Monday 22 July 2013

10 Pesanan Iman Syafie...

10 Pesanan Iman Syafie...

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

■Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada.

■Hak kpd malaikat maut: mengqada’kan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH s.w.t.

■Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

■Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

■Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

■Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

■Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

■Hak kpd Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH s.w.t dan bertaubat dr melakukan maksiat.

■Hak kpd Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atas baginda, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

■Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sunday 21 July 2013

Sekolah Penyayang

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ianya mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana para generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Gejala vandalisme dan ponteng sekolah adalah fenomena yang agak kritikal di sekolah-sekolah pada masa kini. Gejala ini dapat ditangani apabila wujudnya sekolah penyayang. Kerana itu, pihak Kementerian menyarankan agar pihak sekolah menangani masalah ini, terutama ponteng sekolah dengan merealisasikan Sekolah Penyayang supaya para pelajar dapat dibimbing dengan penuh kasih sayang. Apabila wujud suasana kasih sayang dan bimbingan ini, pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995 )

Sekolah Penyayang dirasakan adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang membesar dengan acuan kita sendiri.

2. ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH PENYAYANG

Sekolah Penyayang adalah sekolah yang berperanan melahirkan pelajar-pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui suasana ilmu dan kasih sayang. Menyentuh tentang Sekolah Penyayang, di sana terdapat beberapa elemen penting dalam Sekolah Penyayang, iaitu :

2.1 Pentadbiran SekolahPentadbiran sekolah yang dimaksudkan di sini ialah melibatkan Guru Besar atau Pengetua, Guru-Guru Penolong Kanan dan Ketua-Ketua Bidang bagi sekolah menengah

2.2 Guru-guru dan kakitangan sekolahGuru-guru dan kakitangan sekolah, termasuk kerani dan staf bukan akademik yang berada di sesebuah sekolah

2.3 KomunitiKomuniti yang dimaksudkan di sini ialah ibubapa dan penjaga murid serta institusi lain yang berada di sekitar sekolah yang boleh memberi sumbangan kepada sekolah samada wang ringgit, tempat dan kepakaran.

2.4 PelajarPelajar merupakan elemen yang cukup penting kerana adanya mereka, maka adanya pekerjaan guru. Dengan adanya pelajar, maka tugas mengajar yang merupakan ’core bussiness’ kita dapat dijalankan.

Keempat-empat elemen ini memerlukan tindakan seiring sejalan dalam melahirkan Sekolah Penyayang. Kesedaran yang meluas perlu digerakkan kepada keempat-empat elemen tersebut untuk melihat kepentingan Sekolah Penyayang. Semangat kolaboratif perlu ditekankan dalam menjayakan usaha murni ini.

3. BUDAYA SEKOLAH PENYAYANG

Sekolah Penyayang merupakan institusi yang amat diperlukan oleh para pelajar kita dalam membina jati diri dan bakat kepimpinan. Dengan segala macam salah laku yang berlaku dan dilakukan oleh para pelajar kita, diharapkan dengan adanya Sekolah Penyayang ini menjadi tempat berteduh dan menumpang kasih bagi para pelajar.

Namun begitu, penulis melihat budaya Sekolah Penyayang perlu terlebih dahulu wujud di kalangan pentadbir sekolah, guru dan kakitangan, komuniti dan para pelajar sebagai satu pelincir ke arah menjayakan konsep ini. Di antara budaya-budaya yang perlu diwujudkan terlebih dahulu ialah:

3.1 Kemesraan dan Sayang-Menyayangi

Budaya kemesraan dan sayang-menyayangi adalah dua teras utama yang perlu dalam menjayakan Sekolah Penyayang. Hubungan yang mesra antara guru dan murid, guru dan ibubapa serta sayang-menyayangi antara satu sama lain ádalah mekanisme penting dalam Konsep Sekolah Penyayang. Dua teras ini perlu dilihat secara bertanggungjawab dan serius, jika ingin melihat Sekolah Penyayang menepati hasrat yang kita ingini.

3.2 Ilmu

Budaya ilmu ini perlu berlaku dalam sesebuah sekolah untuk melahirkan Sekolah Penyayang. Budaya ilmu yang dimaksudkan di sini ialah setiap elemen tadi memahami dan menghayati peri pentingnya apa yang dimaksudkan Sekolah Penyayang. Ilmu dan pemahaman tentang Sekolah Penyayang adalah asas kepada kejayaan konsep tersebut. Semua yang terlibat perlu memahami Konsep Sekolah Penyayang dan kepentingannya bagi pelajar.

3.3 Perkongsian

Budaya perkongsian adalah satu lagi aspek yang kadangkala dilupakan dalam menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Seharusnya usaha-usaha menjayakan konsep sekolah ini dikongsikan bersama antara guru, murid dan komuniti. Sekolah Penyayang sepatutnya dijadikan misi kepada sesebuah sekolah untuk dikongsikan bersama terutama dengan murid dan komuniti.

3.4 Ambil Tahu

Ambil tahu merupakan satu lagi budaya yang perlu wujud untuk menjayakan Konsep Sekolah Penyayang. Kadangkala berlaku ibubapa yang menyerahkan sepenuhnya anak kepada sekolah tanpa mengambil tahu perkembangan akademik anak-anak mereka. Bagi mereka, apabila yuran sekolah telah dibayar dan kelengkapan persekolahan mencukupi, maka terlepaslah tugas menghantar anak ke sekolah. Kadangkala terdapat juga ibubapa yang tidak mengetahui bilakah Mesyuarat Agung PIBG, Hari Anugerah, Hari Penyerahan Rekod Prestasi anak-anak mereka. Budaya ambil tahu patut terus dipromosikan supaya hasrat untuk menjayakan Sekolah Penyayang dapat dijayakan dengan cemerlang. Itulah sebabnya sekolah tempat penulis bertugas mengadakan Hari Talian Kasih secara tahunan bagi semua tingkatan.

3.5 Hormat-Menghormati

Budaya hormat-menghormati perlu tersemai sebagai langkah penting untuk menjayakan Sekolah Penyayang. Budaya ini sepatutnya wujud antara guru, komuniti dan pelajar. Budaya ini merupakan budaya positif yang telah dibicarakan dan diperkatakan sepanjang zaman. Namun begitu, masih lagi terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan kurang mantapnya budaya ini.

