrinya dengan memperkenalkan peraturan tariff maka Britain tambah terdesak mencari pasaran baru di Asia.
5. Barat ke Asia juga kerana faktor menyebarkan tamadun mereka yang dianggap tinggi.
6. Mereka turut menyebarkan budaya dan agama Kristian.
7. Barat juga berebut – rebut sesama mereka menjajah negara Asia kerana menjajah telah menjadi simbol status kuasa yang kuat.
c) Kesan imperialisme terhadap Asia Tenggara.
1. Politik – pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir barat. Sistem politik peribumi ditukar atau diubahsuai dengan sistem barat. Kuasa barat telah campur tangan di Asia seperti Inggeris di Tanah Melayu, India, Belanda di Indonesia, Amerika di Filipina.
2. Ekonomi – ekonomi distrukturkan untuk keperluan industri barat contoh bijih timah dan getah di Tanah Melayu.
3. Pendidikan – sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di bandar dan untuk mereka yang akan menjadi pentadbir rendah British.
4. Krmasukan buruh asing – barat menjemput masuk buruh asing bekerja dengan mereka. Kesannya wujud pelbagai kaum yang berpecah belah dan tidak wujud keharmonian antara kaum.

MEMORI MAJIS PERKAHWINAN ANAKANDA