3.6 Penglibatan Semua

Budaya menunding jari kepada orang lain apabila berlaku kelemahan akan dapat dikurangkan apabila semua anggota komuniti dilibatkan dalam sesuatu program. Apabila semua golongan terlibat dalam menyumbang idea, merancang dan melaksanakan

Sunday 14 July 2013

Khasiat Buah Kurma Yang Kita Mesti Tahu




Khasiat Buah Kurma Yang Kita Mesti Tahu | Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan“. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, “Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan.“

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.

corat coret Bulan Ramadhan

ALHAMDULILLAH, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Salam Ramadan dan selamat berpuasa saya ucapkan khusus buat semua Muslimin dan Muslimat khasnya yg membaca tulisan ini
Harapan saya, semoga anda menepati syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini.
Puasa pada bulan Ramadan ini mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah menerusi ayat 183 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Berdasarkan ayat ini, jelas sekali pensyariatan puasa bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan malah kecemerlangan diri kita sebagai hamba kepada-Nya.
Kecemerlangan peribadi
Sama ada disedari atau tidak, ketika sebelum Ramadan, tidak ramai yang arif tentang masuknya waktu solat Maghrib.
Rata-rata menyedari waktu Maghrib tamat ketika slot berita ditayangkan di kaca televisyen. Berbanding ketika Ramadan, hampir segenap lapisan masyarakat maklum tentang masuknya waktu Maghrib yang juga waktu berbuka puasa.
Paling penting, kita menjadi seorang yang terlalu menepati masa. Azan belum lagi berkumandang, segala hidangan telah tersedia. Ketika lafaz azan dilaungkan, dengan pantas doa berbuka puasa disebut dan hidangan dijamah.
Sewajarnya sikap ini dipraktikkan terus, bukan saja ketika Ramadan, malah sepanjang 11 bulan lainnya.
Bukan saja ketika berbuka puasa tetapi dalam segala aspek hidup kita seperti bekerja, janji temu termasuk juga berhubungan dengan pasangan dan anak-anak.
Ketika Ramadan juga, ramai individu yang meninggalkan tabiat bergosip atau lebih maklum dengan mengumpat.
Ops! Jangan tidak tahu, lelaki pun dah ramai yang pandai mengumpat ya! Tabiat ini ditinggalkan ketika Ramadan bagi menjaga pahala puasa agar tidak cair menjelang petangnya dan hanya mendapat penat.
Sebaiknya sikap ini diteruskan juga pada bulan lain. Hakikatnya, tabiat bergosip atau mengumpat memang tidak wajar dilakukan.
Bukan saja dilarang oleh syariat tetapi tidak wajar menurut pertimbangan akal dan moral.
Sudah tentu individu yang digosip akan sakit hati, marah hingga boleh menyebabkan berlakunya pertengkaran dan pergaduhan.
Jika sikap meninggalkan gosip ini diteruskan selepas Ramadan, hubungan sebagai rakan, saudara, handai dan taulan akan lebih mesra dan berkekalan.
Kecemerlangan kerjaya
Hampir semua institusi mempunyai jadual kerja yang baharu khususnya ketika Ramadan ini. Jika biasanya masuk kerja pukul 9 pagi dan balik pukul 6 petang banyak institusi yang mempercepatkan waktu masuk kerja dan memendekkan waktu rehat.
Ia dilakukan bagi memberi ruang agar para pekerjanya dapat balik lebih awal daripada biasa untuk berbuka puasa di rumah bersama ahli keluarga.
Ketika tiada lagi sesi bergosip dan kehendak untuk menyiapkan kerja lebih cepat agar tidak perlu kerja lebih masa maka ramai pekerja yang memberikan tumpuan dan fokus yang lebih baik berbanding waktu kerja biasa sebelum bulan puasa.
Bukan saja bertujuan dapat balik awal tapi ada yang menyimpan harapan agar diberikan imbuhan oleh ketua bagi kegunaan pada hari raya nanti.
Sewajarnya sikap begini dipraktikkan sepanjang masa, bukan hanya pada bulan puasa.
Syariat menetapkan setiap pekerja melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh majikan dengan sebaiknya pada setiap masa, bukan hanya ketika bulan puasa.
Rasa tidak bermaya untuk bekerja pada bulan puasa? Jika anda sematkan di fikiran anda dengan prinsip: ‘Aku puasa, tak larat nak kerja’, sememangnya anda akan mudah rasa lemah.

PUASA bertujuan untuk meningkatkan ketakwaan dan kecemerlangan individu.


Namun, jika anda sematkan: ‘Puasa ke tak puasa, sama saja! Kerja macam biasa, boleh balik awal lagi!’ Percayalah, anda akan memiliki kekuatan dan semangat luar biasa.
Tubuh badan kita sentiasa berinteraksi dengan minda kita. Jika anda fikirkan yang positif, hari-hari anda akan berlalu dengan positif juga.
Kecemerlangan hidup berkeluarga
Ramai yang maklum tentang keberkatan bulan Ramadan. Tahukah anda, bulan Ramadan bukan saja bulan menambah pahala tetapi juga boleh dijadikan sebagai masa untuk semarakkan kasih keluarga khususnya cinta kasih suami isteri.
Jangan salah faham pula, Ramadan bukan halangan untuk bermesra atau berhubungan suami isteri.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 187 yang bermaksud: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu. Mereka itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan nafsumu kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan campurilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu.”
Ayat ini jelas mengizinkan pasangan suami isteri yang sah perkahwinannya menurut hukum syarak untuk melakukan hubungan suami isteri ketika bulan Ramadan tetapi bukan pada waktu siang hari.
Kalau melakukan hubungan seks suami isteri pada siang hari maka diwajibkan kafarah al-Uzma.
Bagi mereka yang menginginkan anak, boleh ambil kesempatan pada bulan mulia ini untuk menghasilkan zuriat yang diberkati, insyaAllah.
Dalam satu riwayat pula, Aishah RA berkata yang bermaksud: Nabi mencium dan menyentuh iaitu memeluk isteri baginda padahal baginda berpuasa. - Hadis Riwayat Bukhari.
Hadis ini menjelaskan, tidak ada salahnya untuk bermesra antara suami dan isteri ketika bulan Ramadan. Gunakan masa Ramadan ini untuk sama-sama bersahur, berbuka puasa dan berjemaah mengerjakan solat tarawih.
Para suami, boleh membantu isteri menyediakan hidangan berbuka puasa ataupun boleh tolong jaga anak-anak, berikan peluang kepada isteri untuk memasak dengan aman di dapur.
Kalau selalu isteri yang bangun pagi sediakan hidangan untuk bersahur, apa salahnya sesekali suami buat kejutan, bangun awal sikit dan sediakan hidangan sahur.
Cukuplah nasi putih dengan telur dadar, insyaAllah anda akan dipeluk oleh isteri awal-awal pagi tu. Tidak percaya? Cubalah dulu.
Moga Ramadan ini menjana ketakwaan dan kecemerlangan diri buat kita semua, amin.

Wednesday 10 July 2013

KENALI UNIVERSITI DIMALAYSIA

Tahukah Kamu??? 4 Jenis Universiti di Malaysia !!!!

Chekgu nak cerita kat semua pada hari nie tentang jenis2 universiti yang ada di Malaysia. Sempena pada hari nie akan keluar keputusan UPU untuk program Ijazah Sarjana Muda. Best2...

Universiti-universiti awam di Malaysia dibahagikan kepada empat:

1. Apex University

Universiti Sains Malaysia [USM]

  • Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.

2. Research University


Universiti Malaya [UM]
Universiti Sains Malaysia [USM]
Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]
Universiti Putra Malaysia [UPM]
Universiti Teknologi Malaysia [UTM]

  • Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:
  • Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50

3. Focus University



Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Malaysia Pahang
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Darul Iman Malaysia
Universiti Malaysia Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


  • Universiti berfokus ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang - bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan. Antara ciri-ciri universiti berfokus ialah :
  • Bidang pengajian berfokus, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30
4. Comprehensive University

Universiti Teknologi MARA
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Malaysia Sarawak


  • Antara ciri-ciri Universiti Komprehensif ialah :
  • Pelbagai Bidang pengajian, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30

Tuesday 9 July 2013

RAMDHAN DATANG LAGI...1434H

ALHAMDULILAH, pada hari ini kita mula berpuasa Ramadan. Mudah-mudahan segala kesilapan dan kekurangan puasa pada tahun lalu dapat diperbaiki pada tahun ini. Mudah-mudahan puasa dan ibadah kita pada bulan ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

Puasa dikatakan sebagai latihan sebulan untuk dipraktikkan pada sebelas bulan berikutnya. Ertinya, kita berlatih untuk mengawal hawa nafsu makan, minum, mata, telinga, lidah, minda dan juga syahwat. Kawalan hawa nafsu itu dimotivasikan dengan memperbanyak ibadah solat, membaca al-Quran dan zikir.

Hadiah kepada latihan berpuasa ini ialah pahala yang berlipat kali ganda. Mudah-mudahan kita dilorong dan didorongkan untuk melakukan segala ibadah. Mudah-mudahan kita seronok bila dapat mengawal hawa nafsu dari hari pertama Ramadan hinggalah ke akhir bulan yang penuh kemuliaan ini.

Semoga hati kita akan sedih dan sayu bila menyedari Ramadan hendak meninggalkan kita kelak. Bukannya terlalu gembira pada hari raya akan menjelang. Andainya, kita berjaya mengawal mental, fizikal dan spiritual kita pada kali ini dengan melihat daripada sudut pandang yang berbeza dan segar mengenai puasa, insya-ALLAH ibadah kita dapat diamalkan dengan jayanya.

Empat para yang saya tulis di atas sebenarnya adalah di antara inti amalan puasa yang saya ingat melalui bahan bacaan, pendengaran dan tontonan sebelum ini. Saya susun dan adun kembali intipati puasa itu mengikut apa yang saya fahami. Tentu sekali anda pernah terbaca imbasan ayat saya tulis di atas, di mana-mana medium sebelum ini.

Malah, coretan mengenai puasa seperti di atas sudah beratus kali anda baca. Itu tidak termasuk segala bentuk ceramah puasa di pejabat, di masjid dan surau serta melalui bahan-bahan bacaan di buku, kitab, laman-laman web dan juga video di internet.

Namun, apakah dengan membaca, mendengar dan menonton beratus-ratus kali rencana dan kuliah mengenai puasa itu akan membuatkan kita jemu dan jelak untuk mengulang dan mentelaah mengenainya? Mudah-mudahannya tidak.

Saya terjumpa beberapa buah artikel mengenai pentingnya perulangan dalam meningkatkan kefahaman dalam pembelajaran. Layarilah internet dan anda akan menemui banyak sekali artikel yang merumuskan bahawa perulangan adalah inti kepada kepandaian.

Daripada sudut asasnya, perulangan akan menimbulkan conditioning iaitu pola pemikiran yang membantu kita mengingat dan memberi reaksi yang sama apabila suasana yang pernah kita alami itu berulang kembali.

Apabila sesuatu itu berulang, kita akan ingat. Apabila kita ingat, kita boleh memahaminya. Setelah memahami, kita akan mudah menghayati sesuatu yang diulang-ulang hingga kita menjiwainya. Justeru itu, jika kita ingin menghayati sesuatu, perulangan amat mustahak. Kita tidak boleh jemu untuk mengulangi apa yang kita rasa sudah tahu tetapi belum tentu fahami.

Kerap terjadi, apa yang kita anggap biasa pada hari ini, tetapi di lain waktu ia menjadi sesuatu yang begitu bererti buat kita. Misalnya, tatkala kita berasa amat sedih apabila dilanda gosip pejabat, ayat 5 al-Fatihah, ‘Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,’ menjadi ubat yang amat melegakan ketika kita melafaznya. Walhal sebelum menghadapi masalah, ayat tersebut dibaca tanpa penghayatan.

Dalam pada itu, perulangan juga bukan sahaja ditujukan kepada kita sebagai si penerima. Sebaliknya, kita sebagai pemberi juga perlu ingat bahawa perulangan itu amat penting dalam menyampaikan mesej supaya si penerima itu terdidik dengan perulangan yang kita lakukan.

Contohnya, kita sering terdengar pada ibubapa yang sudah jenuh memberi nasihat kepada si anak yang dikatakan mendengar tidak cakap.  Anak yang degil sememangnya memenatkan apabila masih melakukan apa yang kita larang. Kita tidak boleh jemu menegurnya secara berulang. Tetapi jika nasihat kita tidak diendahkan, mungkin tekniknya perlu dipelbagai.

Kita boleh meminta orang lain menasihatkan atau memberinya bahan bacaan atau tontonan sebagai alat bantu. Jika tidak boleh juga, tentu sekali kita boleh gunakan latihan melalui pengalaman. Jika nasihat jangan bermain mancis itu tidak diendahkan si anak, kita boleh acah untuk cucuh api itu ke tangannya sebagai satu pendekatan mengulang nasihat dalam bentuk praktikal.

Justeru itu, jangan sekali-kali jemu untuk menasihati isteri, suami, kakitangan, rakan sepejabat, saudara-mara atau sesiapa sahaja yang kita rasa memerlukan. Kata pepatah, ‘belakang parang yang diasah lagikan tajam,’ adalah ingatan kepada kita agar sentiasa tidak jemu dalam menasihati orang lain dan juga diri sendiri secara berulang hingga kita memahaminya.

Semoga puasa kita pada tahun ini akan memberi makna baru dalam perjalanan kita untuk menemui Yang Maha Pencipta.

Sunday 7 July 2013

SUNAT LATIH ANAK-ANAK BERPUASA

RAMADAN ialah sesi persekolahan dalam menghasilkan jiwa yang bertakwa. Ia juga satu kesempatan yang telah diberikan oleh Allah kepada ibu bapa dalam mendidik anak menjadi insan yang salih dan salihah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada neraka, sedangkan bahan bakarnya ialah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka.” – Surah Al-Tahrim (66), ayat 6.
Banyak amalan yang boleh dipraktikkan mengikut petunjuk Rasul dalam mendidik anak pada Ramadan. Antara yang menjadi amalan ialah dengan mendidik anak yang kecil berpuasa. Hukum berpuasa bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz (iaitu tidak tahu membezakan di antara yang baik dan buruk) ialah tidak sah puasanya. Manakala kanak-kanak yang sudah mumayyiz dikira sah puasa mereka apabila ia berniat puasa pada malam hari, walaupun puasa Ramadan itu tidak diwajibkan ke atasnya.

Ulama sepakat mengatakan bahawa hukum berpuasa pada Ramadan adalah wajib bagi setiap orang Islam yang berakal dan baligh. Dengan demikian, kanak-kanak pada asalnya tidak wajib berpuasa kerana mereka belum baligh. (Abd Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘ala Mazhib al-arba’ah)
Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW bermaksud: “Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Maksudnya kanak-kanak tidaklah berdosa jika mereka meninggalkan puasa Ramadan.
Walaupun kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, ia bukanlah satu larangan kepada ibu bapa melatih anak-anak berpuasa. Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa melatih anak-anak mengerjakan solat walaupun mereka belum mencapai usia baligh. Hadis yang bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud).
Sekiranya arahan Nabi SAW untuk melihat kanak-kanak terbiasa dengan amalan solat sebelum ia diwajibkan ke atas mereka, maka begitu juga dengan amalan puasa. Malah Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni jilid 3 mengatakan bahawa: “Kanak-kanak dikehendaki berpuasa apabila mencapai umur tujuh tahun jika dia secara fizikal mampu melakukannya. Sesetengah ulama berpendapat, dia hendaklah didenda secara fizikal jika tidak berpuasa ketika umurnya 10 tahun. Ia sama seperti tindakan yang diambil jika tidak bersolat.”
Kenyataan ini bersesuaian dengan amalan dalam kalangan anak-anak pada zaman Rasulullah SAW. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ar-Rubaiyyi’ binti Muawwiz bin Afra’ katanya: “Pada hari Asyura, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat ke desa Ansar yang berada di sekitar Madinah dengan katanya: Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas kejadian itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju ke masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat daripada bulu biri-biri. Jika ada antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan berkenaan sehingga tiba waktu berbuka. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan sunat bagi ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka berpuasa dengan tujuan melatih mereka sekiranya mereka mampu. Malah sunnahnya amalan ini disokong oleh ulama salaf seperti Imam Syafie, Ibnu Sirin dan az-Zuhri.
Imam Nawawi memperincikan hadis di atas dengan berkata: “Begitu juga keadaan kanak-kanak yang hampir mencecah usia baligh, mereka perlu diberikan pelajaran segala bentuk ketaatan secara berperingkat. Ini kerana urusan Islam juga masuk secara berperingkat. Selagi ada kemudahan bagi mereka, mereka akan melakukannya, malah menambahnya, dan selagi ada kepayahan, mereka belum mampu melakukannya, dan jika mereka menyusahkan diri juga, maka mereka mustahil melakukannya.” (Syarh Sahih Muslim 6/170)
Malah Imam Bukhari membawakan kepada kita satu athar bahawa amalan berpuasa dalam kalangan kanak-kanak sudah lama dilakukan, malah ia menjadi tradisi pada zaman sahabat. Kisahnya suatu hari Umar al-Khattab telah dihampiri oleh seorang lelaki yang mabuk di bulan Ramadan. Lalu dia berkata kepadanya: “Celaka engkau, kamu berbuka sedangkan anak-anak kami berpuasa.” Lalu beliau menyebatnya dengan 80 sebatan. (Fath al-Bari, bab Puasa Kanak-Kanak)
Ada sebahagian ibu bapa yang menawarkan upah atau hadiah bagi anak-anak mereka yang berjaya menghabiskan puasa Ramadan. Amalan memberi upah ini bukanlah suatu yang melanggari syarak. Malah ia sesuai kepada mereka yang masih kanak-kanak.

MUHASABAH 1000 BULAN BERKESAN CARI KELEBIHAAN DIRI

BEGITU pantas masa berlalu. Ramadan cuma tinggal beberapa hari saja lagi. Jika diibaratkan beberapa hari yang tinggal itu seperti kita mengetahui sesuatu yang buruk akan berlaku atau seperti suatu peluang keemasan akan berakhir, sudah tentu kita akan bersiap sedia untuk menghindarkan yang buruk dengan segala persiapan atau berebut-rebut mengambil peluang keemasan seberapa daya.
Begitulah harapnya sikap kita terhadap anugerah keemasan Ramadan yang kita tidak tahu sama ada akan berjumpa dengannya lagi pada tahun depan atau tidak. Oleh itu, marilah kita merebut baki hari yang ada dengan penuh kesungguhan sebagaimana umat Islam diingatkan supaya beribadat kepada Allah SWT seolah-olah akan mati keesokan hari dan bekerja untuk dunia seolah-olah akan hidup selamanya.

Namun, usaha ini tidak akan sempurna jika hati tidak diketuk untuk merenungi dan menilai apa yang telah dilakukan melalui muhasabah. Ia adalah kitaran penilaian yang tiada penghujung. Apatah lagi apabila berada di penghujung Ramadan yang mana Allah memberi rangsangan sangat kuat kepada hamba-Nya dengan janji nikmat yang tidak boleh ditunaikan oleh manusia seperti pengampunan, penghindaran daripada seksa api neraka dan dianugerahkan dengan malam lebih baik daripada 1,000 malam iaitu malam lailatul- qadar.
Allah juga menegaskan berkali-kali dalam surah al-Rahman nikmat manakah yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang didustakan. Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Besar dan Dia Maha Pengasih lagi Penyayang melimpahkannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Allah memiliki seratus rahmat. Satu rahmat diturunkan kepada jin, manusia dan binatang. Dengan rahmat itu mereka saling mengasihi, saling menyayangi dan dengannya haiwan melindungi anaknya. Sedangkan sembilan puluh sembilan rahmat yang lain, Allah simpan untuk hamba-Nya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Inilah antara gambaran kasih sayang Allah terhadap makhluk-Nya dan ditegaskan oleh Rasulullah SAW bahawa umatku adalah umat yang dikasihi.
Antara aspek penting yang perlu dimuhasabahkan adalah muhasabah waktu iaitu bagaimana detik, masa dan hari pada Ramadan telah dimanfaatkan. Muhasabah waktu, Rasulullah SAW mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Bagi orang yang berakal hendaklah ia mempunyai empat waktu: Iaitu pertama, waktu untuk bermunajat kepada Allah. Kedua, waktu untuk muhasabah dirinya, ketiga, waktu untuk berfikir mencari hikmah pada penciptaan Allah SWT, dan keempat waktu untuk memenuhi keperluan kehidupannya di dunia dan mencari rezeki.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Malah, Saidina Umar bin al-Khattab juga mengingatkan yang bermaksud: “Hitunglah (amalan) kamu sebelum nanti (waktu) kamu dihitung, timbanglah (berat amalan) kamu sebelum nanti (waktu) kamu akan ditimbang.” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Oleh itu, marilah kita memuhasabah diri dan menilai kasih sayang kita kepada-Nya melalui amalan khusus serta kerja seharian sama ada sudah berjaya ditunaikan dengan penuh kesyukuran dan kesungguhan atau sebaliknya. Keperluan muhasabah ini ditambah suasana dan waktu kita yang semakin sibuk dengan pelbagai persiapan menyambut Syawal.
Dalam konteks pengurusan, usaha muhasabah hasil kerja juga adalah satu kaedah utama dalam proses penilaian berterusan dan menjadi kunci kejayaan. Sama ada sesuatu usaha itu dinilai secara berjadual melalui penilaian suku tahun atau penggal, penilaian mingguan, bulanan atau tahunan, ia memberi dua matlamat penghasilan.
Pertama, untuk merancang tindakan masa depan sama ada menambahbaik atau membetulkan sebarang kekurangan dan kekhilafan daripada tindakan lalu. Kedua, untuk mengenal potensi diri.
Begitulah juga apabila muhasabah setiap waktu pada Ramadan ini, sama ada telah dimanfaatkan serta dapat mengukur sejauh mana potensi dan kekuatan diri dengan amal ibadat dan kerja berkualiti dalam keadaan berpuasa. Usaha muhasabah bukan sekadar untuk mencapai kedua-dua penghasilan, tetapi yang utama untuk mensyukuri nikmat dan meraih keredaan Allah.
Mereka yang sering bermuhasabah adalah insan yang memandang ke depan dengan hasrat untuk lebih berjaya dan mereka adalah yang cintakan kecemerlangan. Mereka sanggup berkorban dan bersedia untuk bersusah payah bagi mencapai kejayaan.
Imam Ahmad dalam Musnadnya menyebut: “Dan sesungguhnya kemenangan itu bersama kesabaran, kesenangan itu bersama kesusahan dan sesungguhnya pada kesulitan itu ada kemudahan.”
Justeru, marilah kita muhasabah waktu untuk mengenal potensi diri pada Ramadan ini supaya terisi dengan keempat-empat perkara demi persiapan hari esok seperti mana firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat).” (Surah al-Hasyr, ayat 18)

MENELADANI PUASA RASULULLAH S.A.W

DALAM ibadat puasa Ramadan, Rasulullah telah menunjukkan teladan yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: “Apabila seorang dari kamu sekelian berpuasa, maka janganlah ia berkata kotor dan berteriak. Bila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah- sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.”
Sebagaimana penjelasan baginda Rasulullah sendiri bahawa orang yang berpuasa itu pada hari kiamat nanti bau mulutnya akan lebih harum dari bau kasturi.

Dalam penyempurnaan ibadat puasa Ramadan, beberapa langkah yang telah diambil oleh baginda antaranya ialah:
Memantapkan niat – Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya.” (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Melaksanakan makan sahur – Anas bin Malik r.a. telah berkata telah bersabda Rasululla SAW. yang bermaksud: Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya. (riwayat Muslim).
Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.
Imsak Rasulullah – Rasululalh SAW. bersabda : “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Keadaan yang digambarkan oleh hadis tersebut ialah kepada seseorang yang terlewat ketika bangun untuk makan sahur.
Mempercepat berbuka – Sahl bin Saad berkata sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Telah berfirman Allah SWT: “Hamba-hamba-Ku yang lebih aku cintai ialah mereka yang segera berbuka puasa bila tiba masanya”. (riwayat Tirmizi dan Abu Hurairah).
Memperbanyak membaca al-Quran – Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang berkumpul di masjid dan membaca al-Quran, maka kepada mereka Allah akan menurunkan kelemahan batin dan limpahan rahmat. (riwayat Muslim).
Barang siapa yang membaca satu huruf al-Quran, maka pahala untuknya sepuluh kali ganda.
Namun membaca dalam konteks hadis di atas adalah ketenangan dan limpahan rahmat akan lebih mudah dicapai bila tadarus diertikan dengan mempelajari, menelaah dan menikmati al-Quran.
Memperbanyakkan sedekah – Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.
Orang yang berpuasa wajib meninggalkan akhlak yang buruk.Segala tingkah laku mestilah mencerminkan budi yang luhur dengan menjauhi kelakuan tidak sopan seperti mengumpat, mengeji dan sebagainya sehingga membawa kepada Allah tidak menerima amalan puasanya itu.
Rugi rasanya jika kita membiarkan Ramadan yang sedang kita tempuhi ini berlalu begitu saja sedangkan ganjaran yang sedang menanti adalah terlalu banyak.
Lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana pada setiap malam bulan Ramadan ada suara yang memanggil: “Wahai orang yang melakukan kebajikan terus tingkatkan apa yang kamu lakukan itu. Wahai orang yang lalai, hentikanlah segera akan kelalaian yang sedang engkau lakukan. Mudah-mudahan Allah akan menunjukkan kita semua jalan yang lurus, menghapuskan dosa dan memasukkan kita dalam golongan manusia yang bebas dari api neraka.”

CARA MENDAPATKAN PAHALA PUASA YANG SEMPURNA

Bagaimana caranya untuk mendapat pahala puasa yang sempurna?
Nabi s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.
Bagi menjelaskan lagi tuntutan puasa batin ini, Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian:
  1. Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).
  2. Puasa khusus: iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.
  3. Puasa khususul khusus (paling khusus): iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

PUASA MELAHIRKAN SIFAT TERPUJI

Allah SWT berfirman dalam al-Quran Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa”.
Puasa adalah satu ibadah yang penting dalam Islam. Melaksanakan ibadah ini boleh menyuburkan kerohanian seseorang serta dapat mendidik hawa nafsu. Puasa mempunyai hikmah yang besar dan matlamatnya adalah menjadikan seseorang itu bertakwa.

Takwa adalah satu kalimah yang merangkumi semua sifat yang terpuji, dilakukan oleh setiap Muslim, sama ada zahir dan batin. Sifat takwa juga berfungsi sebagai penjaga dalam setiap tindak-tanduk seorang Muslim agar tidak melanggar perintah Allah SWT.
Melaksanakan ibadah puasa, dapat mengawal seseorang terjerumus maksiat dan kemungkaran kerana orang yang berpuasa sanggup mengawal tuntutan naluri yang berkehendakkan kepada makanan, minuman dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara tidak berfaedah seperti membuang masa, berdusta, mengumpat, berbual kosong dan lain-lain lagi.
Oleh itu jiwa manusia akan meningkat ketinggian dari alam kehidupan keduniaan kepada alam kehidupan kerohanian. Bagi mencapai matlamat tersebut, Rasulullah SAW menasihati umatnya dalam sebuah hadis bermaksud: “Puasa itu perisai, apabila salah seorang daripada kamu sedang berpuasa, maka janganlah mengeluarkan kata-kata keji (kotor), jangan menimbulkan suasana tegang. Jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah: sesungguhnya aku sedang berpuasa”.
Selain itu puasa juga boleh memupuk dan menyuburkan lagi sifat amanah dalam diri seseorang kerana dengan berpuasa dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT dalam setiap pekerjaan dilaksanakan.
Amanah adalah salah satu sifat daripada sifat-sifat mulia. Ia sangat penting diamalkan setiap anggota masyarakat tidak kira pemimpin mahupun rakyat, pemimpin organisasi mahupun orang yang dipimpin. Ada antara kita yang tidak begitu jelas dalam memahami pengertian amanah. Mereka beranggapan ia hanya terbatas kepada usaha menjaga harta orang lain yang diletakkan di bawah jagaannya.
Menurut pandangan Islam amanah ialah mengerjakan semua yang disuruh Allah dengan penuh keikhlasan dan ketaatan serta menjauhi setiap perkara ditegah, sama ada ketika beribadah kepada Allah mahupun bermuamalah dengan masyarakat.
Amanah paling utama diwajibkan ke atas setiap Muslim ialah untuk menunaikan ibadah yang ditaklifkan kepada manusia oleh syarak seperti solat fardu, berpuasa Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Sekiranya seseorang itu cuai dalam melaksanakan ibadah yang difardukan ke atasnya, maka individu berkenaan telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab diperintahkan oleh Allah SWT.
Begitu juga dengan mata kita, ia adalah amanah Allah kepada hambanya yang dipinjamkan untuk kita manfaatkan kegunaannya dengan sebaik mungkin. Orang yang betul-betul amanah menjaga matanya pasti orang itu tidak akan salah gunakan mata untuk memandang perkara diharamkan.
Kesihatan adalah amanah, akal adalah amanah, kehormatan juga adalah amanah. Begitu jugalah dengan semua anggota badan kita yang lain, kita perlu menjaga dan memeliharanya dengan cara menggunakannya untuk sesuatu yang berfaedah dan bermanfaat bukannya untuk perkara yang sia-sia dan dilarang syarak.
Sebenarnya kehidupan manusia ini semuanya adalah amanah Allah yang sepatutnya dijaga dengan sebaiknya terhindar dari kebinasaan. Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 36 bermaksud: “sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
Oleh itu, dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama membersihkan jiwa dari sifat-sifat yang keji (mazmumah) dan hiasilah jiwa kita dengan sifat yang terpuji (mahmudah). Seterusnya kita berusaha untuk mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Sunday 9 June 2013

Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“ Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.
Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Tuesday 21 May 2013

HISAB HARTA

 

 

HISAB HARTA
Alkisah seorang Konglomerat telah menulis satu surat wasiat : "Barang siapa yang dapat menjagaku di dalam kubur setelah Aku mati nanti akan kuwarisi separuh dari harta peninggalanku". Lalu ditanyakanlah hal itu pada anak-anaknya apakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Namun anak-anaknya menjawab, "Mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah karena pada masa itu ayahpun sudah menjadi mayat". Selang keesokan harinya dipanggillah semua adik-adiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga aku setelah aku mati nanti selama 40 hari bersamaku di dalam kubur? nanti aku akan memberi setengah daripada hartaku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku. Dan adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin ada manusia yg sanggup bersama mayat selama itu di dalam tanah.” Lalu dengan sedih Konglomerat tersebut memanggil ajudannya untuk mengumumkan penawaran istimewanya itu ke seantero negeri.

Akhirnya sampai jugalah pada hari di mana konglomerat tersebut kembali ke Rahmatullah. Kuburnya telah dihias dg megah laksana sebuah peristirahatan termewah yg pernah ada dg semua perlengkapannya. Pada waktu yang hampir bersamaan seorang Tukang kayu yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya. Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah artinya menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerjamu ketika menebang kayu di dalam hutan dan bertemu dg harimau dan hantu penunggu hutan. Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa segera datang ke rumah konglomerat tersebut untuk memberitahukan kepada ahli waris konglomerat tersebut akan kesanggupannya. Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah Sang Konglomerat, Si Tukang kayu itu pun ikut turun ke dalam liang lahat bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para pengantar jenazah meninggalkan area pemakaman tsb, maka datanglah Malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut. Si Tukang kayu menyadari siapa yang datang maka Ia segera agak menjauhkan diri dari mayat konglomerat tersebut. Terbetik di fikirannya bahwa sudah tiba saatnya Sang konglomerat tersebut akan diinterogasi oleh Mungkar dan Nakir. Tetapi yg terjadi malah sebaliknya, Mungkar dan Nakir malah menuju ke arahnya dan bertanya "Apa yang kau buat di sini" ?. Aku menemani mayat ini selama 40 hari untuk mendapatkan setengah harta wasiatnya" jawab si Tukang kayu. "Apa harta yang ada pada kau sekarang"? lanjut Mungkar-Nakir. "Aku cuma memiliki sebatang kapak ini saja untuk mencari rezeki" timpal si tukang kayu. Kemudian Mugkar-Nakir beritanya lagi "Dari mana kau dapat kapak ini" ?. "Aku membelinya" balas si tukang kayu. Lalu pergilah Mungkar dan Nakir di hari pertama dari dalam kubur tersebut. Hari kedua Mereka datang lagi dan bertanya "apa yang kau buat dengan kapak ini"?. "Aku menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar untuk dijual" sergah tukang kayu. Di hari ketiga di tanya lagi "Pohon siapa yang kau tebang dengan kapak ini?. "pohon itu adanya di hutan belantara jadi ngak ada yg punya" timpalnya. "Apa Kau yakin" lanjut malaikat.Kemudian Mereka menghilang dan datang lagi di hari ke empat. Kemudian Mereka bertanya lagi "Adakah kau potong pohon tersebut dengan kapak ini dg ukurannya dan beratnya yg sama untuk dijual?. "Aku potong dikira-kira saja, mana mungkin ukurannya bisa sama rata" tegas tukang kayu. Begitu terus yg dilakukan malaikat Mungkar Nakir datang dan pergi sampai tak terasa sekarang 39 hari sudah dan yg ditanyakan masih berkisar dg kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang kayu tersebut. Berkata Mungkar dan Nakir "hari ini aku akan kembali bertanya soal kapak ini". Belum sempat Mungkar dan Nakir bertanya, si Tukang kayu tersebut malahan dg segera melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Ternyata di luar sdh banyak orang yg menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut. Namun si Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah semua bagian harta wasiat tersebut oleh kalian karena aku sudah tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan konglomerat tersebut. Maka si Tukang kayu menjawab "Aku tidak menginginkannya lagi, di dunia ini harta yg kumiliki padahal cuma semata kapak ini, tapi malaikat Mungkar dan Nakir sampai 40 hari yg mereka tanyakan dan persoalkan masihlah saja di seputar kapak ini. Bagaimana jadinya kalau hartaku begitu banyak...entah berapa lamanya dan bagaimana Aku menjawabnya"

Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf ra. Beliau dikatakan adalah sahabat yang paling terakhir masuk surga karena lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau, seperti dari riwayat Aisyah ra yg pernah mendengar Rasullullah SAW bersabda "Kulihat Abdurrahman bin’Auf masuk surga dengan perlahan-lahan (merangkak)!” (HR Bukhari)

Dari Ibnu Mas’ud ra dari Nabi Muhammad SAW bahwa beliau bersabda, "Tidak akan bergerak tapak kaki anak Adam pada hari kiamat, hingga ia ditanya tentang 5 perkara yaitu umurnya untuk apa dihabiskannya, masa mudanya, kemana dipergunakannya, hartanya darimana ia memperolehnya & kemana dibelanjakannya & ilmunya sejauh mana diamalkan?" (HR. Turmudzi)

====
Kaya tidak masalah tapi yang menjadi masalah dari mana harta kita dan untuk apa digunakan.
Mari sama-sama kita mencari rezeki yang halal dan baik serta digunakan dalam jalan kebaikan.
====
Silakan BAGIKAN/SHARE agar lebih banyak yang berhati-hati dalam mencari harta dan membelanjakan hartanya.
====

Wednesday 24 April 2013

GUA HIRA'









Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira' maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata, "Iqra'!(Bacalah)." Berkata Junjungan, "Ma Ana biqari'(aku tidak pandai membaca)." Bercerita Junjungan :
Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata,"Iqra'!", maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat kali yang kedua hinga terasa kepada aku kepayahan, kemuidan itu dilepaskan aku dan dia berkata, "Iqra'!",maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Setelah itu ia mengambil aku buat kali yang ketiganya lalu dipeluknyasungguh-sungguh hinga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku, maka ia berkata :

"Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan, yang menjadikan manusia daripada darah, bacalah demi Tuhan engkau yang mulia." (al-'Alaq : 1-3)

Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah Bagindakepada Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, "Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!"Makadiselimutkan Baginda hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata BagindakepadaKhadijah setelah menceritakan khabar itu, "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)." Lalu Khadijah pun berkata kepada Baginda, "Tidak sekali! DemiAllah, tiadadihinakan engkau selamanyakerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala."
 
 
 

kelebihan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia






Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia



Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Malaysian Higher School Certificate dalam bahasa Inggeris merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. Peperiksaan ini dulu dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

STPM disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET), berbeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Walau bagaimanapun, kedua-dua LPM dan MPM adalah terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia. Sistem yang lain pula adalah program matrikulasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.

STPM diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika syarikat dan Ireland. Kebanyakan universiti menganggap keputusan STPM sama dengan A-level.


Mata Pelajaran STPM

Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing.

Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.

Gred STPM

STPM menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran. Terdapat 11 gred, iaitu A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+ dan D, dengan F sebagai status Gagal.

Nilai Gred Mata Pelajaran
  • A - 4.00 (Lulus Penuh)
  • A- - 3.67 (Lulus Penuh)
  • B+ - 3.33 (Lulus Penuh)
  • B - 3.00 (Lulus Penuh)
  • B- - 2.67 (Lulus Penuh)
  • C+ - 2.33 (Lulus Penuh)
  • C - 2.00 (Lulus Penuh)
  • C- - 1.67 (Lulus Sebahagian)
  • D+ - 1.33 (Lulus Sebahagian)
  • D - 1.00 (Lulus Sebahagian)
  • F - 0.00 (Gagal)
Gred setiap kertas peperiksaan dinyatakan dalam slip keputusan & juga sijil.

Kongsikan berita ini

Suatu Perbandingan
Tingkatan 6
Diploma
Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
3 tahun
Kos
Yuran Sekolah + Buku rujukan
(kurang RM 600)
Pinjaman PTPTN
Minima RM 15 ribu
Peluang ke Ijazah
2.8 ke atas akan diambil
Kouta khas oleh kerajaan disediakan
3.5 ke atas layak untuk Ijazah
Bersaing dengan
 

Mengejutkan!






Ini baru betul jual negara kerja sapa ni... baca baik2...
Robert Kuok Beli Tanah Iskandar Malaysia Cuma RM182 JUTA??

Mengejutkan!

Pendedahan terbaru sebuah laporan akhbar di Singapura, The Straits Times mengesahkan bahawa bilionair terkenal, Robert Kuok sudah pun membeli tanah di Iskandar Malaysia di Nusajaya pada harga RM182 juta (SGD74 juta).

Pembelian itu dibuat kurang dari dua minggu sebelum pilihanraya umum 5 Mei ini menerusi usahasamanya dengan cabang pelaburan kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional (Khazanah).

Dua lot tanah presint di Nusajaya telah dibeli dengan pegangan ekuiti 70 peratus dimiliki oleh Robert sementara selebihnya oleh Khazanah.

Dalam pelaburan yang dijangka memperolehi pulangan sehingga RM12 bilion (SGD3.7 bilion) dalam masa 15 tahun, Robert yang merupakan manusia terkaya di Asia Tenggara sudah memulakan projek berskala besar di pusat pentadbiran kerajaan Johor itu sebaik sahaja pembelian selesai.

Kekayaan terkini Robert di seluruh dunia dianggarkan bernilai USD12.7 bilion (RM40.64 bilion).

Menerusi syarikat induknya, Kuok Brothers, Khazanah dan syarikat Kuok tersebut akan bergabung menjadi entiti dinamakan Southern Marina Development untuk membangunkan tanah seluas lima hektar di Puteri Harbour di Nusajaya dari pemilik tanah asal, UEM Berhad (UEM).

Menurut laporan The Straits Times yang disiarkan di ruangan Asia Report itu, Southern Marina akan membangunkan lot kediaman termasuk kondominium bernilai tinggi, lot perniagaan dan pusat membeli belah terbaru di Johor Bharu dengan nilai anggaran kasar pembinaan mencecah RM1.2 bilion (SGD479 juta) dalam tempoh tersebut.

Kuok yang menetap di Hong Kong terkenal dengan monopoli gula sebelum diambil alih oleh seorang lagi taikun Melayu yang rapat dengan Umno, Syed Mokhtar al-Bukhary pada 2010.

Dijangka lebih banyak tanah Melayu akan tergadai sekiranya Johor kekal dikuasai Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum 5 Mei ini.

Nusajaya terletak dalam parlimen Gelang Patah yang menyaksikan pertembungan dua gergasi antara Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dengan BEKAS menteri besar Johor yang disingkirkan, Abdul Ghani Othman

Tanpa menunggu keputusan pilihanraya umum, Kuok dengan berani melabur sejumlah besar hartanya kerana disokong oleh kepimpinan Ghani sejurus sebelum parlimen dibubarkan 3 April lalu.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana tanah bernilai tinggi kepunyaan kroni Umno itu boleh terlepas dengan mudah ke tangan Kuok dan Khazanah pada harga begitu murah sedangkan nilai tanah di Nusajaya sudah mencecah RM13.4 bilion pada harga RM720 sekaki persegi?

Apakah ini satu lagi kaedah digunakan Ghani untuk memperoleh wang berkempen menerusi penjualan tanah pada harga yang sangat murah?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seharusnya menyiasat urusniaga penjualan tanah ini kerana disyaki mengandungi unsur rasuah dan salah guna kuasa semasa Ghani menjadi menteri besar dulu


Monday 22 April 2013

MATLAMAT INGIN KE SYURGA

MATLAMAT INGIN KE SYURGA

Syurga adalah kampung idaman kita. Dunia ini ibarat jambatan untuk kita menuju ke negeri akhirat. Berjalanlah di atas jambatan dunia ini dengan penuh takwa dan berhati-hati kerana kita mungkin akan tersungkur di tengah jalan. Jangan sampai kita terhumban ke Neraka. Na’uzubillahi min zalik.

Setiap manusia pasti mengimpikan Syurga. Namun, adakah kita mengamalkan segala yang diperintah Allah? Adakah kita betul-betul patuh dan taat pada-Nya? Adakah Syurga akan menerima kita? Layakkah kita untuk menghuni Syurga yang barakah?

“(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab Neraka’..” (Surah al-imran : 191)

Berjuanglah dalam hidup agar kita mujahadah. Berkorbanlah semata-mata kerana-Nya. Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Kejarlah cinta dan kasih sayang-Nya. Semoga kita berjaya menggapai reda-Nya kerana hidup takkan pernah bererti dan bermakna tanpa reda Yang Maha Esa.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya : “wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi ; maka wajiblah baginya Syurga.” (Riwayat Muslim)

Tujuan Hidup dalam Alquran

Tujuan Hidup dalam Alquran

Al-Qur’an telah menjelaskan tentang tujuan hidup manusia dan sikap yang semestinya mereka ambil dalam menentukan tujuannya. Al-Qur’an menjelaskan bahwa sebagian manusia menjadikan makan dan kesenangan yang lain sebagai tujuan hidupnya. Firman Allah swt.

“Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang mukmin dan beramal saleh ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. dan orang-orang kafir bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang. dan Jahannam adalah tempat tinggal mereka”. (Muhammad: 12)

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (Ali-Imran: 14)

Al-Qur’an juga menjelaskan bahwa ada sebagian manusia yang menjadikan penyebaran fitnah, kejahatan, dan kerusakan sebagai tujuan hidupnya. Firman Allah swt.

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan”. (Al-Baqarah: 204-205).

Itulah beberapa macam tujuan manusia dalam menjalani hidupnya menurut Al-Qur’an. Allah swt. telah membersihkan kaum mukminin dari tujuan-tujuan buruk itu dan mencanangkan untuk mereka sebuah tujuan yang lebih mulia lagi luhur. Di atas pundak mereka Allah meletakkan beban besar yang sangat luhur; yaitu tugas membawa manusia ke jalan kebenaran, membimbing mereka ke jalan kebaikan, menerangi seluruh penjuru dunia dengan matahari Islam. Dengarlah firman Allah,

“Hai orang-orang yang beriman, ruku’lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. dia Telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. dia (Allah) Telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. dia adalah Pelindungmu, Maka dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong”. (Al-Hajj: 77-78)

MEMORI MAJIS PERKAHWINAN ANAKANDA